7 Mei 2016

Pecat Husam: Hanya Yang Bodoh & Taksub Tinggal Dalam PAS....

Air mata Husam menitis bila tahu dipecat Pas

KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menitiskan air mata tatkala menerima perkhabaran hari ini yang beliau sudah dipecat daripada parti itu.

Adun Salor itu memberitahu, beliau mengetahui perkara tersebut menerusi WhatsApp dan khidmat pesanan ringkas daripada sumber-sumber tidak rasminya.

“Di pagi Jumaat yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab mengandungi pelbagai rahsia Ilahi, sehari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.


“Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu,” luahnya kepada Sinar Harian sebentar tadi sejurus mendapat tahu hari ini beliau bukan lagi ahli Pas.

Bagaimana Husam berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima pemakluman rasmi mengenainya pemecatan keahliannya itu.

“Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok,” katanya yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu juga berkata, beliau menyertai Pas sejak tahun 1982 seperti kebanyakan anak muda mana jua, dulu dan kini menyerahkan sepenuhnya jiwa raga pada apa difikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara.

“Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran.

“Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun. Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang. Namun, saya hanya insan kerdil.

“Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati,” katanya.

Husam yang berfikiran terbuka itu melihat pemecatannya itu mungkin ada hikmah yang sedang menantinya.

“Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi. Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

“Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya,” katanya.

Berdasarkan peruntukan Fasal 82 (6) (d) Perlembagaan Pas (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib Pas membuat keputusan memecat keahlian Husam berkuatkuasa pada 23 April 2016. -SH


PAS Pecat Husam

PAS memecat Datuk Husam Musa berkuat kuasa 23 April lalu dan ini bermakna ADUN Salor itu kini bergerak sebagai wakil rakyat bebas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata tindakan tersebut diambil setelah mempertimbangkan kes ini daripada semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya. “Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati Datuk Husam Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f) Perlembagaan PAS.

“Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas Datuk Husam Musa iaitu memecatnya sebagai ahli PAS berkuat kuasa pada hari keputusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.




ULASAN GB

PAS, kamu ini bagaimana?

Dahulu kamu kata, seseornag ahli perlu istiqamah dengan parti.

Apabila ahli-ahli PAS keluar PAS menyertai parti AMANAH, kamu kecam dan tuduh mereka "pengkhianat", kamu selar mereka kononnya "tidak istiqamah".

Kini apabila Husam Musa tidak ikut rakan-rakannya tubuh parti lain tapi istiqamah dalam PAS, kamu pecatnya.

Kegilaan apakah yang melanda PAS kini?

Budaya melembukan ahli nampaknya begitu ketara di dalam PAS. Ia tidak boleh dikritik. Ia menjadi satu kumpulan yang mengajar ahlinya supaya taksub sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...

GB sudah ulas sebelum ini:

Kemudian hari ini diluluskan juga usul dari Dewan Ulama menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura.

Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”jawab Rasulullah.


"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...


Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

InsyaAllah, bagi GB jika dipecat sekalipun, jiwa GB redha dan tenang, kerana kebenaran itu lebih berhak untuk diikuti.....

Selama menjadi blogger ini pun GB sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk parti. Setidak-tidaknya sejak zaman reformasi dan alhamudillah, PAS telah berjaya cemerlang hasil usaha sedikit ini dari para blogger yang menyebarkan maklumat dan berjuang dari alam langit (siber).

Tiada siapa ambil tahu perit dan susah payah kami selama ini.

Namun, walaupun parti tidak menghargai jasa kami, kamihanya mampu berdiam diri kerana kami yakin Allah itu sentiasa Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan Dia berjanji tidak akan sia-sia orang-orang yang berbuat kebaikan. Balasan adalah ditanganNya. Malah jika Dia tidak mengganjari kami pun kami terima kerana itulah keikhlasan kami sebagai hambaNya di dalam perjuangan menengakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Bukan mudah untuk mencapai maqam "keikhlasan" itu kalau tanpa pertolonganNya jua...

PAS mengajar ahlinya jangan "lebih cerdik" dari Presidennya, sama seperti UMNO. Siapa lawan Najib akan "dipancung". Begitulah dalam PAS, siapa lawan Haji Hadi pun akan "kena pancung". Bertentangan sungguh dengan kisah di atas.


