9 Nov 2015

DAP Sokong AMANAH Tanding Di Selangor Pada PRU14

Persoalan Lapan Kerusi Selangor Yang Disebut DAP

Pada asalnya saya tidak berminat untuk mengeluarkan apa-apa reaksi kepada persoalan lapan kerusi DUN Selangor yang dimenangi PAS pada 2013 yang DAP sebut mereka ingin bertanding. Ini adalah kerana keputusan berhubung siapa akan bertanding dan sama ada Pakatan Harapan (PH) bertanding atau sebaliknya di mana-mana kerusi akan diputuskan bersama melalui mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan bila tiba masanya.



Buat masa ini, mesyuarat Majlis Presiden berhubung isu kerusi belum lagi diadakan. Oleh itu saya melihat kenyataan YB Tony Pua hanya sekadar tindak balas terhadap kenyataan PAS sebelum ini berhubung keinginan PAS untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi DAP. Oleh itu saya melihatnya sebagai isu yang tidak memerlukan respons.

Malangnya PAS kelihatan agak runsing terhadap kenyataan ini dan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan balas terhadapnya. Sedangkan ianya sesuatu yang pramatang atau terlalu awal untuk dibicarakan.

DAP tidak yakin dengan AMANAH atau PAS?

Antara respons dari PAS adalah kenyataan Datuk Mustafa Ali di mana beliau menyebut ianya adalah bukti bahawa DAP tidak yakin dengan kemampuan Parti AMANAH. Oleh itu DAP akan bertanding di kerusi-kerusi itu dan bukan AMANAH.

Kalau ingin menilai kenyataan DAP secara serius, saya tidak akan mengatakan bahawa ianya menunjukkan kurangnya keyakinan DAP terhadap kemampuan AMANAH. Sebaliknya saya akan katakan bahawa DAP telah hilang keyakinan sama sekali terhadap kemampuan PAS!

Ini adalah kerana kesemua kerusi yang disebut adalah kerusi yang telah dimenangi PAS pada 2013. Tetapi DAP sekarang menganggap bahawa PAS tidak lagi mampu mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan. Ini adalah kerana DAP melihat bahawa PAS, melalui kenyataan dan pendiriannya yang mutakhir, telah kehilangan undi dan sokongan bukan Melayu.

Ingatan umum kepada kedudukan PAS yang kalah semua kerusi DUN Selangor yang mereka tandingi pada PRU ke-11 (2004) sangat releven. Sikap bersendirian PAS hari ini, memungkinkan kembali senario 2004, di mana PAS dan DAP tidak ada persefahaman dalam pilihanraya. Oleh itu, sekiranya PAS yang bertanding pada PRU 14, DAP yakin bahawa kerusi-kerusi ini akan jatuh pada BN. Untuk elak ianya dari berlaku, maka DAP menawarkan dirinya sebagai parti yang akan bertanding di kerusi-kerusi tersebut. Itu pun disebut, sekiranya dipersetujui Pakatan Harapan.

Faktor Kemenangan PRU 2013

Bagi saya, kenyataan DAP sekadar tindak balas terhadap kenyataan PAS. Ianya bertujuan untuk mengingatkan PAS bahawa kemenangan mereka di kerusi-kerusi tersebut telah banyak dibantu pengundi bukan Melayu. Pengundi bukan Melayu pula telah mengundi PAS, antara lain adalah atas sebab keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PKR. Mungkin dilihat bahawa PAS seolah-olah telah lupa hakikat ini maka perlu diingatkan.

Dalam menghadapi PRU ke 14, sudah pasti PH akan berusaha untuk memenangi kembali semua kerusi-kerusi yang telah dahulunya dimenangi Pakatan Rakyat. Kerusi yang dimenangi PR merupakan tumpuan PH oleh kerana pengundi di kawasan tersebut telah menzahirkan keinginan mereka untuk diperintah oleh gabungan PKR, DAP dan dahulunya, PAS. Walaupun sekarang ini PR sudah terkubur, tetapi semangat dan wawasan yang sama dibawa oleh PH.

Dalam keadaan yang sedia ada, AMANAH berkeyakinan bahawa parti ini adalah yang paling berpotensi untuk mencapai kemenangan di kawasan-kawasan berkenaan apabila mewakili Pakatan Harapan. Ini adalah kerana AMANAH merupakan sebuah parti Islam sepertimana juga PAS tetapi bersikap lebih inklusif dan jujur terhadap konsep berpakat dan berkerjasama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. Dengan itu sokongan Melayu dan bukan Melayu insyaAllah mampu diperolehi AMANAH demi menjamin kemenangan.

