15 Jun 2016

[BONGKAR] Rupa-rupanya Dia Pegawai MARA, Patutlah Sokong BN...

Ahli Amanah kempen pilih Budiman

SUNGAI BESAR - Seramai 32 ahli Penaja Parti Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Ab Shukur kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, Amanah telah melatakkan calon yang salah dan tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen sebagaimana yang diharapkan penduduk Sungai Besar.

“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.


“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong.

“Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut telah disingkirkan.

“Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban terhadap rakan-rakan parti di Sungai Besar,” katanya.

Katanya, beliau pernah suarakan ketidakpuasan hati ahli terhadap calon pada pimpinan tertinggi negeri tetapi mereka tidak mengendahkannya.

“Jawapan yang kami terima menduka citakan seolah-olah melepaskan batok di tepi tangga sedangkan masih ramai calon di kalangan anak tempatan yang berwibawa,” katanya.

Justeru, Sapigni berkata, beliau menyeru supaya pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman sebagai galang ganti Azhar mahupun calon Pas, Dr Abdul Rani Othman.

“Antara ketiga-tiga calon yang ditampilkan kami dah tak percaya dengan calon sendiri malahan mengistiharkan untuk menyokong calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana beliau sahaja calon yang sesuai mewakili semua penduduk di Sungai Besar.

“Pengundi tak ada pilihan lain selain memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana rekod kerja telah membuktikan beliau seorang Adun yang menyerlah di Sungai Panjang selama tiga tahun,” katanya.

Katanya, keputusan menolak Azhar tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya bertitik tolak atas kesedaran mereka sebagai ahli Amanah.

“Kami buat atas kesedaran sendiri dan kami juga tak dibayar walau satu sen pun untuk menolak Azhar sebagai calon kami.

“Kami berfikir apa salahnya dalam ketiga-tiga calon yang bertanding kita memilih siapa yang terbaik dan mempunyai rekod kerja yang cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua ahli yang ada pada malam ini tidak takut dibuang daripada parti kerana menolak Azhar dan mencadangkan pengundi memilih Budiman.

“Kalau kami dipecat tetapi ia mendatangkan bahagia kepada beribu orang apa salahanya jadi pecatlah kami,” katanya.

Dalam masa yang sama, Sapigni juga memaklumkan bahawa beliau tidak akan keluar dari Amanah atau menyertai mana-mana parti termasuk BN sendiri. -SH

ULASAN GB

Mula-mula terkejut juga GB baca berita di atas ... kebetulan berita itu tersebar "serentak" dengan kedatangan Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali ke Majlis Iftar Perdana anjuran Pakatan Harapan di Sungai Besar.

Jadi semacam ada satu "konspirasi" untuk menutup cerita kedatangan Azmin dengan menimbulkan berita kononnya beberapa ahli AMANAH berkempen untuk calon BN

GB terpaksa mencari maklumat siapa Mohd Sapigni Tulus itu. Nama pun pelik, jadi GB ingat ia mungkin nama palsu. Oh tidak. Nama itu memang wujud dan meang ada kad pengenalannya.

Malah carian di internet ada memaparkan nama itu.

Pagi ini juga tersebar di media sosial, bahawa Mohd Sapini itu rupa-rupanya pegawai MARA di Unit Naziran dan Kualiti.


Bila sebut MARA, teringat pengerusinya, Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru-baru ini ada turun ke Sungai Besar bersama Shahrizat Jalil di Sungai Besar yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos.

Mungkin ia faktor kebetulan. Tetapi selepas itu tup-tup keluar berita AMANAH sokong calon BN.

Namun yang paling pelik semalam ialah yang bersorak sakan mengenai berita di atas ialah kumpulan PASIK. Kalau dulu semasa menjelang pilihanraya, PAS menjadi sasaran UMNO dengan tersiarnya berita ahli-ahli PAS menyertai UMNO, kini yang menjadi mangsa ialah AMANAH. Dan Kali ini juga puak PAS ini yang terkinja-kinja kegembiraan.

Politik dedak yang telah diamalkan UMNO itu tidaklah kita hairan sangat kerana ia lansung tidak menggugat keutuhan parti AMANAH.

AMANAH adalah sebuah parti, yang sekalipun usianya baru, tapi pemimpinnya adalah profesyenal dan telah lama berkecimpung di dalam politik kerana kebanyakannya adalah pimpinan tertinggi di dalam parti sejarah mereka iaitu PAS.

