28 Dis 2015

Cilik Al-Fateh AMANAH Melaka Pertama Mula Beroperasi Jan 2016

Tadika Cilik Al Fateh yang pertama di Melaka akan dibuka untuk sesi pengajian pada awal Januari 2016. Ianya akan dikelolakan oleh AMANAH Cawangan Sg Putat, Batu Berendam Melaka.

Cilik Al-Fateh merupakan produk AMANAH yang kedua selepas Amal Relief (ARIF) yang merupakan sebuah tadika berkonsepkan Islam untuk melahirkan "Generasi Muttaqin Pemimpin Masa Depan".



Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Cilik Al-Fateh Sg. Putat, Tn Haji Md Ali bin Sharif ketika ditemui di tadika berkenaan pagi tadi.

Ia akan dikelolakan oleh gurubesarnya, Cikgu Fatimah dan akan bdibantu oleh tenaga pengajar, Cikgu Nazra Ismail. Tadika Cilik Al-Fateh ini menyewa sebuah rumah di alamat No 2&4, Taman Seri Jati, Batu berendam, 75350 Melaka.

"Visi kami ialah untuk meneraju pendidikan prasekolah yang innovatif berteraskan Islam untuk membangunkan generasi muttaqin yang berilmu dengan misi utama kami bagi melestarikan sistem pendidikan pra-sekolah Islam bagi melahirkan generasi muttaqin yang berilmu, kreatif dan inovatif sebagai pemimpin masa depan," tambahnya.

Tn Hj Md Ali bin Sharif, Pengerusi Cilik Al-Fateh Sg.Putat, Baru Berendam

Menurutnya lagi, silibus Cilik Al-Fateh yang akan menjadi silibus di tadika ini ialah matapelajaran-matapelajaran yang berteraskan Kurikulum Standard Pendidikan Pra-sekolah (KSPK) iaitu

* Bahasa dan Komunikasi
* Sains dan teknologi
* Kerohanian Sikap dan Nilai
* Perkembangan Fizikal & Estetika
* Ketrampilan Diri
* Kemanusiaan.

Dan silibus tambahan Cilik Al-Fateh telah diadun dengan pendekatan pendidikan Islam, Huffaz dan Montessori iaitu:

* Tahfiz Al-Quran
* Bahasa Melayu
* Bahasa Ingegeris
* Sains
* Matematik
* Pendidikan Islam
* Jawi

Diantara beberapa kelebihan yang ada di Cilik AL-Fateh ialah

* Tahfiz Al-Fateh
* Pendidikan Islam
* Pembelajaran Kaedah Kreatif
* Cepat Membaca Buku Anakku (BM) dan Look And Say (BI)
* Praktikal Solat.

Selain itu, Cilik Al-Fateh mempunyai kelas yang kondusif untuk pembelajaran dimana suasana kelas yang berwarna-warni bagi meningkatkan daya kreativiti dan inovatif anak-anak supaya minda anak-anak tidak terkepung dan tertutup dengan hanya satu-atau dua warna sehaja.


Warna oren dipilih sebagai warna yang mendominasi tadika ini bagi mengembangkan kecerdasan, kecergasan disamping membantu meningkatkan daya kognitif anak-anak.

"Selain itu, di Cilik Al-Fateh kami memperkenalkan pembalajaran Al-Quran melalui kaedah IQRA yang telah terkenal di mana dengan kaedah ini anak-anak lihat dan baca terus.


"Cilik Al-Fateh juga menyediakan perkhidmatan menjaga anak-anak selepas waktu persekolahan dimana ia memberi ruang kepada ibu bapa untuk mengambil anak mereka selepas waktu bekerja," ujarnya.

Sasaran Cilik Al-Fateh ialah penduduk di sekitar Batu Berendam, Sg Putat, Taman Jati, Taman Seri Jati, Taman Ara, Taman Melaka Baru Taman Merdeka, Taman Angkasanuri, Kg Gangsa, Taman Mas Merah, Tama Sutera Belia, Taman Seri Selendang, Bukit Beruang, Bukit Katil dan Ayer Keroh.

Orang ramai yang mempunyai anak-anak berumur 4-6 tahun dipelawa dan digalakkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka di tadika ini.

