26 Nov 2015

PH Boleh Menang Dengan Atau Tanpa PAS

Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum akan datang - dengan atau tanpa PAS - atas gelombang sentimen anti-Umno, kata seorang bekas pemimpin parti pemerintah itu.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, yang kini bersama PKR, berkata sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) masih menjadi faktor dalam pilihan raya akan datang.



"Dalam pilihan raya umum lepas, kira-kira separuh daripada pengundi mengundi pembangkang, tidak semestinya kerana mereka mengundi pembangkang, tetapi mereka telah mengundi menolak BN.

"Masih ingat ABU? Saya pun kena la," katanya, merujuk kepada kekalahannya di kerusi Parlimen Temerloh kepada calon PAS, Nasruddin Hassan pada tahun 2013.

ABU adalah satu gerakan yang bermula pada tahun 2011, yang mana mesejnya ialah mana-mana parti lain, adalah lebih baik daripada Umno-BN dalam mentadbir negara.

Saifuddin keluar parti dan menyertai PKR pada 14 Oktober, selepas beliau diberi surat tunjuk sebab kerana menghadiri meja bulat Pakatan Harapan awal bulan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di ibu pejabat PKR pada Jumaat lepas, Saifuddin menyentuh tentang kemungkinan pakatan pembangkang yang dilahirkan semula, untuk meraih undi Melayu tanpa PAS.

Ini, katanya, akan bergantung kepada kekuatan parti serpihan PAS - AMANAH - pada masa itu, dan juga bagaimana ia boleh meyakinkan pengundi Melayu bahawa Pakatan boleh menjaga mereka dengan lebih baik, berbanding dengan Umno.


"Kita mesti menjelaskan dengan baik dasar-dasar kita kepada pengundi bumiputera, tunjuk rekod prestasi kita di Pulau Pinang dan Selangor untuk meyakinkan rakyat bahawa kita akan menjaga kepentingan orang Melayu," katanya. -mk

ULASAN GB

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada kebaikan dan hikmahnya. Begtulah Pakatan Harapan tanpa PAS,

Rakyat mudah membuat pilihan diantara dua: samada BN atau PH. PAS tak termasuk kerana ia bersendirian.

PAS yang angkuh kononnya boleh ke Putrajaya sendirian. Terserah kepada mereka dengan keyakinan dan teori-teori mereka. Yang jelas dan nyata, PAS sedang menggali kubur sendiri. Keangkuhan dan kesombongan mereka memuncak apabila mereka menyatakan mereka mahu bertanding di semua kerusi dimana DAP dan AMANAH bertanding. Persis seolah-olah mereka sedang mengikut telunjuk pihak tertentu sekalipun sedar mereka akan kalah.

Walau apapun, di pentas demokrasi, tiada sebarang halangan. Dan dalam banyak hal, apa yang telah berlaku kepada PAS ialah ayam terlepas, tangan bau tahi. Hudud yang dilaung-laungkan akhirnya mati begitu saja sedangkan PAS sendiri yang tercampak keluar dari PR.




12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarlah masa yang menentukannay, Pemimpin Amanah harus jaga tatasusila, guna pendekatan berhikmah, hari ni tajuk utama harakah masih lagi berbaur sindiran dan kecaman kepada ahli Amanah. Biarlah. Yang penting Amanah harus fokus, tumpukan kawasan masing, hampiri rakya jelata, pasti usaha yang ikhlas , jujur dan amanah akan mendapat balasan yang setimpal.. jangan undur ke belakang lagi, masa masih ada ..

Unknown berkata...

PAS hendak bertanding di semua kerusi? Ada duit ke..? Ke.. UMNO akan huluq, sponsor?

