20 Apr 2016

Zakir Naik Cadang PAS-UMNO Bentuk Kerajaan Campuran

Zakir Naik: Umno-PAS boleh jadi gabungan untuk orang Islam

Kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam, kata pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik.

Katanya beliau bukannya mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran.


"Saya bukan hendak memberitahu kedua-dua parti (UMNO dan PAS) perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah...(jika tidak), mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing.

"Namun, jika mempunyai kerajaan campuran, ia akan menjadi gabungan untuk orang Islam," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam rakaman program bual bicara TV Al Hijrah, 'Persepsi', di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Zakir Naik, yang kini menjelajah Malaysia bagi menyampai syarahan agama, dituduh oleh pihak tertentu kononnya ceramah beliau boleh menjejaskan ketenteraman awam dan menyentuh sensitiviti agama lain.

Sejak beberapa hari lepas, beliau telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dr Zakir Naik, dari India, berkata beliau percaya kedua-dua pemimpin parti itu bersedia bekerjasama membentuk kerajaan campuran, dan jika perkara itu menjadi kenyataan ia adalah sesuatu yang terbaik untuk Islam.

Bagaimanapun, katanya mungkin ada beberapa pihak di negara ini yang tidak bersetuju dengan pendapatnya dan tidak mahu melihat UMNO dan PAS membentuk kerajaan campuran.

Dr Zakir Naik juga mencadangkan supaya lebih banyak program diadakan di negara ini bagi menjelaskan mengenai Islam kepada orang bukan Islam serta menghapuskan sebarang salah faham mereka tentang Islam.

Menurutnya pada pertemuan dengan Najib, beliau telah memaklumkan mengenai Persidangan Dunia Islam Dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di Mumbai, India, baru-baru ini, dan perdana menteri bertanya sama ada persidangan itu boleh diadakan di Malaysia. - Bernama

ULASAN GB

Setakat ini, PAS masih flip-flop mengenai kerajaan campuran dengan UMNO. Ahli-ahli PAS masih ramai yang keliru dengan pendirian pemimpin mereka.

Kini sudah ada cadangan dari pendakwah antarabangsa, Zakir Naik.

Justeru PAS tidak perlu lagi flip-flop, pimpinan PAS tidak perlu lagi bertelingkah dan PAS sendiri sudah tidak perlu silu-malu untuk bergabung / membentuk kerajaan campuran dengan UMNO.

Ia penting supaya ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat amnya tidak lagi terkeliru.

Cadangan Zakir Naik itu sebenarnya selari dengan cadangan beberapa pendirian pimpinan tertinggi PAS, misalnya pendirian Mursyidul Am PAS, Dato Harun Din yang sebelum ini pernah mencadangkan kerajaan campuran PAS-UMNO di Perak seperti yang didedahkan di SINI.

Ia juga selari dengan gagasan Kerajaan Perpaduan yang pernah dianjurkan oleh Presiden PAS sendiri disamping beberapa kenyataannya yang lebih banyak mendokong dan menyokong kerajaan UMNO BN di bawah pimpinan Najib dengan hasratnya untuk menjadi Penasihat kerajaan UMNO BN.

38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Buatlah kerajaan campuran, kalau boleh.

Silap2 jd pembangkang campuran.

Senario politik sekarang tidak semudah itu.

Macam2 pembangkalian boleh terjadi.

Senario pengundi pun sudah berbeza berbanding dulu.


Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua .
Kemana lagi kamu nak lari wahai PAS.
Sejak beberapa hari ini pengikut taksub pas sering bercakap tentang Dr Zakir.
Sementara Tun Mahadir and the geng pula tentang 1MDB.
Memang kita tahu kehebatan Dr Zakir tentang dakwahnya...kita tak nafikan.
Tapi kenapa ahli ahli pas beria sangat memperkatakan soal itu.
Sedangkan pas adalah pati politik sekolah pondok.
Inilahlah pesepsi orang yang taksub dengan Hadi.
Bila Hadi puji sesaorang maka pentabsub pun datang mencelah menjela jela...
Mereka nak tunjuk betapa hebatnya Hj Hadi memilih kawan...
Mereka lupa ...
Antara Hadi dan DR Zakir berbeza sekali dakwahnya.
Dr Zakir mengajak orang memeluk Islam lantas meramaikan sahabat.
Sementara Hadi pulak memisahkan persahabatan dalam jumlah yang amat ramai.

