10 Mac 2016

"Azalina Belum Kahwin, Dia Tahu Apa Bab Talak?"

“Azalina, jangan sentuh isu talak kalau belum kahwin”

PETALING JAYA: “Kalau belum berkahwin, jangan pandai-pandai sentuh isu talak,” nasihat Datuk Seri Ahmad Said kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahmad menjawab kecaman Azalina terhadapnya dan mendakwa bekas Menteri Besar Terengganu itu ‘gila talak’ kerana mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.


“Jangan cakap soal talak. Dia (Azalina) belum kahwin, dia tak tahu talak itu apa. Talak ini hak lelaki bukan perempuan,” kata Ahmad kepada FMT. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menegaskan, beliau mengemukakan usul itu demi kepentingan rakyat Terengganu, bukan untuk menjadi Menteri Besar.

“Saya berjuang demi negeri Terengganu dan kepentingan rakyat di Terengganu. Tidak ada kepentingan peribadi. Kalau saya nak jadi Menteri Besar (MB), dari dulu saya dah buat. PAS ajak saya bergabung nak lantik saya jadi MB, saya tak nak.

“Nasihat saya, kalau tidak tahu apa-apa mengenai politik Terengganu, jangan komen bodoh,” katanya menjawab tuduhan Azalina bahawa Ahmad akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Menteri Besar semula. -FMT


Ahmad Said 'gila talak', kata Azalina

KUALA LUMPUR - Tindakan Adun‎ Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan 'usul' undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman disifatkan sebagai 'gila talak'.

Menyatakan demikian, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bekas menteri besar itu akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.

"Semua orang tahu Ahmad itu gila talak. Dia akan cuba sampai dia dapat. Tetapi itu hak dia sebagai Adun," katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai isu itu selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini, hari ini.

Persidangan Dun Terengganu hari ini dikejutkan dengan cadangan usul tidak percaya Ahmad terhadap Ahmad Razif, namun speaker Dun Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.

"Apabila speaker tolak, dia (Ahmad) akan kata speaker jahat dan sebagainya.

"Dulu jadi MB (menteri besar), memanglah dia gila talak, dia akan buat segala-galanya untuk jadi MB," kata Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Azalina berkata, Ahmad tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul cadangannya itu.

"Sekarang ini ia tidak majoriti, jadi bagaimana usul dia (Ahmad) nak berjaya, jadi bagi saya hak dia nak masukkan usul tu dia boleh masukkan 100 kali pun, tapi ia akan ditolak," katanya.
- Bernama


ULASAN GB

Ahmad Said ada point di situ.

Bab "talak" yang disentuh Azalina yang belum berkahwin memang tidak manis dan tidak wajar.

Betul kata Ahmad Said: “Jangan cakap soal talak. Dia (Azalina) belum kahwin, dia tak tahu talak itu apa. Talak ini hak lelaki bukan perempuan,”

Ada banyak cerita tentang Azalina ni. Tapi kita tak dedahkan disini kerana ia boleh mengaibkannya

Yang hairan beliau tiba-tiba dapat jadi menteri semula, selepas Muhyiddin disingkirkan.

Siapa yang lantik, tentulah PM.

Najib Oh Najib....

Berita ini ada kaitan agaknya: Ahmad Said Dakwa Simpan Rahsia Besar Najib

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

USTAZAH LESBIAN MEMANG BAGUS DAN SESUAI UNTUK MAT MATA GEDIP GEDIP INI DAN JUGA UNTUK ORANG UMNO.SEPATUTNYE USTAZAH LESBIAN INI ADAKAN CERAMAH PERDANA BAGI AHLI AHLI UMNO TERUTAMANYE KKAKKAKAKAKAKK

omar daud berkata...

Salam:

Elok tu Mat said,bongkar jangan tak bongkar.

Dengan ziana zain ka!! mungkin tak..ini point cari makan isa samad.isa duduk senyap diam2 dah kena lantik jadi pengarah felda.

Pasal 1mdb nak guna duit terengganu kot.

mustapa m said berkata...

Azalina belum pernah nikah. Bgmnapun, dia dah mahir tentang hal2 talak. Pendek kata dia sediakan payung sebelum hujan.

Abdul Said berkata...

Maksud Mat Said kalau belum berumahtangga (nikah)dan tidak pernah bersetubuh secara halal disisi Allah s.w.t. jangan masuk campur hal perkahwinan.

Tanpa Nama berkata...

Ha3..walau blm kawin tentu dia juga tahu sikit2 pasal talak..yg dia blm tahu agak2lah pasal nikmat kawin..jangan sentuh pasal najib.. azlina dan anuar musa akan mempertahankan panglima bugis kerana tembolok belum kembong

Tanpa Nama berkata...


Ingat keluar parti kemudian sebut-sebut nama parti tak sudah-sudah atau sebut nama pemimpin yang tinggalkan parti dikira gila talak.. rupanya nak kan jawatan pun gila talak.

Ada sebab Najib lantik Azlina. Anwar Ibrahim di kaitkan dengan LGBT dan PKR di dakwa menyokong perjuangan LGBT.

Orang macam Azlina sangat berguna dalam isu ini.

Begitu juga sekiranya isu Wahabi yang di sibukkan oleh UMNO, ada juga orang Wahabi dalam UMNO yang memegang jawatan sama lah macam Azlina.

Tanpa Nama berkata...



Sorang kaki gedebe.

Sorang ahli tae kwan do.

Bagai pinang di gelek steam roll.


Tanpa Nama berkata...

berbeza gila talak dan gila balak..oops

anyway adakah isu najib nk jual aset tganu utk 1mdb yg mat maksudkn

klu yg itu..ada ucapan penuh mat di youtube.. klu ada yg lain.. suspen juga.

azalina... jelas sgt bising selepas dpt dedak najib semula. tugasnya membela apa saja yg menyokong najib.

lbh baik azalina dok diam makin byk ckp makin org pertikai bahawa statusnya lah punca kemeroyanan beliau

Ben Yamin berkata...

Agak-agaknya nak masuk minang Azalina, berapa hantaran kahwin?

Tanpa Nama berkata...

Agak agak masih perawan.....????

Tanpa Nama berkata...

Sekupang lima duit. Huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

Ada klgn Mulut menteri skrg ni bgtu celupr x ukur bju dbdn sndri.sdgkn rkyt memerhati sikp dn perangai buruk mereka