Kasihan PAS. Hanya yang bodoh-bodoh yang layak tinggal dalam PAS.

Mujurlah Allah telah membuka ruang dan mempermudahkan penubuhan parti Islam yang kedua di negara ini, AMANAH namanya. Parti Islam yang lebih baik, yang amanah, progresif dan peduli. Begitu besar rahmat Allah kepada hamba-hambaNya yang jujur dan ikhlas di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.




42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


PH hendaklah meletak calon bertanding parlimen Sg Besar. Klu Pas tidak mahu memberi laluan, PKR atau Amanah atau Dap sekalipun kena bertanding. Biar tiga penjuru, umno, pas n PH.

Klu Husam Musa calon terbaik, letak beliau.

No risk, no gain.

Unknown berkata...

Salam tuan YB..
Ketika RasululLah dilanda keberdukacitaan, lalu Allah membawa Baginda Mi'raj untuk menghiburkan kekasih-Nya. Lalu sempena semangat mikraj ini.. tenangkanlah diri dan sukacitakanlah dirimu dengan ketentuan Tuhan pemilik alam. Esok-esok istikharahlah mohon petunjuk dan jalan.
Kalau tuan YB menyertai AMANAH, hamba dengan rakan-rakan juga insya Allah akan bersegera mendaftar sebagai ahli AMANAH.... Takbirr

Tanpa Nama berkata...

Harap sgt supaya Dato Husam dpt mengetuai AMANAH bersama-sama Abg Mat Sabu, Salahudin Ayub, Khalid Samad dan lain2 lagi...
Semoga impian saya ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti...aminnn...

Tanpa Nama berkata...

Dato husam ..u r not alone

Unknown berkata...

Salam:


Berita BAIK untuk Rakyat,saorang yg berjiwa rakyat TAKUT tuhan,akan bersama kita.

Insyallah YB jika NIAT Kita IKHLAS, tiada Apa2 yg perlu kita takutkan,cuma takut ALLAH SAJA.

MAJORITY RAKYAT BERSAMAMU.

Tanpa Nama berkata...

Tak ada beza dgn ummmno.kritik presideng kena pecat.

Din berkata...

Semuga pas mampos cepat sket...parti yg langsung tak bawak manfaat pada rakyat sekarang nih

Tanpa Nama berkata...

Pascai perlu diajar... Islam makin rosak angkara Pascai..

Tanpa Nama berkata...

Betul
Kuala kangsar juga.

Jangan biar ulama pas suci mulia menang.

Menang "suci" ulama pas.

Tanpa Nama berkata...

Pas ni TIDAK sama dengan unmo... Ulama pas suci mulia lebih hebat, iaitu penasihat penerima derma berbillion

Tanpa Nama berkata...

Tempoh parliamen dan dun tinggal kurang 2 tahun, kalau tak silap saya.....tiada lagi pilihan raya kecil.

Tanpa Nama berkata...

Pandangan dan teguran Husam tidak di ambil untuk memperbaiki kedudukan parti dan mengembalikan parti pada landasan kebenaran.

Jika Husam lantang menegur kepimpinan PAS bererti Husam akan menegur Presiden UMNO yang terang-terang telah melakukan bermacam-macam pembohongan dan penipuan.

Pemecatan Husam ada lah untuk UMNO. PAS hanya Pak Turut. Nyawa Hj Hadi dalam berpolitik bergantung pada Najib.

Gagal PAS dan UMNO bersatu, punah lah politik Hj Hadi dengan cai-cai nya.

Tanpa Nama berkata...

Setelah golongan professional meninggalkan Pas termasuk yang dipecat, orang dah tak heran lagi dengan Pas dah...sebab yang masih tinggal dalam Pas hanya species2 mangkuk hayun, luncai, labu labi... yang dipimpin oleh si lebai2 bodoh piang.

Unknown berkata...

PAS telah meneliti kes husam dan telah mengambil keputusan yg paling tepat..

Ada org kata kenapa PAS pecat husam? Husam menegur tapi adakah PAS tak boleh terima teguran?.

