30 Dis 2015

Anak Hj Hadi Berdepan Tindakan Undang-undang Jika Gagal Mohon Maaf

Pemuda PAS mohon maaf atau tindakan undang-undang diambil, kata Pemuda Amanah

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakrulrazi Mokhtar (kanan) mahu Pemuda PAS memohon maaf dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan undang-undang diambil.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakrulrazi Mokhtar mahu Pemuda PAS memohon maaf dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan undang-undang diambil.

Pemuda Amanah Nasional menuntut Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi menarik balik tuduhan bahawa ‘Amanah hanya akan dengar cakap DAP’ atau berdepan tindakan undang-undang.


Naib ketuanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Khalil perlu memohon maaf secara terbuka kerana tuduhan tersebut bersifat jahat dan menyebabkan timbulnya persepsi buruk terhadap Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau memberikan masa selama dua minggu dari tarikh sidang media hari ini untuk Khalil bersemuka dengan pihaknya.

“Kami menegaskan bahawa kami bersedia untuk bersemuka dan behadapan secara harmoni atas dasar sifat jiwa besar dalam menangkis dakwaan tersebut.

“Sekiranya beliau yakin dan berpegang kepada dakwaannya itu, tidak menjadi masalah untuk beliau berhadapan dengan Pemuda Amanah.

“Namun jika beliau enggan memberikan respons, kami menyerahkan kepada peguam untuk membuat tidankan selanjutnya,” kata beliau pada sidang media di Wisma Amanah Negara, Jalan Kuching hari ini.

Khalil pada 24 Disember lalu berkata kepada Sinar Harian Online: “Amanah terikat dengan DAP. Mereka hanya akan dengar cakap DAP sahaja. JIka DAP mahu mereka senyap, merak akan senyap. Kalau DAP mahu mereka buat bising, jadi bisinglah mereka,”

Menjawab tuduhan yang disifatkan sebagai sangat berat itu, Fakhrulrazi menegaskan, Amanah tidak terikat kepada mana-mana parti sebaliknya perjuangan mereka berdasarkan prinsip dan pegangan.

“Kenyataan ini sangat tidak berasas dan ia hanya sangkaan buruk terhadap Amanah iaitu parti Islam yang baharu bertapak dalam arena politik negara.

“Dakwaan Khalil ini sangat berat seolah-oleh Amanah hanya pak turut kepada DAP sedangkan tidak berlaku sama sekali gambaran sedemikian,” katanya yang juga bekas bendahari Pemuda PAS Malaysia.

Menurut beliau, Khalil sebagai pemimpin pemuda parti yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan tidak harus membuat tuduhan seperti itu.

“Beliau seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, jangan kerana kebencian menghalalkan fitnah seperti itu. Seorang ahli parti Islam lebih mengetahui kaedah dan cara untuk mengenakan tuduhan dan hukuman,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi Naib Ketua Wan Anwar Wan Ibrahim menjelaskan, tindakan mahkamah adalah sesuatu yang normal sebagai pengajaran kepada orang yang membuat fitnah.

“Kita beri peluang kepada Khalil untuk respons dan jika tiada kita tengok tindakan mana yang wajar dilakukan.

“Kami tidak mahu terlalu membesarkan perkara ini tetapi kalau terlalu kerap kenyataan fitnah terhadap Amanah, kami kena ambil tindakan sebagai pengajaran dan ini suatu yang normal,” katanya yang juga merupakan peguam. -malaysiadateline

ULASAN GB

AMANAH hanya dengar cakap DAP, kata anak Presiden PAS, Mohd Khalil Haji Hadi. Tuduhan dan fitnah yang menjadi-jadi di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS terhadap AMANAH.

Kerana partinya sudah memutuskan hubungan dengan DAP, maka dituduh sesiapa juga yang berkawan dengan DAP sebagai musuhnya dan pak turut DAP.

Sungguh kasihan. Ingatkan dalam UMNO sahaja mempunyai makhluk-makhluk berakal kometot, tapi kini dalam PAS pun ramai juga.

