8 Apr 2016

Alhamdulillah, Hanipa Sudah Mula Sedar & Beri Respons...

Hanipa mula sedar, tunjuk perkembangan positif

Keadaan Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini sudah menunjukkan perkembangan positif dengan menggerakkan mata dan kepalanya, kata salah seorang ahli keluarganya.

“Alhamdulillah, satu perkembangan yang positif ditunjukkan oleh YB Hanipa yang mana beliau sudah mula sedar dan menggerakkan tangannya. Beliau juga cuba gerakan kepala dan mata untuk beri respon bila namanya dipanggil.
“Cuma doktor minta beliau beri tindak balas secara perlahan-lahan dan pulih secara semulajadi,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir berkata Hanipa dalam keadaan stabil namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Hanipa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Isnin selepas disedari pengsan secara tiba-tiba di tempat duduk beliau di Dewan Rakyat.

Beliau kemudian dipindahkan ke wad kecemasan HKL bagi mendapatkan rawatan susulan. -mk

LAPORAN SEBELUM INI


Hanipa stabil tapi masih di ICU

7 APRIL: Ahli Parlimen AMANAH Sepang, Hanipa Maidin yang menjalani pembedahan neurologi akibat darah beku dalam otak dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

“(Hanipa) Masih dalam ICU selepas menjalani pembedahan pada Isnin dan keadaannya kini stabil tapi masih di bawah pengawasan doktor.

hanipa HKL“Apa yang berlaku kepada beliau ini boleh kita katakan strok,” kata kata Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir kepada Mkini.

Hanipa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Isnin selepas disedari pengsan secara tiba-tiba di tempat duduk beliau di Dewan Rakyat, dan kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan HKL.

Menurut Anuar Hanipa ketika ini masih belum sedar disebabkan ubat bius yang diberikan doktor kepadanya.

“Kita mengharapkan semua pihak dapat mendoakan kesihatan kedua-dua pimpinan Hanipa dan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, Asmuni Awi pulih seperti sediakala agar mereka dapat meneruskan khidmat mereka. Insya-Allah,” kata Anuar.


ULASAN GB

Semuga Allah mengurniakan kesembuhan untukmu Hanipa Maidin.

"Ya Allah, sembuhkanlah beliau seperti sediakala. Kami dan parti kami masih memerlukan khidmatnya....

Dengarlah rayuan kami ya Allah, terimalah doa kami ini... aamiin, aamiin

7 ulasan:

Pemuda parit kings berkata...

Illahi ameen...benar kata2 GB...khidmatnya masih diperlukan...org yg gigih Dan berilmu Malah
yg berahklak mulia harus serta wajib ada sebagai wakil rakyat kita...diorang adalah pendidik rakyat yg sebenar...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah!!!!

Tanpa Nama berkata...



Kita sangat-sangat memerlukan keajaiban Tuhan. Berserahlah.

Salah seorang ahli keluarga saya pernah mengalami kondisi yang sama. Pengsan dan pendarahan otak yang lama kerana tidak sedari oleh saudara nya yang tinggal bersama.

Sekarang beliau telah pulih seperti sedia kala sehingga sekarang setelah menjalani pembedahan kira-kira 12 tahun yang lalu.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah....

Tanpa Nama berkata...

Taniah kepada yb Kerana mula pulih

Taniah kepada yb Kerana tidak lagi bersama ulama pas suci mulia

harun berkata...

Amin..Alhamdulillah

Zuki Rejab berkata...

Alhamdulilah kami mendoakam tuan hanipa segrra semboh khiidmat masih diperlukan