10 Apr 2016

[BERGAMBAR] Rakyat Beting Maro Gembira Dengan Kehadiran AMANAH

Masyarakat Beting Maro, Sarawak gembira kerana telah dikunjungi dan disantuni oleh para petugas Parti Amanah Negara dan lebih manis lagi, ramai diantara mereka telah mengisi dan menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli AMANAH.

Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (AWAN) Melaka yang tiba di Sibu Sarawak semalam telah disambut oleh Penyelaras DUN Beting Maro, Sdra Hud@Andri Zulkarnaen Hamden.


Rombongan berkenaan turut disertai oleh Ketua Pengarah ARiF Malaysia, Sdra Johari Osman.

AWAN Melaka bersama-sama dengan para petugas AMANAH Melaka yang lain yang sudah berada sana sejak beberapa hari lepas diketuai oleh Ustaz Julasapiyah Kassim dan akan mengikuti beberapa program yang telah diatur untuk mereka oleh pihak tuanrumah.

Malam semalam, mereka dilaporkan telah bersama-sama di dalam program mendekati rakyat di DUN Beting Maro, dimana Sdra Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawan), Ketua AMANAH Kawasan Sik dan Andi Zulkarnaen mengadakan kunjungan muhibbah ke Rumah Panjang Mutun.

Bermula hari ini, mereka dijadualkan mempunyai program yang ketat iaitu Walkabout dan edaran apron serta risalah di kawasan penduduk DUN berkenaan.

Sebelum ini, petugas AMANAH Melaka telah mengadakan program beramah mesra dengan Tuai Rumah Panjang bertanya khabar dan mengadakan perlawanan persahabatan Sepak Takraw bersama pemuda Iban di kawasan itu.

"Phak kami sejak dari awal bulan lalu telah meninjau dan menyiapkan jentera dan prasarana bagi membantu AMANAH Sarawak khususnya di Dun Beting Maro. Pihak kami telah mula menghantar petugas sejak awal Mac sehingga selesai pilihanraya negeri Sarawak nanti," ujar Sdra Sofi Wahab, Naib Pengerusi dan juga Pengarah Komunikasi Amanah Melaka yang telah berkunjung ke Sarawak minggu lepas.

"Kesemua 6 kawasan AMANAH di negeri Melaka secara bergilir-gilir bertugas membantu Penyelaras Dun Beting Maro, Andri Zulkarnaen Hamden dalam merangka dan melaksanakan program mendekati dan mengangani masalah rakyat di Dun Beting Maro", tambahnya lagi.

Menurut Sofi lagi, dari tinjauan dan pengamatannya, pengundi Dun Beting Maro amat matang dan terbuka dalam memberikan sokongan kepada parti-parti yang akan bertanding di Dun ini. Buktinya mereka boleh menyertai semua program AMANAH yang dianjurkan pihak Biro Pilihanraya Dun Beting Maro yang diterajui oleh Abang Mohtadar.

"Program konvoi anak muda 2 minggu lepas disertai oleh lebih dari 100 anak muda dan orang dewasa lelaki dan wanita. Malah ramai kaum Iban di rumah panjang Mutun dan penduduk Kg Batang Maro beramai-ramai menyertai AMANAH dengan mengisi borang permohonan keahlian AMANAH selepas diberi penerangan ringkas oleh Adri Zulkarnaen; Pengerusi AMANAH Sik Sulaiman Ibrahim dan AJK AMANAH Melaka, Ustas Julasapiyah Kassim," katanya lagi.

Parti Amanah Negara akan meletakkan 13 orang calon di dalam pilihanraya negeri Sarawak dan kesemua 13 calon parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak merupakan anak kelahiran negeri itu.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub. Beliau juga menyatakan selain calon Bumiputera, Amanah turut menampilkan calon Iban dan juga Cina.

Pengisytaharan calon akan dibuat pada minggu hadapan.






















10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku kat sini pulak menyampah dengan kehadiran ulamak jebon dan tuan jebon.

air gunung berkata...

