3 Jun 2016

[VIDEO & GAMBAR] Dr Ahmad Termizi Calon PRK Kuala Kangsar Wakili PH

Parti Amanah Negara pada hari ini mengisytiharkan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, seorang anak kelahiran Kuala Kangsar, telah bersara dari UTM, menjadi calon Pakatan Harapan untuk PRK P067 Kuala Kangsar.

Pengisytiharan dibuat oleh presiden AMANAH, Tuan Haji Mohammad Sabu di Dewan Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong, Kuala Kangsar yang dihadiri sekitar 3,000 orang hadirin.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dikalangan pimpinan tertinggi parti gabungan Pakatan Harapan.

Dengan pengumuman Ahmad Termizi sebagai calon maka pengundi di Parlimen Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan dua calon wanita iaitu Datin Mastura Abdul Yazid dari BN dan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas.

Dr. Ahmad termizi dilahirkan di Kampuang Suak Petai, Manong Kuala Kangsar dan mempunyai 9 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan Kamaliah Binti Nordin.


Beliau mempunyai kaum keluarga yang besar di Dun Manong dan Bukit Chandan. Berasal daripada keluarga pembesar Perak di Kuala Kangsar.

Ahmad Termizi, 61, mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dari University of Salford, United Kingdom dalam bidang Kesihatan dan Keselamatan Radiologi. Pemegang Diploma Fizik Pengionan dan memiliki Ph.D dalam bidang Fizik Perubatan dari University of Swansea, Wales.

Beliau merupakan seprang saintis nuklear. Kini beliau menjadi Pakar rujuk Keselamatan dan Kesihatan Radiologi. Pernah berkhidmat di Fakulti Fizik Nuklear Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau juga menjadi Ahli Senate Universiti Teknologi Malaysia (2011-2016).

Semenjak 1987, beliau telah melakukan ujikaji, kajian dan jurnal rujukan berkaitan nuklear

Beliau diantara para saintis yang tidak menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan.

Beliau juga aktif di dalam NGO Islam, IKRAM dan pernah menjawat jawatan selaku Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Setiausaha Biro Politik IKRAM. Beliau juga adalah Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom.

Di dalam AMANAH, beliau adalah Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Kuala Kangsar.

Berikut latar belakang beliau.


MAKLUMAT CALON PAKATAN HARAPAN P.067 KUALA KANGSAR

MAKLUMAT PERIBADI

Nama : DR AHMAD TERMIZI BIN RAMLI _P.C.M_
Umur : 61 Tahun
Tempat Lahir : Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar Perak
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin
Isteri : Kamaliah Binti Nordin (9 orang anak)

PENDIDIKAN

•1960, Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.
•1965, Sekolah Kebangsaan Selama, Perak.
•1967, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR, Ipoh. LCE.
•1971, Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi MCE.
•1973, People's College of Further Education. A-Level.
•1975, University of Leeds, UK, B.Sc. (Hons) Fizik.
•1980, University of Salford, UK, M.Sc. Kesihatan dan Keselamatan Radiologi. 1984, University of Swansea, Wales, Diploma Fizik Pengionan dan Ph.D Fizik Perubatan.

KERJAYA

• Bersara sebagai Professor Gred B di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

PENGALAMAN

• Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Setiausaha Biro Politik IKRAM.
• Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom ketika zaman pengajiannya di United Kingdom.

PENCAPAIAN

• Dianugerahkan Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M) oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah.
• Ahli Senat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2011 hingga 2016.
• Ketua Jabatan Fizik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1988 hingga 1990.
• Pengarah Unit Perlindungan Sinaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1991 hingga 2003.
• Professor Gred C (1997 - 2013), Professor Gred B (2013-2016).
• Mengendalikan 21 orang pelajar Doktor Falsafah (PHD) dan 21 orang pelajar sarjana (Master) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang fizik.
• Mengendalikan 19 projek penyelidikan daripada pelbagai agensi menghampiri kos sebanyak RM2.6 juta.
• Menghasilkan 11 buah buku ilmiah, 97 kertas jurnal antarabangsa dan 79 kertas pelbagai persidangan.
• Melaksanakan tugasan di bawah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

