4 Mac 2016

PAS Bertanding Nak Lawan Siapa Dalam Pilihanraya?

PAS tak sertai Dr Mahathir tumbangkan Najib, mahu jadi ‘blok ketiga’

PAS tidak akan menyertai majlis menandatangani perisytiharan bagi menuntut penyingkiran Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri, yang dijangka berlangsung esok atas inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu lebih selesa menjadi "blok politik ketiga" dalam mengubah kepimpinan negara.




"PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam program tersebut kerana PAS mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri khususnya melalui blok politik ketiga, ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi dan berperlembagaan," kata Takiyuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PAS memilih jalan menyembah cadangan kepada Majlis Raja-raja agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana politik RM2.6 bilion dan isu semasa yang lain.

"PAS konsisten dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara."

PAS juga mencadangkan agar Parlimen Malaysia dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan bagi membentuk kerajaan baharu.

Siang tadi, Pakatan Rakyat juga menjarakkan diri daripada majlis perisytiharan menuntut penyingkiran Najib esok kerana gabungan pembangkang itu mahukan reformasi menyeluruh sistem politik tanah air dan bukan sekadar menggantikan seorang perdana menteri semata-mata. -TMO


Kenapa PAS mahu satu liang lahad dengan UMNO? – Khairuddin

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diselar kerana mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang sudah ditolak rakyat dan hampir karam.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, tindakan Hadi itu tidak cerdik kerana mahu bekerjasama dengan UMNO di saat parti Melayu itu berada di tahap paling teruk.

“Saya agak hairan sikit dengan pembacaan serta pendirian politik Presiden PAS di dalam menzahirkan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

“Dulu Hadi Awang tolak mentah-mentah sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO!! Tapi kini di saat imej UMNO berada pada tahap yang paling teruk ditolak oleh rakyat jelata, Hadi tunjuk sikap intim pula dengan UMNO.

“Saya rasa Presiden PAS tidak sedar bahawa beliau juga berkemungkinan sedang nak menurunkan keranda PAS bersama keranda UMNO ke dalam satu liang lahad,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam masa sama, bekas ahli UMNO itu berkata, tindakan Hadi itu menyebabkan ahli-ahli akar umbi PAS kecewa.

Katanya, PAS akan menjadi lebih kuat dan imejnya bertambah baik sekiranya parti Islam itu berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana parti politik dalam negara.

“Bagi saya Hadi telah memilih jangka waktu yang salah untuk PAS menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

“Silap langkah keranda PAS bakal diturunkan secara bersama dengan keranda UMNO ke dalam liang lahad yang sama,” katanya lagi.
-FMT



PAS di mana, di sini atau di sana?

Saya merujuk kenyataan dikeluarkan presiden PAS semasa program Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.3) di Terengganu 27 Februari lalu yang menggambarkan bahawa beliau hanya anti kepada parti Umno, bukannya orang Umno.

Bahkan atas niat apa sekalipun, sebuah akhbar telah memetik sedutan ucapan Hadi dan memberikan gambaran bahawa PAS bersedia menjadi pendukung kuat kepada BN sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

Pada pandangan saya, kebijaksanaan rakyat hari ini tidak boleh sama-sekali dipandang enteng oleh mana-mana pihak, lebih-lebih lagi sekarang ini kita berada pada zaman 'langit terbuka'.

Maklumat boleh diperoleh di mana-mana dan daripada pelbagai sumber.

Rakyat mampu menilai dan membuat analisis terhadap apa sahaja kenyataan yang dilontarkan oleh pemimpin.

Sekalipun presiden PAS menyatakan bahawa beliau tidak menolak orang Umno sebaliknya hanyalah menolak parti Umno, ia tidak akan sama sekali dapat 'mengelabukan' kebijaksanaan rakyat dalam menilai pelbagai maksud dan niat yang mungkin di sebalik kenyataan seperti ini.