Kesian ahli pas yang langsung tak tahu menilai.
Kadang kadang kita nampak ahli pas macam terpaksa membodohkan diri
demi sayangnya pada peresidengg..
Tuan penasehat Madu Tiga...


Unknown berkata...

`Salam:

PAS Bercelaru kerana Hadi
PKR Haru-biru kerana Azmin.

yang mendapat Faedahnya sekarang hanyalah Amanah.

Teruskanlah usahamu Amanah.Insyallah jika kena gayanya,Amanah sebagai Alternative utk rakyat Malaysia.
Contoh yg TERBAIK,Bagi Amanah seprti yg dilakukan oleh Pak Amjal di wilayah,restaurantnya cukup bertenaga sekali sebagai catalyst untuk perjuangan Amanah dan PH di wilayah.Amanah malacca memang bertenaga disusuli oleh Johor yg mengambil kesempatan akibat huru-haranya umno/pkr johor.Di kedah pulak leman raja lawak tak putu-putus dgn gerak-kerja strategynya.Cuma diharapkan kumpulan2 fakhurazi (pasma) dapa exploit haru-birunya umno di sana.diharap terenganau/kelantan dapat mengembelingkan tenaga,jika Keewangan jadi masaalah,inilah masanya untuk mencari dana,kalau boleh belajar dari DAP nak dapatkan dana.

kami sebagai ahli biasa dibawah,berbuat sekadar yg termampu,umpamnya derma yg tak seberapa,dan menjadi lidah resmi parti,menyampaikan lidah resmi Amanah/PH,jika terdapat peluang terbuka,samada distesyen bus,Di kenduri-kendara,ditempat awan,rakan sekerja,sanak saudara,sahabat handai.sehinga PR14.

GO AMANAH GO.

SEKIAN.

Tanpa Nama berkata...

PAS dipergunakan utk memperkuatkan benteng dan kedudukan seseorang saja. Bukan 100% atas tujuan kerana agama. Allah saja yg tahu dan Allah tak mungkin memperkenankan perbuatan munafik seseorang itu.

Tanpa Nama berkata...

aku amat setuju dengan dr zaki naik, PAS gabung@kahwin dengan UMNO.
PAS janganlah malu-malu kucing atau hanya mahu kahwin dengan UMNO dengan kahwin mutaah.
kedudukan sekarang amat mengaibkan PAS dan ahli-ahlinya, dimana pimpinan PAS hanya mahu jadikan UMNO sebagai kekasih gelapnya. Dengan kata lain, PAS mahu bawa UMNO ke hulu dan hilir, namun tak mahu jumpa kadhi untuk akad nikah.
perbuatan berkasih dalam gelap hukumnya adalah haram dalam Islam, tambahan pula jika dilakukan oleh orang yang bergelar ulamak.
apa cacatnya UMNO?, orangnya kaya raya, hidup mewah bergaya, kaum kerabat ramai dan ada kuasa seperti Aladdin.

Tanpa Nama berkata...

Cantik cadangan Dr Zakir Naik. Sokongan dan harapan pendakwah antarabangsa boleh diterima walaupun denyut nadi rakyat Malaysia dan sang penguasa sebaliknya. Pas perlu mengambil peluang ini. Umno perlu gunakan peluang ini. Pas boleh menjadi penasihat yang bergaji lumayan. Yang tidak bersetuju boleh bergerak dalam jemaah Amanah. Masih ramai umat Islam mendoakan jemaah Amanah menggantikan Pas untuk lawan BN atas prinsip Islam Membawa Rahmat Seluruh Alam "Rahmatan lil allamin". Ayuh Pas, Perpaduan dgn Umno tidak akan mengejutkan ahli-ahli parti.