Pakatan Harapan, teruskan memberikan penerangan dan halatuju perjuangan misi dan visi yang jelas kepada org2 kampung, kawasan Melayu.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kadang-kadang terasa geli-geleman apabila membaca kenyataan Pas adalah penentu kejayaan gabungan parti pembangkang untuk menumbangkan Umno / Barisan Nasional. Pas selalu mendodoikan yang parti mereka terlalu kuat di kawasan pengundi Melayu. Apabila kita mengkaji statistik, ternyata Pas hanya memenangi undi Melayu di Kelantan dan Terengganu sahaja. Undi Melayu di kedua-dua negeri tersebut hanyalah sekitar 51-60 % sahaja. Lantaran itu Pas jangan bermimpi untuk memenangi dun atau parlimen di pantai barat, memandangkan jumlah pengundi Melayu di situ dalam lingkungan 60-70% sahaja, apatah lagi di kawasan bandar dan pinggir bandar. Pas hanya menang kerana mendapat undi anti Umno / BN, buktinya di Selangor pada PRU 13.

Ahli-ahli strategi Pas sudah pergi meninggalkan parti Islam ini kerana dihalau secara halus melalui "cai" pada Muktamar 2015. Pas sudah hilang pedoman dan arah tuju selepas golongan profesional dan progesif meninggalkannya. Pas sekarang ini ketiadaan matlamat politik, seperti membujur lalu melintang patah sahaja. Pas masih mahu bersengkokol dengan DAP untuk mempertahankan jawatan exco dan habuan-habuan duniawi lain di Selangor, sedangkan Hadi Awang dengan lantang menegaskan tiada lagi tahalus siyasi dengan parti majoriti Cina tersebut.

Parti Amanah Negara (AMANAH) telah mendapat sambutan permaidani merah untuk membentuk Pakatan Harapan. Pakatan Harapan dilihat mampu merampas Putrajaya, berbanding dengan parti-parti pembangkang yang lain. Lantaran AMANAH mendapat sambutan yang hebat, maka Pas kini beralih musuh. Pas kini tidak lagi memusuhi Umno / BN, sebaliknya menjadikana AMANAH sebagai musuh nombor wahid. Rakyat kini mengharapkan AMANAH sewajarnya menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan persekutuan melalui PRU 14 kelak. Pas sudah hilang pertimbangan dan hilang kewarasan sehingga sanggup melabel parti serpihannya dengan gelaran yang tidak masuk akal. Walaupun label Pas kepada AMANAH keterlaluan, tetapi itu sahajalah senjata yang ada pada mereka. Tunggulah saat di mana Pas akan menjadi "hari ini dalam sejarah".

Tanpa Nama berkata...

kerana dunia.. hadi sanggup hancurkn jemaah islam sendiri. pengkhianat jemaah sendiri

kita tidak menolak adanya doktrin khawarij dn syiah dibelakang semua ini.... kerana dua syaitan ini mrnyusup dlm jemaah yg berlabel islam

apabila benteng keikhlasan sudah terhakis maka akan hancurlah perjuangan islam

Unknown berkata...

Salam:

Saya amat bersetuju sekali pendapat Dr. dia atas,PAS sanggup bersekongkol dgn DAP semata-mata nak mempertahankan exco-exco PAS dan >5000 ahli parti yg bekerja dgn kerajaan selangor.1000 macam alasan diberi utk memprtahankan mereka di Selangor.Walaupun tuang wan rosli siang-malam BERWIRIPKAN DAP jahat/kafir laknak,nak menghancurkan melayu/islam..TETAPI bila BAB FULUS/JAWATAN/KUASA/HARTA-BENDA????Islam tajaan PAS nak letak KAT MANA?

kalau kita dapat lapangkan masa,cuba interview majority malayu on the street ambil sample 1000 orang melayu yg tak berparti apa pendapat tuan/puan tentang negara sekarang?bagaimana pendapat tuan/puan dgn PAS??LEBIH 80% MELAYU TAK AMBIL POT ,langsung dgn keadaan politik negara,malah bila kata macamana dgn parti PAS??Lagi mereka tak kesah..haha parti tok lebai?bagi mereka lebih titik-beratkan masaalah hidup yg tersepit sahaja,parti tok lebai..apa yang dia boleh buat..Kelantan negeri yg kecikpun mangsa-banjir huru-hara?Maknanya majority atas pagar melayu bila pilihanraya nanti,pada mereka ada dua sahaja,parti pemerintah BN dan pembangkang dulu PR sekarang PH.

