10 Mei 2016

PAS Pula Ajak PKR Sertai "PASIK"

PAS ajak PKR sertai blok politik ketiga

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengajak PKR menyertai blok politik ketiga bersama parti Islam itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), selepas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan PAS kembali bersama DAP dan parti itu.

Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata tanpa DAP, pihaknya melihat gabungan PAS, PKR dan parti-parti lain seperti IKATAN mampu membawa kesan besar termasuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Keputusan PKR untuk bersama PAS dan blok barunya atau Pakatan Harapan (PH) tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi dengan pengertian lain ‘strategi melambat-lambatkan permainan’ akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua mulai sekarang,” katanya kepada FMT hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang menyarankan PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi PRU14.

Azmin berkata, parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang jelas menunjukkan rakyat Sarawak menolak parti pembangkang disebabkan perbalahan sesama sendiri.

Beliau berpendapat, pencapaian pembangkang pada PRN kali ini mungkin lebih baik jika sejak awal lagi mereka bersatu hati dan bekerjasama.

Mengulas lanjut, Zuhdi menjelaskan parti itu masih mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menetapkan hubungan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP telah terputus manakala hubungan dengan PKR masih terjalin.

“Berdasarkan pemantauan PPP terhadap kenyataan-kenyataan pimpinan PAS dan PKR didapati PAS tidak pernah meninggalkan PKR tetapi PKR yang kelihatan menjauhkan diri daripada PAS,” katanya.

Mengulas saranan Azmin supaya PAS kembali bersama DAP dan PKR, Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin pula berpendapat parti itu selesa dan komited dengan blok politik ketiga iaitu bersama IKATAN dan badan-badan bukan kerajaan di bawah Kongres Rakyat.

“PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama politik dengan mana-mana parti asalkan parti tersebut menghormati dasar PAS dan ketetapan dalam perjanjian kerjasama,” tegasnya. -FMT

ULASAN GB

Sekarang PKR boleh membuat pilihan. Sudah ada tawaran dari rakan karib kartel Azmin iaitu PAS supaya PKR sertai Blok PASIK.

Cadangan Azmin supaya PAS menyertai Pakatan Harapan, seperti yang dijangkakan, telah ditolakk mentah oleh PAS sebaliknya kini ada tawaran semula dari PAS, PKR menyertai mereka.

Demikianlah politik.

Seperti yang GB ulas sebelum ini, setelah Azmin berjaya menghuru-harakan Pakatan Harapan di dalam PRN Sarawak, apa sebenarnya muslihat Azmin mengajak PAS menyertai Pakatan Harapan sedangkan ia lansung tidak dibincangkan bersama rakan-rakan komponen PH sendiri?

Sejurus selepas keputusan diumumkan Azmin membuat kenyataannya untuk memujuk DAP, katanya kekalahan DAP adalah kekalahan PKR juga sedangkan beliaulah akitek yang menyebabkan DAP kecundang semata-mata inginkan PKR merampas Sarawak dari DAP dengan menjadikan orangnya sebagai Ketua Menteri, demikian GB dimaklumkan.

Kemudian timbul pula beliau mengajak PAS bersama PH walaupun ianya lansung tidak dibincangkan oleh Majlis presiden PH apatah lagi dimuafakatkan bersama parti-parti komponen PH iaitu DAP dan AMANAH.

Setelah mengkhianati DAP, kni beliau cuba mengkhianati AMANAH.

Azmin terlupa akan jasa-jasa AMANAH kepadanya kerana dengan sebab tindakan 2 orang ADUN AMANAHlah, Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang dicop dan difitnahkan sebagai "barua" dan "broker" oleh Presiden PAS yang telah menyebabkan beliau berjaya menjadi Menteri Besar Selangor. TETAPI kuasa Allah menetapkan kedua-dua YB ini akhirnya mendapat sokongan rakyat apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara!

Malah seluruh kerajaan Selangor sepatutnya "berterima kasih" kepada kedua-dua ADUN Amanah itu kerana dengan tindakan merekalah kerajaan PR terselamat di Selangor. Jika tidak PKR sudah tercampak keluar apabila PAS dan UMNO ketika itu sudah merancang untuk wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Jadi ada baiknya kartel Azmin berbincang dengan pimpinan PKR untuk menimbangkan secara mendalam ajakan PAS itu.


IKLAN BERBAYAR


24 ulasan:

tok janggut berkata...

