1 Mac 2016

Mahathir Keluar UMNO, Sedia Bekerjasama Dengan Pakatan Harapan Singkir Najib

Dr Mahathir rancang tubuh gerakan bersama Pakatan Harapan singkir Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad merancang menubuhkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Matlamat utama gerakan itu ialah untuk menyingkirkan Najib, kata Dr Mahathir tetapi beliau tidak berhasrat menubuhkan sebuah parti politik baharu.


"Ia belum lagi ditubuhkan. Saya berharap sebuah gerakan utama dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama.

"Kita bersetuju untuk satu perkara, iaitu menyingkirkan Najib," kata beliau pada sidang media di Putrajaya merujuk kepada parti pembangkang jika mereka bersetuju untuk bersama-sama dalam gerakan tersebut.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Terdahulu, Dr Mahathir juga mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Amanah dan PKR di pejabatnya.

Antara yang hadir ialah pemimpin Amanah, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Selain itu turut hadir ialah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar.

Dr Mahathir juga baru-baru ini mengesahkan menjadi penaung kepada kumpulan penentang Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dalam usaha mendesak peletakan jawatannya.

Dr Mahathir hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti utama kaum Melayu itu sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar. -TheMalaysianOutsider

ULASAN GB

Di dalam strategi perang Sun Tzu: "The enemy of my enemy is my frined".

Keterangan lanjut mengenainya rujuk Strategi Perang Sun Tzu.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua.
Mintak tanya Cek Dek ni sebenarnya dia nak sapa pulak jadi PM.?
Kami rakyat Malaysia masih belum yakin dgn PM akan datang.
Mat Badui dan Tok Jib semua orang yg Cek Dek pilih.
Percerahan dan halatuju perlu ada.
Baru ada matlamat.
Betul tak kawan kawan ??.

Unknown berkata...

Salam


Saya harap,parti Amanah berhati-hati dgn Mahathir ni,dia ni cukup sayang pada anaknya,anwar kena terajang dri umno salah satu sebab anwar tak nak bantu anaknya mirzan yg muflis syarikat perkapalan MISC dulu,Mahathir marah sangat pada Najib sebab tidak menaikkan anaknya mukriz dalam ranking umno,lebih2 lagi anaknya diterajang MB Kedah.

Walaubagaimanapun dari segi politik jangka panjang ianya amat "BERMAKNA' pada Amanah kerana penyokong2 umno yg pro mahathir dan pentaksub2 atas pagar Mahathir mungkin dapat dijinakkan.saya percaya ramai kawan2 saya yg masih dlm umno dah bertukar kiblat pada pembangkang.Hanya Amanah jadi harapan pada mereka,nak harapkan PAS,sudah putus harap sebab PAS sudah berjinak2 dgn Group Najib.Nak harapkan PKR lagi tak boleh harap kebanyakkan pemimpin PKR lebih kurang sama macam pemimpin umno sekarang.

Saya amat berharap pada pemimpin2 Amanah,gunakanlah kebijaksanaan anda dgn group2 Mahathir ini.Hanya bekerjasama untuk menentang 'kebenaran" bukan bekerjasama kerana kebencian atau kerana tak dapatkan sesuatu..

PAS sekarang tak boleh mendabik dada,bila pilihanraya nanti,nak mengharapkan pertolongan umno.Umno telah berpecah dua.Gropu Najib/Zaid Dan Group Mahathir/Muhyiddin.Kalau diamati gruop2 Mahathir/muhyidin ramai pengikutnya.Kebanyakkan group Najib semuanya x-Group Mahathir YG NAK CARI MAKAN
SAHAJA.tiada upaya nak berjuang.

Ambilah kesempatan yg ada terutamanya di Johor dan Kedah,tumpukkan segala strategy politik yg ada,Insyallah jika usaha kita ihklas, ke2 dua negeri ini dalam tangan.

GO AMANAH GO

Sekian..

Tanpa Nama berkata...

Bersama ke tak bersama ke, jika pembangkang kini diberi kuasa di putrajaya satu hari nanti pastikan tiada satu kes pun salahlaku penguasa lampau disapu bawah karpet, tak kira dari kem mana pun..

Unknown berkata...

Well done The Malaysian Outsider. Teruskan menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai pemimpin PH dan BN.