PENGLIBATAN SOSIAL

• Timbalan Presiden Persatuan Islam University Leeds (1978-1979)
• Presiden Persatuan Islam University Collage Swansea (1984-1986)
• Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom (1984-1985)
• Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (1991-1992)

SUMBANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

• Ahli Panel Pakar Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar sejak tahun 1992
• Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Persijilan Pegawai Perlindungan Sinaran Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar 1995-2003.
• Ahli Panel Pakar Nobel Laureate Akademi Sains Malaysia sejak tahun 2002.
• Ahli Reactor Interest Group Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia sejak tahun 2002.
• Ahli Kajian Hala Tuju Pengajian Dalam Bidang Kejuruteraan Nuklear di Institut Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi sejak tahun 2012.
• Pengerusi Panel Pakar Sains Nuklea Dewan Bahasa dan Pustaka 2013-2015.
• Ahli Tetap Jawatankuasa Pemantauan Pengoperasian Loji Bahan Termaju Lynas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

JAWATAN DALAM PARTI

•Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa AMANAH
•Ahli Jawatankuasa Biro Pilihan Raya AMANAH
•Ahli Jawatankuasa Biro Politik AMANAH Perak
•Naib Ketua AMANAH Kawasan Kuala Kangsar




VIDEO & GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERISYTIHARAN CALON




ULASAN GB

Nampaknya Parti Amanah negara memilih calon yang benar-benar profesyenal untuk kedua-dua PRK, SUngai Besar dan Kuala Kangsar. Bukan profesyenal cetak-rompak.

Kita mengucapkan syabas kepada kedua-dua calon AMANAH, Azhar Ab Shukur di Sungai Besar dan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar yang menggalas amanah sebagai calon Pakatan Harapan untuk kedua-dua PRK pada 18 Jun ini.

Semuga AMANAH terus berjaya membawa obor perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan!

23 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau melihat pada profil calon PH samada di sg besar atau di kkangsar...kedua duanya menepati aspirasi golongan profesional....BERILMU & BERKETRAMPILAN (kalah/menang soal lain)

Saiful berkata...

Ore kualee ...terbaik...Prof..mau abende lg...

abrarmujahideen berkata...

Kita bina momentum baru walau dijangka kalah...mindset pengundi belum bnyak berubah.

Tanpa Nama berkata...

Aku sedap-sedap bantai bagi komen kat sini... bila tahu latar belakang calun PH dari AMANAH ini, rasa malu dan segan pulak..terasa kalau nak komen kena berhati-hati dan fikir betul-betul... mana lah tahu dia orang pun minat blog GB.

Apapun selamat berjaya kepada tuan berdua.

Unknown berkata...

Salam:


Syukur alhamdulillah,yg penting sekarang PH,sudah menunjukkan kesatuan sebagai satu Pakatan,sebelom ini yg agak longar.PH tanpa PAS, ujian permulaan sebelom PR14,tidak seperti di Serawak, Amanah terkonteng-konteng kesaorangan untuk berlawan dgn BN/PAS.

iNSYALLAH,jika kesungguhan ditunjukkan oleh kesemua parti yg terlibat,sooner or later,PH akan bangun lebih gagah/kuat dari gagasan pakatan PR.
Sekarang PH,berasa cukup lega,kerana parti yg mengaku dia sorang sahaja yg kuat bekerja,ramai pengikut,agama islamnya sahaja yg betul,suka tikam belakang,mengkafirkan orng yg tak sehaluan dgnnya,suka bermusuh dgn orang2 kafir yg berpilih sahaja dan berkawan dgn penyamun no1 dunia.SUDAH TIADA lagi-KALAS...

go PH-Amanah go.

Tanpa Nama berkata...

Kita amat memerlukan pemimpin yg cerdik dan pandai bukan yang memandai-mandai....

Tanpa Nama berkata...

Kedua-dua nya juga mempunyai latar belakang keluarga yang cukup baik. Orang macam ini yang PAScai kata pengkhianat dan barua....?

Juga ada kemungkinan samada UMNO atau PAS akan memguna saudara terdekat dalam kempen kedua-dua kempen prk tersebut.

Ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati dan yang pro Mahathir tidak ada keraguan lagi untuk memberi undi kepada kedua-dua calun tersebut.

Mudah-mudahan dalam bulan puasa ini, mereka dapat berfikir dengan sejelas-jelasnya, apabila mereka kurang makan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Saya orang Kuale dan saya akan undi Dr!
AMANAH harapan kami!

