12 Mei 2016

Tiba-tiba PAS Akan Sepentas Dengan Tun Mahathir....

Naib Presiden Pas sertai Deklarasi Rakyat di Shah Alam

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad akan menyertai pentas himpunan Deklarasi Rakyat yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam Sabtu ini.

Menurut poster program yang diedarkan itu, Iskandar, Exco Kerajaan Negeri Selangor itu akan menyertai Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis itu.

Ini adalah satu berita baik kerana sebelum ini hanya seorang sahaja pemimpin kanan Pas yang menyertai program ini iaitu Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya Pas.


Mustafa adalah antara 25 pemimpin pertama yang menandatangani deklarasi ini ketika ia mula dilancarkan.

Ekoran itu, bekas ketua penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada Iskandar kerana menyertai usaha untuk menyelamatkan Malaysia itu.

"Alhamdulillah, YB Datuk Iskandar Naib Presiden Pas menjejaki saya yang lebih dahulu bersama dipentas selamatkan Malaysia bersama Tun M dan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang politik untuk menuntut Najib berundur dari jawatan PM sekarang.

"Tahniah YB Datuk Iskandar," tulis Mahfuz melalui Facebooknya.

Himpunan di Shah Alam adalah siri himpunan jelajah seluruh negara yang dianjurkan oleh gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini mereka telah berhimpun di Kota Bharu, Muar, Alor Setar, Pulau Pinang dan lain-lain tempat lagi.

Kemuncak adalah penghantaran Deklarasi Rakyat yang mengandungi 37 perkara ini kepada Majlis Raja-raja Melayu memohon perkenan baginda agar menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar berundur sebagai perdana menteri.-Malaysia Dateline

ULASAN GB

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menasihatkan anggota parti itu agar tidak menyertai "Deklarasi Mahathir" kerana proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.


Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din pula menyatakan Deklarasi Rakyat dibentangkan Tun Dr Mahathir Mohamad tiada impak jika tidak dibawa ke Parlimen. Malah sebelumnya pun Harun Din menyatakan tuduhan ke atas Najib mengenai 1MDB tidak masuk akal dan Najib perlu diberi peluang untuk membetulakn keadaan.


Sejak dari itu juga, pascai telah memukul gendang seribu di media sosial mengutuk Himpunan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat. Dicungkil habis segala keburukan TDM zaman lalu dan menuduh mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu ialah golongan yang mahu UMNO kuat semula kerana himpunan itu dipimpin oleh TDM. Parti Amanah Negaralah yang menjadi sasaran serangan mereka.

Tiba-tiba Naib Presiden PAS, Iskandar Samad, yang juga exco kerajaan Selangor dilaporkan akan berada sepentas dengan Tun Mahathir menyertai himpunan Deklarasi Rakyat

Kita percaya yang membawa Iskandar ke himpunan itu ialah Timbalan Presiden PKR yang juga MB Selangor, iaitu Azmin Ali. Azmin khuatir kedudukannya dan kedudukan PKR di Selangor bakal terjejas jika PAS tidak menyertai Deklarasi Rakyat kerana gelombang rakyat kini menolak BN dan kepimpinan Najib.

PAS pula kena dengar dan patuh cakap Azmin, khuatir Azmin buat tergeliat singkirkan PAS dari kerajaan Selangor. Melopong PAS nanti. Justeru, untuk survival politiknya, Iskandar memilih untuk menolak nasihat Presiden dan Mursyidul Amnya, sebaliknya mengikut Azmin dan menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia sepentas dengan TDM.

Husam menghadiri majlis-majlis yang disertai DAP dan AMANAH, akhirnya dipecat. Bagaimana dengan Iskandar?

Dan agaknya apa pula kata-kata pascai kali ini?