Walaupun dituduh PENGKHIANAT tetapi pimpinan AMANAH inilah yang dahulunya yang telah menjulang PAS ke mercu kecemerlangan. Dan mereka bukan pengkhianat, yang khianat ialah PAS sendiri yang telah mengkhianati amanah rakyat kerana rakyat tidak pernah merestui undi mereka kepada pAS untuk PAS berbaik-baik dengan UMNO BN.

Berbalik kepada soal kononnya beberapa ahli AMANAH menyokong calon BN, tidaklah menjadi kudis kepada AMANAH. Biasanya ia menjadi kudis kepada mereka sendiri, hidup bagaikan terbuang kerana matlamat mereka menaja parti dahulu rupa-rupanya sudah ada "niat" yang terselindung yang kini Allah telah dedahkan.


37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...






Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber Ber BAKTI
Ibarat Sang MENTARI...Yg Kaseh Mem-BERI
Ber Bakti Mem-BERI...TAK Mintak Di PUJI
Yg Sentiasa Menerangi...Tak Pernah Ber HENTI
Demi Men JUNJUNG...AMANAH ILAHI


Demi Men JUNJUNG...AMANAH ILAHI
LANGIT dan Bumi...Pun Kaseh Mem-BERI
Mem-BERI Naungan...Dan HAMPARAN Azali
Dgn Hidup HIDUPAN...Yg Be Warna WARNI


Dgn LANGIT dan Bumi...Yg Kaseh Mem-BERI
Bekalan OKSIGEN...Yg Tak Putus TAK Henti
Lalu "Menyentuh"...Jiwa NURRANI
Alangkah INDAH Nya...Yg Mem-BERI Kan Bakti
Alangkah MULIA Nya...Pem-BERIan Yg SUCI
Alangkah SUCI Nya...Yg TAK Mintak Di PUJI
Alangkah AGONG Nya...AMANAH-MU-Yaa RABBI



Alangkah AGONG Nya...AMANAH-MU-Yaa RABBI
LANGIT dan BUMI...Ber TASBIH Memuji
Ber TASBIH Ber TAHMID...Tak Berhenti HENTI
Lambang Ke AGONGAN...Yg Kaseh Mem-BERI
Fana dan LENYAP lah...Kesombongan DIRI
Hancur dan SIRNA lah...Haloba NAFSU Emosi
MATI dan Padam lah..."Semangat" Men CURI
Hangus Ter BAKAR lah...FITNAH yg Keji
Kan Muncul lah...FATANAH-IQ-Merit Yg Tinggi
Menjelma lah AMANAH...Yg TULUS dan SUCI
AMANAH Utk Mem-BERI...Dan TERUS Mem-BERI
Yg Kaseh Mem-BERI...Membuak2 Di HATI
Oh! Kaseh Mem-BERI Itulah...FITRAH Syurgawi..



Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Kaseh Mem-BERI Itu...Kecintaan'NYA TUHAN
Kaseh Mem-BERI Itu...TAK Mintak Sanjungan
Se Murni Se SUCI...Se Indah2 TAULADAN


















Tanpa Nama berkata...

Spesis makan dedak ni muncul time nk ngundi

Tanpa Nama berkata...

Ini tektik lama dah basi bang...dekat2 hari pengundian, tektik semacam ni akan dilakukan, tapi yg bangangnya adalah pengundi yg buta kayu politik, dah beribu kali dah lihat tektik ni dilakukan pun masih ada yg percaya... aduhai bilalah nak cerdik dan maju...

Tanpa Nama berkata...

Kalau PRU sebelum ni kita semua dah cantas semua katak2 politik, pada PRU akan dtg kita akan cantas pulak politikus2 yg mengkhianati amanah rakyat...

AyahDi berkata...