Jika dahulu, TDM berkata yang tinggal dalam UMNO hanya mereka yang bodoh-bodoh dan yang pandai-pandai dah masuk PAS, tetapi kini senario berubah lagi. Yang tinggal di dalam PAS hanya mereka yang bodoh-bodoh dan yang pandai-pandai dah masuk AMANAH.

Itu hakikatnya. Itulah hukum kebenaran dna keadilan yang berjalan.

Ia semata-mata kerana kebodohan pemimpin PAS yang percayakan UMNO kerana hudud. Akhirnya hudud entah ke mana, PAS pula tercampak keluar dari Pakatan Rakyat.

AMANAH tidak pernah menolak hudud seperti yang difitnahkan oleh ramai pemimpin dan ahli PAS. Tetapi AMANAH mengikut saranan Ketua Ulamak Sedunia, Syeikh Yusuf Qaradhawi yang menyatakan, laksanakan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud.

Memang DAP menentang hudud, dan itulah hak mereka. Presiden PAS pun akui hakikat itu. Yang penting ialah kita perlu terus berdakwah kepada bukan-Islam termasuk DAP dengan cara berhikmah., bukan dengan cara kekerasan.

Firmanullah

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”
(Surah al – Nahl: 125)

“Maka, berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Karena itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal.”
(Surah Ali Imran: 159)

Dua ayat Allah di atas sudah cukup untuk dijadikan panduan di dalam berdakwah terutama terhadap bukan-Islam.

Ini tidak, dimakihamun semua orang yang dituduhnya menolak hudud, baik yang Islam atau bukan Islam.

Tetapi mahu pula berbaik dengan UMNO walaupun UMNO menolak hudud. Berbaik juga dengan UMNO walaupun rakan-rakan UMNO seperti MCA dan GERAKAN yang menolak hudud.

Keras hati dan zulmat - itu jawapannya. Sehingga tidak mempraktikkan uslub dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah. Pemergian TG Nik Aziz yang bersifat "murabbi", yang berlemah lembut terhadap orang yang keras menentang hudud juga tidak dijadikan ikutan.'

Hati para pemimpin dan ahli PAS menjadi keras seperti batu. Gagal melaksanakan fungsi dakwah. Habis semua dikafir harbikan. Sama seolah-olah golongan ISIS. Bila kita begitu melenting sampai ke langit. Yang "menasihat" mereka dituduh pengkhianat. Tapi hendak pula mereka menjadi penasihat kepada UMNO!

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Just proceed tanpa perlu menunggu permohonan maaf drpnya. Bentuk politik begini perlu segera dihentikan jika tidak ia pasti merebak dan kesannya amat negatif. Lihat sahaja apa yg telah berlaku kpd watak2 golongan PRO dalam PAS sebelum muktamar. Lambakan gelaran dan fitnah seolah2 dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan yg diambil. Facebookers spt tuk usin ceroi dan elharaki sewenang2nya menyebarkan berita2 waham yang akibatnya adalah yg kita dpt lihat sekarang. Membiarkan pihak lawan memfitnah kita dalam skala yg besar begini, tanpa apa2 tindakan yg diambil, boleh menjadikan sesetengah pembaca percaya. Memaafkan itu baik. Terlalu memaafkan utk perkara2 begini akan memungkinkan satu keadaan - kebenaran akan ditelan kebatilan.

Tanpa Nama berkata...

Betul, tak perlu tuntut permohonan maaf... terus saja saman... biar bankrap sehingga tidak layak untuk jadi calon PRU14. KITA TAHU DI DALAM HATI TU ADA TAMAN DI PARLIMEN... TAPI KALAU SEKADAR JADI PASU BUNGA HIASAN, LEBIH BAIK DIBANKRAPKAN SAHAJA.

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi ajak lah berdebat terbuka .. Ada bran ke ? Tapi sebagai orang Islam kita bagi lah peluang dia minta maaf mudah-mudahan hati dia lembut sebab masih muda.Yang dah tua tu susah sikit...