IKLAN BERBAYAR


32 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Jauh sekali naib presiden nie utk mendapat KEREDAAN ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

1, Cakap Si Presideng Bawang tak boleh pakai. Dia ni entah apa halatujunya dalam politik.
2. Cakap Si Murshidul Air Jampi pun tak boleh pakai. Sebab Air Jampi dia pun tak boleh pakai.
3. Elok yang KOLOT dalam PAS disingkir daripada parti. PAS lebih baik dipimpin Tuan Ibrahim. Beliau lebih bijak dan tahu hal duniawi dan akhirat.
4. SYABAS KEPADA ISKANDAR. JANGAN PEDULI CAKAP SI BAWANG TU. SEMOGA LEBIH RAMAI ORANG PAS TOLAK KEPIMPINAN SI BAWANG DAN MURSYIDUL AIR JAMPI......

5. Bersatulah rakyat Malaysia - TOLAK BN. TOLAK NAJIB.

Lebai Roger berkata...

Macamana ente tau?.......hebat nko abrarmujahideen. Ada dapat wahyu ke?

Tanpa Nama berkata...

Bersama ambingong dan lingongend untuk dapat keredaan Alah...akibat terlalu banyak makan bangkai...jauh ler lebih baik makan dedak...

Tanpa Nama berkata...

Penglibatan Iskandar tidak akan mengubah pendirian parti. Kalau bukan kerana Sungai Besar tak hingin pun Iskandar bersama deklarasi rakyat.

Tolong bukti kan Iskandar telah menanda-tangani deklarasi rakyat. !



Tanpa Nama berkata...

Haron din dan hj hadi dah termakan
dedak najib.

Unknown berkata...

Iskandar Samad takut lah tu...kalau dia tak join deklarasi Rakyat di selangor...lepas PRU 14...jadi bekas Adun ajelah.

Mana-mana pemimpin yang join last minute demi Rakyat dan negara.. depa pemimpin jenis Pengecut dan ada agenda peribadi yang tersembunyi.

abrarmujahideen berkata...

Politik halal kan cara..tolak Pakatan Harapan tp bermukah dgn PKR utk kekalkan kuasa exco dlm kerajaan negeri Selangor.

abrarmujahideen berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Taktik ala syiah,berpura-pura...

Tanpa Nama berkata...

Bingai betol pascai 12:10 PM

Tak ubah pendirian parti? Kalau mustafa ali memanglah ubah pendirian parti sebab dia dah x da jawatan. Ini Naib presiden be.

Ko ingat PH nak sokong PAS ker kat Sungai Besar? Boleh jalan ler.

Tandatangan deklarasi pada malam itulah. Nampak sangat pascai yang ni ketinggalan isu semasa.

Tanpa Nama berkata...

Baru dengar istilah BAWANG. Siapa dia dan bagaimana terbitnya gelaran bawang ni. Sila cerahkan saya.

Tanpa Nama berkata...

Pascai ni sebenarnya.. diorg tatau pun apa yg diorg nak.. mcm lalang...tak ada pendirian..

Tanpa Nama berkata...


Masih ada lg yg nak jd barua, babi dlm bukit, tolol, jebon ....

Ingatkan dah dibersihkan oleh walaun2.


Din berkata...

Tahniah yb iskandar kerana menyertai delarasi rakyat. Tujuan utama nk turunkan bijan ..ayuh teruskan dn kuatkan semangat utk selamatkan malaysia dari si durjana peninas rakyat

Tanpa Nama berkata...

iskandar ni profesional,dia bukan mullaf yg serban berpikul2,yg auta kat walaun2 yg kata perlembagaan pas tu!! lebih hebat!! dari quran dan hadith


Dalam quran kata,babi haram,kecuali tempat tu takada makanan,Tapi perlembagaan pas kata,DAPig penang HARAM,Tapi DAPig selangor HALAL Sebab kat selangor,lembu/kambing,ayam,ikan takda..sebab itu babi halal kat selangor.lagipun dinayam dah bawa balik semua ayam kat selangor ka terengganu.

Dalam perelembagaan pas kata Fatwa Hadi 1981 halal,sebab masatu umno mengamalkan sistem penjajah,Pada 2016 Dalam perlembagaan pas juga kata umno dah HALAL,sebab mengamalkan sistem penjajah.
Dalam perlembagaan PAS kata hudud tak boleh tolak ansur,Tapi bila bowtie join hudud boleh dilewatkan.

Bravo-bravo pascai"perlembagaan pas sungguh hebat"

Tanpa Nama berkata...

