19 Mac 2016

Desakan PAS Dibubarkan, IKATAN Tiada Apa-apa Kekuatan

Pakar: Blok ketiga tak beri impak

KOTA BHARU - Pembentukan kerjasama politik antara Pas dan Ikatan dilihat bukan satu kerjasama kukuh yang mampu memberi impak besar dalam politik Malaysia.

Malah, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, kandungan kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rakan baharunya itu, tidak mengandungi sebarang indikasi bahawa kerjasamanya akan dilanjutkan ke dalam PRU 14.


Menurutnya, proses pembentukan kerjasama antara Pas dan Ikatan ini menunjukkan bahawa ia bukanlah satu bentuk kerjasama mantap yang boleh melonjakkan Pas ke hadapan dalam dunia politik.

Pertama sekali katanya, Ikatan adalah sebuah parti sangat baharu yang hanya dilancarkan secara rasmi pada Mei 2015, jadi ia tiada sebarang trek rekod yang boleh dijadikan ukuran kekuatannya.

“Ikatan juga tiada pemimpin berpengaruh. Presidennya terlalu tua untuk memulakan sebuah parti baharu di samping turut terbeban dengan perakuannya kepada corak pemerintahan yang diguna pakai sebelum ini, lebih-lebih lagi dia pernah menjawat jawatan menteri beberapa kali sebelum ini.

“Selain presidennya, didapati bahawa tiada pemimpin berkaliber di dalam barisan kepimpinan Ikatan berbanding waktu pelancaran awal Ikatan pada Jun 2012 dulu,” katanya.

Menurutnya, dilihat bahawa Ikatan mempunyai masalah untuk menarik pemimpin berkaliber menyertainya dan ini terbukti apabila janji presidennya, pada Mei 2015 untuk memperkenalkan barisan pemimpinnya di seluruh negara pada September 2015 belum mampu dikotakan olehnya hingga sekarang.

Beliau memberitahu, dari segi visi parti juga Ikatan didapati terlalu bersifat sentimental dan memandang ke belakang dengan mengikat identiti dirinya dengan bekas pemimpin terdahulu, khususnya Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra.

Dengan mengambil kira latar belakang Ikatan seperti itu, maka Kamarul Zaman yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) memaklumkan, tidak hairanlah banyak pihak mempersoalkan kewajaran langkah Pas membentuk kerjasama dengannya.

Telahnya, apa yang difikirkan sekarang ialah kerjasama ini akan lebih menguntungkan Ikatan berbanding Pas yang boleh tercalar identiti perjuangan Islamnya berbanding hanya secebis manfaat politik yang bakal diperoleh.

Apatah lagi katanya, setelah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan mendedahkan pembentukan kewujudan blok baharu pembangkang, Ikatan sendiri menafikannya.

“Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan Ikatan sendiri sebelum ini bahawa mereka adalah parti berasaskan isu sahaja tetapi tidak bermatlamatkan pilihan raya yang menimbulkan persoalan mengenai ketahanan Ikatan,” katanya.

Jelasnya, sewaktu melancarkan Ikatan pada Mei 2015 dahulu jelas menyebut bahawa Ikatan tidak memikirkan tentang pilihan raya dan bahawa soal sama ada Ikatan akan menyertai PRU14 hanya akan ditentukan kemudian.

Menarik katanya, kandungan kenyataan bersama Hadi dan rakan baharunya itu juga langsung tidak menyebut sebarang rujukan ke atas kemungkinan kerjasama antara Pas dan Ikatan untuk menghadapi PRU14.

Paling tinggi sekali di dalam kenyataan bersama itu, bagi beliau hanyalah frasa bahawa 'pertemuan pada hari ini juga membuka ruang ke arah membina suatu kumpulan persefahaman kerjasama politik yang lebih tersusun yang sedang digagaskan oleh Pas'.

“Tanpa elemen pilihan raya maka benarlah tanggapan bahawa kerjasama ini bukan satu kerjasama kukuh yang mampu memberi impak besar dalam politik Malaysia,” katanya. -SH


PROF UUM CADANGKAN PARTI PAS DIBUBARKAN.

SHAH ALAM – Blok politik ketiga antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bukanlah gabungan yang kukuh yang boleh menjadi alternatif kepada BN dan Pakatan Harapan.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, hala tuju gabungan kedua-dua parti itu tidak cukup jelas, malah kekuatannya boleh dipersoalkan.

Ikatan adalah sebuah parti baharu, tidak cukup kuat. Bahkan Ikatan dianggap sebagai parti ‘serpihan’ Umno, yang kecewa lalu menubuhkan sebuah parti.


