27 Okt 2015

Pemimpin & Ahli PAS Sabah Sertai Amanah

Pemimpin Pas Sabah sertai Amanah

Seramai 40 orang pemimpin dan anggota Pas di Sabah keluar dari parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Peralihan parti itu diketuai bekas Pesuruhjaya Pas Sabah dan pengasas awal Pas di Sabah, Hamzah Abdullah yang kini dilantik sebagai Pengerusi Amanah Sabah.



Borang keanggotaan menyertai parti Amanah diserahkan kepada Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus di Sandakan pada Isnin.

“Antara anggota Pas yang menyertai Amanah ialah bekas Naib Ketua Pemuda Pas Negeri, Harris Alimuddin dan Ketua Penerangan Pas Semporna, Mohd Shaman Palah,” kata Hamzah, lapor Bernama.

Katanya, mereka merupakan antara 40 orang kumpulan awal dari Sabah yang menyertai Amanah.

Pada peringkat awal, enam cawangan Amanah telah ditubuhkan di kawasan Batu Sapi. -FMT

7 ulasan:

omar daud berkata...

salam

Alhamdulillah,hebat tu!!pesuruhanjaya PAS sabah join Amanah,maknanya PAS Sabah tutup kedailah nampaknya.nampak gayanya target Amanah utk sasaran 100k ahli dihujung tahun ini mungkin tercapai.

syabas Amanah teruskan usahamu,biarlah PKR(azmin) dan PAS berkalwat bersama,kita tenguk sejauh mana mereka boleh berkalwat.


wassalam.

Tanpa Nama berkata...

SYABAS..... TERUS ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN. ...

Benbrahem berkata...

Pas Sabah bercadang nak tanding semua kerusi dun/parlimen Sabah PRU14. Kepala keretapi dah tarik semua gerabak ikutnya, apa yang tinggal lagi!

Timnajib Jomfikir berkata...

Syukur. Terus maju ke hadapan..

Abdul Said berkata...

Logicnya orang Islam Sabah menyertai Amanah mudah sahaja. Mereka sudah begitu lama dikelentong oleh UMNo dan macainya. Kemudian datang PAS. Pada asalnya membawa sinar baru. Rupanya sinar itu menjadi malap apabila yang membawa lampu suluh itu menyuluh kepada UMNo. Apa-apa pun syabas kepada mereka yang menyertai Amanah!

Tanpa Nama berkata...

Singkirkan Azmin pengacau dalam pakatan Harapan.Jika tidak semua nya yg dirancang hanya sia2.Jangan ambil mudah atau remeh hal Azmin.

Tanpa Nama berkata...



Tindakan Pemimpin dan ahli PAS menyertai Amanah sepatutnya memberi kesedaran kepada Pemimpin Pas di Semenanjung.

Ya lah kan, kalau ikut kemajuan dan kepantasan maklumat, orang Sabah macam slow sikit. Tapi rupanya Orang Sabah lagi cerdik dari ahli PAS Selangor dan Kelantan.

Jangan lagi bagi macam-macam alasan melainkan buat kerja macam Mahfuz dan Husam yang bersuara demi kebaikan PAS sendiri.