Senyap sunyi pasChai sedia ditunggang DAP dan Mahathir.. Kalau Pak Lebai redha maka itulah keredhoan Allah kata pasChai...kalau dikencing DAP dan Mahathir maka Pak Lebai kata ketentuan Allah...kahkahkah!

Malaysiabaru berkata...

Sebelum tolak Najib

Tolak pas dulu

Barulah kukuhkan PH ... Nanti ISKANDAR SEMAK PUN IKUT

P.S mintak tolong husam jahanamkan kerajaan pas pd pru 14nih...

Tanpa Nama berkata...

Iskandar Samad ni dh mintak izin dr pesideng ker?xwalak nt sesuka hati nk join deklarasi rakyat..walaon2 semua mengutuk pan dap pkr yg join deklarasi rakyat sbb umpama jd macai madey.. Skrg pas pula.kahkahkah apa pula komen walaon ttg iskandar Samad ni.kahkahkah. Satu lg bukti jelas pas punya uturn.

Tanpa Nama berkata...

Yang betul si PAScai ialah orang yang menyokong PAS yang di pimpin oleh kumpulan yang dipilih mengikut cai Hj Hadi.

Iskandar menyertai deklarasi rakyat sebab arahan Bos dia, Azmin bukan kedudukan Iskandar sebagai Naib Presiden. Dalam parti, sebagai Naib Presiden Iskandar sepatutnya wala pada Presiden dan Presiden pula tidak benarkan ahli PAS menyertai deklarasi rakyat. Sebagai Naib Presiden PAS, tindakan Iskandar telah memalukan Presiden. Jika sekadar memberi nasihat sahaja kepada ahli, bagaimana Hj Hadi nak jadi nasihat kepada UMNO ?

Mustafa Ali ialah Pengarah Pilihanraya PAS. Jawatan ini diberi hanya kepada orang yang mendapat kepercayaan sepenuhnya dari parti bukan boleh suka-suka cai. Jika Mustafa Ali yang lebih mendapat kepercayaan dari Iskandar tidak mampu mengubah pendirian parti (Hj Hadi dan Harun Din) apa lah di harapkan pada Iskandar. Ini lah kali pertama Iskandar terlibat dengan isu peringkat nasional.

Tujuan sebenar Iskandar menyertai deklarasi rakyat bukan sahaja untuk melawan arahan Hj Hadi tetapi untuk menunjukkan kepada pengundi Sungai Besar yang PAS Selangor bersama rakyat menolak Najib. Sekarang PAS ada dua, yang sokong Najib dengan 1MDB dan yang tolak Najib. Dalam pada itu PAS juga ada yang PAScai dan PAS Tuan Guru Nik Aziz.

PH akan meletak AMANAH di Sungai Besar dan jika di putuskan AMANAH tidak bertanding sekali pun, jangan harap PAS dapat sokongan dari PH. Pengundi Sungai Besar pun tidak akan menyokong PAS kerana PAS Selangor pernah bersama UMNO untuk merampas kuasa di Selangor.

Malu lah kalau malam itu baru Naib Presiden PAS menanda-tangani deklarasi setelah beratus-ratus ribu rakyat menanda-tangani deklarasi tersebut. Begini kah tahap Naib Presiden dalam PAS ?

Bagaimana pun tuan 1 06 PTG tentu mempunyai sebab mengatakan 12 10 se bagai PAScai melainkan tuan telah terkeliru kerana berada dalam parti yang telah di caikan.

Tanpa Nama berkata...

Ada beza antara jenis yang makan bangkai dengan makan dedak.

Yang makan bangkai, jenis yang bebas dan bangkai yang di makan dalam keadaan masih boleh dimakan dan yang tidak berulat atau telah membusuk.

Jenis makan dedak, yang malas yang makan nya di tetapkan oleh tuannya. Tiba masanya yang diberi makan dedak akan di korbankan. Tidak ada orang yang memberi dedak kepada mana-mana yang bernyawa semata-mata sebagai peliharaan.