Kita juga tidak tahu sejauh mana kekuatan Ikatan di peringkat akar umbi, berapa jumlah keahliannya. Rakyat juga tidak mengenali parti ini,” katanya.

Selain itu, katanya, isu yang bakal diperjuangkan juga tidak bermatlamat untuk mencapai kuasa, sebaliknya memilih pendekatan politik lebih matang dan menasihati kerajaan dengan mengemukakan pandangan bukan sahaja di Parlimen tetapi dengan cara berdepan dan bukan secara ekstrem.

“Jika isu yang dijadikan agenda perjuangan tidak bermatlamat mencapai kuasa, saya rasa baik bubar sahaja Pas menjadi NGO dan perjuangkan isu yang bercorak keislaman,” katanya. Beliau turut mempersoalkan kerjasama kedua-dua parti itu yang lebih menumpukan agenda umum berbanding isu hudud seperti yang diperjuangkan Pas sebelum ini.

“Soalnya, apa bezanya ketika Pas bersama dengan PR sebelum ini? “Gabungan ini tidak jelas apa hala tujunya. Ia dilihat seolah-olah Ikatan mahu mengambil kesempatan ke atas Pas.

Persoalannya di mana kekuatan gabungan ini, adakah mereka boleh menjadi kekuatan kepada BN dan Pakatan Harapan?”
katanya.

Bagaimanapun Mohd Azizuddin tidak menafikan, blok politik ketiga ini mempunyai kekuatan di Kelantan dan Terengganu, namun jika gabungan ini dikekalkan sehingga ke hari pilihan raya umum akan datang, ia hanya akan memecahkan undi BN dan Pakatan Harapan.

“Silap langkah, Kelantan boleh dikalahkan oleh BN dan Pakatan Harapan. Namun jika blok politik baharu ini kuat, ia boleh mengimbangi kuasa BN dan Pakatan Harapan.
“Untuk mengukuhkan gabungan Pas dan Ikatan ia memerlukan kerjasama dari kumpulan dan parti politik yang sudah kukuh terutama dari Sabah dan Sarawak selain perlu mempunyai pemimpin berkaliber,” katanya.

Katanya, tiada masalah menubuhkan blok politik ketiga tetapi untuk mendapat kuasa agak terbatas kerana kekangan yang ada selain Pas telah ‘mengorbankan’ isu hudud yang diperjuangkan sebelum ini.

“Pada saya, Pas bukannya melangkah ke hadapan tetapi terkebelakang. Berkaitan isu hudud ia seolah-olah memakan diri Pas, kerana punca perpecahan PR adalah kerana Pas mahu hudud dilaksanakan,” katanya.
-SH


ULASAN GB

Wahai pemimpin PAS, baca dan renung dua ulasan dari intelektual universiti di atas. Anda akan dapati bahawa apa yang telah kamu lakukan tidak lain dari membawa PAS ke lembah kehancuran.

Ini diakui sendiri oleh seorang YB PAS.


Semalam GB sudah ulas. Petikan:

Melenting setinggi siling pemimpin dan ahli PAS apabila FMT menyiarkan tajuk berita "PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia" dan keluar kenyataan dari Lajnah Penafian kononnya kenyataan Presiden IKATAN itu telah diputarbelitkan.

Lalu FMT memuat-naikkan video wawancara berkenaan. Jelas sekali laporan FMT itutidak diputarbelitkan. Ia membuktikan PAS sedia bekerjasama dengan IKATAN tanpa ada lansung perbincangan hudud dan Naib Presiden IKATAN, Datuk Tony Looi, menyatakan dengan tegas bahawa beliau akan meletakkan jawatannya jika PAS yang membentuk gagasan pembangkang yang baharu bersama IKATAN masih terus memperjuangkan hudud.

Sebelum ini (malah hingga sekarang juga), golongan PAS telah memaki-hamun dan memfitnah ahli-ahli AMANAH sebagai "balaci DAP" dan ia dijadikan wirid para pascai di media sosial dan juga di ceramah-ceramah pemimpin PAS. Mereka menuduh AMANAH anti-hudud, anti Islam dan seumpamanya. Kini ludah itu terpaksa dijilat semula dan maki-makian mereka itu tertimpa kepada diri sendiri.