Kepada pemimpin Pakatan Harapan, Apa-apa gerakan yang Tun M punyer...sila pastikan, keuntungan kepada Pakatan Harapan.

Tanpa Nama berkata...

Respek kah pada Saudara Tian Chuan... dulu kepala berdarah dan di sepak terajang kerana kezaliman Mahathir.

Itu Tian Chuan bukan nama melayu dan jauh lagi dari nama orang Islam...

Nama-nama Islam seperti Hadi, Harun, Abduh, Nasharuddin... ada lah nama-nama yang menyokong diktator dan kezaliman.

abrarmujahideen berkata...

Doa Fadzil Noor hampir menjadi kenyataan..duka lara didalam hati xdpt disimpan lama

Tanpa Nama berkata...

Reformasi sudah tidak relevent lagi.Semua rakyat harus bangkit macam diLibya.Bukan tujuan utama menjatuhkan najib tapi yang paling utamanye ialah menangkap najib dan rosmah,zaid hamidi,nadzri aziz,azlina aziz,kpn,fandi dan lain lain kuncu kuncu nye termasuklah kakitangan kerajaan yang bersengtongkol mengkhianati rakyat negara ini.kepada peminpin [pembangkang yang mana hanya untuk menjaga perut aje baik berundur.

pemuda parit kings berkata...

Assalamualaikum...detik ini paling lama ingin dinanti nantikan...saat manusia hilang arah tuju Demi meraih sokongan Dan dokongan rakyat...seorang tokoh hebat yg dulunya berkuasa...tp kini diambang terdesak Dan tersepit...boleh percayakah?doa hamba yg dizaliminya akan makbul terus oleh Allah...tiada tersembunyi...percayalah wahai manusia...apa yg hendak kamu kejar dlm hidup?pilihan mudah didepan...namun gagal juga...tun M sudah tiada jln lain LG Demi nk menjatuhkan najib...sedarlah wahai teman2 semua...bijaklah dlm menilai...jgn salah langkah...kecewa Dan kecundang...itu pasti dlm politik...terima tun M perlu berhati2...niat baik bak kata org...yg utama adalah rakyat...bukan Parti...klu sesebuah Parti itu jelas dpt mbantu...insyaAllah rakyat nmpak...usaha Sama dgn tun M harus diingat...tun M harus bertanggjawab atas kesalahan yg dibuat selama ini pd rakyat...pada Anwar Ibrahim Dan rasuah Dan salah guna kuasa...perlu dihukum...mungkin Ada Cara utk beri penjelasan pd rakyat...jgn didiamkan shj...harap tun M jelas menyatakan kezalimannya pd Anwar...jika pengakuan tun M jelas boleh menyatakan yg benar...dan bayar blik duit rakyat yg diguna...mengaku salah...saya akan berani sokong gabungan ini...jika tidak...harap maaf...yg salah tetap salah...jgn Cuba nk lari dr kesalahan...rakyat akan tuntut...cuma motifnya nk menjatuhkn najib...harap teman2 yg lain boleh bertegas bab ini...BG saya bukan shj najib...tp seluruh ahli umno yg kurapsi...dicuci bersih Dan adil menghukum...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah.... HIDUP MAHATHIR DAN HIDUP PAKATAN HARAPAN....

@Prof Universiti

Malaysiabaru berkata...

Jangan risau

Jika tun m boleh naikkan Najib jd pm

Maka tun m juga boleh naikkan AZMIN jadi PM

Byk istighfar MIN bila ko dah jd PM jgn lupa rakyat MIN

Tq Tun... Syabas Azmin PM baru Malaysia baru

Tanpa Nama berkata...

PAS pilih Najib.
Mahathir pilih AMANAH.

Yang mana lebih bermaruah, yang memilih atau yang di pilih..

Tanpa Nama berkata...

BIJAKSANA ADALAH LANDASAN TERBAIK.....GO AMANAH GO!!!

Unknown berkata...

