30 Apr 2016

[BERGAMBAR] AMANAH Berpotensi Menang 5 DUN

Sehingga kini, sekurang-kurangnya lima dari 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka apabila kerusi mereka dikategorikan sebagai kelabu oleh Bilik Gerakan BN dan juga media di Sarawak, demikian lapor Malaysia Dateline.

Menurut sumber, kerusi Sebuyau, Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro kini dimasukkan dalam kategori kelabu oleh Barisan Nasional (BN) yang membawa makna boleh dimenangi oleh lawan mereka.

Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah).

Demak Laut pula ditandingi satu lawan satu antara Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB) dan pengerusi Amanah Sarawak, Mohammad Fidzuan Zaidi.

Di Kabong pula, calon BN Mohamad Chee Kadir (PBB) akan berdepan dengan Novert Sullang (DNP) dan Jini Bin Sahini (Amanah).

Di Balingian pula pertembungan satu lawan satu antara Abdul Yakub Arbi (PBB) dan Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah).

Di Beting Maro, calon BN, Razaili Haji Gapor (PBB) akan berdepan dengan Hamidah Binti Mokhtar (Pas) dan Andri Zulkarnean Hamden (Amanah).

Selain itu, dua lagi calon Amanah dijangka memberikan tentangan sengit kepada lawan masing-masing iaitu N26 Gedong yang diwakili oleh Rapelson Richard Hamit dan N.16 Muara Tuang yang diwakili oleh Abang Abdul Halil Abang Naili.

Kesemua kerusi-kerusi dimana AMANAH bertanding hanya menyaksikan pertembungan dengan calon BN dan PAS. AMANAH mewakili Pakatan Harapan dan tiada komponen PH yang lain bertanding di kerusi-kerusi berkenaan.

N27 SEBUYAU







N58 BALINGIAN








N40 KABONG






N05 DAMAK LAUT







N29 BETING MARO











11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amat susah nak menang sarawak tp apapun kita kena berusaha. Insya-Allah bantuan dr Allah

omar daud berkata...

Salam:


Saya sangat2 berharap Amanah terutamnya pehaK HQ,berhati-hati dgn pertugas PACA,KENA BUAT LAST MINUTE SCREENING,kerana sekarang ini ulat-ulat bulu BN sedang berkeliaran,untuk mengenal pasti pertugas Amanah untuk memberi tawaran yg cukup lumayan tertuma pertugas ketua PACA yg memegang borang 14.Tawaran2 yg akan dioffer anggaran 10k-100k berdasarkan tugas masing2.

Semasa menjadi pengarah PACA PKR dulu-dulu,ada pengelaman 3 tempat dimana pertugas PKR dibeli.3 tempat itu sepatutnya menang,tapi tewas tipis.Kebanyakan pemimpin PKR selalunya buat sesuatu last-minute,mereka tiada mesra ahli,kebanyakkan pertugas2 PACA di sub-con pada orng2 yg tak dikenali.Bila tiba hari mengundi kebanyakkan pertugas-pertugas tak hadir,ada yg hadhir tapi MENIPU dalam BORANG 14.
bILA DI SURUH BUAT POST-MORTEM selepas PR14,mereka tak buat,HASILNYA.Diserawak PKR Hilang 2 dun BUTA-BUTA JERR.Sorang ponteng ( saya agak ulat bulu BN dah hulur bayaran yg lumayan pada calon ini) dan (sorang lagi bancrupt-saya jangkakan ada orang lain yg dapat duit-yg sebgaja tidak check pada jabatan insolvensi).
Moral of the story,Azmin sudah tak boleh diharapkan lagi memegang porfolio pengarah pilihanraya PKR.dIA 100% GAGAL.Satu pengajaran pada PH,KENA HIGHLIGHT PADA MEETING PH NANTI,benda yg kecik-kecik dia tak boleh control,bagaimana masa PR14 nanti.

sEMOGA aMANAH berjaya, amanah diibarat sebagai baby lagi,jika tak hilang wang deposit itu dikira hebat.jika menang sebagai BONUS.

