16 Mac 2016

Pulau Pinang Yang Dikutuk Paling Rendah Hutangnya...Cuma RM69.3 Juta

Kerajaan negeri hutang Putrajaya RM16.8 bilion

Kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara memiliki hutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah RM16.8 bilion setakat 31 Disember 2015, kata Kementerian Kewangan.

Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh), negeri yang mempunyai jumlah hutang yang paling banyak ialah Pahang RM2.9 bilion, Sabah RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion dan Kedah RM2.3 bilion.

Pulau Pinang pula mempunyai jumlah hutang paling sikit iaitu RM69.3 juta, diikuti Johor RM249 juta dan Perlis RM373.2 juta.


Menurut Kementerian Kewangan, pinjaman itu diberi bagi tujuan membiayai projek kemudahan asas antaranya projek bekalan air, industri, perumahan awam kos rendah dan lain-lain projek.

"Setakat 31 Disember 2015, hutang yang belum dijelaskan oleh semua kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan berjumlah RM16,824,607,187.41," kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan menjawab soalan Teresa mengenai hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan yang masih belum dibayar sehingga Disember 2015.

Negeri-negeri lain ialah Johor RM249.1 juta, Negeri Sembilan RM942.76 juta, Melaka RM950.97 juta, Perak RM608.63, Selangor RM1.32 bilion dan Kelantan RM1.34 bilion.

Bagaimanapun, hutang bagi Wilayah Persekutuan tidak dinyatakan. -mk

ULASAN GB

UMNO dan PAS yang kutuk-kutuk kerajaan PH dan LGE di Pulau Pinang, rupa-rupanya Pulau Pinang paling sedikit berhutang dengan kerajaan pusat, cuma 69.3 juta, tak sampai RM100 juta pun.

Negeri dimana parlimen Perdana Menteri mewakilinya, Pahang mencatatkan hutang tertinggi sampai hampir mencecah RM3 bilion. Selangor dan Kelantan juga tinggi hutangnya, masing-masing RM1.32 bilion dan RM1.34 bilion.

Bukalah mata wahai rakyat Malaysia!

9 ulasan:

Unknown berkata...

Hutang kerajaan pulau pinang pada kerajaan pusat...kementerian kewangan salah bg maklumat .. kalau byk tu.. hutang syarikat ... bukan hutang kerajaan negeri..

Tanpa Nama berkata...

LGE layak jd PM Malaysia kerana ketelusan dan integriti yg beliau ada. Cuma perlu perbaiki belanjawan defisit kerajaan negeri. Hidup PH....

Unknown berkata...

Setuju..lelaki dicermin

Tanpa Nama berkata...

Yang menarik hutang Selangor dan Kelantan.
Selangor negeri yang pesat dengan pembangunan dan pelaburan.
Kelantan, jalan tol pun tak ada. Jika digunakan akibat banjir, jumlah tersebut terlalu banyak kerana Kelantan juga diberi bantuan bencana alam dari Persekutuan.
PAS memang tak reti mentadbir negeri dan kewangan. Sebagai parti Islam sepatutnya hutang Kelantan tidak sebanyak itu. PAS parti Islam perlu berbelanja secara berhemah sebagaimana semasa zaman Khalifah.
Pulau Pinang berbelanja dengan cermat dan hutang yang sedikit bukan hasil pelaburan semata-mata kerana semua negeri menghadapi masalah pelaburan.

Yang pemimpin PAS sibukkan pasal rotan pezina dan hudud semasa dewan bersidang.

Tanpa Nama berkata...

Potong Gaji Wakil Rakyat Kelantan sebanyak 15%.
Dan Potong Gaji Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar 20%.

Ali berkata...

Kerajaan Kelantan hanya pandai buat hutang,nikah byk dan buat anak seramai yg blh.blh pakai serban ramai2.

Tanpa Nama berkata...

PAS PAKAI NAMA ISLAM, TAPI HUTANG BANYAK. NAMPAK GAYA KERAJAAN PAS TAK AMALKAN APA YG TGNA BUAT MASA DIA JADI MB. MENANGIS ARAWAH TGNA SBB KERAJAAN KELANTAN DAH DIROSAKKAN. DON WORRY, WE WILL ENSURE LEGACY TGNA WILL BE CONTINUE BY TAWAN BALIK KELANTAN AND KICK OUT CORRUPTED PAS LDR MASUK BALIK DLM GUA.

Tanpa Nama berkata...



Jalan Yg LURUS... SYSTEM yg Sempurna
Ibarat ANGKA... Yg Tersusun RAPI
Ke AJAIBan ANGKA... Tak Pernah Ber DUSTA
Ke AJAIBan ANGKA... Menjadi "BUKTI"
Ke AJAIBan ANGKA... LURUS dan Nyata
Ke AJAIBan ANGKA... Tak Dapat Di SEMBUNYI
Hanya Yg Tunggang Ter BALIK... Tolol dan BUTA
Si MURTAD dan Syirik... Yg Hujah nya "MATI"
Hujah Ber BELIT... Ber Putar Ber DUSTA
ISLAM nya Di "Kulit"... BANGKAI Di Hati



Jalan Yg LURUS... ANGKA Nya RAPI
HISAB-Audit-NYA... Menjadi BUKTI
Walau SATU "sen"... Di Rembat Di CURI
MUSANG Ber Janggut... Tak kan Dapat LARI
Apatah Lagi... Ber Bilion Di Akaun PERIBADI
Kpd MUSANG Ber Janggut Itu... Perlukah Lagi SAKSI?
Kpd MUSANG yg Se EKOR lagi... LOGIK Kah "Derma" Ini??


Siratol MUSTAQIM... Jalan Yg LURUS
Ibarat MENTARI... Yg Kaseh Mem-BERI
PERCUMA Menyinari... JELAS dan Telus
Terang Ber CAHAYA... Ke Dasar HATI
Kaseh Mem-BERI... Yg Tak Pernah RAKUS
Kaseh Mem-BERI... Yg Tak Putus Tak HENTI


Tanpa Nama berkata...

dulu khlaid kata selangor ada reserve rm3bilyun... knp ada hutang plak dgn pusat...?