21 Mei 2016

Ugutan Azmin Pecat Exco PAS Adalah Benar - Takiri

Tiga Exco PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar, lapor potal FreeMalaysia Today

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.



“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” katanya kepada FMT.

Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka

. “Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia ‘melibas’ semua orang termasuk Presiden PAS,” katanya.

Khairuddin melahirkan rasa kesal atas kenyataan terbaharu Azmin yang kelihatan menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

Kenyataan seolah sindiran itu merupakan jawapan Azmin kepada Hadi yang menyangkal adanya rundingan rasmi pengagihan kerusi PRK antara PAS dan PKR.

Menurut Azmin rundingan dilakukan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan setiausaha politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Walaubagaimanapun, PAS mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Azmin, malah memahami stuasi yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu.

“Kita maafkan Azmin atas ‘kecelaruan’ fikiran dia akhir-akhir ini,” katanya.



IKLAN BERBAYAR


19 ulasan:

Awanama berkata...



Idea

Idea yg nampaknya seolah2 siboboi Aming dan silebai Hardy ala2 bergaduh nih mcm sengaja dirancang dibelakang tabir...idea mcm nih wktu Madey dizaman gah'nya dulu memang selalu disandiwarakan di dada2 akhbar demi menipu dan MENGELIRU kan rkyat.

Idea JENALIK

Idea LIWAT

Idea LAHAD DATU

Idea PIL KUDA

Idea HUDUD


Idea2 diatas semata2 utk menipu dan MENGELIRUkan agar rakyat tidak bersatu utk menumbangkan BN @ umno yg bejat itu


Awanama berkata...

Ha2 azmin ...awak sealu baling batu sembunyi tangan la ni terkantoi...pas kn kesayangan awak...amacam sekarang.

Awanama berkata...



Lihatlah skrg nih..

Mcm mana lebai2 dan wostad2 diperkuda sehina2 dan sebejat2nya turut sama mnjd barua aka sbg 'hero' sandiwara semata2 utk menipu dan MENGELIRUkan rkyat!

Inilah padah mnjd pemakan2 "bangkai" hasil curi krn bersubahat sama2 dah sedondon sejoli mnjd penCURI!!

Awanama berkata...

Azmin dan hadi perangai serupa saja..bodoh sombong...azmin tidak pernah bertindak utk kepentingan PH tapi selalunys bertindak utk kepentingan kartel2nya,pkr dan utk jaga hati pas..inilah pemimpin bodoh yg jadi gunting dlm lipatan dalam PH..sebenarnya pas sendiri tidak lagi mewakili pembangkang tp bertindak sbg proksi umno dlm pembangkang..apa2 keputusan utk kebaikan PH wajib tidak perlu ambilkira apa2 pasal pas..pas bertindak utk kebaikan umno..mereka tidak kisah kalah atau menang tapi apa2 yg nereka buat mesti beri advantage kpd umno...sewajarnya pas ditinggalkan terus dan anggaplah pas adalah musuh hakiki PH sama mcm umno jugak.

Awanama berkata...

Buatlah lagi...azmin cakap dia betul, hadi cakap dia yg betul...rakyat pun dah meluat tgk..siapa pembohong kat sini pun x tau..ntah2 dua-dua pembohong...
Betul abg mat cakap, kita ada akidah tapi akhlak tak ada...
Sebenarnya langkah kita dari dulu betul nk buat perubahan, tapi sikap 2 orang ni azmin dan hadi musnahkan impian perubahan, kami menyeru sudah2lah kau 2 orang, jgn susahkan lg rakyat....nkth.

Awanama berkata...

pi bincang dgn pembantu buat apa
dah tahu sejarah dan perangai hj hadi...kuasa veto ditanggannya...
masalahnya pulak hj hadi ni..dijemput tspi tak mahu dtg. disuruhnya pembantu.

Nick Syam Fitrie berkata...

Begini lah akibatnya bila seorang pemimpin cuba berbaik dan percaya dgn puak lebai auta PI$.. Automatic dia pun menjadi auta macam puak lebai auta PI$ juga.. Sekarang ni Lebai auta PiS tengah mabuk asmara dgn Najib Rosmah dan lebai auta PI$ asyik kelaparan dedak Najis Rosmah jer.. Sehingga mursyidul am PI$ pun boleh menjadi ketua kluster agama UBN.. So harap pengundi PH menolak calon dari Parti auta Semalaysia PI$ nanti sbb undi PI$ umpama anda mengundi UBN Najis Rosmah... Takdirrrrrrr

tok janggut berkata...

PAS nak salahkn PH... Azmin x salah, sebab Azmin ditekan PH.Kah..Kah..Kah..
Azmin dimaafkn sementara itu DAP dan AMANAH akan disalahkn kerana beri tekanan pd Azmin hingga Azmin tension dan ngata TGHH...AMANAH dan DAP akan dikutuk habis2an..bagus punya skrip.

Awanama berkata...

Sejarah da buktikan yg hadi ni kalo baca politik mmg tak bole pakai..haprak. kalau tak takkan dpt je jadi MB sepenggal pastu kena terajang ngn orang kampung sendiri.PH..langgar je PAS ni..selagi hadi ni presiden mmg x kemana lah

Awanama berkata...

Tekan ke tak kena tekan ke, betul lah Azmin dah beri kata dua. Jadi malu lah jika tak letak jawatan.

Tapi siapa pula tekan Azmin sindir Hj Hadi? Mat Sabu ? LGE ?


Awanama berkata...