Elok lah Azmin terima, itu pun selama ni bila tiba PRU ahli2 PAS bnyk digunakan untuk kempen bagi pihak PKR..

abrarmujahideen berkata...

Jenama "AZMIN" cukup laris..haha tui

Unknown berkata...

Azmin Ali! Sila berambus....!

Tanpa Nama berkata...

admin!
admin!
admin!

pastikan maljis presiden brfungsi kmbali. dgn kuasa baru yg lebih besar. Jgn bg lg azmin buat statement on behalf PH.

No azmin!
No azmin!
No kartel

Tanpa Nama berkata...

pengkhianat join pengkhianat... terbaek.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

pengkhianat join pengkhianat... terbaek.. hahaha
bersatu kianat mengkianat...... hahaha

Tanpa Nama berkata...

Tuuuu diaaa...jumpa dah buah si kitol. Apa tunggu lagi PKR. Hampa singn PH, hampa selikoh dengan Pas. Sungai Besar...amacam? Setuju PH bertanding, lepas tu hampa pi ceramah pentas blok ketiga. Cantik. Bermadah dengan Pas, last2 Pas pinang hampa. Amacam jadik?

Unknown berkata...

Salam:

Lupakan Sejenak pada Azmin dan Zuhdi,mereka2 ini, buatkan PH dah buang masa.biarlah mereka bercakap,lama2 bila PH tak layan,nanti berhentilah mereka.

Dari pengelaman saya dulu-dulu di selangor,adalah sedikit ROUGH analysis di selangor/Sg.Besar.Fail yg masih ada.

Dari sejarah PAS bertanding sejak 2004,PAS mendapat undi PURE melayu lebih kurang 8k.Masa ini BN dapat tsunami politik disebabkan karisma paklah.Pada 2008, bila ura2 PR ditubuhkan pas bertanding dapat kelebihan dari undi cina lebih kurang 28% undi cina.Bertambah 3k.Pada 2013 pr14,kerjasama dgn DAP ,PAS dapat pertambahan 11k dari pengundi cina lebih kurang 79%.
Manakala BN/UMNO ConsistantT dgn 65%.

TOTAL Voters 42,837
% pengundi melayu 66%,cina31% dan India2% 1% lain-lain bangsa.

umno mendapat60% undi melayu.dan 10% undi cina/lain2.
PAS mendapat 29% undi melayu,dan 79% undi cina.

Pengundi turn out lebih kurang >80%......

Pengundi2 ini akan kekal sehingga PR14 nanti,kecuali ada yg meninggal dan migrate.
Jadi sesiapa nak bertanding dan nak menang dgn umno/bn nanti kena dapatkan minima undi melayu 35% manintain 79% undi cina.
Atau undi melayu 30%, upkan undi cina 90%.

SO JELAS DIATAS ,PAS AKAN TEWAS jika bertanding dgn BN.sEBAB UNDI CINA/DAP Fixed deposit PR dulu sudah tiada bersama PAS.
jika pas nak menang pas kENA DAPATKAN UNDI MELAYU, jadi> 70%.sEDANGKAN UNDI MELAYU pas TERBAIK ADALAH 30%.

Dari keadaan semasa,undi umno terbahagi 2,undi PAS terbahagi 2,siapa yg untung di sini???.
Saya recommendkan, Amanah bertanding disini,calonya anak selangor,kalau boleh dr.Dzulkifly or Ir. Azman sebagai 1st priority.Jika Amanah baik hati,berikan pada PKR ,Calonnya tan sri mat taib,kelebihannya dia orng selangor dan ramai grass-root umno masih lagi bersamanya,tambahan pula umno ada 2 gropu diselangor.Jika pkrpun baik hati beri pada dr.Aziz Bari DAP,TAPI SAYA CONFIRM DIA AKAN KALAH walaupun dia dapat undi solid cina 110%.Dinasihatkan jangan.yg ini dikira bunuh diri.

sekian.(to be continued).

Tanpa Nama berkata...

Semua ini hanya memberi kelebihan untuk BN terus berkuasa....
PH....
Hanya tinggal harapan....
Harapan yg musnah..ooo ooo ooo...kesihan nyerrr

Unknown berkata...

Zuhdi tahu majority PKR,menyampah dgn PAS,dia tahu juga PAS takkan menang di 2 kwasan yg PAS tandingi: Kenapa Pakar strategic PAS membuat statement ini?Inilah strategic think-thank umno buat, bila, mereka tahu mereka tak boleh menang,mereka tahu mereka ada media electronic dan media perdana,mereka gunakkan se maximun mungkin.Disini Zuhdi ada lesen besar untuk bersama media perdana BN.

