5 Jul 2015

PAS Semakin Tidak Relevan, Parti Baharu Akan Ambil Tempatnya...

Jangan pandang rendah orang lain, PAS

MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengingatkan kepimpinan utama PAS supaya tidak memandang rendah atau bersikap pesimis dengan kewujudan parti baru, apatah lagi ia adalah atas inisiatif anggota PAS sendiri.

Beliau juga berkata bacaan politik kepimpinan PAS tidak harus terikat dengan sejarah silam seperti penubuhan parti serpihan PAS - Hamim dan Berjasa - kerana perubahan zaman dan gaya berpolitik rakyat Malaysia berubah.

"Kepada parti politik yang (sedia) ada, khususnya daripada PAS, tak boleh memandang kecil terhadap kewujudan parti baru, yang lahir daripada inisiatif ahli PAS sendiri.

"Sebab saya tak nampak bahawa kalau kewujudan parti baru ni, (ia) macam parti-parti politik yang sebelum ni. Ramai orang pesimis terhadap kewujudan parti politik baru sebab sejarah lama. Hamim dan Berjasa. Sejarah lama tu sejarah lama.

"Bagi saya, (ini) perubahan zaman, (situasi) dia berlainan. Bacaan politik tak boleh diwarnai dengan sejarah lama, tetapi harus diwarnai dengan perubahan zaman. Gaya berfikir masyarakat yang lahir pada masa hari ini," katanya.

Beliau menjawab soalan dalam wawancara dengan Malaysiakini mengenai hasrat sekumupulan pemimpin progresif PAS yang berhasrat menubuhkan parti baru susulan tewas dalam pemilihan baru-baru.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan mana-mana ahli PAS yang mahu menubuhkan wadah atau parti baru, maka mereka akan "tenggelam", sebaliknya menggesa ahli beristiqamah dengan perjuangan PAS. Kenyataan itu dikeluarkan ekoran ketewasan pemimpin progresif dalam PAS.

Rakyat menaruh harapan

Sekalipun mengakui ia memberi implikasi kepada PAS dan kekuatan politik baru oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, Mahfuz bagaimanapun berkata keputusan menubuhkan parti baru adalah hak demokrasi mana-mana pihak dan ia tidak boleh dihalang.

"Tapi apa yang harus dilihat oleh semua orang ialah kepentingan masa depan Malaysia. Masyarakat menaruhkan harapan yang begitu besar kepada Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran negara.

"Ini kerana hilang kepercayaan kepada Kepimpinan Umno dan BN yang ada pada hari ini," katanya sambil menambah beliau menghormati hasrat rakan-rakannya itu.

Sehubungan itu, Mahfuz menggesa ketiga-tiga parti termasuk parti baru - jika wujud - berada dalam meja rundingan demi memastikan kewujudkan politik baru terus menjadi harapan rakyat khususnya pada pilihan raya umum ke-14.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti baru, pemimpin PAS Kedah itu berkata: "Saya masih YDP (Yang Dipertua) Pokok Sena dan MP Pokok Sena. Berhenti di situ."

Beliau yang bergelumang dengan politik PAS sejak 30 tahun lalu, turut menasihatkan kepimpinan utama PAS menunjukkan "kesediaan" untuk berbincang supaya tidak dilihat mengambil "garis keras" dengan rakan politik pembangkang.

Menurutnya lagi, langkah emosional dan berasaskan sentimen memberi keburukan kepada kedudukan PAS dalam kuasa politik di Malaysia apatah lagi parti itu kini berada dalam lingkungan kuasa politik di Selangor.

Besar jiwa, rendah ego

"Maka (ia) akan beri kesan yang tak sihat kepada PAS, dan sekaligus beri kesan kepada Pakatan Rakyat.

"Bila ia memberi kesan kepada Pakatan Rakyat, ia beri kesan dengan timbulnya krisis kepercayaaan rakyat kepada orang politik," katanya bagi mengulas sikap PAS yang dilihat mahu bersendirian dan memutuskan hubungan dengan parti lain.

