29 Dis 2015

Fitnah Terhadap Pemimpin Amanah, Dr. Siti Mariah...

Gambar Dr Mariah pegang tangan 'lelaki' jadi isu

Sekeping gambar yang memaparkan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud memegang tangan seorang "lelaki" menjadi viral di Facebook sehingga mencetuskan kontroversi.

Dalam gambar tersebut, Dr Mariah yang mengenakan pakaian berwarna coklat tersenyum dan mengangkat tangannya sambil dipegang oleh seorang lelaki.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Pejuang Tegar mempersoalkan tindakan Dr Mariah yang juga anggota parlimen Kota Raja itu dengan berkata:


"Minta penerangan sikit... sejak bila Islam membolehkan berpegang tangan bukan muhrim... Ahmad Awang (Penasihat Umum AMANAH) tolong jawab jap".

Tulisan lelaki berkenaan mendapat perhatian orang ramai antaranya penceramah Wan Ji Wan Hussin dan Anggota Jawatankuasa AMANAH Aiman Athirah yang memberikan penjelasan berhubung gambar berkenaan.

Menulis di Facebooknya Aiman berkata, lelaki yang bersama Dr Mariah itu merupakan suaminya, Dr Hakim Jaafar.

"Lelaki yang memegang dan mengangkat tangan Dr Siti Mariah itu adalah Dr Hakim, suami beliau. Saya baru mendapat maklumat bahawa ada sekelompok sebelah sana yang giat menyebarkan gambar ini dengan menuduh Dr Siti Mariah sedang berpegangan tangan dengan ajnabi. Ulang suara... ini adalah suami beliau," tulisnya.

Wan Ji pula berkata: "Pak cik oi, ini suami Dr Mariah la. Namanya Dr Hakim".

Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan komen Dr Mariah berhubung perkara tersebut. -mk

ULASAN GB

Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... mendedahkan pihak mana sebenarnya yang suka menyebarkan fitnah.

GB sudah menerima maklumat ini beberapa hari yang lalu. Beberapa orang facebookers PAS dan UMNO seia sekata menyiarkan fitnah berkenaan terhadap pemimpin AMANAH, YB Dr. Siti Mariah tenpa menyelidiki dahulu siapa sebenarnya lelaki berkenaan.

GB kenal dengan Dr. Siti Mariah dan itu sebab mengapa GB tak layan lansung isu berkenaan. Ia fitnah mengarut oleh orang-orang yang sakit jiwa yang perlu masuk ke Hospital Bahagia).

Malah ia membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa PAS dan UMNO itu serupa - menggunakan "fitnah", "maki-hamun", "mencarut" dan "seks" sebagai senjata untuk menyerang orang lain. Dan mengesahkan kenyataan apa yang GB katakan sebelum ini, bahawa terdapat ramai "papagomo" versi PAS di alam siber ketika ini.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suruh macai pas minta tuang presideng nasihati kawan2 umno mrk ttg aurat. najib dok jabat tgn semua org tak kira laki atau perempuan, begitu juga bini dia. kata nak jd penasihat!

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat hadi awang tk dapat kontrol pencacainya drp tabur fitnah.sangat trserlah kebuduhannya.hadi,letak jawatanla.mengarut sungguh pimpinan pas LA ni. Din kubur panjang kedah

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat hadi awang tk dapat kontrol pencacainya drp tabur fitnah.sangat trserlah kebuduhannya.hadi,letak jawatanla.mengarut sungguh pimpinan pas LA ni. Din kubur panjang kedah

dol berkata...

ooo patutla foto rosmah peluk chong wei dan cium salman khan puak fitnah tu tk bising..rupanya depa tu suami2 rosmah.

yelah rosmah lyak ada pasangan lbh sbb najib bini dia.

puak syaitan fitnah ni makin jahat tektiknya.. mengguna agama utk fitnah org. lbh teruk dpd iblis lg.

sama mcm hasan ali fitnah teresa kok halang azan dulu. difitnah pd bulan rmadhan lg.

terbaru ialah fitnah amanah edar borang keahlian kosong. rupanya yg fitnah tu toyol belaan idris ahmad

kita yakin pasug betlawan dgn umnu.. bkn umnu jadi baik tp mereka lbh menyesatkn umnu dgn mengguna agama utk halalkn kerja fasik.

