17 Mei 2016

Bila Presiden PAS Ke Iran, Kenapa Tak Tuduh Dia Syiah?

Adakah Presiden Pas diresapi Syiah? soal AJK Amanah Kedah

Ketika Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang dan Timbalannya Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin menjadi sasaran para penyokong Pas kerana menghadiri Persidangan Persatuan Ulama Resistensi Sedunia di Beirut, Lubnan, 5 Mei lalu, kehadiran Presiden Pas dalam mesyuarat Majma' Taqrib Bainal Mazahib yang diadakan di Tehran, Iran pada Disember tahun lalu dibangkitkan Ahli Jawatankuasa Amanah Negeri Kedah.


Menurut Ustaz Ridzwan Abu Bakar, jika kehadiran dua pemimpin Amanah dalam sidang ulama di Beirut itu dijadikan bukti kononnya mereka pengikut Syiah dan Amanah telah diresapi ajaran Syiah, adakah kehadiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang ulama di Tehran membuktikan beliau menganut ajaran Syiah dan Pas telah diresapi Syiah?

"Dua tiga hari ini, ruang maya kita dipenuhi dengan persoalan kehadiran Penasihat Umum Amanah dan Timbalannya dalam satu pertemuan di Beirut, Lubnan yang turut dihadiri oleh agamawan Syiah dan pemuka Hizbullah," kata Ridzwan.

Menurut Ridzwan, tiga persoalan telah dikemukakan para penyokong Pas berhubung pertemuan itu:

1. Ini menjadi bukti Amanah telah diresapi Syiah.

2. 'Berdosa' hadir dalam pertemuan itu kerana turut dihadiri oleh agamawan Syiah.

3. 'Berdosa' hadir kerana (persidangan itu) dibiayai Iran (yang bermazhab Syiah).

Sehubungan itu, beliau menyiarkan dua foto kehadiran Abdul Hadi dalam Muktamar Taqrib Bainal Mazahib (persidangan pendekatan antara mazhab) pada bulan Disember 2015 di Tehran, Iran dan melontarkan tiga soalan berikut:

1. Penganjur muktamar tersebut adalah Iran, apakah tidak berdosa hadir pertemuan tersebut?

2. Apakah Pas juga diresapi Syiah kerana Presiden Pas hadir dalam muktamar tersebut?

3. Apakah 'tidak salah' Presiden Pas hadir di majlis yang sama dengan Mufti Syria (yang bekerja dengan Presiden Bashar al Asad)?

"Untuk 'pandangan' lanjut akan menyusul. Kita mula dulu dengan soalan.

"Saya sekadar bertanya untuk merangsang kita supaya berfikir dengan betul dan adil," ujar beliau di laman facebooknya. -MD


Abdul Hadi bersama Mufti Syria (Mufti Kerajaan Bashar al-Asad) dalam bengkel sempena Muktamar Pendekatan antara Mazhab di Tehran, Iran pada Disember 2015.



ULASAN GB

Demikianlah sikap PAS. Menuding sejari ke orang lain, tidak disedari empat jari menunjuk kearah dirinya sendiri.

Dah tak ada isu untuk menyerang AMANAH, maka kini ditimbulkan isu Syiah.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan mendedahkan PAS itu yang berfahaman Syiah. Suka menkafirkan orang, suka berdendam kesumat dan menganggap hanya mereka beragama Islam, orang lain tidak. Menggunakan taktik IS untuk menyerang mereka yang dianggap "musuh" termasuklah menyebarkan tohmahan dan fitnah.


IKLAN BERBAYAR


16 ulasan:

Unknown berkata...

Pas suka bertakiyah..salah satu ciri syiah.
Berpura2 menyokong sesuatu tetapi menikam belakang itu ciri2 hadi marang

Tanpa Nama berkata...

hmmm... mmg dh nampak ciri2 syiah tu.. tp tk nak la menuduh.. tunggu dan llihat aje dulu..

Tanpa Nama berkata...


Pemimpin AMANAH menghadiri Persidangan "Persatuan" Ulama Resistensi Sedunia.


Sementara Hj Hadi menghadiri Muktamar Taqrib Bainal "Mazahib" (persidangan pendekatan antara mazhab).

Antara "Persatuan" dan "Mazhab", sudah tentu yang di hadiri oleh Hj Hadi yang bahaya. Ada kah Hj Hadi membawa ahli PAS lebih dekat (rapat) dengan syiah?

Tanpa Nama berkata...

Pas..pis..pus..
Kan dah terkena kau..

otaiblues.blogspot berkata...

dari pemimpin sampai la ke bawah...semua perasan bagus..

Tanpa Nama berkata...

pas parti penjual agama dan disokong oleh orang gila.

Unknown berkata...

elok sangat laa Antara 2 syiah di meja tu ada YaHadi..
PAS is PAST.