Menurutnya lagi, semua pemimpin utama pembangkang yang dianggapnya seperti negarawan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya berjiwa besar dan merendahkan ego mereka.

"Tak ada rugi pun kalau berjiwa besar. Yang lebih penting, prinsip tak tergadai, matlamat kita tercapai," katanya.

Beliau turut menggesa kepimpinan PAS sekarang ini perlu berfikiran tajam dan mendahului zaman dengan melihat kerangka politik yang lebih luas dan tidak dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang berada di sekeliling mereka.

"Ini kerana kalau PAS kalau nak kekal dan terus relevan dalam acuan politik Malaysia, sebagai sebuah parti politik besar, PAS harus terima proses perubahan zaman dan cara berfikir masyarakat dan rakyat hari ini.

"Orang sertai PAS hari ni, bukan kerana sentimen PAS parti pembangkang. Orang nak masuk PAS, bukan semata-mata nak lihat PAS lawan kerajaan.

"Tetapi orang hari ni menyertai PAS dengan membuat perkiraan melalui kebijaksanaan berfikir, dan cara berfikir (mreka) hari ini sangat kritikal," katanya.

ULASAN GB

PAS semakin hari sudah menjadi semakin tidak relevan.

Di dalam kes terbaru misalnya, iaitu isu Najib yang didedahkan oleh Wall Street Journal yang melaporkan wujudnya penyaluran wang berjuta-juta dollar AS ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Mursyidul Am PAS, membuat kenyataan yang pelik, iaitu beliau menyataan laporan SWJ itu tidak logik. Malah di dalam kes 1MDB pun Haron Din tidak mempercayai berita-berita yang mengaitkan Najib dengan skandal terbesar itu.

Sebelum ini Haron Din pernah membuat kenyataan yang memnunjukkan PAS menggesa supaya Najib diberi peluang...


Ia amat senada pula dengan kenyataan presiden PAS Hj. Abdul Hadi Awang yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikekalkan berdasarkan mandat yang rakyat dalam pilihan raya.

Jika begitu bererti Najib dan UMNO perlu diberi peluang untuk terus memerintah negara dan untuk terus melakukan rasuah dan kezaliman ke atas rakyat negara ini... almaklum ... Najib tak sempurna... Jika hendak dibiarkan segala perbuatan salahlaku itu apa perlunya PAS berada di pesada politik negara?

Maka sebab itu PAS perlu digantikan segera. Hikmah tertewasnya semua ahli kumpulan profesional. Yang penting ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi masih terus menyokong mereka.

Parti baharu ini insyaAllah, pasti akan menjadi kenyataan menjelang Syawal ini. Lantaklah apa mereka nak kata, kita tidak berpatah balik.

Ingin kita pinjam syair Arab yang didendangkan itu ... "biar serigala dan anjing menyalak.... qabilah tetap berjalan terus, parti baharu tetap ditubuhkan walaupun di pandang rendah oleh mereka yang mengaku ulama itu..."

20 ulasan:

Unknown berkata...

Mohon dikeluarkan risalah NODA UMNO yang sarat dengan berbagai skandal dan penyalahgunaan kuasa. Dulu, kini dan selamanya.Yang kecil dan yang mega. Maklum melayu mudah lupa. Bila dibukukan semua noda dapat dibaca dan dijadikan rujukan untuk kita melanda satu negara sebagai hujah dalam bualbicara. Cetak dan jual. Offline dan online. Ada juga versi online. Bekalkan kami dengan peluru yg lengkap untuk menghapuskan UMNO dari bumi bertuah ini.

Unknown berkata...

