1 Mei 2016

Mej Zaidi Sertai DAP, Apa Yang Kalutnya?

Mejar Zaidi sertai DAP, tinggalkan AMANAH

DAP Pulau Pinang mengumumkan kemasukan lapan anggota Melayu baru, dua sebelum ini daripada PAS dan seorang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merupakan sekutu parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Wong Hon Wai membuat pengumuman itu hari ini.


Paling menonjol daripada lapan individu itu ialah bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini menyertai PAS dan Amanah.

Zaidi, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, mula dikenali selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013.

Beliau dipecat daripada tentera udara oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai PAS. Beliau kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH tahun lepas, selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

Zaidi berkata beliau merasakan DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya, sambil menambah "yang paling penting, saya masih dalam HARAPAN".

"Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan," katanya.

'Ini adalah sebuah negara yang bebas'

Ditanya sama ada beliau telah memaklumkan kepada pemimpin partinya, iaitu Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, Zaidi berkata:

"Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti.

"Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS," katanya berseloroh.

Zaidi berkata bagaimanapun, keahliannya di dalam AMANAH akan ditamatkan apabila menandatangani perjanjian dengan DAP.

Ketika dihubungi, Mujahid hanya berkata "Ini adalah sebuah negara yang bebas, AMANAH percaya dalam pilihan bebas.

ULASAN GB

1) Adalah hak mana-mana ahli parti untuk menyertai mana-mana parti lain yang dikehendakinya. AMANAH takkan tuduh Mejar Zaidi sebagai pengkhianat sepertimana tuduhan yang dilemparkan PAS terhadap ahli-ahli PAS yang meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH. Yang peliknya, kemasukan Zaidi ke dalam DAP dibisingkan sangat oleh PAS, bukan AMANAH. :-)

2) Di dalam kenyataan DAP hari ini, 8 orang Melayu yang menyertai DAP. 1 dari AMANAH, 2 daripada PAS, 5 yang lain tak disebut dari parti apa, mungkin tidak berparti. Tetapi yang lebih dicanangkan oleh macai PAS ialah seorang dari AMANAH itu, iaitu Zaidi, manakala yang 2 dari PAS tak pula dihebohkan.

3) Kenyataan Zaidi dipuji. Katanya: "Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan."

4) Almarhum TGNA sendiri pernah menyatakan bahawa "langkah (penyertaan Melayu ke dalam DAP) itu bukanlah satu ancaman kerana DAP dan parti itu serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung dalam satu pakatan."


5) Prinsip AMANAH jelas, kita suruh orang istiqamah dengan Islam bukan dengan "parti" atau "pemimpin". Hal ini telah disampaikan oleh Penasihat Umum Parti Amanah Negara Ustaz Ahmad Awang. "Kalau sesiapa dah masuk AMANAH, kemudian nak u-turn ker, about turn ker, kita tak kata dia jadi kafir, kita tak kata darah dia halal...," tambahnya.

9 ulasan:

Unknown berkata...

Mejar Zaidi tentu ada perancangan masa panjang(misi/visi)bersama DAP.

Takpe Mejar Zaidi..saya rela dan redho anda masuk DAP.

Yang penting kita sama-sama berjuang mahu jatuhkan UMNO/BN.

abrarmujahideen berkata...

Muslihat perang

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan menegakkan syiar Islam dan Harapan Rakyat boleh saja dlm mana-mana parti. Tahniah...perjuangan akan diteruskan.

Unknown berkata...

Tahniah..pimpinan Amanah yg terbuka..tidak emosi dgn melebel pengkhianat...broker..dbeli bla..bla

Unknown berkata...

Berjuanglah menegakkan keadilan mengikut gerakhati yg posotif asalkan akidah kite tetap pada Allah

Tanpa Nama berkata...

Tidak kalut.tetapi ini bolih menjadikan isu untuk mn=engatakn Amanah tidak istimewa dan DAP lebih istimewa.dalam tidak ada isu kita pula cipta isu.apa salahnya dia terus berada dalam Aanah dan terus mendapat apa juga kurniaan dari DAP ,lain kali jangan ada lagi ahli Amanah atau Ahli PKR atau ahli DAP sendiri yang bertuka2 parti .memnag bebas seseorang nak tuykar parti tetapi biaralh berfikir panjang sikit.dalam keadaan sekarang jangan ciota isu.tu aje.

Ammy Hassan berkata...

Tuan major dahpun dilantik sebagai penasihat YAB ketua menteri, maka komitment yang harus diberikan oleh tuan major akan melangkaui batas partisan. Untuk memudahkan segala urusan kemasukannya ke dalam DAP memang kena pada tempatnya, cumanya beliau harus menjadi jambatan antara kedua-dua parti. Ada kemungkinan juga beliau akan dicalonkan dalam PRU14. Kalau ada rezeki mungkin akan menjadi Ketua Menteri melayu pertama. Semoga Pakatan Harapan pulau pinang lebih cemerlang.

Tanpa Nama berkata...

oleh krn dia bekerja dgn kerajaan dap dipenang, maka adalah tepat skali utk dia jadi ahli DAP.

nak harap azmin beri jawatan dselangor, major bukan barua azmin.

Pemuda part kings berkata...

Tahniah...semoga mejar terus berusaha Bantu rakyat Dan pecahkan kebebalan org melayu tentang dap...