Tanpa Nama berkata...

Ahli PAS yang ada sekarang ni memang bodoh. Dahlah bodoh, bahalul pulak. Mereka bukannya tau apa pun.

Tanpa Nama berkata...

Jepun makan babi. Hadi pergi jepun. Haramjadah tak?

Tanpa Nama berkata...

Pasbahalol
Berpolitik untuk berpukiah

Tanpa Nama berkata...

Ahli pas lilit serban ketat sangat, oksigen tak sampai ke otak, sebab tu otak sembab.

Cuba la longgarkan sikit ikatan serban tu.

JAKA berkata...

amat bersyukur dan tqvm kpd admin kerana menyiarkan berita ini.

bukan kerana politik semata2 tetapi pengaruh syiah memang bahaya kpd umat dan Negara. apabila pemimpin utama pas masih menjalin hubungan dgn syiah iran yg kejam kpd umat islam, kita mengesahkan bahawa pas sgt bahaya.

hamba mengikut perkembangan sikap hadi terhadap syiah..mengharapkan dia berubah sepertimana Sheikh Qardawi yg telah menolak iran syiah sepenuhnya.

tetapi ternyata hadi tidak berubah dn masih menyintai syiah dan iran.. musuh umat islam.

ada ust2 pro hadi yg mengatakan syiah isu kecil. sekarang bukan lagi isu kecil tapi isu dunia akhirzaman. iran adalah majusi dan syiah adalah saudara yahudi Israel. dunia semua sudah tau perkara ini, mustahil hadi tktau kecuali memang ada resapan syiah dlm tubuh hadi.

kerana itu hadi sudah tidak tentu hala pemikirannya, sanggup mengkhianat PR dan berbaik dgn najib. itu dilihat sebagai usaha awal memecah belah umat utk memberi laluan kpd kuasa syiah dalam pas berkuasa.

bukan umat islam saja mesti berhati2 dgn agen syiah ini tetapi umno pun perlu peka kerana hadi seolah2 cuba mencari tempat dlm pemerintahan utk mendapat kuasa.

dr dulu hamba merasakan jika hadi diberi kuasa, maka dia akan lunak dgn syiah dan ini sgt bahaya kpd Negara.

KITA TIDAK KATA HANYA DENGAN BERBAIK DGN SYIAH MAKA AKIDAH KITA AKAN JADI SYIAH TETAPI APAKAH SEORG ULAMAK PEJUANG ISLAM BERGITU TERGAMAK BERBAIK DGN GOLONGAN SESAT YANG HATI MEREKA MEMBENCI PARA SAHABAT RDH DAN MULUT MEREKA MENGKAFIRKAN PARA SAHABAT RDH DAN MENCERCA IBU PARA MUKMIN AISHAH RDHA?

APAKAH SEORG PEJUANG ISLAM TERGAMAK BERSALAMAN DGN TANGAN2 SYIAH YG MENYEMBELIH UMAT ISLAM, MEMUSNAHKAN MASJID2 DAN MEMBAKAR AL QURAN?

ingatkah lagi bagaimana hamba telah memberi komen tentang Multaqa Serantau yg mana hadi hadir bersama najib dan termasuk para jemputan adalah Dr Quraish Shihab, seorg sunni bertopeng syiah Indonesia yg menghina Nabi saw dgn mengatakan Baginda saw pun tidak ada jaminan masuk syurga.

dan Indonesia sedang bergolak cuma belum membarah dgn kehadiran syiah yg diimpot dr iran sekarang ini. kerana kesesatan sebahagian para agamawannya kerana tertipu dgn takiyyah syiah. apakah kita mahu ia berlaku di Negara ini?

SETIAP PEMIMPIN YG PRO SYIAH IRAN BASHAR MESTI DITOLAK demi menyelamatkan akidah, darah umat islam dan keharmonian Negara.

tolak hadi dan pas

Tanpa Nama berkata...

buat apa nk respon dgn pas ni lg..slagi d bwh ayatollah hadi bawang merang/mereng pas tetp tempang.tingglkn isu pas.GB dh bc blum wasiat srt trkini DSAI? deklrsi rkyt ataupn dklrasi mahathir kita ini...? sama2 pakt pikr blk...

Malaysiabaru berkata...

Majlis syura pas ni majlis apa?

Tak di undi tapi di lantik dafi kroni yg tak layak dari semua segi

Majlis syura @majlis syiah asalnya yg pus tiru

Syura bermaksud syiar syiah

Satu.majlis amalan syiah!!!

Tanpa Nama berkata...

Gb skrg tgh hot pasal isu warkah anwar dr penjara...

Unknown berkata...

Betullah sabda nabi.di akhirat nanti ada 71 kumpulan orang islam.hanya 1 kumpulan sahaja yang masuk syurga.mudah -mudahan kt di kalangan 1 kumpulan itu.amin