Respon lain

Ada juga antara penulis dan blogger pro-PAS yang memberi amaran bahawa DAP sudah ingin menguasai Selangor. Bahawa dengan 15 kerusi yang sediada dan 8 lagi yang diinginkan maka DAP akan mendapat 23 kerusi dan dengan itu mempunyai jumlah terbesar dalam Pakatan Harapan. Kebetulan pula Dr. Aziz Bari menyebut bahawa tidak salah di sudut undang-undang untuk bukan Melayu menjadi Menteri Besar Negeri Selangor. Maka dijaja teori mereka ini untuk menyeru pengundi Melayu untuk bersatu “menentang usaha DAP (Cina) menguasai Selangor”.

Saya hairan dengan sikap yakin terhadap kemampuan DAP untuk memenangi 8 kerusi yang disebutkan mereka. Tak sangka bahawa penulis-penulis pro-PAS tidak yakin dengan kemampuan PAS mempertahankan 8 kerusi tersebut dari “dirampas DAP”. Secara tidak sedar mereka memperakui kewajaran hilangnya keyakinan DAP terhadap kemampuan PAS menang kembali kerusi-kerusi berkenaan.

Saya syorkan supaya mereka tidak terlalu khuatir terhadap persoalan ini. Ianya hanya acahan DAP maka tidak perlu melatah atau melenting. Begitu juga saya syorkan supaya mereka hentikan diri mereka dari terus menjadi agen UMNO BN, mengibar panji-panji perkauman serta menyubur perasaan takut terhadap sesama rakyat. Cukuplah dengan UMNO BN sebagai agen provokator dalam persoalan perkauman dan penyubur perasaan takut masyarakat Melayu.

Saya ulangi bahawa persoalan kerusi belum lagi dibincang maka bertenanglah. Apabila ianya dibincang, sudah pasti AMANAH akan menuntut untuk bertanding di mana PAS telah bertanding sekiranya PAS tetap tidak bersama PH dan tiada persefahaman pilihan raya atau “electoral pact” antara PAS dan PH.

Kesimpulan

Persoalan kerusi akan dimuktamadkan melalui proses perbincangan dan musyawarah di antara parti-parti PH. Namun bagi kerusi-kerusi yang pernah ditandingi dan dimenangi PAS, AMANAH adalah dalam posisi yang terbaik untuk mewakili Pakatan Harapan kerana sokongan merentasi kaum masih dikecapi parti ini. Buat masa ini yang terpenting ialah membina kekuatan AMANAH dan Pakatan Harapan di seluruh Negara. Melalui ini BN akan dapat dikalahkan pada PRU ke-14.

Harapan kami adalah semoga kesemua parti pembangkang akan bersatu di bawah PH atau paling tidaknya bagi PAS dan parti pembangkang lain mewujudkan persefahaman pilhan raya atau ‘electoral understanding’ dengan PH. Ini akan memudahkan perlaksanaan kaedah ‘satu lawan satu’ di semua kerusi bagi menumbangkan kerajaan Umno-BN yang telah banyak melakukan kerosakan dan membebankan rakyat di negara ini. Usaha menjatuhkan BN harus dijadikan fokus utama kita.

WaLlahu 'Alam

Khalid Samad
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara


DAP Akan Sokong Parti Amanah PRU 14 – Tony Pua

DAP akan memberi sokongan penuh kepada Parti Amanah Negara sekiranya PAS bertanding dalam mana-mana kerusi di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata Pengerusi DAP negeri, Tony Pua.

Ini kerana PAS bukan satu sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, berbanding dengan Amanah dan PKR.

Pua turut memberi jaminan bahawa DAP tidak akan sesekali mengkhianati rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah sepertimana yang dilakukan PAS pada PRU 13.

“DAP tidak akan tikam belakang seperti PAS yang meletakkan calon untuk kerusi Kota Damansara yang merupakan milik PKR,” kata Pua dalam ucapannya di konvensyen DAP Selangor pada Ahad.

Tambahnya, kerana pertandingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara itu, akhirnya UMNO yang memenangi kerusi berkenaan.

Pada Jumaat, Pua dalam kenyataan kepada KiniTV berkata DAP sudah bersedia untuk merampas kembali lapan kerusi yang sebelum ini milik PAS.

