12 Okt 2015

Resolusi PKR Cacat, Cuba Khianati Rakan-rakan Dalam PH

PKR buka keahlian Pakatan Harapan kepada PAS, PSM, parti Sabah, Sarawak

Keahlian Pakatan Harapan akan diperluaskan untuk cuba memasukkan PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM), serta parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak, PKR memutuskan hari ini.

Resolusi itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali membacakan resolusi itu selepas selesai mesyuarat selama dua jam yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

"Kami membuat resolusi untuk menjemput PAS, PSM juga parti daripada Sabah dan Sarawak untuk menyertai kami," katanya.

Mesyuarat tersebut diadakan selepas petisyen khas oleh 25 ahli MPP meminta dibincangkan mengenai status gabungan parti pembangkang baharu itu yang ditubuhkan bulan lalu oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

Azmin juga menasihatkan semua parti pembangkang agar tidak bercakaran sesama sendiri.

"Biarkan parti masing-masing selesaikan hal mereka sendiri secara dalaman dan jangan cuba masuk campur urusan parti lain.

"Jika kita terus berbalah, maka rakyat akan hilang keyakinan kepada kita untuk menawan Putrajaya," katanya.

Azmin berkata, rundingan dan perbincangan akan diteruskan dalam cubaan untuk mendapatkan lebih ramai pihak menyertai platform mereka yang sama.

"Kami akan terus berhubung dengan mereka yang sealiran fikiran dengan parti," katanya.

Presiden dan MPP memutuskan akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak. Antara resolusi yang diluluskan MPP itu adalah:

* PKR komited memantapkan Pakatan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keahliannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan;

* PKR akan mengambil langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas dan menyeru semua parti menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain, dan parti sahabat juga harus menghormati perbezaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.

* PKR akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama 2-hala di pelbagai peringkat jika perlu. -TMI

ULASAN GB

Resolusi yang dikeluarkan oleh MPP Keadilan semalam mempunyai kecacatan yang besar kerana ia seperti sudah melangkaui sempadan.

Pertama, sepatutnya sebarang resolusi yang dikeluarkan hanya terbatas kepada PKR dan tidak sepatutnya bertindak bagi pihak Pakatan Harapan.

PKR boleh membuat keputusan "komited memantapkan Pakatan sebagai satu gabungan politik yang inklusif" tetapi PKR tidak boleh menyatakan bahawa "keahliannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan".

Sebabnya PH bukan milik PKR! Sekiranya ada usaha keahlian PH untuk diperbesarkan kepada rakan politik yang sehaluan, ianya perlu dibuat oleh pimpinan PH bukan PKR.

Memang benar DS Wan Azizah adalah pengerusi rundingan meja bulat Pakatan Harapan, namun ia dilakukan di atas kapisitinya sebagai Ketua Pambangkang di parlimen.

Resolusi PKR sepatutnya berbunyi: "PKR komited memantapkan Pakatan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan kita berharap rakan-rakan komponen PH akan bersetuju yang keahlian PH diperbesarkan kepada rakan politik yang sehaluan."

Kedua, PKR seperti tidak jujur dengan komponen PH yang lain apabila di dalam resolusi keempatnya menegaskan:

PKR akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama 2-hala di pelbagai peringkat jika perlu.

Perkataan "berhak untuk mendirikan kerjasama 2 hala di pelbagai peringkat jika perlu" jelas satu pengkhianatan terang-terangan ke atas komponen PH yang lain, iaitu DAP dan AMANAH.

Menjalinkan kerjasama 2 hala dengan pihak lain di dalam masa yang sama berada di dalam Pakatan Harapan... menjelaskan bahawa PKR terlalu selfish dan arrogant.

Ia juga boleh ditafsirkan sebagai perbuatan "selingkuh" kerana PH hanya akan berjaya jika masing-masing komponen "jujur" dan "ikhlas" di antara satu sama lain dengan tidak membuat keputusan sendiri-sendiri tanpa merujuk kepada rakan PH yang lain.

