2 Okt 2015

Kes Tanah: Fatah Haron Ditampar Seorang Penduduk, Fatah Acu Pistol...

Pemimpin PAS Rantau Panjang ditampar dalam majlis dialog malam tadi

Yang Dipertua PAS Rantau Panjang Abdul Fatah Haron terpaksa mendapatkan rawatan di klinik apabila ditampar seorang penduduk tempatan di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan malam tadi.

Kejadian menjadi sangat kecoh apabila selepas ditampar, Fatah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buku Tuku mengeluarkan pistolnya dan mengejar orang yang menampar beliau dan mengacukan pistol ke dadanya.





Menurut saksi kejadian, seorang bekas pemimpin PAS tempatan, Abdul Razak Abas menarik Fatah dan menyuraikan orang ramai.

Kejadian berlaku menjelang majlis dialog pemimpin kawasan Rantau Panjang dengan ahli jawatankuasa PAS Peti Undi Banggol Kulim di sebuah Pasti dekat situ kira-kira jam 9.15 malam tadi.

"Ia tidak ada kaitan dengan politik tetapi isu lama iaitu berkaitan dengan pemilikan tanah," kata seorang saksi kejadian kepada The Malasian Insider walaupun ada ramai tokoh politik tempatan dalam majlis itu.

Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang luka ke Facebook awal pagi tadi dan meminta semua pihak bertenang dan jangan membuat sesuatu tindakan sendiri.

"Perkara ini hendaklah kita serahkan dan berilah peluang dan kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil apa apa tindakan yang sepatutnya," kata Fatah yang membahasakan dirinya AbeTah.

Beliau dipercayai sudah membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang malam tadi.

Pihak yang memukul beliau pula dikatakan akan membuat laporan polis hari ini terutama berkaitan dengan tindakan Fatah mengacukan pistol kepadanya. – TMI

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia kata sabar...tapi acu pistol...mcmna tu kalau terlepas picu pistol

Tanpa Nama berkata...

Bila orang politik mula mainan KOBOI KOBOI , apa nak jadi dengan Rakyat Papa Kedana???

Melayu Melayu semua tu pon

Kalau sudah tuju pistol di dada , nampak gaya panjang lagi lah cerita dendam dendam melayu ini

Ketawa Cina India

Duit tak ada , tau tau nak dengki gaduh saja

Unknown berkata...

Salam:

Kita tidak hairan kalau yg menampar/dan menunjukkan pistol adalah ahli umno/mic maupun ahli Pkr. Tetapi yg ini ahli PAS, inilah bila Menjadikan parti itu islam dan islam itu parti.memberi keburukkan yg banyak pada islam itu sendiri.issue yg dibangkitkan pasal harta..tanah..harta..pembahagian harta,tidak adil,pilih kasih,aku tak dapat,dia dapat...bla..bla..bla.Jika berita ini betul,bermakna PAS telah berjaya setapak lagi ke depan,iaitu penerapan nilai-nilai samseng pada pemimpin dan ahli-ahlinya, di samping budaya kejar dunia sama sahaja macam umno kawan karibnya.
Pemimpin-pemimpin kat atas,sibuk mempertahankan kuasa ,kesenangan dan ahli-ahli kat bawah sibuk berebut-rebut tanah yg tak seberapa.
semoga memberi pengajaran pada kita semua,tak semestinya melabelkan semuanya islam itu baik belaka.
wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

pade muko tok tuo abduh ni
kata nok ambik bini ore hok langgar baiah
hagah sangat ghetek. kecek penuh dengan riak
kalu gedebe gak lawe gojoh la bakpo wat tubik pistolnyo...
jenis mulut jah hagah hati nakut hepeh

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Salam buat Tuan Greenboc :
Cerita yang tuan muatkan hari ini amat menarik kerana ianya ada kaitan dengan" Kesah Tuan Tanah Kedawung " Pakcu tak perlu jadi tukanag nasi tambah berhubung dengan peristiwa pergaduhan mengenai tanah tapi kalau orang lama dalam PAS tentu kenal siapa Tuan Hj.Fatah ...apa lagi tanah di persisir Lebuhraya Rantau Panjang - Pasir Mas mungkin ada kaitan dengan peristiwa ini...walahualam.

Tanpa Nama berkata...

Ada pistol.. tahap ayahanda kot..

Tanpa Nama berkata...



Ingat Taliban dan IS aje yang suka-suka acu pistol pada orang Hish hisssh hish

Dah sah lah PAS dah ikut puak Arab yang gemar main dengan senjata api.

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan ada SIKU dan LUTUT jek di dlm serban. Ehhh..ehhh..PISTOL pun dah ada!!! Wahhh...dah advance setaraf DATO JAMAL PAK TONGKOL org2 PAS ni....