Sapigni Tulus adalah ketua penaja parti Amanah Kawasan Sg Besar beliau ini tinggal di Batu 38 yg lokasinya berada dlm parlimen Sabak Bernam...lantaran tiada pengaruh di sabak bernam beliau bergiat aktif di Sg Besar lantaran tiada pengaruh dan wibawa dlm mesyuarat agong Amanah Sg Besar beliau hanya memenangi jawatan timbalan pengurusi tetap rentetan tidak dpt menjadi ketua kawasan beliau sangat kecewa dan fikiran kacau...beliau pernah aktif dlm UMNO dan pernah bertanding utk menjadi ketua cawangan Batu 38 namun tewas kepada seorang pesara tukang kebun selepas itu beliau keluar UMNO dan cuba menubuhkan cawangan PAS di kampungnya dan meminta peruntukan sebanyak RM 7000 dari PAS kawasan sabak bernam namun Pas tidak melayannya selepas itu beliau berusaha menubuhkan Ranting PKR namun ditolak oleh ketua cabang Sabak Bernam kerana tidak mengikut prosedor yg betul...menjelang pilihanraya 13 beliau menubuhkan Terapi sebuah badan NGO semasa kempen PRU 13 beliau mengisharkan TERAPI memberi sokongan kepada Calon Barisan Nasional..Semasa kempen PRK Sg Besar yg sedang berjalan tiba2 beliau dan kuncu2nya membuat peristiharan melalui media perdana memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasianal gelagat beliau ini mengiyakan pendapat Tun Dr Mahathir bahawa ramai yg telah termakan dedak..beliau menbuat peristiharan semata mata dijanjikan dedak oleh pihak Barisan Nasianal ..Kenyataan kenyataan adalah dari saya Mohd Yusof sahabat sekampung dan pernah sama2 aktif dlm UMNO pada satu ketika dulu..ini lah sosok tubuh sebenar manusia yg bernama Sapigni Tulus.

Tanpa Nama berkata...

Antara kata kata yang diucapkan oleh Mohd Sapigni Tulus ialah "Kalau kami dipecat tetapi ia mendatangkan bahagia kepada beribu orang apa salahanya jadi pecatlah kami,” katanya.Sungguh lucu bunyinya. Dalam keadaan sekarang kat mana bahagia yang beribu rakyat dapat. Sila Mohd Sapigni Tulus jawab.

mosabit berkata...

SAPIGNI

Sapa Pig Ni... atau Sapa Babi Ni....

jawabnya Pemakan dedak tegar,,

i've nothing to say my lord...irest my case...

tq..

kah kah kah kah kah kah ..

Unknown berkata...

Salam:

Strategy last minute BN,masih memakai tactic lama,memasukkan beberapa agen untuk kucar-kacirkan lawan,supaya mengelabah dan was-was antara satu dgn lain.Anuar musa(banyak pengelaman putar-belit umno) adalah pengerusi mara,tentulah agen2 ini akan berkeliaran, yg dulu-dulu kami panggil ulat bulu,mencari kelemahan lawan,dan seterusnya buat porak-peranda.Alhamdulillah,Amanah cepat bertindak,pastikan mereka-mereka ini dikenali awal2 lagi stopkan tugas2 mereka,jika mereka dikenali menjadi petugas PACA.


BN tahu,di sg.besar harapan untuk amanah/ph menang tersangat cerah,tambahan pula aZmin /pkr support dan selangor berada dlm PH,Cara yg paling mujarab ialah mengkucar-kacirkan Amanah dari dalam,dgn memasukkan agen-agen umno.

Tujuan mereka cuma,utk publisiti di media perdana,tv3,tv1 dan utusan,untuk memberitahu pengundi2,pembangkang disarray tak boleh diharap.

Teruskan kerja,go amanah/ph go.

Tanpa Nama berkata...

Kalau atas kesedaran sendiri maka semestinya memberi kenyataan secara bersendiri. Mengapa mesti berkumpulan? Ini buktinya ada campurtangan pihak lain...

Ala...penduduk setempat siapa tak kenal kejelekan perangainya?... Istighfarlah...

Unknown berkata...

Apa nak dihairankan, anak yang Tulus mesti sokong yang Budiman.Nazir yang dinazir oleh bossnya....Berubah terus.

Tanpa Nama berkata...

Tektik menipu oleh Melayu penipu berterusan.Seronok sangat ke memandulkan pemikiran org Melayu.Dasar kaki dedak.

Tanpa Nama berkata...

Nama pun dah pig.perangai jgnla mcm pig main sondol je.pig xsalah sbb mmg ciptaan Allah begitu.yg salah manusia yg mengikut perangai pig ni.ni lagi jelas nama pun sa pig ni buat pulak perangai mcm pig.Kahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

Nama macam orang Itali

Ada darah Itali ke ?????


Orang Itali ini banyak bijak dan banyak jugak kaki pau pau pau

Macam macam manusia ada

Kerja MARA kerja goyang kaki main internet facrbook saja lah

Unknown berkata...

"3 orang keluar ... kerana hilang kepercayaan kpd kepimpinan parti dan menyatakan sokongan kpd ..."
Berita dkt2 nak mengundi dulu kini selamanya

Unknown berkata...

Tq sir

Tanpa Nama berkata...