sampai najib merasa tk bersalah langsung buat jenayah apa pun atas alasan ketua negara islam haram dijatuhkn...

bermakna najib tk sangka jd ketua negara islam semua halal dibuat.. wooooow besnya jd khalifah negara islam ala ISIS... halal semua

org jahil buat jenayah setakat memenuhi nafsu kebendaan semata2 tp org agama bila jahat... habis ajaran suci dirosakkn demi nafsu syaitan

lihat saja bagaimana hudud diperalat utk mencetus isu perkauman dn permusuhan dgn agama dan bngsa lain.

hudud dijadikn alat utk haji misai kontot meraih jawatan kunun utk martabatkn islam

martabat islam bkn ditgn haji misai kontot. islam allah yg pelihara. jgn perasan hj misai kontot penentu martabat islam

klu akhlak serupa abu jahal dn abdullah ubai...islam semakin binasa ditgn pasug misai kontot

ancient mariner berkata...

Pejuang tegar ini patut memohon maaf secara terbuka.. jangan biarkan dosa itu terbuku dan.membarah.. takutlah azab Allah.

Unknown berkata...

Salam: Astarfirullah halazim, mengucap banyak-banyak.orang-orang islam tidak diajar untuk mefitnah orng lain.Walaupun orang itu berlainan pandangan dgn kita.

Pemerhatian saya sejak,Hadi and the geng take over,PAS yg saya kenal dulu telah bertukar wajah 360 turn.

Hadi cuba nak bawa islam cara PAS,Caranya sendiri:
Sanggup bekerjasama dgn "PENZALIM" demi handak mencapai cita-citanya sebagai pemimpin umah konon. dgn cara "BY HOOK or BY CROOK".
Seperti membenarkan dia sendiri dan pengikutnya melakukan "FITNAH"."Buat tuduh dulu kemudian siasat .Jika kemudiannya didapati "Tuduhan tadi tak betul,terus buat U-TURN,ataupun "mendiamkan diri seribu"bahasa.

sedih-sedih saorang ulamak dunia,kononya nak jadi "PENYELAMAT" kepada si "PENZALIM" Akhirnya dia sendiri dan pengikut-pengikutnya tak dapat diselamatkan.

JELAS sekali Hadi dan pengikut-pengikutnya tiada rasa "MALU" Langsung,tiada rasa nak meminta maaf pada yg di fitnahkannya,seperti "Pil kuda" dan fitnah terbaru dr. Mariah.

Saya nak nasihatkan pada pemimpin-peminpin Amanah berhati-hati bila berjumpa rakyat terutama di Sabah dan Serawak,supaya memakai Glob tangan,seperti yg dipakai oleh wan azizah.

PAS memang tak ada issue yg besar-besar untuk dipertengahkan.Cuma menanti kesilapan-kesilapan yg sebegini sebagai issuenya.

TERINGAT SAYA MASA KECIK-KECIK dulu,ATOK SAYA SELALU BERPESAN KALAU NAK TAHU PERANGAI SESAORANG ITU,secara rambang,cuba "PERHATIKAN DGN SIAPA dia berkwan/bekerjasama".

teruskan perjuangan.

wassalam.

Anti Fitnah berkata...

Munafikun memang suka menabur fitnah. Fitnah terhadap seorang muslimah yang begitu baik budi pekertinya. Bukamkah Islam menyeru agar tukang fitnah ni dirotan di khalayak ramai atas menfitnah seorang mukminah? Mai sini ... aku nak rotan bagi.
Betapa hinanya Melayu seekor ni, Pejuang Tegar yang tiada nama. Haramjadah kot?????

Tanpa Nama berkata...

Pejuang Tegar kena mohon ampun dpd Dr S Mariah & suaminya. Dan, bertaubatlah.... Semoga sakit jiwa dan otak tidak bertambah teruk.

Pejuang Tegar pernah kritik isteri PM tak?

Tanpa Nama berkata...

Nak tembak tapi tak siasat dulu...ni bukan pejuang tegar pakcik makcik ooiii...ni pejuang taikkk...puiii...