Bukan hasrat kita untuk menutup pintu PH kepada PAS atau PSM, namun yang membuat dan mengumumkan keputusan berkenaan sepatutnya pimpinan PH, bukan PKR.

Resolusi ke 4 itu begitu keras nadanya, seolah-olah PKR ada hak autonomi untuk membuat keputusannya sendiri walaupun sudah menganggotai PH.

Sepatutnya resolusi keempat itu jika ingin dikekalkan perlu berbunyi demikian:

PKR akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan jika perlu untuk mendirikan kerjasama 2-hala di pelbagai peringkat dengan pihak di luar PH, akan mendapat persetujuan terlebih dahulu dengan rakan-rakan komponen PH demi untuk menjaga keutuhan PH.

Hanya dengan demikian, barulah tampak keikhlasan dan kejujuran PKR di dalam PH.

Dominasi PKR di dalam PH semakin terhakis dengan resolusi-resolusi PKR berkenaan.

PKR sepatutnya berterima kasih dan menghomati AMANAH yang ditubuhkan oleh bekas pimpinan progresif PAS semata-mata kerana ingin mengekalkan hubungan dengan rakan-rakan tahaluf, DAP dan PKR, di dalam Pakatan Rakyat yang telah dibunuh oleh PAS sendiri.

Kini PKR seperti cuba untuk mengharu-birukan Pakatan Harapan. Namun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Rakyat sedang memerhatikan tindak-tanduk PKR. Tidak mustahil PKR akan ditolak oleh rakyat pada pilihanraya yang akan datang kerana perbuatan selingkuhnya terhadap PH.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat dgn ulasan tuan gb.Apa ertinya menerima semua parti2 lain.Bermakna pkr main tangkap muat shj x tapis dulu parti2 lain yg nk join ph,seperti rojak pulak.Campur adukkan semua sekali.Pas yg byk kali khianat pun masih nk menagih simpati lagi....Hina nya pilitik PKR demi undi.Sama lah dgn umno membeli undi dgn duit.fikir2kan

abrarmujahideen berkata...

Knp mesti azmin bukan wan azizah sbg presiden parti. Ade pulak bergambar berbanding pelancaran Pakatan Harapan.. PKR bukanlah Pakatan Harapan. Betul lah kata Chegubard bahawa Azmin seorang licik demi kepentingan Peribadi..bnyak pengkhiantan yg sebenar nya.

Tanpa Nama berkata...

Belum terlambat untuk AMANAH dan DAP bertindak.PKR{daki umno,mca,mic}tak bolih dipercayai.Untuk sahabatku Pimpinan AMANAH beristaqarahlah pohon petunjuk yang terbaik semoga Allah bersama kamu.Berjuanglah untuk kesejahteraan rakyat bukan untuk kepentingan peribadi.

Arnab Jingga berkata...

pkr nak playsafe. nak berkawan dgn semua org termasuk musuh yg pernah tikam mrk. alangkah bodohnya!

resolusi ini tidak mengikat Amanah dan DAP sbb bukan keputusan mrk. Kita lihat kenyataan dr Amanah dan DAP dlm perkara ini. nampaknya parti DAP tetap konsisten dgn PH.

Disini dpt dilihat permainan azmin utk mengukuhkan kedudukan dia. dia tiada dlm penubuhan Pakatan Harapan. dia tak pernah hadir dlm aktiviti Amanah termasuk perasmian Amanah tempohari.

kak wan elok berundur dr menjadi jurucakap sj seblm disisih secara agresif. nampaknya pemimpin2 pkr tiada keikhlasan dan akan jadi umno juga akhirnya.

bagi ahli2 pkr, fikirlah utk pindah kebahtera yg baru dgn nakhoda yg lebih konsisten dan tlh terbukti dgn perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Banyak cakap la macam dia aja yg betul...

Tanpa Nama berkata...



PAS kata boleh bersendirian tanpa bekerjasama dengan parti lain.

PKR lagi hebat. Seolah-olah PKR boleh bergerak tanpa ahli.