Perasan tak kita ,style umno mengunakan Zuhdi nak mengucar-kacirkan pembangkang Mengunakan PH sebagai sasaran.Mungkin umno terfikir mengunakan PAS sebagai balacinya,set-up satu pakatan pembangkang yg lain,baru2 ini diadakan secara rasmi dgn beberapa parti nyamuk yg lain seprti ikatan/kita dan beberapa ngo melayu seprti perkasa.Sebab pada umno,jenama PAS sudah rosak,sebab itulah umno tak nak join dgn PAS,jika join dgn PAS habislah sokongan saki-baki orang2 non-muslim seperti di Sabah dan serawak.Jadi sebagai topengnya,digerakkan satu lagi pakatan pembangkang semata-mata nak dapatkan undi majority atas pagar melayu.

Kalau PAS boleh membawa untung pada umno dah lama dah,kerjasama dilakukan.Yang paling umno/pas takut ialah saki-baki ahli-ahli PAS totok yg masih lagi bersama dgn PAS.jIKA DI ANNOUCE,hancur leburlah pengun-pengundi melayu.JADI APA STRATEGY yg perlu di PAKAI,gunakanlah strategy penjajah, "PECAH DAN PERINTAH"umno nak pastikan "MAKAN KELILING" bila ada kecelaruan tentang 2 group pembangkang,yg untung BN,undi atas pagar melayu dan undi totok PAS berpecah,kekuatan pembangkang tak sekata.ITU SAHAJA.Umno nak buat "HUDUD" Rentikanlah!!.Apa kelemahan tok-tok lebai??perempuan??tidak sebab tok2 lebai boleh kahwin 4,$$$$$$/harta/kuasa/kemaruk glamour depan TV/Media perdana/bersepakat sprm/polis jgn ambil tindakkan di kelantan/janji-jani jawatan penasihat 25%...BAB kesenangan dunialah tok-tok lebai PAS "KELABU MATA"..Sekarang pemimpim-peimimpin terjerat dgn sogokkan yg amat Dasyat,yg tidak diketahui oleh ahli-ahli totok bawahan.NAK BUKTI???TERPAMPANG DIDEPAN MATA..KES 2.6Billion/1MDB/KES diparlimen/report2 yg dibuat balak dikelantan ada tindakkan?/wajah siapa selalu terpampang diberi ruang yg amat luas di media perdana/PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN2 PENGUNDI(ini kerja-siapa) kemudahan dan kesenangan sebegini ada tak semasa TGNA? Paling BASIC,andaikata Zuhdi tu,Presdin Amanah sekarang?adakah beliau bersenang-lenang ada jawatan di UM.Sedangkan Muhyidin orng no2 umno diterajang dari TPM,inikan pula si Zuhdi.

Wallah'ualam.

Unknown berkata...

Tepat apa yang Datuk jangkakan. Kekalahan Datuk di Termeloh dulu ada lah kerana "ABU" walau pun si serban besar raga ayam yang suka menguna kan siku dan lutut itu tidak di sekuai oleh kebanyakan para pengundi tetapi kerana "ABU" bedul tu berjaya menmpat kan diri nya di situ.

"ABU" yang itu kini sudah menyerupai abu peninggalan kayu yang di bakar. Ia nya sudah bertaburan di hembus oleh jembalang yang bernama Mokhtar Senik. Sehingga PAS sendiri bercakaran angkara dia. Saya pasti di PRU ke 14 nanti si serban besar akan di sikui dan di lututi oleh para pengundi di sana. Datuk hanya perlu bersabar dan saya melihat kejayaan akan memihak kepada Datuk.

Tanpa Nama berkata...



Pasti ada yang mempersoalkan jika PH boleh menang tanpa PAS, apa perlunya PAS lagi ?