Bertepuk sorak penyokong pas bila sapigni buat lawak jenaka. Politik murahan cenggini pun puak pas nak percaya, tak pelik la kalau pas selalu kena tipu dgn umno.

andikbolong berkata...

tak gamak nak nak sebut namanya sapigni..@ siapa babi ini . waiazubillah

Unknown berkata...

adoi,bekas bos aku dok buat gila apa.cukup la jga bini bini tu.anak cucu pon malu tok wan jdi lagu nie.hahaha

Tanpa Nama berkata...

Bukan mcm nama orang italy tapi nama makanan italy.nama italy tapi perangai macam babi.tengok muka pun dah tau muka jahat lagi mau percaya ka?

Tanpa Nama berkata...

Tak...darah pig.

Tanpa Nama berkata...

SAPIGNI...
sapi + pig
dah la lembu, babi pulak lagi...

Tanpa Nama berkata...

TOLAK PEMIMPIN PEMIMPIN DEDAK

Rakyat Sg Besar & K.Kangsar WIRA & CINTA Negara Jika Berjaya Kalahkan Umno & BN.

Jangan Khianat & Hampankan Seluruh Rakyat Malaysia.

Jangan Undi Umno & BN Kali Ini.
Tiada Keadilan & kebebasan bersuara lagi dlm Umno & BN.

Bersihkan Pemimpin Yang Pentingkan Periuk Nasi Sendiri & Korup.

Tolak wakil pemimpin yg tidak berani bersuara mengikut suara akar umbi.

Jgn Biarkan Negara & Rakyat Terus Teraniaya.

Unknown berkata...

Terima kasih tuan. Ada info bongkar lagi. Ya benar .... Dimana ada perjuangan fi situ ada pembelok.

Tanpa Nama berkata...

Sapa lepas pig ini?sapi+pig ni sapa lepas?..beri la nm yg baik kepada manusia yg baru dilahirkn supaya nama dia mnjadi doa semasa dia hidup..wallahua'allam

Tanpa Nama berkata...

Sememangnya Sapigni Tulus adalah Timbalan Ketua Penaja Parti Amanah Negara Kawasan Sungai Besar. Namun begitu, dalam mesyuarat agung Amanah Kawasan Sungai Besar yang diadakan pada 09 Mac 2016 yang lalu, beliau hanya terpilih menjadi timbalan pengerusi tetap, dan bukannya timbalan ketua kawasan seperti mana yang banyak dilaporkan oleh portal-portal berita. Sapigni atau nama mesra kampungannya ialah Supit, bermastautin di Kampung Batu 38, Sabak Bernam. Kampung Batu 38 terletak dalam parlimen Sabak Bernam. Supit bukan lagi kakitangan GLC, sebaliknya beliau telah lama bersara dari jawatan Pegawai Naziran Mara.

Ustaz Azhar Dato' Abdul Shukur mememenangi Jawatan Ketua Amanah Sungai Besar secara bersih, dan tidak ada unsur-unsur penipuan atau khianat. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan sendiri oleh Ir Izham Hashim selaku Pengerusi Perhubungan Amanah Selangor. Perlantikan 15 orang AJK adalah berdasarkan pencalonan ahli-ahli yang hadir. Setelah itu, 15 AJK yang terpilih, mengundi secara bertulis seorang ketua, seorang timbalan Ketua dan dua orang Naib ketua. Jawatan-jawatan eksekutif yang lain dilantik oleh 15 AJK tersebut pada mesyuarat AJK kali yang pertama. Dalam konteks ini, perlantikan Ustaz Azhar tidak menimbulkan sebarang keraguan, boleh dipercayai dan ada keesahannya.

Supit dan konco-konconya adalah gerombolan manusia yang tidak ada pendirian dan prinsip perjuangan politik. Pernah mencuba untuk menjadi pemimpin Umno, pemimpin Pas, Pemimpin PKR dan terakhir pemimpin Amanah, namun semuanya menemui kegagalan. Pada hakikatnya Supit tidak punya karisma dan pengaruh, sehinggakan dalam Amanah Sabak Bernam di mana beliau bermastautin pun tidak mendapat kepercayaan. Akhirnya beliau mencuba nasib di Sungai Besar, namun sekali lagi beliau kecundang.