Sebenarnya byk percaturan politik samaada parti politik atau perseorangan(tun m) seolah2 di program oleh penasihat2 najib.sebagai contoh kes muhriz dan mahyuddin kena tendang dr jawatan..rakyat malaysia tak ambik tahu pun..seolah2 apa2 peristiwa politik dlm malaysia.. rakyat malaysia tak ambik hal dan menyampah..bg aku itu lah kejayaan penasihat2 najib.begitu juga seorg negarawan hari ini keluar umno..sape ambik hal.minum teh tarik kat kedai mamak lagi baik dr nak tahu TUN M keluar umno..gitu juga demo yg zaid ibrahim akan buat..tindak bls tak ramai..buat tertutup dan 1000 org..rakyat malaysia tak ambik pot.. sbb najib dah dera rakyatl malaysia dr awal..kita selamba je.. naik minyak berkali2.. gst..duit jatuh.. ada rakyat malaysia merungut..asal dpt makan cukup lah.. jadi bila ada peristiwa politik yg besar.. kirim salam rakyat malaysia nak ambik tahu...setahun sebelum pru14.. baru semua rakyat malaysia ambik tahu politik..terutama bangsa yg hang tuah ckp..tak hilang bangsa tu di didunia...

Tanpa Nama berkata...

ya kami setuju bahawa parti amanah perlu mengambil peluang ini untuk bersama-sama dengan tun Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan najib.. kita tengok pada zaman pak lah bodowi dulu apabila tun Mahathir umum keluar umno maka najib secara tidak langsung telah mengambil kesempatan itu untuk naikkan diri dia jadi pm, ketika itu pak lah tidaklah seperti najib skrg yg menggunakan akta dan undang2 untuk menutup media dan mulut rakyat.. pada zaman pak lah adalah lebih terbuka, walaupun najib ada bermacam skandal bom altantunya dan fitnah liwat 2, maka kita telah lihat najib selesa menggantikan pak lah jadi pm.. tapi kini keadaan memang dah berubah krn najib memang ingin lama berkuasa maka dgn itu kita lihat bermacam2 undang2 untuk menyekat kebebasan maklumat digunakan.. dan kita boleh lihat juga sekarang mereka puak2 umno ni skrg hanya memperlekehkan shj tun Mahathir istihar keluar umno utk kali kedua ini.. semua pencacai2 termasuk pak lah bodowi hanya tersenyum dan menyokong najib lagi, sementelah PAS iaitu parti ajaran songsang telah buang tabiat menjadi penasihat najib pula.. maka kita akan lihat usaha ini tidak akan kemana jika sekiranya pakatan harapan tidak mengembleng tenaga bersama Mahathir utk menjatuhkan najib.. Amanah perlu menjadi jambatan perjuangan antara Mahathir dan pakatan harapan. Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Semua rakyat malaysia berugama islam....melayu...mamak banglasia nepalsia.boleh jd PM... Tp perlu beriman...amanah...tk salahguna kuasa...mamak dh jd pm...bugis dh jd pm...kta lantik pm baru... Yg hebat.... Taqwa dan jujur.

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Amanah bukan harakah Islam. Ia adlh parti politik Islam yg didokong oleh harakah Islam. Strateginya lain dr harakah Islam. Amanah patut ambil kesempatan ini utk memenangi hati penyokong umno.sebarkan prinsip Amanah yg menjadikan Islam sbg panduan dlm urusan pentadbiran negara berlandaskan fiqh auliyat. Jika dpt memenangi hati mrk maka jika lawan 3 penjuru, PH akan menang Insya Allah kerana undi BN berpecah kpd 3.

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua,

Pandai pandai je MalaysiaBaru ckp Azmin jadi PM. Sapa nak sokong dia? Mintak mahap bebanyak. Azmin terlalu banyak isu yang kaitan dengan dia. Yang jadi PM nanti tak kisahlah dari parti mana dari Pakatan Harapan, yang penting Islam, Bijak, ada Visi, tak cepat buat kenyataan dangkal, Cool, Jujur, Amanah dan tak korup.

Tapi apa apa pun kita tumbangkan UMNR dulu. Tak, saya tak salah eja, memang UMNR - united malay najib rosmah.

Tanpa Nama berkata...

Apa pun kalau dengan niat yang suci dan berpandu kan matlamat utama untuk menyelamat kan Malaysia dan rakyat nya dari terus menderita...inshallah allah akan makbul kan...

Tanpa Nama berkata...