Alaaa, mana masuk akal yang PKR boleh meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain lebih-lebih lagi PAS. Isu hudud apa perbincangan dan hasilnya ? Dan ketahui lah yang menjadi isu perbincangan ialah KERUSI ! Apa hak PKR berbincang perkara yang menjadi keutamaan semua parti?

Perbincangan dan Kerjasama 2-hala atau 2-tujuan/motif.

Selepas rosulusi ini, adakah PAS akan terima Amanah sebagai parti baharu dan menghentikan serangan ke atas pemimpin Amanah ? Dan adakah PKR akan terus berhubung dengan PAS sekiranya PAS terus berbuat demikian?

Oii, PKR sebelum nak mantapkan Pakatan konon, dengan keahlian yang lebih besar, tolong lah mantap kan pakatan Amanah DAP dan PKR yang ada sekarang dulu ! Tolong lah usahakan supaya Khalid Ibrahim kembali kepada PKR !!!

Satu lagi, dulu PKR di sokong oleh semua kaum kerana peranan PKR sebagai parti yang tidak memihak tetapi sekarang PKR bertindak seperti parti 'abang besar'.

Sokongan pelbagai kaum kepada PKR akan digantikan oleh Amanah. Tidak seperti DAP dan tidak seperti PKR walaupun di sokong oleh berbagai kaum, sokongan kepada Amanah oleh mereka ia lah datangnya dari rakyat Malaysia. Insya-Allah.

Ahli-ahli PKR yang tidak bersetuju dengan keangkuhan pemimpin PKR, keluar lah dari parti secara beramai-ramai.

Tanpa Nama berkata...



Sebagai tanda bantahan dari keluarga Anwar secara simbolik, salah seorang anak Anwar yang mula bergiat dalam politik di cadangkan supaya tidak menjadi ahli PKR sebaliknya berpolitik dan berjuang bersama Amanah.

Tanpa Nama berkata...



Azmin tu siapa? jika dibandingkan dengan Anwar. Itu pun pemimpin PAS kasi kencing sama Anwar.

Rosulusi kedua, ... dan tidak mencapuri urusan dalaman parti sahabat.

Anwar ialah Penasihat PKR bukan? Adakah nasib Anwar sekarang ialah urusan PKR ??

Resulusi tersebut tidak menyelesaikan isu PAS bersama Kerajaan Selangor dimana Azmin selaku MBnya. Ini bermakna PAS Selangor masih ada hak untuk bersuara dalam kerajaan Selangor dan bukannya seperti yang di tetapkan oleh rosulusi iaitu PKR akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan ...tetapi memberi hak kepada PAS !

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan GB,

Pada pandangan saya mengenai tindakan PKR menjemput parti lain menyertai PH itu tidak ada celanya.

Untuk memperkuatkan PH, setiap ahli PH seharusnya berusaha menambah ahli melalui usaha masing-masing.

Sebagai contoh, DAP boleh menjemput parti-parti seperti STAR, PBRS, PBS, UPKO, PRS, SPDP, Gerakan dan lain.

Sementara Amanah biarlah dia memantapkan kedudukan parti itu di seeluruh negara terlebih dahulu.

Dengan adanya usaha penambahan ahli PH seperti ini mudah-mudahan berjaya menarik dan menambah keahlian PH.

Gerakan penambahan seperti ini umpama perlaksanaan brain storming atau percambahan idea dalam sesuatu organisasi. Ianya tidak akan memberi kemudharatan kepada PH.

Berkenaan isu jemputan oleh PKR kepada Pas, biarlah dia berlangsung begitu. Jemputan tetap terbuka kepada Pas sepanjang masa sebagai menunjukkan PH memiliki hati yang suci tanpa dendam kepada Pas.

Saya amat setuju dengan kaedah pendekatan yang diambil oleh PKR dalam menangani gelagat Pas. Dengan stail pendekatan PKR terhadap kelakuan Pas yang tidak henti-henti menyerang PKR sebelum krisis MB Selangor, PKR telah berjaya menelanjangi rupa sebenar kepimnpinan Pas dalam mengendalikan krisis.