Tanpa Nama berkata...


Akhirnya terbongkar juga tujuan Zakir Naik datang ke Malaysia samada dia sedar atau tidak.

Orang bijak seperti Zakir Naik mustahil tidak tahu langsung tentang Malaysia. Dia pasti membuat sedikit kajian latar belakang tentang Malaysia dan politiknya.

Apakah Zakir Naik tidak membaca berita tentang Najib? Atau apakah Zakir Naik tidak tahu apa-apa tentang kisah Anwar Ibrahim?

Dia hebat kerana ramai yang masuk Islam kerana ceramah dia tetapi dia gagal memastikan negara ini dipimpin oleh seorang yang benar-benar Islam.

Zakir Naik telah mengotorkan tangan nya dengan taik cicak apabila meminta PAS dan UMNO berkerjasama.

Apakah ini satu usaha memadamkan nama TGNA ?

Tanpa Nama berkata...

Beberapa pihak di negara ini yang dikatakan oleh Zakir Naik yang tidak bersetuju dengan pendapatnya dan tidak mahu melihat UMNO dan PAS membentuk kerajaan campuran ialah mereka-mereka yang Zakir Naik sendiri nasihat supaya menjadi kerajaan campuran.

Mereka takut lalu mereka guna pengaruh Zakir Naik bercakap bagi pihak mereka.

Apakata diadakan debat politik terbuka mengenai politik Islam semasa antara AMANAH dan PAS-UMNO di mana Zakir Naik jadi moderatornya?

Unknown berkata...

Kesihan gak aku dgn maklumat yg zakir terima sah2.. dr pro dr umno..tanpa memahami situasi politik malaysia. Sbb tak logik zakir takde maklumat berkenaan anuar ibrahim.. begitu juga pasal bdk ppuan cerita pasal ptptn tu..seolah2 ptptn tu takde menyeksa org muda. Walau pun zakir ulamak tersuhur aku mcm kuatir je pendapat yg di beri pasal beberapa isu.. rakyat malaysia kurang raspek.. mcm rakyat malaysia pandang mufti...

pemuda parit kings berkata...

Hihihi...selagi namanya manusia...benarlah telaan saya...apapun...saya ucapkan tahniah buat PAS dan UMNO....semoga berjayabentuk kerajaan....Alhamdulillah...semoga ahli PAS cepat2 kluar dan sedar...masuk Amanah...dah terang...jgn buang masa...cepat2 sambung kerja jamaah...jgn bg alasan lagi...jom masuk Amanah...

Cahaya Al Majid berkata...

Jangan dicampur adukkan antara dakwah dengan politik.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua sebahagian dari plot dan ploy antara kalangan PAS dan UMNO yang mahu UG terlaksana mengharap rakyat Malaysia terutama orang Melayu boleh menerimanya.
DZN mungkin terpesona dengan janji dan cerita yang dikarut oleh kalangan PAS dan UMNO mengenai keadaan orang Islam/Melayu Malaysia kenapa PAS dan UMNO perlu digabungkan. Mungkin memang sejak awal lagi memang misi DZN adalah untuk psycho rakyat Malaysia terutama Melayu menerima penggabungan PAS dan UMNO. Kenyataan yang dibuat DZN terlalu menyamai dengan kenyataan-kenyataan telah yang dibuat oleh kalangan UG PAS dan UMMO selama ini. Keadaan kebetulan yang mencurigakan.
Kalangan PAS dan UMNO yang kemaruk UG sebenarnya tidak berani dengan sendiri menyatakan hasrat mereka secara terbuka dan jelas untuk bergabung maka DZN dipergunakan untuk "setting the mind" pengikut kedua-dua parti terutama PAS untuk menerima UG.

Apa lagi ditunggu kalangan UG PAS. Ayuh teruskan langkah kamu bergabung. Jangan terus berselindung dengan berbagai alasan strategi yang berbelit-belit dan berbuat berbohong.