Demi Taukeh-Taukeh Kroni, Sajak dan Survival Bangsa Mahathir Kini Adalah Sumpah Gulingkan Najib

dr-m

Zaman Mahathir alirkan air mata, cebikkan bibir, bersajak berpuisi tentang survival bangsa dan mengeluh tentang bangsanya yang sangat lambat mahu mahu bersaing bahkan terlalu meminta tongkat dan subsidi, sudah terlalu lama berlalu. Sebaliknya survival Mahathir kini adalah menyelamatkan kroni-kroninya yang banyak tidak berpuas hati kerana dasar dan polisi yang tidak lagi menyebelahi mereka seperti zaman Mahathir berkuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang naik di dalam politik Malaysia dengan kaedah yang tidak kurang kontroversi kecuali, dia tidak pernah didakwa meliwat atau terlibat dengan mana-mana jenayah seks seperti anak didiknya. Keluar masuk Mahathir di dalam UMNO, bukannya sesuatu yang dianggap luar biasa. Malah Mahathir sebenarnya dikatakan tidak sepenuh hati berada dalam UMNO yang disifatkannya sebagai terlalu feudal tetapi tidak ada pilihan pada zamannya memandangkan hanya UMNO yang boleh diharapkan dan dipercayai oleh orang Melayu.

Mahathir mengamuk dan tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj apabila dia kalah dalam pilihanraya Parlimen Kota Star Selatan di tangan Yusuf Rawa. Tanpa menyalahkan dirinya sendiri, Mahathir sebaliknya meletakkan kekalahannya itu ke atas batang tubuh Tunku tanpa sedikit pun menyalahkan dirinya sendiri yang bermuka-muka dengan para pengundi Cina di Kota Star Selatan sehingga akhirnya dia dipecat dari UMNO.

Itu adalah gambaran batang tubuh Mahathir pada zaman mudanya iaitu pada ketika dia masih bergelar ‘The Young Turk’. Taktik licik itu berjaya membawanya ke puncak kuasa bermula dari tahun 1981 sehingga 2003. Taktik licik juga untuk berselindung di dalam sarung bagi menggambarkan betapa maksum dan zuhudnya seorang individu bernama Mahathir Mohamad yang sebenarnya adalah HAIWAN POLITIK, sama seperti haiwan-haiwan politik lain di dalam pasaran politik dunia.

Keluar masuk UMNO sudah lama menjadi budaya di kalangan para pemimpin ‘berlemak’ UMNO seperti Mahathir sendiri. UMNO disifatkan dan diperumpamakan sebagai hotel atau tempat mereka mengeruk kekayaan dan kemewahan, kemudian ditinggalkan dan dicemuh apabila keinginan masing-masing tidak terpenuhi oleh UMNO.

Justeru, ia bukanlah satu budaya asing apabila kita melihat para pemimpin UMNO terutama sekali generasi yang sudah hampir pupus seperti Mahathir, berasa mereka akan mampu mewujudkan satu gelombang besar apabila keluar dari UMNO.

Mahathir juga sama kategorinya seperti golongan ini. Sumpah dan janjinya bahawa dia akan menggulingkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, sesuai dengan tindakannya keluar dari parti yang diciptanya sendiri hasil daripada parti asal yang diruntuhkan oleh tangannya demi kuasa yang diburu.

Cuma kali ini kita akan melihat sama ada Mahathir boleh bertahan berapa tahun lagi dalam politik Malaysia memandangkan usianya sekarang sudah terlalu lanjut. Dan berapa banyak pula kerenahnya selepas ini untuk doa bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga yang paling utama, meneruskan bantuan kepada taukeh-taukeh kroni yang ada di sekelilingnya yang menjadi pemangkin kepada tindakannya kini.

Abdul Said berkata...

Setakat hari ini kecuali berlaku perubahan seperti belot, letak jawatan, nyanyok tahap 4, dibaham ghimau atau dibaham tanah dan seangkatan sekiranya tuan dan puan undi UMNO bererti = Najib = Pas = Hadi= Zahid = Nazri = Azalina = Abduh = Din Ayam = Snake = Taliban = TI = Yang Sekandang dengan Mereka. Tentukan pada PRU 14 UMNO dan PAS dikebumikan.

Tanpa Nama berkata...

Bang Matlah PM baru kita. Apa pulak Azmin. Bang Mat tu hang kata bodoh? Demi Allah, dia lebih cerdik dari seribu propesor kangkung yang dok ada di atas sarang merpati tu. Mematuk2 makan pun ditabur tapi tak berani satu minit pun menjengok budak2 dia buat demo. Bila berlaku perubahan, dia dulu sapu segala macam kemudahan dan kesenangan idup.