Bukan begitu.. teguran boleh shj diterima tapi bila ianya dibuat di atas pentas pengkhianat itu yg tak boleh diterima kerana ibarat memburukkan parti sendiri di depan musuh.. jadi kami dapat melihat rasional dari pemecatan ini.. tak perlulah memperbodohkan kami dgn berbagai alasan seolah2 husam ini maksum..

Tanpa Nama berkata...

Wakil Rakyat PAS yang berbelah bagi dan dikelirukan oleh kepimpinan ulamak PAS yang menekan kerjasama dengan UMNO demi perpaduan melayu dan Islam, jadikan lah peristiwa ke atas Husam sebagai mencari keadilan dan kebenaran.

Apa salah Husam ?

Jika hari ini Wakil Rakyat PAS berdiam diri maka selama-lama lah jadi Pak Turut.

Kamu turut membela nasib Anwar Ibrahin, pemimpin UMNO tetapi kamu berdiam diri bila nasib yang sama menimpa pemimpin kamu. Kamu lebih kenal Husam dari ahli kebanyakan.

Tanpa Nama berkata...

Harap2 awk silap sbb inilah masanya PH melebarkan kuasa

abrarmujahideen berkata...

PAS jadi milik peribadi..uruskan ikut hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau lagi 6 bulan, sah tak ada pilihanraya. Sebab SPR kata tak terima kekekosongan kerusi dari DUN. Ding Dong Dong Ding. DUN kata SPR tidak beri sebarang arahan ... tunggu punya tunggu dah masuk tempoh 2 tahun.

Tanpa Nama berkata...

insya allah , saya selaku anak muda akan terus. sokong amanah, mara dan terus mara. ke hadapan. biarkan. presiden. tuan penasihat 25% dengan ego bodoh. sombong. , ulamak apakah ini. yang terlalu ekstrem. nak bg kat. pas. aku ngan keluarga aku.dah timggalkan. pas selepas geng chai. masuk, utk. tuang. presideng. yang dok berangan nak kenygkan. kantung anak beranak. selamat berjuang , kita aokong amanaha. utk parlimen. kuala kangsar dan parlimen sabak bernam , biar pas tahu. tanpa pakatan. harapan. dap , pkr ,xade lagi harapan. nak berjuang sendiri!!!!AMANAH

pak maun berkata...

Lepas ni suruh presiden atau mursyidul am tu bertanding kat putrajaya plk. Berani ke? Cirit la

Tanpa Nama berkata...

Husam mesti dipecat sebelum himpunan deklarasi rakyat yang akan diadakan si Kota Bharu. PAS mesti selamtkan Najib dan tidak mahu parti nya terlibat.

Kita tenguk nanti bagaimana sambutan majlis deklarasi rakyat kerana yang menyelenggarakannya program tersebut ialah Husam.

Atas pentas memang bukan teguran tetapi setelah menulis surat tanpa di jawab dan tiada sebarang taklimat, PAS hanya menanti Husam berucap di atas pentas dan ceramah Husam tidak melibatkan parti lain. Husam terlibat secara langsung dengan kempen jatuhkan Najib.

Mengapa tidak di gantung keahlian Husam yang kesalahannya ialah menuntut penjelasan dari pihak yang terlibat seperti isu balak dan dakwaan bahawa Hj Hadi bersongkol dengan UMNO.

Walaupun Husam digantung, surat Husam meminta penjelasan mesti dijawab kerana ketika itu Husam masih lagi ahli PAS.

Husam bukan maksum, begitu juga Hj Hadi yang di hentam oleh orang Sarawak kerana tidak menghalalkan orang bukan Islam memerintah Sarawak. Hj Hadi juga tidak maksum. Hj Hadi mahu jadi penasihat selepas pilihanraya Sebelum pilihanraya boleh menipu dan membohong dalam 2 tahun ini.
Bagi Mahfuz bersongkol namanya. Hj Hadi kata PAS bersendirian tetapi akhirnya PAS bersama Ikatan yang tolak hudud.

Jika PAS memerintah PAS lagi teruk dari UMNO. Maaf bukan kami yang memperbodohkan tuan tapi tuan sendiri yang memperbodohkan diri tuan.

Prof berkata...

Pas.... parti lebai malang

Tanpa Nama berkata...