Daripada perlakuan yang dizahirkan oleh Pas dalam hubungan dengan PKR, Pas berjaya menonjolkan dirinya BUKAN SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG BERAKHLAK ISLAM. Tidak ada satu pun tindakan atau perbuatan Presiden Pas yang selari dengan akhlak yang dikehendakki oleh Islam sepanjang masa dia menyerang PKR.

Dengan reaksi cool oleh PKR, pada hari ini kita semua dapat lihat betapa Pas amat memerlukan PKR untuk servive di Selangor. Tiada lagi kata nista, penghinaan dan caci maki oleh Presiden dan pemimpin lain terhadap PKR. Dengan kata lain lain Pas termalu diri sendiri dan sekarang tidak berani angkat muka dengan PKR.

Dalam kesempatan seperti ini, biarlah PKR mengambil kesempatan "menjinakkan" Pas.

Dan jikalah sekiranya PKR berjaya menarik Pas ke dalam PH, ianya wajib diikat dengan syara-syarat yang ketat supaya kerenah yang lalu tidak akan diulangi oleh Pas dalam PH pula. Semua ini tidak boleh dilakukan oleh PKR bersendirian melainkan ianya dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan PH.

Dan saya yakin Pas tidak akan sudi menyertai PH dengan reputasi buruknya yang telah menjadi rekod sejarah.

Berbalik kepada isu menambah keahlian PH. Biarkan semua parti induk keluar bergerak mencari ahli baru. Bila berjaya, bawa balik cadangan ahli baru itu untuk dipertimbangkan oleh Majlis Presiden PH.

Jadi janganlah Tuan GB risau. PH bukan hak mutlak PKR.

Tanpa Nama berkata...

Setuju pendapat di atas. PKR adlh saki baki umno. Mentaliti mrk ialah jaga perut sendiri dan kawan2. Ini trbukti masa TSKI jd MB, Azmin nak GLC selangor dikepalai oleh ahli PKR. Itu bkn politik baru, itu politik umno. Mintak2lah ada usaha utk singkirkn Azmin dn geng dgn mmberi kefahaman kpd ahli2 dgn konsep politik baru - politik mendahulukn rakyat. Bukan dahulukn parti dn kroni2. Kalu tak dpt singkir dia, minta ahli2 keluar dn join Amanah atau DAP.

Tanpa Nama berkata...

Azmin tidak layak jadi pemimpin PKR..jgn jadi bodoh sombong mcm hadi...kalau pas dgn ego dan mendabik dada pun nak diajak masuk PH...percayalah akan berlaku pergolakan besar dlm PH nanti...apakah azmin bercita cita hendak jadi PM dgn cadangan nama dari pas ,bila menang nanti?nmpak mcm sgt beriya iya nk jemput pas...pas parti bermasalah kepimpinanan dan intergriti....sepatutnya pas ditinggalkan dan biar jadi kera sumbang..azmin jgn main2 dgn sentimen rakyat dan kerusi awak pun dah tak selamat selepas ini..takk percaya tunggulah pru14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Azmin mungkin bercita cita tinggi nk jadi PM pulak kot..mungkin dia harap pas calonkan namanya nnti kpd Agong tp dia tak sedar pas akan kalah besar selepas pru14 nanti..bahlol punya pemimpin.

mosabit berkata...

azmin dah singkirkan president PKR secara halus....
dengan itu PKR akn berkubur bersama PAS...
itu yg UMNO mau...
tahniah UMNO....
TAKZIAH PKR dan PAS...
selamat maju jaya kepda PH walau dengan 2 ahli sahaja...iaitu AMANAH dan DAP...

yessssss...

Tanpa Nama berkata...

Beringat lah PAS jika Presidennya ialah TGHH, segala galanya pasti ada tindakan tikam belakang terhadap parti lawan, ingat tu!! Ingat!! Membenci DAP pada masa sama nak join Pakatan Harapan tanpa Amanah dan DAP. Apa semua ini??? Dah tau PAS tikam lagi mahu bersekongkol???? ANTARA PAS dan AMANAH saya akan pilih AMANAH. Fullstop.