Tanpa Nama berkata...

Sila rujuk dol berkata.
"org jahil buat jenayah setakat memenuhi nafsu kebendaan semata2 tp org agama bila jahat... habis ajaran suci dirosakkn demi nafsu syaitan"

Tu sebabnya aku kata " Kalau jumpa ular dengan Najib, Katok Hadi Awang dulu."

Tanpa Nama berkata...

Anak2 didik Hadi Awang makin hari makin jadi hantu.

Tanpa Nama berkata...

inilah hasil tarbiah ulamak pas sekrg. pantang aja ada isu yg boleh dimainkan cepat aja menghukum. ada ke patut suami org dikatakan bukan muhrim. jahil sgt tu atau hobi memfitnah. apalah nak jadi org pas tegar.

Tanpa Nama berkata...

SEJAHTERA SEMUA,

INILAH JADINYA KALAU HIDUP PENUH DGN KEGAIRAHAN'
GHAIRAH BUKAN PADA SEX SAHAJA,
GHAIRAH PADA PENULISAN,
GHAIRAH PADA MENCELA ORANG YG TAK KITA SUKAI.
GHAIRAH PADA PENGHINAAN DLLN.

MAKA HILANGLAH KITA PADA TEMPAT KITA BERGANTUNG,
TEMPAT KITA POHON KEAMPUNAN.
TEMPAT KITA MENGADU DAN MOHON PERTOLONGAN,

MAKA LUPALAH KITA SEGALA ASAL USUL KITA,
DARIMANA KITA DATANG DAN KEMANA KITA NANTI.

KALAU DULU KITA ADA ULAMAK YG AKAN MENYEDARKAN KITA,
..TAPI SEKARANG TIADA LAGI.

MASYAALAH ...

ULAMAK YANG ADA SEKARANG BERTUHANKAN DUIT,..
BERCERAMAH, RIBUAN RINGGIT JADI TARUHAN.

APAKAH DUNIA TELAH BERUBAH ???

PATUTKAH BEGINI.

MODEL NEGARA YG DI CANANG OLEH UMNO DAN PAS.

generasi bundle berkata...

Betul la dia tanya tu.sejak bila boleh pegang tangan bukan mahram.maka jawablah wahai insan apabila bukan mahram itu berkahwin atau ibu bapanya atau bla bla bla ila akhir ayat.
hehehe serkap jarang tak mengene yop.
Terbureee soreben.

Tanpa Nama berkata...

Itu sebab dakwah kita gagal. Dakwah kita lebihkan program itu, ini. Tapi tidak pada perangai kita dan sikap kita.

Salah-satu sebabnya cara berkomunikasi. Kalau tak menjerit, bahasa nya kasar. Nada dan ayat nya keras. Bila dalam program realiti pun lebih kurang.

Minta penjelasan tapi begitu nada ayatnya. Dalam berjuang pun biar lah kita berdakwah cara Islam, kan?

Bila ceramah orang kata best sebab banyak lawak bukan sebab menyentuh hati. Penceramah dulu-dulu bila bercerita pasal susah dan betapa zalim nya musuh-musuh Islam terhadap Rasulullah saw, bergenang air mata. Bila berdoa, terisak-isak mohon di ampunkan segala dosa. Bila dengar hebat nya para sahabat berjuang dengan Nabi saw, terasa rugi tak dapat bersama Baginda saw. Tak perlukan sound background bagai.

Tapi sekarang lagi banyak lucunya lagi tinggi demand nya !!



Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Pejuang tegar ke pewalak tegar?

Tanpa Nama berkata...

Hadi awang yg ajar dorg fitnah...hadi pnh fitnah calon PKR jual pil kuda.. so ahli2 tgk bos kali kencing .ini semua POYO...ulamak fasiq

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya amat sedih apabila melihat keadaan pentaksub PAS. Selepas pergolakan yang dicetuskan oleh kumpulan pro'ulama' dengan pelbagai tindakan hingga berhijrah kumpulan yang digelar 'barua', 'jebon', 'munafik haraki' dsb.

Lahirlah Amanah, namun rupa-rupanya masih buruk gelagat mereka. Masih tidak puas hati lalu digelarnya 'pengkhianat' dan 'penderhaka'.