Masih ada Pemuda Negeri yang nak ikut Ketua macam ini. Ada Ilmu tapi tak pakai untuk putuskan mana yang betul dan mana yang salah? Masa kutuk Rosmah berapi-rapi. Bila sebut Rosmah akan di ikuti dengan neraka, gara-gara fashion pakaian Islam yang terdedah yang di rasmikan oleh Rosmah sebagai penaung.

Tiba-tiba Ilmu yang sama pulak yang buat kerja dosa macam Rosmah dan Najib.

Tanpa Nama berkata...


Ini baru bunga-bunga.

Tungguuu..

Lepas ini, dengan anjing menyalak, babi atas bukit, suka hati lah, haram ada dua parti .... dapat surat dari Ulama Yusoff...

Rasanya anak Presiden ini layak jugak keluarkan Amanat untuk mansuhkan Amanat Hj Hadi !

lelaki dicermin berkata...

Kalau tak salah anak tuang presiden 2 org yg terbabit dlm politik...menantu seorg...yang paling bongok bg aku pimpinan pas selangor..jawatan kat perangsang tu dpt pd menantu.. yg seblm org tak kenal sape dia.. tiba2 dpt jawatan tinggi.. bergaji tinggi..pimpinan pas selangor yg byk keluar air liur tak dpt apa2.. nak bantah kang tak wala..pandang je lah..

Saadun Sulaiman berkata...

Puak puak goblok dalam PAS yang mempunyai akal yang kemetot akhir akhir ini kelihatan suka sangat melempar kan tuduhan yang tidak berasas terhadap DAP dengan pelbagai tuduhan. Ia nya kelihatan seolah olah fikiran puak puak goblok ini sudah di serap cara UMNO berfikir.

Pada saya DAP tidak lah sebegitu fe'el nya. Sebagai contoh, sebelum PRU ke 13 dulu seorang insan yang baru bersara dari jawatan "POLIS" dengan begitu bangga mengistihar kan diri nya sebagai orang Melayu pertama di daerah Mersing yang join DAP. Saya hadir di hari pengistiharan tersebut. Ucapan sulung nya begitu berapi api marah kan UMNO.

Dek kerana "MEMPERCAYAI" kata kata nya maka Pakatan Rakyat ketika itu bersetuju untuk melantik beliau sebagai calon untuk DUN Tenggaroh.

Di pertengah jalan beliau buat "U" turn setelah bertemu se seorang dari puak UMNO di sebuah Hotel Di Johor Bahru. Apa yang berlaku saya tak tau walau pun pelbagai berita yang saya dengar. Walau pun mempercayi berita yang di dengar, kerana ia nya bersifat "HEAR-SAY" maka tidak akan saya nyata kan di sini.

Kerana kekosongan wakil sebagai calon maka seoran guru bersara dari Labis terpaksa di import. Keputusan nya semua orang tahu - "KALAH".

Buat mereka yang suka melempar kan kata kata kesat terhadap DAP perlu refresh pemeikiran mereka walau pun kemetot kerterlibatan DAP dalam membantu mangsa mangsa banjir di Kelantan. Saya manyaksi kan sendir beberapa buah treler yang membawa muatan. Mereka tidak pun memasang lambang DAP di treler treler tersebut walau pun pemandu merupa kan orang mereka. Dalam misi tersebut beberapa orang sukarelawan PAS Mersing telah menawar kan diri.

Penempatan semula mangsa mangsa banjir masa lagi belum beres. Persolan ini patut mereka fikir kan. Bukan mengeluarkan kenyataan memburuk kan orang lain yang mereka benci.

Berbalik kepada PRU ke 13 dulu, saya masih ingat kemeriahan para petugas untuk memasang poster dan bendera. Keakraban di antara petugas PAS dan DAP begitu marminis sekali. PAS Mersing yang masih serba kekurangan merasa lega setelah pehak DAP sanggup mengada kan lori lori kecil dan kenderaan lain untuk memudah kan kerja tersebut. Nalah DAP turut "BELANJA" para sukuralawan PAS, saperti minuman, malah rokok juga. Dengan itu elok lah puak puak PAS yang berotak kemetot memberhenti kan penyerangan mereka keatas DAP. Jangan jadi Melayu pertama yang menjadi ahli DAP itu kerana tanpa segan silu masih berada di Mersing walau pun sebelum ini ada perkhabaran bahawa beliau akan nerhijrah ketempat lain.