Maka rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan kalangan dalam PAS yang menentang UG akan dapat melihat kepincangan pimpinan PAS kini dan memilih meninggalkan PAS dan bersama Amanah.

Anti Fitnah berkata...

Sahabat Semua,
Tak perlu kita marahkan Zakir Naik atas cadangannya. Harus diingat bahawa Zakir Naik ni manusia biasa shj. Kita hanya dengar pendapat manusia dan kita diminta jangan menerima bulat-bulat pendapat tapi diminta gunakan akal untuk menilainya berdasarkan kehendak Islam.
Mungkin Dr Zakir Naik bercakap atas dasar Islam iaitu umat Islam harus bersatu tapi apa motifnya disebalik tu, hanya dia dan Allah swt shj yang tahu. Mungkin dia tak mahu jatuhkan air muka UMNO sebab kan UMNO tu la ni ialah parti pemerintah. Ini umpama tarik rambut dalam tepung.
Bagi kita yang waras, UMNO dan PAS harus tak mendirikan kerajaan campuran??? Hanya kita yang tahu akan akibatnya. Fikir2lah.
Malaysia Boleh. Salam Haramjadah 1 Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Hebat lah Zakir sehingga dia boleh tahu UMNO dan PAS tidak boleh menjadi satu parti. Sebaliknya Zakir betul-betul tahu yang PAS dan UMNO hanya boleh membentuk kerajaan campuran dengan mengekalkan identiti dan ideologi masing-masing.

Untuk membentuk kerajaan campuran, salah satu mesti korban ideologi. Kalau tak 80% sekurang-kurang nya 50% untuk mendapatkan tunjuan yang sama. Dan yang satu lagi kekal dan yang kekal ialah UMNO sebab ideologi UMNO mesti bersesuaian dengan Barisan Nasional.

Adakah Zakir di beri skrip seperti mana Menteri Luar Arab yang mengesahkan duit yang masuk ke akaun Najib adalah 'derma'. Adakah Zakir tahu yang berkuasa ialah Barisan Nasional komponen MCA dan MIC?

Orang PAS yang waras dapat melihat ketidak sesuaian PAS dengan Barisan Nasional. Apakah orang PAS naif sangat dengan kenyataan dari Zakir?


Rasanya Zakir lebih tahu mengenai PAS UMNO dari mengambil berat tentang PERKIM .

Tanpa Nama berkata...

enar kata tanpa nam 11.50.kita bukan pertiakakikan Dr zakir naik,tetapi seolah telah di pelankan untuk kedatanganya kesini .apakah Dr Zakir tidak tahu kezaliman yang najib buat kepada rakyat negara ini? mengapa tidak ada langsung ucapan Dr Zakir tentang jahatnya rasuah .zalimnya menindas rakyat,.haram ambil duit tanpa kebenaran.macam2 lagi ,mnegapa soal halal haram tidak dibentangkan dengan jelas agar semua rakyat tidak kira pa agama pun agar mereka tahu balasan allh diakhirat nanti tentnang peminpin zalim.apa tidak sedar kah Dr Zakir tentang isu itu?

Tanpa Nama berkata...

Anti ftnah ,sepatutnya Dr Zakir tahu dan faham tentang isu di malysia sekarang ni .bukan kita marahkan dia cuma sepatutnya dia menerangkan entang kerajaan yang adil dalam hal islam .bukan menyetuh dari segi poltik .Apakah dia hanya tahu Pas dan Umno aje.dimana letaknya melayu islam dalam Aamanah? duman letaknya melayu islam dam PKR .? biar bijak juga dalam hendak menyatukan islam ni .islam bukan milik Umno dan Pas sahaj.sekiranya dia sebut Umno dan Pas SEOLAH2 sudaj dirancang sebelun dia datang kesini.itu aje anti fitanah.

air gunung berkata...

Yer benar bro Omar Daud.
Teruskan kerja..
Org nak tgok hasil kerja
Bkn pong pang pong pang
Pastikan kabajikan rakyat no 1.
Kukuhkan parti mcm DAP walau ahli x ramai mana pon.tp sgt komited dan cakna..
Sbnarnya peluang AMANAH besar dan cerah..