Strategic "Kill two birds in one bullet"

Pertama: Memberi persepsi untuk public, yg PKR tak boleh diharap,terutamanya pengundi Cina.Berita ini akan dimainkan,siap ulang-tayang lagi di media perdana.

Kedua: Sebagai Pre-amp pada pakatan PH, untuk PEMIMPIN2 bertelagah sesama sendiri,sebelum pencapaian kata sepakat untuk memilih calon di 2dua kawasan.MengharapKAN leader-leader DAP terutama LGE melatah,dan masuk campur rumah tangga PKR.Jika ini terjadi peristiwa Hadi akan berulang,di mana Hadi ditipu mentah-mentah oleh Jamil Khir,tentang rang undang2 355.

Beginilah liciknya jika orginisasi mempunyai pemimpin-pemimpin yg tamak HALOBA,tiada semangat setiakawan,yg hanya memikirkan diri dan group-groupnya sahaja. Di exploit dgn mudah oleh musuh-musuh politiknya.

TARGET UTAMA Zuhdi cumalah DUA ,1.memastikan pengundi cina keliru,berharap pengundi cina fed-up paling minima tak keluar mengundi.Turn out jadi kurang,BAYANGKAN JIKA PENGUNDI CINA CUMA KELUAR MENGUNDI 50% SAHAJA.
2. mEMASTIKAN Devide and Rule berlaku, dimana pertugas-pertugas parti masing2 tiada ada sikap bantu-membantu.Jelas apa yg terjadi pada Amanah di Serawak stand-alone.

Diharap sangat-sangat pada pemimpin-pemimpin PH,Cuba muhasabah diri masing2,jangan berkelahi,buanglah yg keruh ambilah yg jernih.Jika tuan-tuan masih lagi nak berkelahi ENTAHLAH ini cuma 2 kawasan sahaja,bagaimana bila PR14 nanti lagi kecuh dibuatnya.RAKYAT MENgHARAPAN ANDA JANGA BUATKAN RAKYAT FED UP,MALAS NAK KELUAR MENGUNDI seperti apa yg berlaku di Serawak turn out yg kurang.Yg malas nak mengundi itu,ialah pengundi KITA.

SEKIAN.

Tanpa Nama berkata...

Ha ha... Azmin buat PH macam bapak dia yang punya. Kalau PKR tak ambil tindakan disiplin terhadap Azmin pasal mandat calon2 di Sarawak hari tu. Sorry Dato Johari Abdul dan Simon Ooi kamu sudah kurang banyak undi dalam PRU14... lebih baik aku tak undi siapa2 dari beri undi kepada parti yang tak boleh dipercayai.

Tanpa Nama berkata...

Zuhdi dan azmin sama saja.perosak
parti masing masing.tak mustahil jadi
barua umno.zuhdi otak udang tapi
persan hebat.azmin otak kura kura,
hanya pentingkan diri.

Pencolekhangek berkata...

Pakatan Harapan patut dan perlu JANGAN bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Jangan kacau dan jangan ganggu Pas. Kalau Azmin nak tolong itu dia punya pasal. Kalau dia nak pindah ke sana pun tak apa. Kita tengok parti lebai bergaduh dengan parti nasionalis. Pelik juga bila punaisihat melawan tokey!!!

Tanpa Nama berkata...

Azmin ni barua dan pakar pengacau bilau..
Dulu ramai reformis2 tegar terpaksa tinggalkan PKR angkara si celaka ni..sedangkan jasa si celaka ni tidak berjasa pun kpd PKR sejak penubuhannya.

Tanpa Nama berkata...

Bila Presiden (PKR) lemah... tugasan Presiden jadi tak berfungsi. Dlm hal ini.. Azmin ambil peluang 'merendahkan peranan' Presiden. Presiden seolah-olah lebih pentingkan Azmin dari Parti dan sekutunya. Tindakan Azmin menjemput PAS ke dalam PH patut dikenakan tindakan krn tak melalui Majlis Presiden. Badan tertinggi PH.. tapi.. Yillek. Azmin dan jadi 'Presiden PKR'.
Elok rasanya Azmin dan penyokongnya (bukan penyokong PKR) terima pelawaan PAS...
PKR mesti menyatakan pendiriannya samada PH atau Blok Ketiga yg jadi idaman kalbu. Berparti bukan semudah 'membuka dan menutup kipas kertas'...
... dlm hal ni peliknya..nape Zuhdi yg bercakap..bukannya Presideng. Isu ni isu besar.. penggabungan Parti. Zuhdi ni 'Presideng' PAS ka atau Presideng dah 'ke laut'...