PAS sebelum ini juga menyatakan kononnya "hudud nyawa kami", MB Kelantan menyatakan sanggup meletakkan jawatan jika hudud tidak dilaksanakan di Kelantan dan seumpamanya. Rupa-rupanya segalanya auta apabila Presiden PAS sendiri berdolak-dalik apabila menyatakan "RUU syariah tak dapat dibentang kerana kesuntukan masa".

Takiyuddin pula menyatakan kononnya PASIK menggerunkan Pakatan Harapan. Ketawa kita membaca kenyataannya itu. Kita ingin nyatakan kepada beliau bahawa teruskan PASIK kamu, PH lansung tak terkesan dengan permuafakatan PAS-IKATAN, malah rakyat lebih lebar matanya membaca gerak politik sumbang PAS itu. Malah seorang professor di UUM mencadangkan lebih baik PAS dibubarkan saja. (baca laporan di atas).

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS akan tetap terhukum kerana pengkhianatannya kepada rakyat yang telah menyokong dan mengundi mereka kerana mereka dahulu bersama Pakatan Rakyat.

Suka atau tidak suka, PAS akan berkubur akhirnya. Tempatnya digantikan oleh AMANAH, sebuah paqrti Islam yang amanah, progresif dan peduli terhadap rakyat. InsyaAllah.

15 ulasan:

Unknown berkata...

Pemimpin PAS yang duk kat jawatan tertinggi...ikut sedap mulut mereka sahaja.

Dari kes nak buat Hudud sampai ke kes Blok ke 3 langsung tak minta pandangan,dengar suara ahli bawahan.
Sepatutnya,apa-apa perancangan yang besar-besar mereka kena buat Muktamar Khas!

Elok sangatlah tu....bubarkan sahaja. Jadi NGO dakwah lagi Allah redho.

Malaysiabaru berkata...

Pas dah berpecah dua ... Iaitu amanah

Apa lagi ada pada pas

Ahli pas dah tinggal separuh

Nama pas dah busuk... Brand PAS juga synonim dgn ularrrmak... Dgn ajaran sesat ... Dengan uturn ... Maki hamun... Label ... Tikam kawan...

This pas... A brand that is ful of shtt

Semuanya kerana ayoh hadi Ping Marang

Kerana ding ayamng

Nik abudoh

Tontontvi algermany hellfire (ustaz din)

Passss pissss pusss

Tanpa Nama berkata...

jika keadaan seperti ini berterusan, atau dengan bahasa mudah "kepimpinan PAS tidak diubah secara menyeluruh", maka masa depan PAS akan berlaku seperti tahun 1978.
Amat sedih setelah TGNA membina kembali PAS setelah berlaku tsunami besar 1978, maka binaan indah tersebut mengalami keruntuhan serta merta sebaik sahaja TGNA meninggal.

Tanpa Nama berkata...

Parti Goblok 3..niat jahat pemimpin2 mrk nak jd pengacau dan pemecah undi je masa pru14 nnt.

Elok bubarkan Pas sbg parti politik dan berubah jd badan dakwah saja.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih ya Allah kerana memberi kami petunjuk melalui lakonan manusia yang tamak haloba mengejar dunia semata2 walau porak poranda ikatan ukhuwah tidak mengapa asal keinginan nafsu tercapai segera sehingga tanpa musyawarrah sesama jamaah terus saja membuat keputusan yang membawa fitnah celaka maka menjadi panduan kepada kami semua agar jangan sekali2 amal perbuatan didorong oleh kehendak hawa nafsu semata2 kelak binasa yang akhirnya jadilah kita insan celaka lagi hina sampai Allah murka hingga masuk neraka yang menyala2.

Mari masuk AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Umpama melukut tepi gantang saja kan ? Ada pun tak tambah sukat, tak ada pun tak kurang apa2. Jadi biar je lah.

Tak payah sibuk apa2; suruh bubar lah, tak menjejaskan sesiapa pun. Penyokong pun dah masuk Amanah secara borong. Jadi berhentilah menyerang PAS yang dah lemah dan tak berpengaruh tu.

AyahDi berkata...

jadi badan dakwah lg tak layak

Tanpa Nama berkata...

Tuang presideng dah kalut.ada kawan
buang.cari kawan baru yang tak ada
kudrat.sokong bawa rebah.tuan presi
deng lupakan ahli pas dan mana dewan
ulamak serta dewan syura.semua dan
mati kutu dibodohkan hj hadi.sia sia
derma yang diberi pada pas apa lagi
dengan titik peluh pejuang pas.tuang
presideng anggap pas adalah dirinya
dan ahli pas macam hambanya.wahai
pejuang pas,tinggalkan pas dan biar
haji hadi dan sekutunya layu dan kering.