Persoalan dan keresahan kita pada hari ini adalah terhadap ketidaktentuan politik yang dipacu oleh kerajaan semasa pimpinan Datuk Seri Najib Razak akibat pelbagai skandal yang akhirnya menekan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Hanya dua pilihan

Saya berpandangan, apa yang penting bagi rakyat pada hari ini adalah kezaliman serta ketidakadilan sistem ekonomi dan sosial yang menghimpit hidup rakyat mestilah ditamatkan segera.

Dengan apa juga hujah sekalipun yang diguna pakai oleh PAS dalam menanggapi kemelut politik yang diterajui Najib - tidak kira sama ada menolak Umno atau Najib sendiri - hanya ada dua sahaja jalur pilihan jelas menjelang pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu sama ada berkompromi dengan kerajaan hari ini yang telah meranapkan keseluruhan sistem bernegara sehingga memangsakan rakyat atau bersama menggembleng tenaga dalam gelombang rakyat melawan pemimpin korup serta salahguna kuasa yang menyebabkan negara berada dalam bahaya.

Kenyataan presiden PAS jelas sekali berpunca dari persoalan adakah beliau akan turut serta dalam himpunan 'anti-Najib'?

Jawapan beliau adalah "Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik".

Namun soalnya, orang Umno sendiri pada hari ini telah jelas terbahagi kepada dua kelompok.

Kelompok pertama ialah yang menyokong Najib, kelompok kedua adalah yang mahukan agar Najib turun dari tampuk kuasa.

Umno yang mana satu?

Jika saya boleh melontarkan soalan kepada presiden PAS, beliau mahu berbaik dengan anggota Umno dari kelompok yang mana satu?

Respon diberikan oleh presiden PAS pada saya menggambarkan kekaburan PAS dalam menempatkan diri di saat kemarahan rakyat terhadap perdana menteri kian memuncak.

Ini termasuklah daripada kalangan orang Umno sendiri. PRU ke-14 bakal tiba kurang lebih dua tahun sahaja dari sekarang.

Saat keadaan kian meruncing, ditambah dengan beberapa langkah drastik diambil oleh tokoh-tokoh besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkemungkinan disusuli beberapa tokoh lain, dinamika politik Malaysia bakal mengalami perubahan yang besar.

Justeru, saya katakan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh presiden PAS hanyalah akan memudahkan lagi rakyat untuk menilai PAS serta membuat perhitungan tuntas dalam PRU akan datang bagi memastikan negara ini kembali bergerak mengikut arah tuju yang betul.
-Sheikh Omar Ali.


ULASAN GB

Sebenarnya PAS ini semasa pilihanray dia sebelah mana dan nak lawan siapa?

Perjuangan di dalam pilihanraya yang akan datang akan bertuumpu kepada Pakatan harapan melawan Barisan Nasional. Tiba-tiba terselit pula PAS, sebagai "blok ketiga". Blok ketiga ini untuk menangkan siapa dan nak tumbangkan siapa?

Jika ia berkata nak lawan kedua-duanya, PH dan BN, itu kata-kata orang gila. Kerana jika demikian PAS wajib bvertanding semua kerusi di dalam pilihanraya. Logikkah itu. Jika tak logik maka itulah sebab mengapa dikatakan blok ketiga adalah blok orang gila. Jika logik maka, mampukah PAS untuk bertanding semua kerusi jika taK ada funding dari luar partinya?

Sekalipun ada dana, berkemampuankah PAS untuk menang kecuali untuk menjadi parti pengacau dan pemecah-belah yang kelak hanya akan memenangkan BN?

Oh lupa, PAS tak anti orang UMNO, cuma anti-UMNO. Tapi yang bertanding mewakili UMNO ialah "orang UMNO". Jadi PAS takkan lawan orang UMNO. Mana-mana UMNO bertanding maka PAS tak akan bertanding. Maknanya PAS dan orang UMNO akan bersatu melawan PH.