Salam semua:

In my humble opinion, kami masyarakat urban melayu point of view, Mahfuz, please go and tell Syura Council and Hadi to disband PAS, transform it to a Gerakkan dakwah Islam atau join Tabligh, put aside your political agendas and hudud priority, mobilize your resources, semua ulama-ulamak to go down to help the people in the streets and learn to love them as deeply as ALLAH loves you all, Buruk sangat kelakuan-kelakuan ulamak-ulamak PAS berpolitik, islam yg dibawa oleh mereka bukanlah ajaran nabi sebenarnya,cuma duit,kedudukan,jawatan yg dikejarkan.Islam entah kemana.

Be part of malaysian, be remembered by our cucus,anak2 as a law abiding citezen to bring umno/BN ,DOWN/ to an end of its era..BE END.

PAKATAN Version 2.0
HARAPAN & IMPIAN BARU: RAKYAT MALAYSIA
wassalam.

Tanpa Nama berkata...

For Mr Mahfuz.negotiate can but no with PAS.Pas is just aGerakan Islam not political Party.

Malaysiabaru berkata...

Tahniah Admin.

Seperti yg kami selalu sebut setiap hari

Doa sudah jadi kenyataan...

Pas tidak lagi relevan ...pakatan 2.0

Tanpa Nama berkata...




PAS bukan hanya memandang rendah pada kewujudan parti G18 tetapi PAS telah lama memandang rendah pemimpin yang dalam PR. Sejarah PAS di Perak dan di Selangor adalah kerana PAS memandang rendah rakyat yang inginkan perubahan.

Muktahir ini, Najib pula di pandang tinggi yang kononnya Najib berjiwa besar. Adakah skandal MARA pun tidak logik kepada Haron Din? Habis dari mana datangnya hutang negara yang bebillion-billion?

Kehendak rakyat sekarang ialah Malaysia perlukan pemimpin yang ikut zaman dan untuk itu perlunya tertubuh parti baharu untuk memperkuatkan pakatan rakyat.

Zaman kalau berubah sekali pun tetapi jika pemimpin nya berintengriti, amanah dan bijak, rakyat rasa selamat, rakyat tak perlu pun satu parti baharu. Sejarah lama tu sejarah lama. Begitu juga Rohingya itu Rohingya. Yang kita utamakan ialah realiti kepimpinan Malaysia hari ini. Pemimpin Malaysia dalam UMNO atau bukan, semua nya sebaya dengan pemimpin-pemimpin negara maju. Tetapi mereka berjaya mentadbir negara dengan zaman sekarang !

Haron Din mengangkat Najib lebih sedangkan rakyat mengangkat Anwar lebih dari Najib. Dan lebih malang Haron Din sanggup memberi peluang kepada Najib tetapi tidak memberi peluang kepada PAS di pimpin bersama oleh ulama dan profesional.

Unknown berkata...

Tak di sangka, "BOMOH MELAYU" dah pulang dari bersiar siar di Mekah rupa nya. Malang nya mengapa perkara yang tidak menjadi priority yang di sentuh nya? Sayang sungguh dia kepada Najib. Mengapa begitu sekali. Sudah pasti ada sesuatu!!! Kata para ular...mak PAS bahawa perkara yang di cadang kan oleh Mokhtar Sneak tu akan di putuskan sebaik sahaja "BELIAU" menjijakkan kaki di tanah air. Mana benda nya. Mengapa masih tak di lakukan?

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan dan pribadi Anwar jauh lebih baik dari Najib. Di antara Anwar dan Najib kedua-dua nya di katakan terlibat dengan kesalahan-kesalahan yang telah di ketahui.

Anwar hanya di tuduh liwat dengan bukti-bukti yang di ada-adakan. Anwar di tuduh mempunyai simpanan RM100 juta. Apa lagi?

Najib di kaitkan dengan skandal di Port Dickson, Monggolia, komisyen kapal selam, Isteri yang bergaya mewah, main golf, beli pesawat baru yang lebih mahal, menghabiskan dana rakyat, pembelian tanah dengan harga yang mahal oleh TH, MARA, pengurusi 1MDB dan kalah undi popular.