TABIQ SPRING Pada pertugas-pertugas Amanah.

omar daud berkata...

SORRY , TERSILAP bukan PR14 , Tapi PR13.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan Saudara Omar Daud mengingatkan kita dimana sahaja dalam dunia ini dan dalam apa keadaan sekali pun akan ada orang yang khianat, pembelot, boleh dibeli dan memang mencari untung. PKR sudah lama melalui proses ini dan masih ada lagi orang yang seumpama. Semoga PH berhati-hati dan berusaha menyinkirkan ulat-ulat dan anai-anai yang ada dalam kumpulan.

Tanpa Nama berkata...

Di tengah-tengah kemelut PKR-DAP, hati kembali sejuk dan bersemangat semula dengan berita dari AMANAH.

Sekurang-kurangnya hilang rasa keciwa dan menyampah dengan PKR.

Semuga AMANAH memang di kelima-lima kerusi dan dengan kemenngan ini Pakatan Harapan boleh di selamatkan.

Semuga Allah memberi kemenangan kepada AMANAH.

Iman Fms berkata...

Semoga Amanah berjaya..In Sha Allah..
Sokong Amanah sebagai penghanti Pas yg semakin x relevan.

Iman Fms berkata...

Semoga Amanah berjaya..In Sha Allah..
Sokong Amanah sebagai penghanti Pas yg semakin x relevan.

DVAS Mobile berkata...

Somoga calun2 Parti Amanah berusaha tampa mengenal erti kegagalan dan berlajar dr pengalaman serta salingbntu membntu ,iklas n jujur dlm semua sudut in shaa Allah ade titik kemenangan dihadapan jgn lupe solat bg yg muslim.

DVAS Mobile berkata...

Somoga calun2 Parti Amanah berusaha tampa mengenal erti kegagalan dan berlajar dr pengalaman serta salingbntu membntu ,iklas n jujur dlm semua sudut in shaa Allah ade titik kemenangan dihadapan jgn lupe solat bg yg muslim.

Tanpa Nama berkata...

Syabas AMANAH

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
LURUS Ber CAHAYA...Menyuloh Ke HATI
Yg Kaseh Mem-BERI...JIWA dan Raga
Yg AMANAH Mem-BERI...Khidmat dan BAKTI
Yg AMANAH Sentiasa..."Halus" WASPADA
WASPADA Musuh...Yg MENYAMAR Diri
Musuh "DALAMAN"...Yg Di JERUT Laba
Musuh "DALAMAN"...Yg Hanyut Di BELI
AMANAH pun Musnah...BOBROK dan Keji


Bila Ada...Musuh "DALAMAN"
Peperangan Se BENAR...Sudah Ber Akhir
Bila Ada...Musuh "DALAMAN"
Musuh Pun GAGAH...Mengkucar KACIR



Wahai PEMIMPIN...AMANAH Budiman
Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
KENALI Lah Sbnr7...Musuh "DALAMAN"
ANALISA Lah Se Dlm7nya...AKAL dan Budi
Jgn Ter "KELIRU"...Dek MUSANG Bajingan
Yg Menjual MARUAH...Rasuah Men CURI
Kelak Kan HAMBAR...Arah dan TUJUAN
Menyesal Ter LANJUR...Tak BERGUNA Lagi


Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Kaseh Mem-BERI...Sematkan lah Di HATI
Moga FIRASAT Mu...Kan TAJAM Teliti
Moga Langkah Mu...Di Suloh Di TERANGI
Moga USAHA Mu...Sentiasa Di BERKATI
Sentiasa Di KASEH...Sentisa Di LINDUNGI
Di KASEHI Di Langit...Di KASEHi Di Bumi
Krn Kaseh Mem-BERI Itu...Sifat-NYA-ILAHI
Dan Kaseh Mem-BERI Itulah..."Senjata" Yg SAKTI