Lapan kerusi itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

“Kita, DAP telah membuat persediaan untuk bertanding di beberapa kerusi DUN yang dipegang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sebelum ini.

“Kerusi-kerusi ini termasuklah DUN Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat,”kata Pua.

Tambah Pua, keputusan rasmi berkenaan pertandingan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor.

Kenyataan terbaharu DAP itu dilihat sebagai usaha parti itu untuk menyingkir pengaruh PAS dalam kerajaan Negeri Selangor.

Sehingga kini, DAP merupakan parti yang paling dominan dalam Kerajaan Negeri Selangor dengan memiliki 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berbanding dengan PKR 13, PAS 13,Amanah 2, BN 12 dan Bebas 1.

Pada PRU 13, PAS memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, bagaimana pun parti Islam itu kehilangan dua kerusi apabila ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungip dan ADUN Morib, Hasnul Baharudin keluar parti untuk menyertai Parti Amanah.

PAS menang selesa di lima DUN yang pola pengundi Cina di antara 10% hingga 26% iaitu Sabak, Gombak Setia, Bangi, Selat Klang dan Sijangkang

Lima DUN milik PAS itu bukan merupakan target DAP sebagaimana yang dinyatakan Pua pada Jumaat lalu.

Sebaliknya, Pua mensasarkan lapan kerusi milik PAS yang mempunyai pola pengundi Cina di antara 27% hingga 35% iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

Abdul Rahman Abdul Talib berkata berkemungkinan besar tindakan DAP mensasarkan lapan kerusi milik PAS itu bertujuan untuk memberi laluan kepada Parti Amanah.

“Hakikatnya dalam tiga penjuru DAP boleh tawan semua kerusi PAS di Selangor.

“Tapi rasanya DAP akan serah kerusi tu semua pada Amanah,”katanya yang merupakan aktivis Parti Amanah Selangor dalam satu kenyataan di Facebook. -AIDC


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Kalau ingin menilai kenyataan DAP secara serius, saya tidak akan mengatakan bahawa ianya menunjukkan kurangnya keyakinan DAP terhadap kemampuan AMANAH. Sebaliknya saya akan katakan bahawa DAP telah hilang keyakinan sama sekali terhadap kemampuan PAS! "

ABIS TU KENAPA TAK BAGI AMANAH BERTANDING??? KALAU DAH YAKIN SANGAT AMANAH AKAN MENANG.

Tanpa Nama berkata...

hello macai pas 6:19

bilamasa DAP tak bagi Amanah bertanding?
DAP buat begitu supaya tidak timbul persepsi yang DAP hasut AMANAH untuk kalahkan PAS.

Biar DAP umumkan mereka akan bertanding di 8 kerusi itu. Tetapi itu pun DAP kata, keputusan adalah tertakluk kepada mesyuarat PH. Jika PH mahu AMANAH bertanding maka AMANAHlah yang bertanding di kerusi-kerusi berkenaan. PAS yang melopong.

Tanpa Nama berkata...



6 19
Bila baca maka bacalah dengan hati yang tenang dan bersih demi untuk mencari kebenaran.

Tanpa Nama berkata...


Kesemua kerusi yang di menangi PAS ialah kerana adalah kerana pengundi cina tetapi sekira nya DAP yang bertanding walaupun calun nya melayu belum tentu DAP akan menang.

Yang mempunyai peluang besar untuk menang ialah Amanah keran ' AMANAH merupakan sebuah parti Islam sepertimana juga PAS tetapi bersikap lebih inklusif dan jujur terhadap konsep berpakat dan berkerjasama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. Dengan itu sokongan Melayu dan bukan Melayu insyaAllah mampu diperolehi AMANAH demi menjamin kemenangan. '

Penat-penat GB boldkan ayat-ayat yang menjadi point penting.

Tanpa Nama berkata...


Masalahnya dengan PAS yang tidak sedar undi bukan Islam adalah penting tetapi masih menguna isu perkauman dengan menakutkan pengundi melayu konon nya tujuan DAP berniat menguasai Selangor.

PAS sepatutnya menguna pendekatan Islam kerana Islam dapat menyatukan semua bangsa/kaum. PAS seolah-olah sudah menafikan atau paling tidak pun tidak yakin dengan pendekatan Islam yang selama ini di bawa oleh TGNA dan beberapa pemimpin PAS yang lain.



Tanpa Nama berkata...