Mengapa orang seperti Najib yang jadi pilihan? Adakah dengan cara ini dapat menghapuskan insan bernama Anwar yang kerja-kerja nya di ambil alih oleh Mahathir?

Bila tiidak ada satu pun Menteri yang letak jawatan atau tidak ada Ketua Bahagian yang rasa bimbang dengan tindakan Najib bererti semua kesalahan yang dilakukan oleh Najib juga adalah di tanggung oleh mereka yang berkhidmat dengan Najib.

man man berkata...

Pas tukor ler jd NGO dakwah lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

Percaya lah sekiranya negarawan seperti Anwar, LKS, LGE sampai ke hari ini merendahkan ego nya dan terus berjiwa besar dalam menghadapi kerenah ulamak PAS, matlamat UMNO yang tercapai !

Bukan sehari dua mereka mengalah dan bukan satu dua kali mereka bertolak-ansur dengan tindakan Hj Hadi yang membelakangkan mereka. Tetapi Hj Hadi dan yang lain-lain telah melampaui batas masa dan batas peluang yang munasabah.

Masa untuk Pakatan baru yang lebih mantap. Masa untuk parti baharu.

Unknown berkata...

UMNO berselindung disebalik berbagai skim dan projek. Dana billion2 difaraidkan sesama mereka dan rasuah pilihanraya. Menang pilihanraya reka lagi projek baru dan rembat lagi. Rakyat marhaen ada yg nak bayar zakat fitrah pun xda duit. Ini adalah realiti. Kalau UMNO tidak dinyahkan dengan virus rasuah mereka maka kita semua akan terus merempat dibumi milik kita yang kaya ini. Teruskan perjuanganmu saudara2 ku.

Unknown berkata...

Tuan, lazimnya masing2 memiliki peluang utk tembolok masing2. Agihan projek dan komisen. Masing2 ada syarikat proksi. Melawan akibatnya parah. Taat sahajala. TST.

Unknown berkata...

Siapa kata PAS tak RELEVAN? Kamu tak faham ker, PAS amat relevan untuk geng-geng FITNAH, MAKI HAMUN, MENCARUT, kumpul envelope duit (buat beli range rover, vellfire, alphard, mercedes dll) dan satu lagi ialah PAS AMAT RELEVAN SEKARANG KERANA , PAS adalah parti untuk SI TOLOL, SI BANGANG dan untuk SI MERAPU. Syarat: Pandai cakap, pandai maki dan pandai buat FATWA sendiri. Kelakuan: Tak ubah macam penganut ajaran SYIAH KAFIR.

Tanpa Nama berkata...

Nasiblah Pas dapat presideng dan mursidol macam tu.pening pengikut bawhan ni.yangman satu benar yangmana satu tak benar,Rakyat ramai tenguk Najib banyak masalah tetapi 2 hulamak ni puji pula.piuuuuuuuuuuuu

Tanpa Nama berkata...

Persoalan sekarang , ada lagi ke orang orang Melayu di Kampong dan Bandar sanggup membodoh kan diri untuk di pimpin orang orang TOLOL dalam PAS tu ???

Selagi Orang Orang Melayu tak sedar mereka mampu BER FIKIR dengan OTAK sendiri , sudah pasti PAS tidak lagi di perlu kan.

Maju lah Orang Orang Melayu...

Unknown berkata...


​Malaysia harus diselamatkan.​

​Justeru, semboyan Anak-anak muda ini saya sambut dengan penuh pengharapan serta keterbukaan. Mereka mewakili 7 juta pemilih baru dalam PRU yang bakal mendatang. Maka, pertemuan sudah pasti Inshaa Allah - sekiranya tiada aral yang melintang; dan degup jantung yang berdetik menjanjikan seribu-satu pengharapan.
Maju terus Anak-anak Muda Malaysia!