Bang Mat, jadilah PM kami. Heret kereta buruk Bang Mat tu pegi opis. Yakinlah ada beribu2 orang pakar dalam semua bidang sedang bersiap sedia nak membantu Bang Mat. Mereka tak akan rembat sekupang pun duit rakyat bahkan mereka akan mencurahkan seluruh kekuatan serta kedahsyatan ilmu yang Allah Taala beri pada mereka untuk membina kembali negara ini demi kelangsungan anak cucu kita.

Bang Mat, daku amat hormat dan memuliakan dikau selagi hayat dikandung badan..

Tanpa Nama berkata...


Tun M ada memanggil TITM dan Stopa Ali beberapa hari lalu di rumah Tun. Tidak tahu apa yg di bincangkan. Klu ada sesiapa tahu cuba ce skit.

Ini sama mcm gang UG jumpa Pak Lah dan Najib dlm gelap.

Lepas HH tahu, terus dia kata pas tidak akan hadir perhimpunan 27 Mac.

Siapa sudah mainkan siapa ? Kenapa Tun M tak ajak HH ? Adakah pas akan berpecah lg dgn gang UG dan pro-M ?

Nasib kau lah walaunta.

abrarmujahideen berkata...

WIBAWA

Tanpa Nama berkata...

Jika 27 Mac ini tidak mampu menyingkir Najib, Malaysia adalah betul-betul negara bodohland.

Kali ini, seperti yang dikatakan perhimpunan 27 Mac bukan seperti Bersih. Tujuan Bersih ialah pilihanraya yang adil. Tujuan 27 Mac ialah menyingkir Najib. Walaupun tujuan peserta Bersih yang datang ialah mendesak Najib letak jawatan.

Bersih mengajak rakyat, 27 Mac tertutup untuk 1000 ribu orang. Sebab itu Bersih di omok-omokkan satu rampasan kuasa yang menyalahi undang-undang.

Tetapi kerana 27Mac cuma 1000 orang pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa. Sedangkan 27 Mac bertujuan tidak lain tidak bukan ialah untuk menyingkir Najib.


Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Dr Mahathir adalah perdana menteri yang paling lama mengurus tadbir Malaysia. Tempoh 22 tahun berkuasa di Malaysia adalah jangka masa yang terlalu lama. Terlalu banyak jasa yang beliau sumbangkan kepada Malaysia. Walaupun terdapat onar dan nanar dalam pentadbirannya, namun beliau tetap dijulang sebagai negarawan Malaysia. Kelmarin, negarawan ini bersama isterinya telah mengishtiharkan dirinya keluar dari parti Umno. Umno adalah parti yang menjulang namanya sebagai perdana menteri yang terlalu berkuasa suatu masa dahulu.

Ahli-ahli Umno seharusnya membukakan mata dan minda bagaimana individu yang telah diangkat sebagai negarawan boleh keluar dari parti keraamatnya Umno. Kepada ahli-ahli Umno yang sekadar mendapat gelaran lorongan, flatan, tamanan, kampungan, paritan, mukiman, kawasan, daerahan dan negerian, bilakah lagi mahu mengikut jejak langkah Dr M meninggalkan Umno. Selepas ini pasti ramai orang akan memperlekehkan tindakan Dr M, tetapi siapakah beliau jika dibandingkan dengan pencacai-pencacai parti yang tidak memahami tujuan berpolitik dan bernegara. Politik itu perjuangan dan bukan wadah cari makan!

Tanpa Nama berkata...

Terbaik, bro! :-)

Ali berkata...

Semua nama tu dah d hitamkan.

Tanpa Nama berkata...

Dr Mahathir tidak rugi apa-apa lantaran beliau dan anggota keluarganya sudah punya segala-galanya, malah anggota keluarga beliau turut tersenarai dalam golongan billionaire terkaya di Malaysia.
“Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat Tun Mahathir untuk menjadikan beliau “darling of opposition” dan dengan itu beliau berjaya menukar (turn around) 23 tahun kebencian dan harassment pembangkang kepada dirinya yang selepas ini akan disokong dan dihargai pembangkang atas jasa besarnya meruntuhkan UMNO.
“Sebagai “true Michevellian”, matlamat menghalalkan cara.