Tanpa Nama berkata...

bagus jugak berlaku camni. Selepas Allah bersihkan pemimpin progresif dr PAS, kini Allah tunjukkan plak dlm PKR siapa yg 'bermasalah'. Jd tak payah pimpinan pro HP dok buat siasatan dalaman nak cari tali barut.

Pastikan dlm PRU14 nanti, pimpinan yg ada hanya yg betul2 berjiwa rakyat. Barulah mudah menang.

- Mat Safian

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

PKR lebih sudu dari kuah. PKR telah mengangkat dirinya sebagai ketua Pakatan Harapan. Pada hakikatnya tidak ada parti yang dilantik menjadi ketua parti dalam Pakatan Harapan. PKR telah menikam komponen-komponen PH dari belakang. Resolusi-resolusi yang PKR buat kelmarin tidak mewakili Pakatan Harapan, tetapi hanya mewakili PKR sahaja. Resolusi-resolusi itu seharusnya diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Harapan dan bukannya diputuskan oleh PKR secara persendirian. PKR ingin menjadi hero, tetapi keupayaan hanya sekadar melakonkan watak Zorrow.

DAP dan Parti Amanah Negara telah dipinggirkan oleh PKR dalam membuat keputusan yang sebegini penting. DAP parti lama yang mempunyai kekuatan tersendiri, tetapi Amanah adalah parti baharu yang masih tidak menampakkan keupayaan sebenar mengharungi arus politik tanah air. Jika PKR tidak berganjak dengan keputusannya, kebarangkalian Pakatan Harapan berpecah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Jika itulah keadaannya, maka akan berlaku lagi pembentukan dua gagasan baharu, iaitu kerjasama antara DAP dengan Amanah, dan PKR dengan PAS, PSM dan lain-lain parti dari Sabah dan Sarawak. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan BN meneruskan kesinambungan kuasa memerintah Malaysia....!

Tanpa Nama berkata...

Wan Azizah presiden parti tapi selalu kenyataan2 politik drp Azmin. XFAHAM adakah Wan Azizah takut dgn Azmin. Rasanya kalau beginilah cara politik pkr,tak lama lagi ph agaj bergolak.DAP dan Amanah boleh tahan ke dgn karenah PKR...Pkr nk jaga Pas tapi bakal terlepas Amanah dan Dap.inilah yang diumpamakan tamak haloba atau pun pepatah "yang dikendong berciciran".

Tanpa Nama berkata...



TN - 12 Oktober 2015 11:01 PG


"Dan saya yakin Pas tidak akan sudi menyertai PH dengan reputasi buruknya yang telah menjadi rekod sejarah."

***
Apa guna di sakiti hati rakan seperti Amanah dan DAP.? Dan menghampakan rakyat yang mahukan PH se iya dan sekata ?

Azmin dan MP PKR tidak akan kecuh mengenai parti-parti lain. Ini semua kerana parti PAS dan nama-nama parti lain di gunakan sekadar untuk menyembunyikan niat mereka yang sebenarnya.

Parti lain yang di sebut bukan nya seperti parti PAS yang perlu menunjukkan akhlak Islam. Semasa isu MB Selangor, walaupun PKR berjaya menelanjangkan perangai sebenar PAS tapi PR telah mula hilang keyakinan dari rakyat. Mereka menyama kan PR dengan BN !

Apa tak gile ke kerja PKR yang mengatakan akan terus kan perhubungan dan kerjasama dengan parti-parti lain (baca PAS lah tu) ? Jadi apa perlu PAS masuk PH kerana tanpa PH pun perhubungan dan kerjasama tetap ujud !


Tanpa Nama berkata...

Sekali pun tanpa PKR dlm Pakatan Harapan ...DAP dan AMANAH kena teruskan Perjuangan....kalau si azmin msh mahu kan PAS(parti tikam blakang)..biarkan je PKR dan PAS bergabung......tunggu je PRU 14

Tanpa Nama berkata...