PH boleh menang tanpa PAS seperti apa yang di katakan oleh Saifuddin, faktor asal bukan UMNO. Pengundi mengundi pembangkang di sebabkan ABU yang mana sentimen ABU ini di promote kan dengan tindakan Najib yang semakin celaru, tauke lembu dibebaskan, duit anak yatim yang entah akan berkahwin atau tidak, jika berkahwin pun 15 tahun akan datang dan 1MDB.

PAS pulak menempek nasib sial UMNO buat masa ini, lagi sial nasib PAS sekiranya tidak jadi berkerja dan bersama UMNO. Apa sebab PAS memilih berbaik dengan UMNO sedangkan faktor sentimen ABU yang menjadi penentu besar ketika mengundi nanti? Peranan PAS dalam menentukan politik negara ini semakin mengecil. Ada PAS tak ada PAS, sama.

Berbeza pula dengan PAS yang mengatakan boleh menang dengan sombong, PH sebaliknya mengatakan boleh menang dengan PAS atau tanpa PAS. Soalnya bukan majoriti tetapi bersama PAS, kerja PH menumbangkan UMNO lebih mudah. Begitu lah sebaliknya jika PAS bersama PH maka kerja menumbangkan UMNO lebih mudah.

Tapi PAS adalah seperti apa yang di ulas oleh GB, Dr Paridul, Omar Daud dan lagi teruk bila PAS adalah seperti apa yang di katakan oleh 5 02 PETANG. Terang-terang PAS hanya ingin menyusahkan PH untuk menumbangkan UMNO.


Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Asal keluo mulut pas je mesti ntahapahapahapahentah

Tanpa Nama berkata...

PAS dah tak relevan dlm politik Malaysia..jangan di layan..

Tanpa Nama berkata...

Di Sarawak jangan harap PAS nak menang.... Hadi pernah menyinggung pengundi Sarawak.katanya rakyat masih bercawat. Satu perkataan ini boleh mengalih tangan pengundi...

Tanpa Nama berkata...

setiap parti ada harapan memang asalkan mereka diterima pengundi.

setiap parti mampu memang asalkan mereka membina jentera organisasi gerka kerja yg baik dan dipercyai rakyat

adapun parti yg bangang ialah kerjanya buat analisa tolol utk parti org lain.

parti yg dungu adalah parti yg hanya menyibuk membalas dendam dgn pemimpin parti sendiri yg memilih berpisah dr mereka yg durjana

Tanpa Nama berkata...

Menang atau tidak di kedah kita tak tahu. Tapi Kedah tak macam Selangor dan tak juga macam Kelantan. Kami di bawah..kami tahu sejauh mana DAP, PKR dan Amanah di Kedah. Semua jentera disini digerakkan oleh PAS. Tanpa PAS, di kedah, pembangkang lain yang menjadi pemecah undi dan pemenang kepada UMNO. Mungkin PAS kalah di kedah..tapi sokongan yang PAS dapat di Kedah adalah pastinya dari pure PAS.
Kepada PKR. Anda mungkin menang mudah di Selangor. Tapi di kedah...anda takvada apa apa. Mungkin kelantan jatuh di kelantan kerana rata rata di sana menangnta PAS jerana pengundi atas pagar. Dan PKR mungkin perlu tebguk Tempat Dayin Sri Wan Azizah. Make sure penyokong anda pure PKR. Sebab kalau selama ini kerana kekuatan jentera PAS.. maka baik mula nilaikan semula.
PAS tak pernah keluar dari PR. Tapi DAP yang menolak kehadiran PAS. Padahal..sepatutnya berbincang. Dan sekiranya DAP tidak melatah dan takut dgn undang undang syariah yg bukannya untuk org bukan islam pun.. (bukan islam bukan oenzina dan perompak pun)...tentunya ia akan menyebabkan UMNO tidak ada kekuatan. Tapi DAP dan PAS memilih untuk saling bertelagah..seterusnya menjadi halangan kepada diri masing masing. PAS akan hilang kepercayaan Non Mudlim dan DAP tidak mampu mendekati golongan yang kuat Islamnya. Semua memilih untuk jadi bodoh.