Tanpa Nama berkata...

pendapat hamba yg seposen ini, saya rasa kita kena keluar dari cara fikir yang terlalu berburuk sangka. Ya Tun Mahathir ada banyak dosanya, tapi apa bezanya dgn kita. kita juga hamba yg berdosa. jadi kita kena berbaik sangka. barangkali Tun Mahathir sudah insaf dan bertaubat dgn dosa2 yg beliau telah lakukan.

jadi kerana itu Tun M. cuba membetulkan kembali kesilapan2 yg telah beliau lakukan. jika dulu Tun kata demonstrasi aman itu buruk. kini Tun M sendiri turun berdemonstrasi aman. Anwar Ibrahim yg dizalimi Tun juga memaafkan Tun. jadi kita juga seharusnya memaafkan Tun. kita berdoalah Tun sudah benar2 insaf dan ingin kembali membetulkan kesilapannya.

Ya politik ini memang kita nampak banyak buruknya dari yg baiknya kerana pemain2 politik banyak bermain kotor iaitu matlamat menghalalkan cara. semakin lama kita terbuka minda dlm politik. kita akan lihat tiada bezanya yg berkopiah juga yg bersongkok malah ada yg berserban, tapi masih bermain kotor dlm politik. Yang lebih nampak buruknya, bila mereka2 yg punya latar belakang ilmu agama, bermain kotor dlm politik. ia umpama ayam jantan yg berkokok berderai derai tapi ekor bergelumang tahi. inilah yg kini kita lihat sekarang.

jadi politik baru kini, kita kena lebih terbuka. kita kena berbaik sangka yg bertempat. kita kena mudah memaafkan. kita kena buang budaya maki hamun. kita kena buang budaya menggunakan agama demi kepentingan diri dan parti. kita jangan mudah mempercayai berita, walaupun cerita itu dtg dari pak lebai sekalipun. kita kena buang sifat kebencian yg melampau sehingga memutuskan silaturahim. walau siapa pun musuh politik kita, anggaplah mereka masih tidak faham dan jahil. kerana setiap org punya penilaian yg berbeza. dalam hukum hakam agama pun boleh wujud mazhab. jadi dlm politik wujudlah parti2. cuma dlm politik ini, terutamanya org melayu, mudah termakan budi. jika YB itu byk berbudi padanya. katalah apa pun pasal keburukan YB itu, terlalu sukar utk dia percaya. sbb itulah ramai org umno masih lagi umno. sbb umno byk berbuat baik kepada mereka. mereka mendapat kesenangan dgn bersama umno.

sama juga ahli pas. jika mereka terlalu taksub pada pas, mereka akan percaya habis apa yg Ustaz2 dan org agama dlm pas kata. hanya dengan serangkap ayat saja. sudah cukup utk ahli tunduk dan patuh. contohnya, pemimpin lebih tahu apa yg mereka buat. tok guru tu. ustaz tu. org alim tu. jadi ikut dan patuh. jgn byk tanya. ayat2 ini mematahkan akal2 yg berfikir supaya jgn byk fikir dan byk tanya. dan cara fikir sebegini bukanlah mengikut acuan Islam yg sebenar. kerana pemimpin kena memahamkan ahli2. sama juga seperti seorg guru kena memberi kefahaman yg betul kepada murid2nya. jika ada kesilapan, pemimpin boleh ditegur dan terbuka menerima teguran. bukannya berkokok dan keluar ayat2 sindirin, dan makian kepada yg menegur.

pendek kata kuasa penentu utk berubahnya PM juga rakan2 penyokongnya adalah dgn ahli2 dan pemimpin2 umno sendiri yg berani bertindak menukar mereka pada pemilihan yg akan dtg atau dgn apa2 cara yg boleh melalui undang2 parti mereka. atau dgn cara yg seperti Anwar Ibrahim ingin buat iaitu mewujudkan kerajaan campuran baru dgn YB2 umno Bn dgn membuat undi tidak percaya di parlimen.

Tanpa Nama berkata...

TIADA pemimpin dlm umno yg layak jd PM. klu ada pun dah join pkr. some of pas, pkr and possibly dap leaders pun tak boleh dipercayai. bila pegang kuasa, anything can happen. if only we have someone with the personality of TGNA. harap2 next pm of malaysia have genuine rakyat's interest at heart. no more kaki songlap for the sake of malaysia's and next gen future. and che det can no longer be the sole decider on who becomes the next pm. it must be a consensus decision. dont forget to evaluate the pm candidate's spouse too. no more you-know-who wannabe