Anomuose11.43.Husam tak maksum ,yang maksumnya Nabi Muhammad SAW.Hadi juga tak maksum .apakah dia bolih mnegelurakan kata2 mengina pada kawan seperjuangan sendiri .kekal lah kamu dalam Pas .mata kau dah dirabunkan ,otak kamu dah dibekukan ,jenis kamu ni ,kalau ada teguran bahawa ada warna kuning pada jubah hadi ketika hendak solat .itu mungkin hadi trkincit .jenis kamu ni cepat2 mengatakan itu bukan kincit tetapi itu pewangi.otak dah di pil kudakan.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah jadi macam parti yang memerintah Korea Utara. Presiden PAS pun dah jadi macam North Korea Leader Kim Jong Un - tak boleh ditegur!

Tanpa Nama berkata...

Itulah pas pasca nik aziz... hadi seorg pemimpin yg lemah... bukan lemah ilmu agama..tp lemah dari segi intelektual dlm kepimpinan...sbg seorg ketua pemimpin jemaah, dia hendaklah mempunyai semangat menyatukan jemaah dan tidak boleh berpihak kpd sesuatu golongan lebih2 lagi golongan itu yg dilihat tlalu menyokong setiap pendptnya tanpa ada sebarang kritikan dan bantahan...lihat ini, 2 golongan, 1 golongan yg pasif, apa pun keputusan ketua diterima jua dgn anggapan bahawa kewarakan pemimpin tsebut menyumbang kpd ketepatan keputusannya...ini namanya sokong tanpa berfikir...jika inilah yg golongan agama faham, maknanya golongan seperti ini tiada daya fikir..dan amat tkebelakang...sdgkn nabi yg maksum pun boleh ikot pndpt sahabatnya...manakala golongan yg ke2, golongan yg aktif dalam gerakan...mempunyai daya fikir yg dinamik, pengalaman, dan itu menyebabkan mereka seringkali dilihat seumpama bercanggah pendapat..tp bkn bmkasud menentang kepimpinan..bersuara, memberi pendpat, kritikan apb dilihat seakan tidak selari dgn prinsip islam dan juga parti..setiap pemimpin, andai berhadapan dgn golongan ini, pemimpin yg hebat dan faham dgn strategi yg difikirkannya tepat, sebetulnya perlu menjawab kritikan dan berhujah mempertahankan segala tindakan dan keputusannya dlm parti...sbg contohnya, husam mengkritik perundingan beberapa tokoh pemimpin pas dgn umno utk mmbntuk krjn perpaduan, isu2 balak kelantan dsb..kenapa tokoh tertentu tidak menjawab?? tidak meberi pencerahan?? dan kami sbg penyokong gerakan islam pas(sebuah parti yg memartabatkan islam, suatu nama yg besar,nama agama, bawa imej islam, islam yg syumul), bkn menyokong dan taksub kpd pemimpin semata2, menilai bahawa selagi tuduhan tersebut yg didatangkan bukti,tidak dijawab pemimpin tersebut, maknanya memang tuduhan tersebut benar..jika tidak benar, kenapa tidak berani jwb..jd hingga ke akhir ini, org yg membawa isu itu, dipecat, maka mmg benarlah pas sebuah parti yg kini hampir2 menyamai umno...selamat tinggal pas...kamu tidak perjuangkan islam...tidak tegas dlm hal2 prinsip...masih menyebelahi rakan2...sedangkan dlm parti perlu jd profesional...tidak boleh berkompromi dlm masalah melibatkan prinsip perjuangan parti...jika tidak berani ambil tindkan pd rakan,lebih baik letak jawatan dlm kepimpinan...semoga pas berubah dan mendapat hidayah..amiiin..

Din berkata...

Terbaik bro..sokong amanah

Tanpa Nama berkata...

Jam 11.43, hang memang mangkuk.orang nk hujah ko pun nk human...tak standard langsung ulasan. Muhyiddin kubur panjang

Unknown berkata...