Bagi menjayakan tadika Cilik Al-Fateh ini bagi meningkatkan kemudahan prasarana dan membantu pengurusan, pihak pengurusan Cilik Al-Fateh juga mengalu-alukan sumbangan dari orangramai dan semua sumbangan disalurkan ke akaun

Maybank 554026275398
di atas nama TADIKA CILIK AL-FATEH

dan maklumkan segala sumbangan kepada melalui telefon atau sms ke nombor 019-6551818 atau 019-2360941

AMANAH Melaka pada peringkat awal sedang cuba untuk mewujudkan sebuah Cilik Al-Fateh bagi setiap kawasan parlimen bagi memenuhi permintaan ahli dan rakyat setempat, menurut sumber dari Amanah negeri Melaka.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

INSYAALLAH WE WILL BERI SUMBANGAN SEKADAR MANA KITA MAMPU.

Tanpa Nama berkata...

Bagus ... satu inisiatif yg mesti disokong ... Tak kira siapa yg menubuhkan pusat tadika ini ... itu tidak penting ... yg penting ambil peluang dari kemudahan ini untuk membina dan mendidik anak2 kita dgn konsep methodologi yg betul dalam sistem pembelajaran awal kanak2.

Tanpa Nama berkata...

Really like this. Satu bukti yg tewas kerana CAI tempoh hari adalah mereka yg dinamik dan pro aktif. Bandingkan gerak kerja mereka yg menang juga kerana CAI, secara jujurnya tiada yg baru,yg sedia ada pun ntah le. Teruskan AMANAH. Kami In Syaa Allah akan membantu selagi terdaya.

Tanpa Nama berkata...

Syabas dan taniah. Moga usaha ini mampu berkembang di negeri lain di bawah Amanah. Alhamdulillah...frm Trg.

Tanpa Nama berkata...

Guru yang faham erti mendidik sudah tentu nya ingin mendidik anak-anak menjadi orang yang berilmu dan yang paling penting menanam AKHLAK yang mulia supaya apabila jadi Ketua atau jadi Presiden, mereka tetap berpegang pada akhlak Islam.

Semuga tadika Cilik Al-Fateh melahirkan seorang pemimpin yang berilmu dan berakhlak.

scrapbooker berkata...

perluaskan pada semua tempat, mesti dapat sambutan punya

omar daud berkata...

Salam:


CONGRATULATE!!!melangkah setapak yg penuh bermakna.

Teringat pada penubuhan PKN Parti keadilan Nasional dulu sekarang (PKR).Sedihnya sehingga kini tiada apa-apa programe yg Khusus untuk ahli dan rakyat setempat.Tidak seperti Penasihatnya DSAI semasa menerajui ABIM bejaya menubuhkan Yayasan Anda ,membantu pelajar-pelajar miskin yg gagal melanjutkan pelajaran keperingkat tinggi.

Diharap usaha ini diteruskan di semua tempat seluruh Malaysia,terutamanya di Selangor.

Saya syorkan Amanah menubuhkan satu jabatan khusus,bagi Mualaf-Mualaf yg baru dan yg dah lama memelok agama Islam.Saya dapati mereka ini terbiar tak ada haluan hanya mengharapkan jabatan kerajaan persekutuan sahaja.Tunjukkan pada mereka Islam itu sebenarnya "Rahmatulalam" tiada berbeza antara RAS perkauman cuma melayu sahaja.

Insyallah jika USAHA "KEBAIKKAN" ini berterusan "ALLAH akan turunkan BARAKATH" pada kita,TIADA permusuhan,hasad dengki,saling tolong-menolong,bekerjasama ,di samping "MENCEGAH KEMUNGKARAN".

go AMANAH go: I'm proud of you.

Wassalam.

Husmad Ahmad berkata...