Nurul Izzah Anwar​
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah JPRP KEADILAN

Tanpa Nama berkata...

izinkan sy menjwb tulisan komen anon 8:38 PM.

Org melayu masih ramai yg suka mendengar cerita ghaib. Spt cite jin jahat yg boleh berckp dan rasuk badan org. Bila bab siksa, ada pulak kalangan yg cerita psl pengalaman masing-masing yang tahu si anu dlm kubur macam ini dan macam itu. Sy smp sekarang ingat dia citer psl israk mikraj dimana Jibrail dan Rasul naik buroq, sayap nya sebelah dikatakan menutup langit. Betul tidak tu sy tak tahu tp bila dengar org tu berckp mcm tu kita mesti ingat hebat nya ilmu dia kan?

benda-benda tak nampak ini kalau pandai di olah dgn suspen nya dan dgn imiginasi nya, mudah mempengaruhi seseorg terutama nya bg org yg bermasalah.

sy bukan tak caya benda-benda ghaib ni tp selalunya org yg berckp ni semata-mata nak menunjuk kehebatan.

selagi org melayu seronok,kagum dan minat selagi itu org spt ini nampak hebat. Ttp bila realiti nya org inilah yg selalu tewas dlm menjaga hubungan sesama manusia. waallahualam

HidupRakyat berkata...

Tuan GB,

Nampaknya Datuk Dr Haron Din ni lebih kuat pertahankan PM Najib Tun Razak dari menteri-menteri UMNO sendiri, sampai masok muka depan Utusan... Kalau macam tu, kelak bolehlah jadi calon menteri kabinet Najib, dapat juga habuannya dari berjuta-juta duit Najib...

Err, tapi kenalah doa dan harap Dato' Seri Najib masih dapat memegang kerusi PM..

> Tengah tunggu YB Nik Abduh pulak membuat kenyataan bahawa laporan akhbar WSJ Amerika ini adalah contoh serangan 'kuasa asing' ke atas pimpinan Islam Malaysia yang amanah, telus dan Rakyatnya didahulukan.

lagu tu laa berkata...

aku sendiri pun dah tak tau nak komen apa? ditambahkan lagi bila nampak muka musyidul am pas tu! tak tau apa sebab yang tak kena ngan aku bila terpandang muka dia ni.bila isu berkait ngan najid razak dan2 dia backup kata fitnah. tapi bila kena pada ketua pembangkang,bagai dikunci molot dia untuk berkata.adaakah dia termasuk golongan ulama2 "su'?.elokpun dia masuk 3 kali pru tak menang.aku lupa depa masuk pru bukan untuk menang,cuma nak keredhoan dari ALLAH swt ja!lagi banyak aku,bertambah sakit hati aku bila mengenang puak2 ni bila bercakap,banyak yang 'kosong' dari yang 'berisi'bila ulama bercakap tentang politik.bila kita bercakap lebih2 tentang ulama dikata menghina ulama,tetapi mereka(ulama) itu sendiri sedang menghina diri mereka sendiri.

Hidup Najib! berkata...

Ularmak dan fulus@kontrek tak dapat dipisahkan

Abdul Said berkata...

Syabas Encik Omar Daud. Pandangan yang bijak. Sudah sampai masanya orang Melayu yang tidur untuk membuka mata dan berjaga. Jangan mudah terpengaruh dengan pandangan atau idea orang-orang politik. keperluan kita sama sahaja. Boleh membawa tiga hidangan sehari untuk keluarga, bumbung yang sederhana untuk keluarga berteduh, perkhidmatan perubatan yang efisyen dan berpatutan, pendidikan yang baik, serta keselamatan yang terjamin. Janganlah sibuk kisah hudud walaupun wajib kerana ramai saudara-saudara kita yang masih tinggal dalam khemas dalam bulan yang mulia ini. Janganlah cakap berdegar-degar di masjid sedangkan mereka seumpama disisihkan.