Tanda-tanda kesan dari makan dedak ialah suka buat U-turn, melabelkan orang dan menjadikan fitnah sekadar satu cerita yang menyeronokkan. Bila berjanji di khianati dan bila dapat keuntungan dunia di tinggalkan nya amanah.

UMNO dimana penasihat nya ialah seorang Presiden parti Islam bersama parti bumiputra di Sarawak telah menyumbang wang berjuta kepada gereja di Sarawak.

Mana yang lebih jauh dari mendapat keredhaan Allah, yang bersama 'ambingong dan lingongend' atau yang menyumbang kepada gereja ?

Tanpa Nama berkata...

Geng pascai dah dpt hidu bakal lingkup pada pru akan dtg...so cepat2 ubah haluan ikut arus rakyat...ada paham kaa?

Tanpa Nama berkata...

Semua tu boleh kawtim dgn restu tuang presideng. Dapat restu, settle la bro. Pakai kostum dewa cina pun boleh kawtim, apalah sangat sertai himpunan deklarasi rakyat. Restu tuang presideng ni boleh berubah-ubah dan ada nilai2 pilih kasih.. tak gitu?

Tanpa Nama berkata...

AMANAH MESTI LETAK CALON DI Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Tanpa Nama berkata...

hari ini FBI, sedang menyiasat penhouse anak tiri Najib,anak rosmah bernilai 35.7juta USD.ANAK ROSMAH INI DULU BEKKERJA SEBAGAI CLERK/EXEC dekat shanghai hong bank UK.Macamana anak rosmah yg bergaji kecil ada penthouse di LA,dekat hollywood, dan ada penerbitan filem di hollywoodnya sendiri?dan menghasilkan film softporn yg bernama "the wolf of wall street" filem ini diharamkan ditayangkan di malaysia.

Takkan Najib dan Rosmah tak tahu activity anaknya?
Modal utk sebuah filem hollywood beratus juta usd,mana anaknya dapat duit????

Mana si PENASIHAT agong ulamak tu???TaKKAN TERLEPAS Pandang??
Mana si Penasihat yg pergi german tu???bolehka saorang pemimpin islam yg mempunyai anak menhasilkan cerita softporn??
INILAH HASILNYA BILA TERMAKAN DEDAK BANYAK SANGAT YG DIBERI OLEH SIPENZALIM.

Tanpa Nama berkata...

Bapa Rohani dalam filem Madu Tiga berkata, Baik?... baik ada makna tu...Bukankah tak lama lagi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar? Inilah sikap kepura-puraan kepemimpinan ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Dia memang pemakan dedak bukan termakan dedak. Dia orang tahu yang mana dedak terbaik dengan dedak kurang baik. Sepanjang dia orang bersama-sama UMNO bermuafakat untuk merampas Perak, dia orang dah di tunjukkan katalog jenis-jenis dedak... dan semua dedak di bekalkan mengikut jadual yang telah di tetapkan seperti telah di persetujui.

Jika dedak kurang baik atau terlewat sikit, ingat penyanggak-penyangak nak diam.

Selepas seminggu dua, Hj Hadi akan cover balik atau orang Najib akan atur satu program berbentuk keagamaan.

Tanpa Nama berkata...

Memang wajib letak. Tak mustahil walaun buat u-turn last minute bila Umno/BN bagi up lebih sikit dedak.

Tanpa Nama berkata...

Macai Pas chai pemakan dedak, kekenyangan sampai nak mampus....

Tanpa Nama berkata...

Rosak umnu krn Najib. Rosak Pas krn Hadi.

Pascai tk pandai mikir, macamana pas rosak selps Hadi berpeluk2 dgn Najib.
Otak kecik, macamana boleh mikir?

Pemuda parit kings berkata...

Hahahaha...lawak2 pemimpin pas chai...pru akan Datang lu semua pemimpin pas kalah teruk!!!DOA rakyat buat pemimpin pas yg rasa dikhianati...cakap tak guns law an org walaun ni...tunggu he la...

Pemuda parit kings berkata...

Apa lagi tunggu...siap siaga semua...turun Bantu prk nanti...usah sembang...hahaha...dok ULA's menjela...bukannya walaun paham pun...hahaha...