Walaupun menetap di Temerloh, pada realitinya Ustaz Azhar tidak menetap pada satu-satu tempat. Beliau sering berulang alik dari satu negara ke satu negara kerana urusan korporatnya. Temerloh hanyalah tempat pemastautin ibu dan bapa mertuanya. Ustaz Azhar adalah anak kelahiran Kampung Sungai Dorani, yang terletak dalam kawasan Parlimen Sungai Besar. Ayah beliau, Dato' Shukur bin Siraj adalah mantan adun Umno Sungai Burung dan MP Umno Tanjong Karang. Beliau baharu sahaja menubuhkan Persatuan Anak Prihatin Malaysia (APM) yang pejabatnya berhadapan dengan rumah ayah beliau di Pekan selasa, Sungai Haji Dorani. NGO ini berfungsi untuk membantu masyarakat dan pelajar-pelajar yang miskin dan daif.

Saya mengenali Supit dan Ustaz Azhar. Kedua-duanya mereka adalah kawan saya. Saya sering berbual dan berbicara dengan mereka. Kedua-dua sosok tubuh ini mempunyai perbezaan seperti bumi dengan langit, seperti gunung dengan jurang. Masing-masing ada cita-cita politik. Seorang bercita-cita politik kerana ingin membela marhaen, dan seorang lain berkecimpung dalam politik untuk mencari makan dan kedududukan. Saya pernah menasihati Ir Izham supaya berhati-hati dengan sepak-terajang politik Supit. Barangkali ketika itu, Ketua Perhubungan Amanah selangor ini kurang percaya, tetapi kini telahan kendiri saya terhadap Supit menjadi adalah benar dan menjadi kenyataan. Biarkan sahaja Supit dan Yahya Arbi terjun dengan labu-labunya, Biarkan! Biarkan! Supit, why are you so stupid in politic strategy?

Pencolekhangek berkata...

Nama terok tak ape sebab orang lain yang bagi tapi perangai macam pig itu memang tak patut.

otaiblues.blogspot berkata...

jika yg masuk pakatan harapan tu anggota kerajaan..berhati hati la,nk pula yg berjawatan tinggi sikit...depa ni dah berberapa kali kena kursus biro tata negara.untuk duduk jawatan tinggi tu..entah berpuluh kali kena brain wash...tak usah la nk percaya...luaran ye sokong amanah.pkt..tp dalaman biru karat
masuk nk jawatan tinggi parti...oastu buat kacau...biasa la pemakan dedak kelas A

Tanpa Nama berkata...

Terbaek la gb bongkar issue dh mcm rafizi pulak. Mmg berbakat tuan gb kita nih.syabas..mcmni la br betul hujahkan bdasarkan fakta bukan gelar menggelar mcm pas.ni dah gelar nanar pulak hanya sbb warna oren.rendahnye IQ pas nih.itu saja yg dia tau hina btl bpolitik mcm budak2

Tanpa Nama berkata...

kalau ayam diberi makan dedak
kalau lembu diberi makan rumput
dedak dan rumput cukup untuk golongan yang tiada pendirian hidup.

budaya yang ditunjukkan puak2 keciwa ini adalah budaya BODOH.

HIDUP PH HIDUP AMANAH

ybs berkata...

Amboi ayat tak berbaris nmpk, bior parit je yg pecah jgn sampai kepala yg pecah....hihi

Tanpa Nama berkata...

Bak kata mat sabu, kalau percaya dgn berita politik oleh tv3 suku dan arus perdana, alamatnya bodohlah sampai ke mampusss...hahahaaa...

Tanpa Nama berkata...

cubo kita teka berapa gantang dedak dia boleh?

A. 50K
B. 100k
C. 150k
D. 200k

Tanpa Nama berkata...

Biasa laa nak cari makan baa...
kitak cadangkan m.sa pig ni mengundi si jamal d prk sg.besar kali nih...
woooit... tersilap, sorry...

Tanpa Nama berkata...

bani melayu sememangnya dulu.. kini.. selamanya.. bodo...

Tanpa Nama berkata...

mungkin ada satu lagi maklumat yang ayah di tertinggal, barangkali..
si pig ni pernahkah terlibat dalam himpunan baju merah ajuran jamal yunos dulu...??

Tanpa Nama berkata...

Itu tawaran sebelum pengumuman. Yang dia orang dapat 10 guni dedak je. Untuk kegunaan 1 minggu lepas raya. Yang balance 10 .... biasa lah kena tipu dan di tipu.

Jawa susah pun makan ubi dan tempe .. jawa ini je makan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Munkin beliau telah bersara MARA sekarang, memegang gelaran YB. Jangan salah serkap, bukan Yang Berhormat tapi YANG BERSARA. Mukin beliau ingin aktif dalam masyarakat, cuba cubalah cari namanya kalau ada terpalit dalam NGO mirip MARA untuk mengenalinya lebih luas.