Tanpa Nama berkata...

Bahahaha...
Pas + umno?
Bole jalan daaa

Tanpa Nama berkata...

Tuan, memang tak kira sesiapa pun, termasuk Zakir Naik adalah manusia biasa. Kalau dia ahli politik ...fine, kita accept. Tapi dalam kalangan manusia biasa, masing-masing ada darjatnya. Adalah sangat dikesali Zakir Naik menyamakan darjat nya dengan pemimpin Malaysia. Ilmu yang dimiliki nya tidak ada pada Najib dan tidak ada pada Hj Hadi.

Ini merugikan Islam. PAS UMNO tidak peduli asalkan kemahuan mereka terlaksana.

Artis dari Luar Negara yang buat persembahan di sini pun mengelak dari di kaitkan dengan politik Malaysia. Ingat Gagam Nam yang terkenal dengan tarian kuda (mungkin nama Gaya Nam itu tak betul) mereka di kritik oleh peminatnya. Lalu mereka, kumpulan tersebut menjawab mereka sekadar buat persembahan sahaja. Padahal kumpulan tersebut tidak ada buat apa-apa kenyataan politik.

Kalau atas dasar Islam jangan sebut nama parti. Jangan sekadar menjaga air muka UMNO. Air muka UMNO yang sudah berkeladak nak dijaga buat apa?

Tanpa Nama berkata...

Dr Zakir telah menyentuh sentiviti rakyat yang tertekan dengan penipuan demi penipuan, yang tidak bersetuju dengan politik kotor dan yang telah membuat fitnah terhadap Anwar.

Dr Zakir perlu mohon maaf sebelum meninggalkan negara.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Omar Daud,

Semangat Tuan saya sanjung dan semoga jadi ikutan buat semua penyokong PH. Saya cadangkan kita penyokong PH beli akhbar AMANAH lebih dan sebarkan ke mana mana tempat yang jadi tumpuan orang ramai. Seperti di kedai mamak, stesen bas dan sebagainya. By the way Leman kita dah tukar nama sekarang, Leman Raja Lawan.

Tanpa Nama berkata...

Amanah perak mcmne,aku org perak nk jg tgk amanah perak menggegar malaysia

Tanpa Nama berkata...

Rasanye zakir naik saje nk kenakan pas dan umno.perosak elok bergabung dgn perosak...xslh bergabung tapi kalau umno bagus, pas bagus mmg org sokong pendapat zakir ni cuma tgkla pas mcmne, umno plak mcmne, satu dunie tau umno punya perangai penyamun. Nak tanye zakir, adakah islam mengangkat penyamun sbg pemerintah??

Tanpa Nama berkata...

Zakir naik tak tau. Politik malaysia..hj hadi memang nak tapi orang2 umno belum tentu setuju..termasuk MIC dan mca..

Unknown berkata...

Apa nak hairan dengan perancangan sebegini(bawa Dr Zakir Naik datang Malaysia roadshow) mula2 dtg sampaikan ceramah pun..di Negeri Terengganu. Yang mana, MB nya sudah mempelawa Hadi Awang/PAS utk menjadi penasihat kerajaan negeri. PAS dan UMNO ada pasukan strategi masing-masing. Mereka sudah rancang.

Kalaulah gabungan antara PAS dan UMNO ini menjadi kenyataan dan UMNO dan PAS mempergunakan Dr Zakir Naik untuk tujuan itu....bagi aku, penyatuan PAS dan UMNO ini...bukan anak jantan. Sebab, guna khidmat orang luar...tak malu ke?

Tanpa Nama berkata...