Azmin dan pemimpin PKR perlu pastikan pukulan kompang nya untuk mengiringi kedatangan PAS benar-benar menjadi nyata.

Jangan di saat-saat akhir pinangan dan tali pertunungan terputus apabila bakal pengantin hilang begitu sahaja. Alasan sebab kawin yang di paksa.

Tanpa Nama berkata...

TN - 12 Oktober 2015 11:01 PG

Tuan,

Sehingga kini pun DAP tidak sangat menuntut PKR memecat Exco dan penjawat daripada Pas daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Jika mengikut logik, DAP boleh menekan Azmin supaya melucutkan semua penyandang jawatan dari Pas kerana DAP lebih dominan kerusi DUN Selangor. Jika Azmin enggan, DAP boleh kosongkan jawatan mereka sebagai tanda protes kepada Azmin. Tetapi setakat ini DAP belum lagi bertindak sampai ketahap itu.

Kenapa?

Sudah tentu ada perkiraan diantara DAP dan Azmin mengenai perkara ini. Saya yakin tindakan PKR terhadap Pas juga ada persefahaman dari DAP dan Amanah.

Lagi kerap jemputan kepada Pas dilontar, lagi banyak reaksi pemimpin Pas yang akan terdedah. Untuk menolak jemputan dari PKR itu, Pas akan terpaksa mencipta pelbagai alasan dan yang pastinya alasan tetap dan wajib bagi Pas ialah Pas tidak boleh bekerjasama dengan pengkhianat dan penentang hudud.

Dari reaksi sebegini semakin banyak kelemahan Pas terutama aspek Islam yang gagal ditinjolkan oleh Pemimpin Pas.

Mungkin bila sudah terlalu bosan dengan jemputan bersiri dari PKR, Pemimpin Pas hilang pertimbangan dan perangai lama memaki hamun PKR tidak dapat dielakkan lagi.

Ini baik untuk Amanah.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin berjiwa rakyat? berjiwa vellfire, bmw, range rover, mini clubman, masyuuuk ada la

Tanpa Nama berkata...

Habislah Ph kali ini. Azmin sudah buang kak wan dan ph sekali. Dia nak buat pakatan baru. Mahatit sudah pilih dia jadi pm. Diam2 mahatit sudah pilih dia kalau jadi apa2 selepas pm nsjib jatuh. Azmin nak buat parti umno baru versi 2. Itulah yang saya nampak.

Tanpa Nama berkata...

Aku amat berharap PAS boleh joint BN.... bolehlah Presiden dan ustaz2 jadi menteri dan timbalan menteri yang berserban.

Tanpa Nama berkata...



Cara DAP menekan PKR Selangor ialah dengan mengistiharkan PP sebagai Kerajaan PH. Apabila PKR tidak mengistiharkan Kerajaan PH ada yang tidak kena.

Sekiranya DAP dan Amanah tidak menekan PKR memecat exco dan penjawat awam, kerana ada perkiraan tertentu, mengapa pemimpin PKR mengada kan resolusi ?

Resolusi tersebut semata-mata untuk menenangkan peringkat bawahan yang keciwa dengan PAS. PR (sekarang PH) membawa politik baru tetapi menjemput PAS dalam keadaan PAS yang bermain politik cara yang tidak baik lalu tidak dapat di terima oleh peringkat bawahan.

Dalam resolusi tersebut dinyatakan parti lain tidak boleh mencapuri urusan parti lain seolah-olah PKR tidak kisah dengan skandal balak di Kelantan.

Jika betul telahan tuan, ini bermakna pemimpin PKR Amanah dan DAP sedang menghadapi tekanan dari rakyat yang menolak PAS untuk bersama-sama dengan PH. Di peringkat tertinggi tidak menjadi masalah tetapi di peringkat bawahan ramai yang tidak bersetuju !

Telahan tuan mungkin betul dan saya menerimanya sebagai satu pandangan yang masuk akal tapi ianya bergantung kepada apa reaksi pemimpin PAS selepas ini ?

myDesignWorld berkata...

Setuju sangat... Tak payah lah ber lapik di sebalik jubah & serban lg...