Melihat kepada sambutan dan pergerakan ahli-ahli akar umbi bersama Amanah rupanya menzahirkan lagi sisi gelap dan songsang pentaksub dengan caci maki dan fitnah. Amanah 'haram' Umno 'halal'...Dap 'dikambinghitamkan' lagi Umno 'dijulang' kini...Melayu 'dinobatkan' Islam 'dikemudiankan'...Hujah-hujah 'menghalalkan' kerjasama dengan Umno dijaja...

Sebagai ahli Pas, saya sangat kecewa dengan perkembangan sekarang yang semakin menampakkan sisi sebenarnya disebalik tabir islamiknya Pas...Caci maki menjadi mainan dibibir, gelar menggelar berkicauan, fitnah menjadi mainan...ayat-ayat istiqamah dijaja untuk mengekang ahli keluar.

Pimpinan seolah-olah tidak beruaya mengekang perkembangan kurang sihat yang melanda Pas. Masing-masing mengeluarkan kenyataan yang ikut suka hati masing-masing. Reda Allah diminta, tetapi kerusi pru dicanangkan mahu lawan semua...Bukankah itu gila kuasa?

Jika dilihat, itulah hakikatnya yang perlu semua ahli Pas muhasabah...Amanat keramat mengharamkan Umno dahulu telah memakan diri dan Pas sedang menuai hasil yang ditanam sejak sekian lama daripada amanat tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan Pejuang Tegar, PEJUANG HAPRAK kot.............. Woi mamat lain kaki siasat lah dulu, nampak sangat mcm lahabau.....

Tanpa Nama berkata...



UMNO punya pasal dosa neraka tolak ke tepi.

Ini semua Hj Hadi punya salah. Dari fitnah pil kuda ke fitnah pegang tangan.... lepas ini ulang lagi fitnah yang UMNO kenakan terhadap Anwar Ibrahim.

Ini nasihat.

Unknown berkata...

Adalah mendukacitakan bila kita menyedari tahap kefahaman Islam masih di tahap jumud Wal jahil...Dalam usul ajnabi ini adalah lebih baik menyemak semula semua pendapat 4 imam mahzab mengenainya..kerna kecenderungan hukum di malaysia hanya mengambil kira dari mahzab As Syafiie. .Lalu ia di sebut hukum Islam..adakah fatwa as Syafiie muktamad?.adakah fatwa para imam lain tertolak ?....ketaksuban bemahzab yang bergelumang dalam umah melayu islam..kedangkalan tahap ilmu dan peluasan ya gagal di fahami juga gagal di pelajari lalu isu telah di exploitsi sebegitu mudah dan rakus atas nama islam...bagaimana pula jika di tampilkan gambar As Dr.al qardhawi bersalaman bersama wanita yg juga para pemimpin negara?apakah suatu hukum baru akan keluar?...sama sekali. Tidak...Ia akan keluar dari kejahilan serta ketaksuban kefahaman agama dan kepelbagaian mahzaB. .Tidak dinafikan sebagai propaganda politik yang berkesan terhadap persepsi pada kaum yang lemah minda ilmu agama dan amalan..Secara purata umat Islam Malaysia masih dalam kategori minda dunia ke 3.

nick berkata...

PAS sekarang ni dibawah Hj Hadi ibarat seperti UMNO yang sudah membuang songkok, menanggalkan baju melayu "pink", meminggirkan slogan "ketuana melayu" dan menggantikannya dengan melilit serban, mengenakan jubah tok guru serta bertempik bersorak "walak dulu, kini dan selamanya kat Tuang Presideng dan anak menantunya"! Natijahnya, luarannya mungkin nampak Islam dan baik tapi dalamnya sudah sama busuk dan rosak macam UMNO gak! Fitnah, caci maki, label, bohong, U-turn dan fatwa2 mengarut tu adalah ibarat ulat2 serta berengga2 yang dapat dilihat membiak kat benda2 yang dah rosak dan buruk!