Aku penyokong tegar pas sejak tahun 70an ingin menyatakan bahawa kalau jumpa lebai hadi dengan ular....pukul lebai hadi dulu.....sebab belitannya lebih berbahaya dari ular. Sekian dimaklumkan.

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali bacaan anda.....annon 7:41

Unknown berkata...

Ooh en. 6.19.. jgn lah fikir apa dap selangor ckp... fikirkan lah tak pasti tuan presiden atau nik amar ckp tidak lama dulu... pas akan letak calun dia semua kerusi dap di malaysia ini.. dap senyap je.. takde tindak bls.. kalau tak salah yg jawab salah seorg pimpinan amanah.. TAK TAKUT HILANG DEPOSIT KE..?. Tp bila dap keluarkan kenyataan akan bertanding 8 kerusi pas di selangor.. dr ketua pemuda.. pesuruhajaya negeri pantai timur tu.. sampai lah naib presiden yg bertindak bls..kalau tak salah 6 org yg bg tindak bls kenyataan dap itu... KENAPA DAN MENGAPA...kalau pas tak jadikan kenyataan nak letak calun di kerusi dap di pru 14 nanti.. ia akan jadi ejekkan.. dan mengurangkan undi pas..puak2 ustaz serban ni bila berckp tanpa memahami kesannya di kemudian hari...

Unknown berkata...

Salam:

PAS dah terang-terang bagitahu dia tak mahu ka Putrajaya,Kenapa dia nak sebuk siapa nak bertanding.Buat masa ni Amanah sedang memerkuatkan ahli dan jentera parti,menyediakan jentera parti yg lebih eficient,berkempen orang2 atas pagar dan memeperkukuhkan Pakatan Harapan.

Usah dirisaukan tentang Pakatan Harapan,mereka ada majlis president yg akan berbincang secara kolektif,dan membuat keputusan bersama untuk kebaikan rakyat.Alhamdulillah Amanah tak melatah,bila parti dah kuat,jgn risau kerusi PAS terutama di Selagor dan Johor Amanah akan bertanding.

Ini adalah strategy BN,nak TEST Amanah,melatah atau tidak,Alhamdulillah,pemimpim-pemimpin Amanah Gentlement dan Profesional.

go Amanah go,umno akan attack amanah/dap habis2san.Pada mereka PAS dah takada nilai sa sen pun,"MENGHABIHKAN BOREH aje".Mereka berharap dapat mengkucar-kacirkan PH dgn memainkan issue ini.

wassalam

IrWrWs berkata...

Kepala otak PAN fikir non muslim hanya ada dlm DAP shj.. satu bacaan politik yg amat kurang cerdiknya..

Tanpa Nama berkata...

Pas dah mengarut, hadi hebat ilmu agama tapi ilmu politik dia HAMPAS. Mungkin ujian pd nya seronok melihat anak menantu rumah besar, kereta besar dan lain-lain.
Setuju DAP canang nak tanding kawasan pas sebab kalau amanah nanti mulut longkang kata Dap hasut Amanah lawan pas.

Habis la kali parti Lebai. Kelantan akan jatuh ke BN dan lebai terus seronok bermain politik sampah. Paling paling akan menjebon, membarua dan mentolol kan jemaah sendiri.

Selamat tinggal Pas dan barisan kepimpinan CAI

Tanpa Nama berkata...

hello wan rosli,
berapa ramai non muslim yg sokong mca, gerakan, mic berbanding yg sokong dap?

ean rosli pengikut ajaran balasubramaniam dhpp yg mimpi junpa nabi mohd tu ker? kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Nak jugak tengok pak lebai hati kering ke dak masuk lawan belah pulau...ni aji, kot rasa champion baguih dok ada...dah amal semua sunnah Rasulullah, meh laa fight dengan geng roket belah pulau. Aji kata aji baguih, kalau baguih apa nak heran..fitnah ka maki ka seranah ka...Tak makan punya kalau betoi baguih. Gebang deraih tok sah, adekalu bijik..lepas ni kita jumpa kat pulau. Kata chempien..

Tanpa Nama berkata...

utk macai PAS 6.19....

dah takut hilang kerusi ker di Selangor??? hahahaha....nih kawe nok oyak....PAS akan hilang kerajaan Kelate....aku ngan family aku tak akan pangkah PAS di kelate dohhh...sayonara PAS....ramai lagi anak kelate di perantauan sependapat dgn aku...