Daeng meriok ni org pandang dia seorg islamik... masa dia kendalikan kes husam ni.. husam dah tegur.. dia tak boleh kendalikan kes husam.. sbb awal2 lagi dia dah bias..akhir nya dia jatuhkan hukum... memang takde perasaan malu pimpinan pas skg nya..apa lah nak jadi pas ni.. ketua disiplin parti kurup tu pun.. yg kita tahu pro pd PM tak bias mcm daeng mariok ni...

Jeman berkata...

oh, husam x maksum, hadi mereng maksum? nik amar boroi maksum? mcm2 la walaunta nk halalkn hujah bebal

nick berkata...

Kita jangan tak tahu bahawa walaun2 dan pentaksub2 yang masih kekal dalam PAS beranggapan bahawa mereka adalah golongan pilihan Allah yang sudah terbuka untuk mereka pintu syurga! Maka mereka dengan anggapan sebegitu, memandang hina dan memusuhi sesiapa sahaja yang tidak sefikiran dan seakidah dengan mereka. Itu lah akidah yang sedang dianuti oleh mereka2 yang duduk dalam PAS. Dari Pimpinan sehinggalah ke para walaun2 yang jahil tukil tp berangan2 aebagai ahli syurga.

Anutan itu lah yang menyebabkan mereka membenarkan fitnah, caci maki dan takfiri. Bagi mereka, segala perbuatan mereka walaupun mungkar tetap halalan dan toyiban sebab mereka golongan pilihan Allah. Tipu dalam pemilihan (guna chai) tak haram. Mungkir pada perjanjian, no hal. Bohong dan u-turn dalam berjanji, tak berdosa. Kempen masa PRU 13 sebagai Pakatan rakyat yang menentang UMNO dan BN tapi bila menang kerajaan negeri Perak nak buat kerjasama dengan UMNO, langsung tak dosa dan semua dapat redha! PAS masa ni dah tunggang terbalik. Islam tah kemana, akhlak langsung tak dak malah moral dan prinsip pun boleh jual. Janji ulamak PAS cakap halal dan dharurat, maka semua pun boleh sapu! Bukan aje balak, duit guru2 YIK pun habis kena kebas!

Nick.
cape Tiger

Tanpa Nama berkata...

Husam sudah tidak ada cara lain dan yang disebut berunding dengan UMNO, orang nya senyap. Lalu Husam cabar dengan hanya bersumpah dan Husam pun bersedia bersumpah. Apa yang dia takut kalau dia di pihak yang benar. Tetapi dia takut pada ahli-ahli termasuk pemimpin PAS yang masih menolak UMNO.

Sekadar benci dan tolak kerjasama dengan UMNO tidak cukup kerana kumpulan Hadi bertindak se cara perlahan seperti memecat Husam. Husam tidak ada jawatan dan PAS mengatakan pengaruh PAS masih kuat di Kelantan, Kenapa PAS pecat Husam ?

PAS sudah tidak dapat diselamatkan kerana tindakan PAS baik hal-hal dalam parti atau hal luar parti, PAS menunjukkan rupa yang hodoh. Seperti UMNO jika perangai buruk seperti menipu membohong hanya setakat dalam parti untuk rebut jawatan tetapi apabila di beri kuasa dan jawatan, tanggung-jawab tersebut dijalankan dengan adil dan bijaksana, tak apa lah jugak. Celaka nya, perangai buruk bertambah dan di teruskan pula dengan sifat tamak dan angkuh.

Begitu lah jika Husam dipecat tetapi pemimpin PAS tidak terlibat dengan balak dan tidak mengkhianati ahli (rundingan sulit dengan UMNO semasa TGNA lagi) dan mentadbir Kelantan dengan baik, mungkin Husam tidak menitiskan air mata. Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz tidak mengeluarkan air mata kerana hanya orang yang jiwa dan hati nya mengingati Tuhan sahaja yang mampu menitiskan air mata Dia merasakan diri nya telah gagal pada Tuhan nya. Bukan kah Husam kaitkan kisah Israk dan Mikraj? Perjuangan Husam tidak sebesar itu dan Husam sedar tentang itu tetapi perjuangan nya menempuh kesukaran. Husam bersedih tetapi tidak berputus asa.


Harap memang betul Husam tidak berputus asa.