Saya bersetuju dengan Tanpa Nama agar menerus kan sahaja saman tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Nak buat macam mana sekarang ni pas dah jd barua ameno. Semua kelakuan dan tindakan mesti ikut ameno.

mohd shahran berkata...

bapak borek anak rintik betul pepatah melayu.. bapak kaki fitnah anak ikut sikap bapak.tapiada lagi goloingan otak kemetot terdiri daripada bijak pandai yang masih percaya ank beranak kaki fitnah ini

Tanpa Nama berkata...

Hanya daku ingin simpulkan satu kata sahaja kepada pas hadi sebelum menutup kalendar 2015 yang penuh bersejarah ini. Tahun penuh duka nestapa bagi seluruh rakyat kerana perbuatan tok ketua bn. Tahun di mana tok ketua bn yang kelemasan tiba2 diberi nyawa oleh hadi. Hadi pun duduk ceria bersantai2 dengannya di majlis meraikan tok guru as sisi, penyembelih ummat islam mesir. Perampas kuasa mursi yang dipilih rakyat.

Pas hadi sudah hancor! Itu saja..

Oleh itu, dengar sini baik2 bagi ahlu pas dan maknusia yang Allah Taala bagi akal:

- Pas hadi sekarang telah menjadi zombi atau hantu belaan. Ia sedang diarahkan oleh pawangnya untuk mengacau satu malaya. Huru harakan semua parti2 pembangkang supaya lemah. Supaya jangan ambil alih putera jaya. Supaya rakyat jangan tahu betapa teruknya bn memerintah selama ini.

- Pas hadi ibarat keretapi yang terkeluar landasan kerana relnya disabotaj. Penumpang2nya dijadikan tebusan. Habis harta penumpang dirampas untuk bayar hutang bosnya yang kalah judi. Ketua penyamunnya keturunan tauke judi telah kalah besar di meja judi high class. Percaya sangat dengan penasihat yauhu.

- Pas hadi bukan lagi sebuah parti politik. Mereka tiada cita2 nak memerintah. Mereka sekarang bertaraf ngo atau syarikat konsoltansi sahaja. Buat iklan nak konsoltan orang tapi dia sendiri tidak ada rekod baik. Besar kemungkinan hadi and the geng ni talibarut bn. Mereka dah lama buat macam2 kelaku pelik supaya bn tetap berkuasa. Jatuhnya kedah dan terengganu dan insiden pertindihan calon pru 13 menjadi bukti.

Maka. Wahai seluruh ahli pas yang tulin. Ahli pas yabf berjuang mengikut jalan2 yang ditunjukkan oleh tuan guru ustaz fadzil nor dan tuan guru nik abdul aziz nik mat, sila keluar dari pas hadi sekarang jugak. Sila menyertai parti Amanah jika ingin meneruskan perjuangan tuan puan.

Tiada manfaat sedikit habuk pun jika anda masih bersekongkol dengan hadi and the geng.

Tanpa Nama berkata...

Ucapan barua oleh presiden PAS telah balik kepada PAS apa tidaknya sekarang PAS sudah jadi barua UMNO untuk mengutuk Harapan Rakyat

"Nukilan - Aku Prihatin" berkata...

Saman terus aje bro, tak payah tunggu2. Lagi pun PAS byk duit dan jika tak cukup jugaaa ... Boleh minta dengan Ah Jib.

Timnajib Jomfikir berkata...

Usul tanpa bahas pada Muktamar yang lalu..senjata sudah makan tuan.

To: Mohamad Khalil Hadi.

Pandai cakap buat tuduhan, pandai-pandailah jawab nanti ya..kalau peguam soal..telinga tu..dengar baik2 soalan.
Jangan u turn ya..soal lain, jawab lain.