Go amanah go.
Sebagai parti yg baru anda tiada tekanan sebenarnya..
Cuba lakukan sebaik mungkin.
Gunakan pengalaman anda dahulu serta perbaiki kelemahan.
Jadikan serawak ini medan ujian dan mengenali kekuatan Amanah.
Usah peduli cecehan bebelan cacimaki org lain.ia merupakan satu bentuk keritikan membina.ucapkan terima kasih shj ats keperihatinan mereka ambil tahu hal Amanah..
Jadikan PRN ini sebagai batu loncatan utk Amanah lebih dikenali dan berkemampuan utk melakukan yg terbaik kpd negara

Tanpa Nama berkata...

Tabik lah dengan korang.

Bukan senang nak dapat 'rasa makan dan minum' macam itu.

Sebenarnya dari bercuti saja-saja adalah lebih menyeronokkan bila dapat pengalaman kehidupan di sana.

Ketika itulah belajar susah sama-sama, senang pun sama-sama.

Boley Jalan berkata...

Aku rasa puak walaun ni kan, hati busuk dpd pekung.......padanlah dgn hukuman Allah SWT kpd mereka, hari2 mereka sakit hati dan hari2 dok cari fatwa nak halalkan perbuatan mereka.Sakit hati ni takda ubat.......melainkan dgn taubat je anon 12:47.
Kami bukan buat apa pun, cuma menyampaikan, kalau sokong Alhamdulillah kalau tak pun Alhamdulillah semua itu urusan Allah. Tak sekali2 kami redho dgn kezaliman penguasa macam "Hj hadi & the walaun bas ekpress to nowhere".

Tanpa Nama berkata...

Yang mana satu Sdra Hud@Andri Zulkarnaen Hamden, Penyelaras DUN Beting Maro?

Nak tuju 'GO AMANAH. GO!'.

Tanpa Nama berkata...

Wahai wala2tokong berpegang teguhla kamu dgn tali tokong dan berusahala bersungguh2 mencari keredoan undi cina dan jgnla kamu ganti pm umno dgn pm parti yg lain. Sesungguhnya yg paling takwa pd tokong diantara kamu adalah yg paling pandai spin atau fitnah ulamak.

Tanpa Nama berkata...

semoga terus istiqomah bersama islam bkn mcm walaunta yg buta hati dan mata istiqomah bersama pas katanya��������

paskiniCHAIpunya berkata...

Serang Amanah..
yang songlap duit rakyat NFC dah selamat...serang DAP...
Yang songlap duit MARA dah naik pangkat...
Serang PKR..
Yang ada duit derma dalam akaun nak kena cekop FBI...
duit rakyat lesap tak berganti...
Lebai dah tak tahu punca...
perjuangan hudud dah tamat...
Nyawa PASCHAI dah habis...
Nak pertahan tanah Sarawak tapi bentang RUU ponteng... Undi GST berkecuali...CHAI...
Hudud Hadi dan Haron...
dari CHAI kamu datang...
kepada CHAI kamu dikembalikan...

Tanpa Nama berkata...

Mengapalah masih ada manusia yg amat bodoh takut pd Cina Malaysia. Siapa lah yg punya dakyah sehingga teramat takut dgn kaum Cina. Ni mesti terpengaruh dgn lagu Anak Kecil Main Api .

Bodo punya orang..

omar daud berkata...

Salam:

Saya bersetuju dgn "Air gunung", diharap Amanah agar cekal hati,sebab mood rakyat serawak mendapat MB baru,seperti pak lah mengantikan madey 2004 dulu BN sapu bersih.Yg penting sekarang Amanah kena start from the scratch,Pujian pada group malacca anda telah mendahului massa.Perkuatkan grassroot tempatan itu dulu,umpamanya set-up tadika,group2 tahfiz tempatan dan banyak lagi pusat2 komunity tempatan insyallah 10-20thn lagi Amanah akan bertapak cemerlang disana. Janganlah jadi parti pilihanraya sahaja.muncul hanya ketika dipilihanraya.13 DUN Amanah yg bertanding jika tak menang tak hilang wang pertaruhan pun dah cukup.jika menang dikira bonus.Pertandingan yg dikira berat sebelah,ramai pemimpin2 pembangkang dari seemenanjung tidak dibenarkan berkempen.

semoga success.sekian