Lepas acu pistol nak ragut nyawa orang...aikk boleh dia pulok nasihatkan org tu bawak2 bersabar????

Advance tak lebai2 pas sekarang??? kih kih kih. Perangai buruk nak mampos!! Tapi ada hati cakap nak perjuang islam. Konon PAS itu islam...dan Islam itu PAS!! Buat malu orang Islam je la parti AUTOCAI ni....

Selamat berkubur lah kamu wahai parti SIKU LUTUT dan PISTOL...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

"Wa-SYARIK-hum-fil-AMWAL"...ALLAH Ber FIRMAN
SYIRIKkan lah Mereka...Umpan kan HARTA
Kerana HARTA...INTEGRITY Ter KORBAN
Kerana HARTA..."KUASA" Meng GILA


Jika HARTA...Di Umpan Se RIBU?
Bagaimana Jika...Di Umpan Se JUTA??
Ber Puloh JUTA...Gerenti KELABU???
PONTENG U-Turn...FITNAH Ter CIPTA????


"WA-SYARIK-hum-fil-AMWAL"...Adalah WAHYU
HAKIKAT Hakiki...SYIRIK Men JELMA
HARTA Ber JUTA...Ber "Takhta" Di KALBU
ALLAH "cuma"...Di Bibir nya SAHAJA


ALLAH ""cuma""...Di BIBIR nya SAHAJA
Di Gila kan HARTA...Meng Gila Kan KUASA
Songlap Men CURI...Gelap Ber "RAHSIA"
Sorban dan JUBAH...Menjadi TOPENG nya


Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
TAUHID kan Diri...Kepada TUHAN
Penuhi KALBU...Se Penuh7 KEIMANAN
SeMutlak7'KeAgungan'NYA...Puncak IDAMAN


Ke Agungan TUHAN...Puncak IDAMAN
Saling Mem BERI...Bukan Men CURI
Saling Mem BERI...Se Penuh Ke INSAFAN
Saling Mem BERI...Mulia Ter PUJI


Saling Mem BERI...Mulia Ter PUJI
Ke Agungan TUHAN...Mutlak Di DADA
HARTA & Kuasa...Tak Dapat Me NODAI
Anugerah "CINTA-NYA"...Megah Ber TAKHTA

Tanpa Nama berkata...



Buat masa ini, mohon di pertimbangkan sekiranya ada debat atau perbincangan di antara Amanah dengan mana-mana pemimpin PAS kecuali Tuan Ibrahim, pihak penganjur mestilah mendapatkan scan xray di pintu masuk sebagai langkah berjaga-jaga. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Dalam jubah bukan ada lutut dan siku sahaja.....ada Pistol lah pulak..... nik abduh lupa lah..

Unknown berkata...

Kah..kah..kah..Nasib baik Abd Fatah Haron tak keluarkan pistol air dari dalam jubahnya,kalau tidak lagi kecoh jadinyer !!!

Tanpa Nama berkata...

Setuju tp kenapa nk kecualikan titm??

Tanpa Nama berkata...

Sabar konon... Puiii... Puiii... yg acu sepitol tu amenda?

Unknown berkata...

Rasa-rasa ostad ni la yg mula-mula sekali kutuk muslim GHB/Amanah. Tengok Tuhan dah balas..
Lagi satu ostad, hari-hari ajar orang 'hanya engkau (Allah) kami sembah, dan hanya engkau kami mohon pertolongan. Tup-2 Hanya presideng kami s....h, hanya pistol kami mohon pertolongan'.. Jom ostad kita sama-sama muhasabah diri. salam.

Man berkata...

Mengapa beliau membawa pistol ke majlis dialog yg di adakan di PASTI? Mesyuarat yg dihadiri oleh pimpinan dan ahli PAS!!! Musykil.

Unknown berkata...

Masa acu pistol tahap kmarahan dia mmguasai akal normal dia sbb dia di provoke dgn d tampar.Perlakuan tampar atau d tampar adalah perlakuan yg mnghinakan bgi bekas ahli dun.
Mungkin klu d tumbuk lbih mnis dr d tampar..
kkadang dlm situasi trtentu perlakuan atau tindakbalas kita trhadap sesuatu berlainan dr situasi yg sebenar..

saad berkata...

Janganlah cepat kritik.
Yang tampar tu buat apa, baru sahaja lepas Raya Haji/Qurban .
ajak bincang dengan semeja.
Sesama Islam,
Jangan ambik tindakan sendiri

Dia orang penyabar,sebab itulah dia bawak pistol,

kalu yang tampar tu pegang,rasa tembak dah.

Dia bawa pistol sebab dia ada lesen kebenaran,ikut dia bukannya dia tembak,untuk pertahanan diri,
bukan salah guna.

Bincang semua masalah yang tidak puas hatii