Dan lagi, PAS bertanding bukan untuk menang dan bukan untuk rampas kuasa. Tapi untuk menjadi Penasihat kepada UMNO BN. Jika demikian, nampaknya lebih elok PAS isytiharkan saja bergabung dengan UMNO. Jadi rakyat tidak lagi terkeliru dengan stail politik PAS yang sudah jauh kesasar. Sekarang pun sudah boleh jadi Penasihat, tak perlu tunggu pilihanraya. Tak gitu? \

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul Tuan GB. Kalau PAS berada dalam Blok Ketiga adalah jelas ini blok celaka lagi menyesatkan rakyat. Jelas blok ini diwujudkan untuk memenangkan Najib sekali lagi.

Dalam keadaan lebih separuh orang Umno pun benci Najib, tiba2 Hadi berpihak menyokong penyamun itu maka seluruh rakyat nampak jelas PAS Hadi rupa2nya agen penyelamat Najib.

Ada perjanjian setan ke antara kau dengan Najib? Kau jadi macam ni pasal takut kena tangkap ke? Atau selalu kena belasah macam Bang Mat Sabu tu ke?

Ooo. Takut DAP rupanya. Pergi mamposlah iman dalam dada kau kalau kau menafikan kuasa Allah Taala dalam urusan makhluk. DAP itu adalah maknusia yang Allah bagi amanah suruh kau buat baik dan tunjukkan kehebatan Islam pada mereka. Samaada mereka mahu beriman atau tidak, pasti kau dapat pahala.

Bukan disuruh buang mereka, hina mereka dan memaki hamun orang2 yang nak berkawan dengan mereka. Demi Allah, DAP dan bapak segala zionis sekalipun tidak mampu mengalahkan orang2 beriman, asalkan dia ikhlas dan beriman kepada Allah Taala.

Teori Blok Ketiga adalah satu lagi program merapu2 PAS Hadi yang bikin rakyat dok gelak sekarang ini. Dah tu. Berhenti bergelak. Bangun dan siap2kan diri. Cari sekupang dua buat belanja turun ke kl pada 27 hb ni. Mesti turun! Kalau tidak mampuih habis anak cucu hang!

Tanpa Nama berkata...


Tun M yg sebenarnya nak tubuhkan blok ketiga atau third force.

Pas ni nak jadi goblok.

Otak pemimpin dah bercelaru dan berjerebu.

Tanpa Nama berkata...

Pas tanding nak lawan logo umno ja..bukan org nya

Ha6...boloooo

Tanpa Nama berkata...

Goblok ke 3

Kopipanas berkata...

Benarlah luahan veteran Pas yang sempat saya bertukar2 pandangan baru2 ini...
aku sokong Pas ni masa tgna dan ustaz fadzil saja... la ni makin karut dah...nk tunggu apa lagi?

Unknown berkata...

Org-org cerdik semuanya dah tinggalkan PAS lah......

Yang masih tinggal dalam PAS hanyalah pemimpin yang....otak nya ciput, nafsu nya besar.

Unknown berkata...

Bila dah termasuk dlm golongan syaitan bisu mestilah pas nk kowtim dgn umno lawan gerakan rakyat yg menolak najib/bn.Pas dgn khinzir tunggal dah tak jauh bezanya..malah lebih terok dari khinzir!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau dlm bilik berdua2 an, org ketiga tu adalah syaitan. Pas dh jadi syaitan ke...dlm dunia ini jelas 2 perkara je,baik buruk,jantan betina,halal haram,langir bumi..kalau blok ketiga ni tengah2 diantara jantan betina...xjelas prinsip ataupun pegangan... Pengecut dan penakut..

Cina Buta Islam berkata...

Blok ketiga ke blok talak tiga (blok gila talak) dgn umno pernah cerai d

gn pakatan rakyat dah bercerai memang patut pakai gelaran tu

Lebai Roger berkata...