Tanpa Nama berkata...

Skarang siapa jual dan makan Pil Kuda.mana Nik Bodoh yang Beria ria maki Pemimpin Amanah.kau maki ler Tuan Presideng Bongok kau tu

Unknown berkata...

Pas hanya peniaga agama yg tiada akhlak.Tok kadiak yg kaya raya telah membeli hudud pas dgn entah berapa harganya.Hudud yg kononnya nyawa pas telah diselit dlm lipatan bowtie beliau dan disahkan oleh mulut herot Hadi semasa mjls pelancarannya.Pasik tidak berupaya menggalas harapan rakyat yg mahukan perubahan total.Pasik tak lebih drpd barua umno utk pecahkan undi dan tanpa disedari dijulang pula oleh adik ummi hafilda ataupun abang kpd azwan bapok tua !!!!

Tanpa Nama berkata...

Pas ni parti politik, komoditi utama dia agama yang dalam dia ada hudud.. Mungkin ni strategi pas nak tarik balik keyakinan penyokong dan ahli bawah yang melihat jalan yang pas pilih membawa hudud makin lesu dan terhenti.
Ikatan perlu bersedia untuk diterajang dan dipijak lumat pas bagi menampakkan pas jaguh hudud dan menarik balik keyakinan ahli dan penyokong mereka. Biasa la, political mileage... ada yang guna bangsa, ada yang guna raja dan tentunya ada yang guna agama..

Tanpa Nama berkata...

Pada aku sama ada PAS nak dibubar atau tidak, tidak penting. Yang pentingnya aku nak beritahu semua ahli PAS yang masih ada;
Jika mu all nak tunggu lagi taik-taik Hadi Awang yang bersepah-sepah tu duduklah dalam PAS.

Aku sendiri dah tak boleh lagi dalam PAS. Aku tak mau dengan kumpulan penaja Pasik. Kalau tersalah sebut atau eja, jahanam jawapannya nanti.

Tanpa Nama berkata...

Ikatan tidak rugi apa-apa sekiranya Hj Hadi tinggalkan Ikatan atau mengencing Kadir. Sekalipun Kadir lah yang sebenarnya mengencing tapi yang dipersalahkan ialah Hj Hadi. Dan yang orang kata siapa bodoh pun Hj Hadi.

PAS sanggup jadi barua. PAS terus tunduk hanya pada seorang cina iaitu Naib Presiden IKATAN, Datuk Tony Looi,

Jika satu hari nanti, ahli cina dalam Ikatan semakin ramai, lama kelamaan PAS akan tinggalkan hudud. Cukup ahli-ahli cina dalam ikatan membongkar segala sikap dan perbuatan Hj Hadi, Zuhdi, Abduh, Tantawi. You orang sendiri pun tidak baik punya orang, macamana mau bikin hudud.

Bukan orang lain yang tidak mahu hudud tapi perbuatan berhelah Hj Hadi, Abduh, Zuhdi, Tantawi yang memberi petunjuk yang mereka tidak mengikut hudud. Asas hudud ialah keadilan dan kebenaran.

Unknown berkata...

PAS ITU PARTI HADI AWANG SORANG SAJA YG TERBUKTI TAK TAHU SETIAKAWAN, DAN TIDAK TAHU MENHARGAI PENGUNDI DAN KEHENDAK RAKYAT.
KADER KADERNYA IALAH NIK ABODUH,
DAN PENASIHATNYA HARUN JIN YG KATA TAK MASUK AKAL 2.6 B TU. HAI SEKARANG DAN MASUK AKAL KAU.??

Pencolekhangek berkata...

Apa yang dilakukan oleh Hadi dan gerombolannya selepas ketiadaan Almarhum TGNA telah memberi impak yang negatif kepada perjuangan Islam di negara ini untuk masa hadapan. Bila muncul seorang dua pemimpin Islam pada masa akan datang iaitu pemimpin-pemimpin yang berkarisma, cerdik dan berilmu tinggi, mereka bukan sahaja terpaksa berjuang menegakkan ugama, bahkan mereka terpaksa bekerja keras untuk membasuh dan membuang taik,najis, dan segala kotoran yang ditinggalkan oleh Haji dan gerombolan mereka. Siapa yang berusaha menghumbankan Hadi dan gerombolannya dari politik negara bererti melakukan sesuatu yang baik untuk pemimpin-pemimpin Islam akan datang. Lagi cepat mereka lenyap lagi baik untuk kemajuan Islam pada masa kini dan masa hadapan.