Jgn salahkan zakir naik,die org luar xbrp tau keadaan sebenar rakyat malaysia, die Berdakwah sbg pendakwah mmg tugasnya menyatukan umat islam cuma yg mslhnye die xtau umno sebenarnya mcmne.xkan firaun nk dlantik sbg pemimpin islam,nt islam lebih hancur dan buruk jadinya,ini adalah perjuangan rakyat malaysia yg telah lama merasakan kekejaman regim pemerintah. ZAKIR hanya nampak dr sudut perpaduan tp dr sudut jenayah tu mungkin zakir xdpt maklumat yg sebenar...

pemuda parit kings berkata...

Maaf tuan cahaya al majid...cuba bg pencerahan sikit antara dakwah dan politik???klu campur salahkah???benarkah dlm dakwah tak ada politik dan dalam politik tak ada dakwah???

Tanpa Nama berkata...

bukan begitu pemuda parit kings.tak salah dakwah campur politik tetapi dalam berdakwah kena ada politik tetapi dengan berhemah ,jangan diandaikan oleh orang ramai kamu tu BIAS seolah2 mneyebelahi satu puak aje dalam poltik .mengapa disebutkan hanay Pas dan Umno sahaj? mnegapa tidak sebut Amanah .PKR atau parti lain yang ad juga ahlinya melayu islam..disini kurang bijaknya oarng itu,mengapa tidak disebut kan hukum haram tentang riba,tentang rasuah ,halal haramnya .mengapa tidak dihebabhkan tentang isu itu? apakah dia tahu bahawa peminpin tertinggi kerajaan dengan isu rasuah? disini silapnya dakwah dan ternampak dia dimainkan untuk politik.adik pemuda parit kigs pun patut faham.belajar lagi

Tanpa Nama berkata...

Jemputan Dr Zakir Naik ke Malaysia bertujuan untuk menyucikan najib ke?

Pas No More berkata...

Dalam 2-3 ceramah Dr Zakir Naik Semasa di Malaysia bertuah ni, lebih dari 5 orang telah memeluk ugama Islam, mengucapkan kalimah Syahadah di khalayak ramai.
Cuba teka bila tiap kali Tuan Presideng berucap, berapa ramai ahli tinggalkan PAS?
Bezanya antara ulamak dan ulardalamsemak.
Seorang ulamak akan menyebarkan ajaran Islam sehingga orang tertarik dan akhirnya terpanggil untuk mengucapkan syahadah....
Ulardalamsemak pula akan menyalahgunakan ayat Quran dan Hadith untuk kepentingan sendiri sehingga menyebabkan orang menjadi takut dan curiga terhadap Islam. Usah nak mengucap Syahadah, duduk dalam parti konon Islam pun dah tak hingin.
Tak sedar2 lagi ke wahai pemakan dedak?

Unknown berkata...

Sekarang Zakir Naik menyebut secara jelas UMNO dan PAS...walau beliau bukan lah orang yang layak bercakap atau mengeluarkan kenyataan politik sesebuah negara...pakar perbandingan agama YES..Pakar intra faith discourse YES...pendapat beliau mengenai hukum dan Islam itu ruang perbincangan terbuka.bukan hak mutlak atau muktamad...namun bab politik Zakit Naik bercakap dari apa yang tidak langsung beliau ketahui...Ia bertentangan dengan prinsip facts n rasional beliau...malah beliau bukan lah dari golongan Think Tank dunia Islam kontemporari...Benar beliau telah jumpa Naib dan Hadis Awang..persepsi boleh mengatakan beliau terpengaruh akan perjumpaan ini.
Namun apa yang beliau katakan itu ada advantage dan disadvantage untuk nama2 yang telah di sebut.
"I DON'T KNOW BOUT UR GOVERNMENT BUT THEY APPRECIATE ME"...Dr.Zakir Naik.
How can u tell something u Don ever know of just by answering blind question...but maybe there a truth in what u are saying...wallah alam.

Unknown berkata...

I add to that...what if Zakir Naik reply to that question which advance the opposition....could it be his day in Malaysia are numbered? He is a foreigner. To reply to this kind of question he must smart but I would seem he has had his choice of side...it's berterusan for him to do what he do best...talk BOUT spiritual and knowledge of science in Islam.