Pas ni dah jadi apco...... komisyen, hari2 jual agama dan ada yg nak runtuhkan rumah tangga org islam.
Apa yg boleh kita simpulkan, "tiada ugama bagi org yg tiada akhlak". Apabila gulungan ini duduk dlm parti agama macam pas, ia langsung tak jadikan parti itu islam walaupun berlandaskan Alquran dan Sunnah. Ia menjadikan org itu macam apco ( yahudi ). Dari tingkah laku pemimpin pas hari ini, amat jelas pengaruh apco dah menular.Tugas apco menaikkan najis.......sama dgn pas, mengangkat najis. Dua2 pencacai.

Tanpa Nama berkata...

harap sesiapa dpt membuat kajian bgmn agen2 umno berjaya menyusup masuk ke dlm pas hingga berjaya merebut kepimpinan spt hari ini. mungkin ini akan menjadi satu tajuk thesis bagi mrk dlm aliran kajian politik.

Tanpa Nama berkata...

Pas nak lawan Pas.Hj hadi lawan hadi di Marang .yang menang adalah Umno?di jor Mahfoz lawan mahfuz ,yamg menang Umno.di Kelantan Takiyudin lawan Takiyudin .yamg menang Pas .kerana Pas bertanding bukan untuk menang ,pas bertanding untuk menghilangkan wang deposit aje.sebab peminpin Pas memmang dah bangang

Unknown berkata...

Salam


Ketua MERAPU..Anti umno sahaja,bukan perbuatan orangnya.

Anak buah pulak..nak jadi Blok ke 3..Lagi Merapu..

kalau pilihanraya nanti lambang dacing VS Lambang bulan..Orang2 nya takda..hahhahhahhh jadi GILA kita semua.

mat yeh berkata...

siapa pengkhianat kepada perjuangan PAS?
adakah AMANAH, atau UMNO, atau DAP, atau PKR, atau PBDS?.
ahli-ahli PAS mestilah melihat ke dalam parti sendiri untuk mengesan pengkhianat yang memecah belah dan meruntuhkan perjuangan PAS.
AMANAH, UMNO PKR dan DAP bukan pengkhianat kepada PAS, namun pesaing kepada PAS.
Parti-parti ini bukan sahaja akan menarik sokongan ahli dan penyokong PAS kepada mereka. Bahkan akan merebahkan PAS dalam PRU14 nanti.
PAS mesti ingat bahawa penyakit yang menimpa mereka sekarang bukan disebabkan pengkhianatan Virus atau Bakteria, namun tubuh badan PAS lemah dan pertahanan jati tubuh PAS runtuh.

Tanpa Nama berkata...

BLOK JERMAN.

pemuda parit kings berkata...

Rasanya ramai org tahu Dan akan tahu egen umno Ni...dgn caranya...percakapannya...tingkahlakunya...cuma byk yg diam apabila berdepan dgn ejen umno...hanya pelik dan mengagak aja...sebb diorg Ni sudah dididik dgn Cara ejen...hnya yg terpilih shj akan menang dlm pertandingan diorg...yg x menang JD pengikut Dan penyokong ejen yg menang...bila seseorg Tu dah lama dlm politik sesebuah Parti..boleh kenal pasti siapa ejen tersebut...boleh diresik individu tersebut...melihat Dari jauh...saya akan jumpa salah satu calon pas yg berhadapan 3penjuru dlm pru yg lepas...dan saya lihat...org Ni memang boleh mendatangkan curiga pada saya Dan sapa2 yg tahu akan Cara hidupnya...dia juga salah satu ahli dewan ulama negeri...mungkin disini Ada yg kenal...tp biarlah...yg penting BG saya...keikhlasan itu penting dlm mbuat sesuatu...bukan hendak nama atau imbuhan..cukuplah sekadar org boleh hargai...egen umno boleh dikenal dgn jelas sebenarnya...usah dikaji sgt...sbb akhirnya akan nmpk jua...sbb itu Kita perlukan org lama dlm sesebuah Parti...dia boleh nmpk dgn jelas...saya bercakap berlandaskan pengalaman saya dlm pas sejak Dari kecil sehingga umur saya skrg masuk 35tahun...maksudnya...bila Kita berkecimpung dlm pas terlalu lama..kita boleh kenal siapa ejen umno yg boleh dicurigakan...jadi jelas disini...saya suka suruh org rujuk sejarah dlm pas itu sendiri...yg jelas org yg baru Dan Ada juga yg lama...tp berkepentingan...itu harus dijaga sebaik mungkin...jgn smpi terjadi pada AMANAH...harap dptlah membantu sedekit sebyk dlm soal ejen Ni...setiap Parti...pasti Ada ejen...itu jelas...