Banyakkan lagi al fatih dimerata negeri

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. teruskan usaha murni. in shaa allah akan dibantu oleh yg Maha Kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Amanah mesti menampakkn mrk sbg produk yg baru yg tak ciplak dr produk lain. Amanah tak perlu ada apa2 yg pas ada. Amanah dakwa adlh parti yg didokongi oleh harakah2 Islam yg lain. Amanah tidak perlu mendoktrin kanak2 utk memastikan kelangsungan parti itu. Cukup Amanah mengamalkan Islam yg sebnr2nya yang terbuka. Jadi sesiapa yg faham Islam dan mahukan Islam dia akan memilih Amanah. Kita tak mahu anak2 diasingkan pendidikn mrk mengikut parti atau harakah. Mungkin ini menyumbang kpd perpecahn umst Islam. Islam itu satu. Amanah sbg parti baru patut tumpukan resource kpd memberi penerangsn dn memperkenalkn Amanah. Amanah perlu menjadi sayap politik bg harakah2 Islam. Tugas mendidik masyarakat tentang Islam dan politik dilakukan oleh harakah lain. Amanah tumpukan kpd politik dan amalkn politik baru yg terbuka dan adil. Calon2 adun dn mp mesti ditentukan oleh kawasan tersebut, bukan dr kepimpinan. Barulah benar kerajaan oleh rakyat, dari rakyat, untuk rakyat. Amanah bukan stand alone identiti, tapi sebahagian dari gerakan Islam yg sebenar. Abim, Ikram dll terhasil dr idealogi gerakan Islam yg sama. Diharap mrk dpt mbawa masyarakat mengabdi diri hnya kpd Allah, dn memastikan Amanah di atas asas ini.

Tanpa Nama berkata...

Lakukan usaha yang baik ikhlas kerana Allah , insyaAllah akan diberkati

Tanpa Nama berkata...

Saya kurang setuju dgn pendapat tuan anon 11:16 pg

Saya merasakan cilik al-fateh itu satu keperluan, bukan untuk bertanding untuk mengadakan produk seperti parti-parti lain terutama parti sejarah kita...

Jika tidak ada cilik fateh, ke mana sebenarnya hendak dihantar anak2 kecil ini Untuk ke PASTI, tidak lagi, untuk ke KEMAS jauh sekali... Untuk ke tadika-tadika swasta yg lain, spt genius aulad dll, kami belum berkemampuan lagi

Jadi tadika ini sepatutnya diberikan sokongan dan diperkembangkan... Kalau tuan nak hantar anak tuan ke PASTI atau KEMAS, silakanlah....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah...teruskan niat murni ini.....InsyaAllah....Allah akan mmberkati usaha kalian..

Tanpa Nama berkata...

JIKA AKTIVITI YANG DIADAKAN BERFAEDAH SUDAH TENTU MASYARAKAT AKAN SAMBUT BAIK , PASTIKAN IA BERUPAYA MENUNJUKKAN ARAH KEHIDUPAN JELAS DUNIA DAN AKHIRAT

Mat Bi berkata...

Anon 11:46 ... tak ada salahnya membuka tadika. Pokoknya Amanah perlukan dana -- dan perniagaan Tadika ini adalah salah satu dari usaha untuk menjana keuntungan. Membuka tadika adalah 1 yang do able oleh Amanah sekarang. Skilsetnya dah ada dan terlatih. Marketnya pun ada. ;)

Tanpa Nama berkata...

Boleh Amanah buat tadika. Tapi jgn kait dgn Amanah. Marketnya hanya kpd penyokong Amanah. Patutnya bg nampak berkecuali, market lg besar. Marilah kita menuju kpd masyarakat madani yg terbuka mindanya. Skrg ni semua benda dipolitikkn. Dah muak. Kita mengajar anak2 kita berpuak2 ikut fahaman politik mak bapak. Ini tak sihat utk negara genarasi akn dtg. Dahlah kita berpuak2 ikut kaum dan agama. Dlm satu kaum berpecah pulak ikut fahaman politik. Amanah tak perlu risau sokongan. Selagi mrk ikut Islam yg sebnr, dn beri kefahaman Islam kpd masyarakat, mrk yg diberi hidayah oleh Allah akn mengundi Amanah.

Tanpa Nama berkata...


Rasanya idea tadika Pasti datangnya dari idea kumpulan pemimpin Amanah semasa mereka masih di dalam PAS.

Nak harapkan pemimpin cai .. yang dia orang tahu nak kan kuasa, ada kuasa ada duit, ada duit baru lah boleh gerakan Islam.

Tadika Pasti sudah pasti selepas ini berubah kerana semua nya mengikut Kemas.