Malaysiabaru berkata...

Tahniah Prof

KERJALAH KUAT KERANA PKR GAK MAMPU TOLONG

PKR TELAH DIMANDULKAN OLEH PAS

SPT AZMING ( yg akan hilang parlimen Gombak dan dun antarabangsa pd pru14 ni)

MARI BANTU CALON AMANAH..

HANYA AMANAH HARAPAN RAKYAT TERANIAYA bukan lagi pas atau pkr harapan takyat

Tanpa Nama berkata...

tahniah pada pakatan harapan

Tanpa Nama berkata...

Mintak maaflah GB. Makcik, pakcik, tok wan, Din Janggut yg duduk kat Kg Jeliang, Kg Ketior, Kg Ulu Manong dan kg2 lain kat Kuale Kangsor nih, tak kenal dan tak tau pun makna profesor, nuklear, ikram, bla, bla, bla... spt yg GB senaraikan turr.. Apatah lagi gambor tiga segi kuning Amanah tu. Yg dema kenal cuma cap dacing senget turrr. Tak kira ler ribut ker, petir ker, taufan ker, dacing tu ler yg lekat kat kepala dema.


Bg dema, pangkah dacing senget tu dah jadi MACAM rukun iman...

Tanpa Nama berkata...

Tapi kan.....Profesor ni ada ke duit nak beli dedak tabur kat semua penduduk Kuala Kangsar?

Tanpa Nama berkata...

Ini lah penyelamat masa hadapan anak cucu kita. Mereka boleh hidup senang lenang jika memikirkan hal sendiri.
Mereka berdua mencari kesusahan (berkorban) tetapi ada kelompok yang mencari kesenangan dunia semata dengan perbuatan tindakan yang mereka lakukan. Bermegah-megah dan bermuka dalam.

Unknown berkata...

Insya Allah, PRK di Sg Besar dan K Kangsar akan dimenangi oleh calon-calon PH. Amin!

Tanpa Nama berkata...

KEKALKAN MOMENTUM INI SEHINGGA PU14

Tahniah Prof

Kami tetap bersama Prof dan PH

Tanpa Nama berkata...

Biarkan BN tabur duit.... itu pun duit rakyat. Time mengundi UNDILAH AMANAH (PH). Negara tak mahu pencuri dan pembohong menjadi pemimpin. Ingat NEGARA TAK MAHU PENCURI DAN PEMBOHONG MENJADI PEMIMPIN.....

Tanpa Nama berkata...

PAS dah jadi parti AYAM. Sebab? Tuang Presideng punya kepala dah masuk air......

Saiful berkata...

Ayuh ahli pas utara dan selatan..jom blah ..blah dr pas..kita geng Abg mat..yg jujur dan Amanah..

Tanpa Nama berkata...

Dalam bulan puasa ini memang haram bagi umat Islam sokong calon dari Parti Penyamun. Sudah pun tahu duit yang bakal dihulurkan Najib itu untuk membeli undi adalah duit haram dari 1MDB tapi.....ambil juga. Mengapa nak marahkan orang bukan Islam apabila mereka membangkitkan isu berkaitan Islam sedangkan kamu boleh sokong seorang pemimpin yang mencuri duit rakyat?

andikbolong berkata...

itu dulu.. sekarang baik opah ke atok wan dah tahu.. kecuali tanpana yg ttak tahu seba tu tanpa nama ketana tak tahu tulisbaca kot???

andikbolong berkata...

yg penting pasti pihak bukit candan pon berkenaan dengan calum yg local lagi educated yg mencerminkan org kkangsar well educated dan mampu menyumbang keatah negara maju

Pemuda parit kings berkata...

Terbaik!!

Pemuda parit kings berkata...

Bagi saya...calon PH memang mantap!!!yg lain Dari PH jgn la sentap plak!!!?agak kenapa??ngeri ker dgn calon PH???haha...hidup jgn bongkak dan berlagak dgn duit rakyat...bg saya...tak kirala betapa hebat pun BN dan dacing benggap tuh...yg hebat adalah rakyat yg terbuka Dari segi maklumat...semoga PH melangkah terus berkhidmat utk rakyat...