Tanpa Nama berkata...

Dulu zaman TGNA aku support Pas rasa bangga je. Dihati sentiasa menyimpan harapan 1mesia akan mendapat kebaikan dan kesejahteraan dibawah pimpinan tuan guru. Bercakap tentang kebaikan kepimpinan Pas dibawah naungan tuan guru kpd bukan islam sungguh mudah dan senang mendapat
perhatian mereka. Hari ini berat sungguh mulut nak keluarkan kata2 baik tentang hadi awang. Lebih selesa diam saje walaupun mereka kutok. Nak berhujah mcm mana? Dulu setiap tindakan TGNA saje sudah boleh dijadikan hujah yg bernas. Hari nie rasa malu yg lebih dgn tindak tanduk hadi awan. Mu dok best lah hadi awan.

Tanpa Nama berkata...

Benda dah di siasat, nak di siasat lagi buek apo ?

Nak tubuh Siasatan Di Raja siasat lah Peguam Negara yang bebaskan Najib atau siasat kemampuan mental Presiden PAS yang boleh menyesatkan.

Sebelum itu, adakah PAS telah dipelawa turut serta?


pemuda parit kings berkata...

Jgn mudah termakan dedak...pada satu saat saya dikluang...berniaga dibusten kluang...deretan balai raya kampung melayu kluang...adalah org besar umno dtg suruh mberi sokongan padanya...kerana saya mungkin ramai kenalan Dan kawan2...dari kmpung melayu 1 Dan 2..kmpung plembang...kmpung yaptausah...dan Ada LG tempat lain...menjadikan saya terkenal Dan ramai kawan..oleh itu org besar Ni menjanjikan projek2 kecil jika dpt Bantu mengundi dia melalui kawan dan kenalan saya...saya x bersetuju...kerna ramai lagi rakan2 saya yg berniaga seperti saya susah hidupnya...saya pada masa itu cuma cadangkan kpdnya jika mahu membantu...bukan shj saya...tp semua peniaga2 kecil dikluang...sebagai contoh...bgkan pinjaman tanpa cagaran Dan penjamin...tetapi dia tidak bersetuju dgn cadangan saya...dia hnya nk meraih undi semua tp dgn hnya BG projek pada saya.adilkah begitu???saya xnk dicaci dan dimaki oleh kawan2 Dan teman2 niaga saya...disebbkan dia x boleh nk ikut cadangan saya...saya juga x boleh ikut telunjuknya...sebb saya punyai prinsip...nk Bantu...biar semua...klu x boleh...boleh blah!!!sikap melayu sebeginilah punca org melayu semakin layu Dan bengap!!!salah satu punca segelintir org pas pun boleh JD jahaman dek kerna manusia menjanjikan dunia Dan jelas menolak ahkirat...

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi cakap macam orang "tolol" yang tengah mabuk pil kuda, "saya anti parti Umno, tetapi saya berkawan dengan orang Umno". Apa bezanya "saya anti perbuatan jenayah, tetapi saya berkawan dengan si penjenayah" atau "saya anti rasuah, tetapi saya berkawan dengan pelaku rasuah".

Tanpa Nama berkata...

Pas sekarang tak ada pendirian perjuangan lagi..ahli2 pas di kampong2 tak tahu pemimpin2 mereka goblok..mungkin juga yg hadir ni dah bosan dengan Sikap tuang presideng mereka.

Tanpa Nama berkata...

Pas bertanding kawan JIN2 dlm pilihan raya

Tanpa Nama berkata...

Hoohoo..lagi boloooo