Unknown berkata...

Masaalahnya skg.. majlis presiden PH.. lambat keluarkan kenyataan..yg zuhdi dgn azmin apa lagi.. patut bila zuhdi dan azmin keluar kenyataan.. salah seorg presiden PH kena jawab.. masaalahnya spt en omar daud ulas.. strategi mengelirukan ini sebenar kesan amat besar.skg tidak nampak kesannya.. tp masa nak dekat PRU nanti..byk org keliru.akhir BN juga yg menang..Yang majlis presiden PH.. segala2nya lembab..takkan lah setiausaha kerja setiap parti tak buat keje..

Tanpa Nama berkata...

Azmin jer la pegi....

Tanpa Nama berkata...

azmin.. kau tk rasa bersalah ke.. menggelapkan masa depan rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Azmin ajak PAS, PAS tolak.
PAS ajak PKR, Azmin pun akan tolak.

DAP dan AMANAH tidak di ajak tetapi sama-sama saling perlu-memerlukan dan sefahaman.

Azmin ajak PAS, PAS rasa Azmin jadi Ketua.
PAS ajak PKR, Azmin rasa Hj Hadi jadi Ketua.

Najib jadi ketua kerana berkongsi harta menyamun dan segala tindakannya mestilah di maklumkan kepada Ketua Parti dalam BN. MCA dan MIC peduli apa, yang rugi melayu jugak.

Jangan lah ego nak jadi ketua yang hebat sangat, kekuatan sebenar ialah pengkongsian amanah dan membuat keputusan.

Sarawak, kaum cina memberi peluang kepada Adenan Satem sebab cara pengkongsian nya yang bijak.

Jika Pakatan Harapan bijak dalam pengkongsian, masa hadapan Pakatan Harapan lebih baik dan lebih cerah dari Barisan Nasional.

Azmin dan Hj Hadi tidak boleh berkongsi. Hanya salah seorang sahaja yang mesti terhebat. Dan orang itu mesti lah jadi Ketua.

Tanpa Nama berkata...


PAS akan kekal dengan sikap dan peranannya untuk menghancurkan PH.

Jika UMNO berkuasa dan PAS kekal dengan pendiriannya, PAS dikira berjaya. Yang penting PH terus jadi pembangkang.

Azmin di beri peringatan oleh Zuhdi bahawa strategi 'melambat-lambatkan permainan’ akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua mulai sekarang dan kerana 'melambat-lambatkan permainan’ lah PKR di persalahkan. Tak faham-faham dengan sikap PAS dan tak reti-reti nak tinggalkan PAS.

Sampai sekarang menjadi persoalan mengapa Azmin mengajak PAS secara terbuka ?

Unknown berkata...

Sebenarnya, kekalahan pembangkang di PRN ialah kerana mereka di sana amat kuat berpegang kod konsep keramat 'Sarawak is for Sarawakians' bukannya kerana pembangkang tidak bersatu.

Parti-parti politik di sini tidak diterima oleh masyarakat S'wak. UMNO pun tidak diterima, PKR, DAP, PAS dan Amanah lagi jauh.

Jika PM, TPM dan Menteri-Menteri Pusat tidak pergi sana berkempen dan tabur janji dan wang yg banyak pun, BN S'wak (Adenan) tetap menang juga. Bukan PM Najib & Co di Semenanjung yg menang di S'wak itu. Bukan, bukan....., mereka tumpang sekaki saja.

PKR, DAP dan Amanah tak perlu risau sangat dengan keputusan PRN S'wak itu. Jadikannya sebagai iktibar dan pengajaran untuk kuatkan kedudukan masing-masing di sini. Mungkin bila PRU14 nanti orang S'wak akan buat pilihan lain.

Tanpa Nama berkata...

PAS ajak Azmin jadi bodo macam PAS.

Tolong lah jangan jawab untuk kepentingan politik semata-mata. Utamakan lah rakyat. Kalau tak setuju bagi alasan seperti Naib Ketua Pemuda PAS.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong amanah 100% bertanding di sg besar selangor.... pas dok diam diam....

Tanpa Nama berkata...

Jgn ikut zuhdi bodoh nie.....