Tanpa Nama berkata...

salam. tidak usahlah kita celaru dgn saranan DZN itu. cadangan perpaduan pas umno ini bukan benda baru. DZN tidak akan tahu sejarah politik antara pas vs umno. input yg beliau ada semestinya perkembangan politik terkini. beliau juga semestinya tidak punya input yg jelas akan skandal2 yg di hadapi PM. bagi seorg muslim. semestinya beliau berpegang kepada kata2 ini iaitu selagi tidak dibuktikan dan dijatuhkan hukuman bersalah. seseorg itu masih bersih dan tidak bersalah. beliau tidak tinggal di malaysia dan merasa setiap denyut nadi kesengsaraan rakyat. apa yg beliau kata semestinya inputnya dari pihak2 yg beliau sendiri jumpa. jadi saranan beliau itu adalah hasil daripada input yg beliau dapat.

YA demi ummah. perpaduan antara pas dan umno itu bagus. tapi realitinya wujudkah kejujuran dan keikhlasan oleh kedua dua belah pihak? DZN adalah pakar dakwah. bukan pakar politik. apapun mesti ada hikmahNYA. pada yg melihat ia satu alasan demi nak menyatukan pas dan umno. Ya, bagus juga. eloklah pas bersama umno. supaya mudah rakyat utk menentukan pilihan pada PRU nanti. jadi eloklah jika pas nak bersama umno. tidak perlu lagi hendak berteka teki. bila pas bersama umno, putuslah hubungan pas dgn pkr. jadi kita tidak perlu lagi berteka teka akan status pkr dgn pas. jika mereka masih nak bersama pas apabila pas sudah bersama umno. mudah utk kita tolak pemimpin yg talam dua muka ini. sekarang ini pun, tindak tanduk mereka sangat2lah mencurigakan kita. seperti musang berbulu ayam.
apa pun kita kena maju kehadapan. memberi penjelasan pada masyarakat umum yg keliru akan politik terkini. supaya rakyat celik akan siapa yg wajib mereka pilih pada PRU akan dtg.

Tanpa Nama berkata...

Politik dan agama xdpt dipisahkan.agama membentuk akhlak berpolitik, kalau takde agama, apa akan jadi dgn politik? Politik kotor jijik spt yg blaku skrg

Tanpa Nama berkata...

Zakir naik ok tp dia dah buat silap bermain politik Malaysia, politik Malaysia kotor penuh tipu muslihat,dgn menangangkat umno dan pas sbg lambang penyatuan islam nmpk jauh dan janggal umpama mengamanahkan kpd org yg tidak amanah,spt musang menjaga ayam atau harimau menjaga kambing.Rakyat malaysia bijak,mana yg positive kita blh ambil dr zakir naik,yg x elok jgnlah ambil.

Tanpa Nama berkata...

Puak ulamak jee laa bergabong....rakyat....dh muak....dlu umno kapir.... Skrg dh sah.....tk kapir lg.... Jd agama3/4 politik 3/4 tk apa skrg....dlu tk bleh....skrg dh boleh...tahniah satu malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Dr zakir naik mmg bijak.. menyatukan penipu dan penyamun dlm satu sangkar supaya mudah rakyat mesia buat pilihan..

pemuda parit kings berkata...

Jauh sgt maksud tu...apakah tuan tak sedar apa yg tuan tulis diatas?penjelasan tuan tak sama dgn yg pertama...jadinya tak salahlah berdakwah dlm politik...kenapa pulak tuan tulis yg pertama jgn campur adukkan politik dan dakwah???hahaha....klu tuan da pandai sgt...jgn tulis mcm tu...ayat tuan tulis merangkum semua...oleh itu saya tegur dan nk kepastian...org yg berpolitik yg mempermainkan agama adalah salah...tp klu dilihat dari sudut baiknya...adalah lebih terbaik...maksud dan contohnya TGNA...bagaimana cara pendekatannya dlm berpolitik dan dakwah...tuan tak pandai manalah klu tuan rasa cukup matang dan hebat dlm mengulas....maaf tuan...