Nick.
Cape Tiger.

ikhlasabaredha berkata...

bagus kalu kita terangkan itu suami dia...
lepas tu berhenti tanpa menyambung dengan maki hamun
percayalah,, memaki hamun hanya menjatuhkan maruah kita
tunjukkanlah akhlak mulia seperti yg nabi ajar
yuk selawat,, muuuaChhh

Tanpa Nama berkata...

betul. aku tgk pendakwah barat dlm rancangan 'Being Me' lebih menarik dan menusuk kalbu drpd ustaz2 kaki jerit(dah la guna mikrofon).

Tanpa Nama berkata...


Teringin sangat berkongsi pengalaman disini.

Ini cerita 20 tahun yang lalu.

Bos saya adalah se orang kuat kristian dan sangat baik. Dari tutur katanya dan prihatin nya membuat saya terkeliru, lalu saya tanya dia, mengapa dia tidak masuk Islam ? Dia terdiam dan meningglkan saya. Lalu saya di panggil oleh seorang lagi kawan nya dan dia menerangkan mengapa tuhan wujud? Dia memberi perumpaam jika kita bawa makan dan alat-alat yang tidak pernah di gunakan oleh sekumpalan orang asli di sebuah pulau, maka kita akan di anggap tuhan oleh orang asli di pulau tersebut. Dia juga menerangkan mengapa ada kumpulan orang yang perlu membuat Tuhan dalam berbagai-bagai bentuk. Langsung dia tidak marah pada saya yang ketika itu masih muda kerana baru dapat pekerjaan.

Kawan-kawan lain menganggap saya telah di pengaruhi oleh mereka sedangkan mereka tidak mampu menjelaskan kepada saya tentang kewujudan Tuhan. Mereka mengatakan saya telah di dakwahkan oleh mereka sedangkan mereka sedikit pun tidak menyebut tentang agama hanya tentang Tuhan. Itu pun sekali.

Dia orang yang dalam kumpulan ini sebenarnya tidak menganggap mereka berdakwah tetapi mereka mempelajari cara bercakap dan mendengar dengan betul. Bila kita bermasalah untuk menerangkan apa yang kita maksud kan mereka mampu menguna ayat yang betul untuk menjelaskan seperti apa yang dimaksudkan oleh kita.

Puas saya tegur anak saya bila mereka berkomunikasi antara adik beradik. Tapi tak tahu lah mengapa sedangkan kesemua anak saya mendapat pendidikan di sekolah agama berasrama. Sampai saya cakap mengapa cikgu suruh buat karangan dalam bentuk berdailog ? Bila dengar mereka berborak dan bergurau, dengan kawan-kawan, hancur apa yang saya inginkan ..

Pernah satu hari bos saya itu berhenti memandu di tengah jalan kerana beberapa kayu papan iklan bertaburan di tengah jalan ketika kami keluar makan bersama. Saya tak sangka bos saya itu sanggup berhenti. Bos orang kita, kena hormat dan di takuti.

Jika tidak dapat petunjuk dari Allah agaknya mungkin saya telah terpikat dengan approach mereka.

Dalam bacaan tahlil adalah sikit-sikut part-part yang guna suara yang seolah-olah dalam kesedihan dan dalam khutbah pula lebih pada suara yang keras. Nak suruh beramal bayarzakat pun bunyi nya keras. Mungkin ayat dalam teks tersebut perlu di ubah dari seperti membaca buku cerita kepada m enjadi teks penyampaian. Dam yang penting seperti ada pengomen sebut 'Jangan terlalu ghairah .....'




Tanpa Nama berkata...

Lain kali, nak fitnah belajar dgn hj hadi... nak fitnah jgn sebut nama, nak fitnah jgn tunjuk gambaq... kehh.. kehh..

Tanpa Nama berkata...

Pejuang tegar taik kucing...nama bukan main tp bodo nak mampus. Lain kali usul periksa baik2 baru tulis komen..apala mangkuk. Tuan hadi awang tk nak komen apa2ka?

benartetapbenar berkata...

Pinjam kata2 hikmah sorg tok ketua, org tolol menjadi barua kpd sebuah parti assobiyah lalu merekalah anjing yg bukan menyalak bukit, tetapi menyalak babi dlm bukit... kita tnggu Allah swt tunjuk.sapa plak yg akhirnya akn mngaku babi...?