Jika kesal dengan sindiran Azmin mengenai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti, bermakna Tuan Presiden tahu mengenai rundingan pemimpin PAS dengan Azmin.

Tapi mengapa Tuan Presiden kata tidak ada rundingan...?

Yang sebaiknya bukan memberi kemaafan tetapi berikan lah penjelasan samada Tuan Presiden tahu ada rundingan atau tidak? Samada Exco PAS akan meletak jawatan atau tidak?

paskiniCHAIpunya berkata...

Takiri ni tak wala pada Hardy dan Harom... Hardy dan Harom malu nak suroh wakil PasCHAI berenti makan sup Babi herba di Selangor...niat sebenar Hardy dan Haron supaya mereka diberentikan umat Islam PKR sebab sop Babi Herba tu haram...jika Takiri tak dapat memahami kasyaf Hardy dan Harom dalam menilik dan meramal dalam Politik Islam maksom...sila diam dan tutop mulut! Kahkahkah!

Pencolekhangek berkata...

Apa pulak nak dikesalkan din ooii. Memang hadi tu tak tau ape ke benda. Cakap merapu. Putar belit. Selalu ponteng dan buat u turn. Macam ni punya orang kalau jadi menteri, habis hancur lebur kementerian dibuatnya. Itulah kayanya Allah s.w.t. Allah bagi sekali je jadi MB. Kalau lama jadi MB punah ranah Negeri Trengganu!!!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Dapatan kajian mendapati bahawa golongan yang paling boleh dipercayai ialah doktor perubatan dan diikuti oleh guru, dan golongan yang paling tidak boleh dipercayai ialah ahli-ahli politik. Azmin menyatakan bahawa amarannya kepada tiga exco Pas Selangor adalah fitnah, tetapi Khairudin at-Takiri pula menyatakan amaran tersebut adalah benar. Tidak kira siapa, apabila sudah berkecimpung dalam arena politik, pembohongan itu adalah satu kewajaran. Di manakah kreadibiliti seorang Menteri Besar Selangor yang bernama Azmin Ali berbohong kepada rakyat negerinya?

Pertindanan antara calon PKR dan DAP pada PRN Sarawak yang lalu adalah disebabkan sikap tamak PKR melalui Timbalan Presidennya Azmin. Akhirnya keenam-enam kerusi yang bertindan itu dimenangi oleh BN. Di PRN Sarawak bertindak sebagai samseng, tetapi di Selangor pula Azmin ingin menjadi hero. Beliau mengharapkan Pas dan Amanah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di PRK Sungai Besar, agar pertandingan satu lawan satu menentang BN. Azmin dilihat cuba bermain politik, tetapi temberangnya dapat dibaca oleh DAP dan Amanah. Jika PKR bertanding tersembunyilah warna sebenar Azmin. Jika Pas bertanding, sudah hampir pasti Amanah turun gelanggang.

Azmin tidak dapat lagi bermain politik memperbodohkan rakyat. Jika Azmin menyokong Pas, maka berkuburlah Pakatan Harapan. Jika Azmin menyokong Amanah, maka Azmin dituduh oleh Pas tidak mengenang budi. Paslah yang mencalonkan nama beliau menjadi MB semasa krisis MB Selangor dahulu. Pas akan menarik diri dalam kerajaan mut'ah di Selangor. Kebarangkalian Azmin kehilangan jawatan sebagai MB pun akan menjadi kenyataan. Jika Pakatan Harapan berkubur lantaran penggali kuburnya adalah Azmin, maka beliau juga pasti kehilangan posnya. Penyelesaian terbaik adalah PRN Selangor. Bila berlaku PRN, apa yang pasti selamat tinggal Azmin dan PAS, BN boleh tersenyum sedikit, dan Pakatan Harapan hanya dikomponenkan oleh Amanah dan DAP. Rakyat akan memberi mandat terbaharu. Ternyata kini, politik di Selangor tidak membela rakyat, sekadar memperjuangkan perut dan bawah perut. Azmin, kamu ini bagaimana?

Awanama berkata...

Attakiri auta jer. Mana attakanan?? Olamak pon pandai auta. Huhuhuhu

Pemuda parit kings berkata...

Sukar jika punya pimpinan sebegini...sukar juga ingin berjaya jika terus begini...apakah kesudahan PH???agenda2 politik yg Iebih memihak diri sendiri...paling merugikan...jaga2lah...rakyat past I akan menghukum pemimpin yg kurop...berbohong...amanahlah kamu mengalas amanah rakyat...perjuangan seperti INI harus dikuburkan...jgn diteruskan...jgn sokong pemimpin sebegini...cukuplah rakyat semakin derita...

Awanama berkata...

Puak lebai auta Pis dok bergaduh sesama sendiri kerana takut hilang jawatan exco & jawatan dalam GLC di Selangor.. Puak lebai auta Pis ni..sanggup gadaikan apa saje termasuk isteri dan menjual agama semata2 mengejar harta dunia..

Awanama berkata...

Attakiri auta jer. Mana attakanan?? Olamak pon pandai auta. Huhuhuhu

Awanama berkata...

Orang PAS ada bukti ker? Kamu kata Azmin berbohong...Kami semua pun boleh kata bahawa kamu yang berbohong...Orang Islam apa kalau tuduh orang tanpa bukti...sudah-sudahlah orang-orang PAS...kata nak menegakkan Islam....sudah terlalu banyak kamu memfitnah agama Islam...dengan maki hamun...kata-kata kesat...