Bapak dan anak sama saje. bapak ku hero ku. Yang pastinya, confirm akan ada pengikut2 yang bebal akan menemani beliau ke mahkamah nanti.

Tanpa Nama berkata...


Setuju dengan Lelaki di Cermin 1 27 PG

Bahalol dalam PAS akan kata apa beza dengan keluarga Anwar?

Bezanya ialah semua keluarga Anwar telah teruji. Dihina, di tahan, dizalimi dan di pisahkan dengan suami/ayah bertahun-tahun. Semasa Anwar di serbu dan di tangkap di rumahnya di Bukit Damansara, semua orang dah sebut dan kenal dengan anak-anak Anwar/

Yang Pemimpin PAS Selangor memang bongok-bongok. Orang yang di gelar Din Ayam yang pegang jawatan, bukan tak ada yang bergelar Dr.

Si Hj Hadi sengaja berbaik dengan UMNO. Jika PAS di pihak pembangkang sudah tentu Din Ayam dan Khalil akan buat kerja menentang Kerajaan dengan berdemo dan membuat kenyataan yang menyerang Najib dan UMNO. Kemungkinan kena tangkap dan di penjara seminggu dua, cukup sudah membimbangkan Hj Hadi.

Karier politik anak dan menantunya, mengambil kira umur mereka, Hj Hadi perlu meletakkan mereka di satu posisi. Maka terlepas lah anak dan menantunya dari pahit dan susahnya perjuangan dan ahli-ahli PAS cuma dapat menilaikan mereka kerana jawatan dan kerana ada pertalian dengan Hj Hadi.

PAS bukan lagi berjuang atas dasar Islam tetapi atas kepentingan peribadi masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

Mesti dia menang punya........dia mintak tolong umnu carikan hakim serupa OgostinPol.....

Tanpa Nama berkata...

Aku dah beritahu dulu;
"Kalau dengar dan percaya cerita Hadi Awang @ The Group, serupa dengar dan percaya dengan cerita yang babi boleh terbang"

Dynamic Hijrah berkata...

Bapa borek anak rintik. Dulu bapanya kena saman kes dakwaan pil kuda dll. Hakim kata perbuatan dakwaan pil kuda dll memang berlaku cuma dakwaan itu tk spesifik kpd siapa. Amat aib puak kononnya ulamak berakhlaq rendah begini. Siapa yg tertarik dgn Islam kalau begini akhlaq puak ni?

Tanpa Nama berkata...

Saman jangan tak saman.....ajar sikit mangkuk hayun yang baru nak belajar berpolitik ni...

Tanpa Nama berkata...


Lagi lambat minta maaf lagi susah, lagi malu.

Banyak kes macam ini , yang mengata yang kena denda sebagai ganti rugi. Rujuk kes Mahfuz dengan Hasan Ali. Mungkin apa yang di kata Mahfuz bahawa Hassan Ali di taja oleh UMNO ada benar nya tetapi Mahfuz gagal membuktikan nya.

Tapi kalau nak jaga maruah ayah, jangan minta maaf. Biar masuk mahkamah, sebab jika kena denda bayar ganti rugi pun keadaan sudah reda dan malu nya tak sama dengan malu nya sekarang.

Mesti ayah kau suruh buat macam tu kan?

mustapa m said berkata...

Segera ambil tindakan saman ke atasnya. Tak perlu tunggu dia minta maaf, dia takkan minta maaf. Tak perlu tunggu hari 'Selasa', nanti sampai habis tahun pun takda tindakan saman.

Tanpa Nama berkata...

Saman segera biar jadi teladan, kalau tak saman nnt amanah yg malu cakap tak serupa bikin. Peluang dah bg utk mohon maaf.

wan amero berkata...

Saman saja mamat belukang tak sedar diri ni.Harap tumpang nama bapak....khaikkk tuiiii

Abdul Said berkata...

Guru kencing berdiri, murid kencing berlari keliling Stadium Bukit Jalil!

wan amero berkata...

Bapak dgn anak sama mulut longkang!