Tanpa Nama berkata...

ahli Amanah istiqimah pd Islam. Islam tetap terpelihara sejak 1400 thn dan begitulah juga ahli2 Amanah. Taat kpd Allah. taat kpd Rasul, dan pemimpin dikalangan kamu (insan yg taat kpd Allah dan Rasul).

ahli pas istiqimah pd pemimpin. bila TGNA pergi, maka puak munafiq yg pura2 alim pun naik tocang. semua peninggalan arwah dihapuskan. glc, royalty, lebuhraya dan akhir sekali YB Husam.

YB Husam patut gumbira gumbira gumbira (spt gumbiranya presideng bila puak pro ditendang) krn diberikan jln keluar; bebas dan merdeka dari kongkongan munafiqin bertopengkan serban dan janggut. YB bolehlah nanti mengadap Allah rj nanti dgn kata2, sesungguhnya aku telah berlepas tangan dgn pas dan ahli2nya. Ya Allah. Saksikanlah! bukan aku yg keluar dr pjuangan Islam ini, tp mrk yg telah membuang aku.

Wahai umat! sekiranya pemimpin kamu lari dari Allah dan Rasul-Nya; spt menipu dgn derma berilyun2; menuduh tanpa bukti spt pil kuda; melabel hamba Allah lain dgn panggilan yg jijik spt barua, babi, anjing; maka larilah kamu dr pemimpin tsb spt larinya kamu dr api neraka yg hitam pekat.

ulama2 dulu amat menegah dan menjauhi pemimpin2 zalim. tp pas kini sedondon dgn pink. musyid am, pemimpin tertinggi dlm pas, berada dibwh najib. nasha ahli pas yg sekian lama membontoti najib, jadi ketua yg diberi umno. zuhdi, ajk pas pusat tidak mendpt halangan dr universiti dimana dia adalah pensyarah kanan. tp Aziz bahri kena tendang dr universiti Islam.

Pencolekhangek berkata...

Pernah terbaca penulisan seorang mualaf kulit putih rakyat Amerika. Katanya baca dan fahami Alquran serta belajar tentang hadith kalau nak kenal Islam. Jangan tengok atau belajar dari orang Islam kerana kamu tidak tahu mana satu yang Islam pada nama. Saya nak tambah lagi satu kalau nak belajar tentang Islam jangan terpengaruh dengan orang yang mengaku ulamak. Ulamak dalam Inggeris ialah scholar. Bukan calang-calang orang boleh dipanggil scholar, terutama yang tak pandai Bahasa Arab atau hanya ada BA sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Dh huru hara pas loni..

benartetapbenar berkata...

Aqidah walaunta ulamak mereka maksum...

Tanpa Nama berkata...

Kalau baca komen walaun semuanya mengutuk dan menghina husam dengan jiJik sekali. Cerminan pas masa kini. Agaknya walaun tu semua sudah lupa semua jasa husam kepada parti dan negeri. Cuba la bandingkan jasa husam dengan korang walaun woiii.. pffff.. tak payah dengan walaun, dgn hadi awang pun boleh..

Pemuda part kings berkata...

APA punya bebal la malaun pas...cara ko ckp da serupa org umno...tegur ikut saluran yea...hahaha...hawau kau!!!

Tanpa Nama berkata...

Ulamak akhir zaman nabi cakap...berlaku byk dh pun...byk pentingkn tembolok je...hukum sebenar letak dlm poket.bleh nasihat, tapi jgn la hang pi join depa...duduk dln tong taik sama pasai pa..

Tanpa Nama berkata...

Ulamak menghukum. Bukan Ulamak mencari punca permasalahan.

Selesai sudah satu masalah.

Apa akibatnya dan bagaimana pula mengatasi nya bukan boleh dengan menghukum. PAS yang akan di hukum.

Ada orang menguatkan diri mereka dengan beramai-ramai, ada orang hanya bersendirian. Siapa kah yang hebat Hj Hadi, Najib atau Anwar ?

Unknown berkata...

bengong menate bewok wan rosli.bodoh wan rosli kalah kera duku.

akma berkata...

Husam berdukacita??? Tp dato wan rahim ucap tahniah pd pas sbb tak sangka pas berani pecat husam. Dn dwrahim jg ucap tahniah pd husam sbb kerja keras husam utk dipecat dr pas telah berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Setuju 110%