1 Okt 2015

[BERGAMBAR] Dua Orang Tokoh Ternama Sertai AMANAH

Dua orang tokoh terkenal di dalam negara telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara malam kelmarin.

Dua orang tokoh berkenaan ialah seorang penyair, dramatis dan pengarah filem yang pernah mendapat pelbagai anugerah dalam Festival Filem Malaysia melalui dua arahan filemnya ‪#‎Dia_Ibu_Ku‬ dan ‪#‎Potret_Maria‬ iaitu Sdra Yassin Salleh sementara seorang lagi ialah bekas Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Dato' Sabtu Awab.



Kedua-dua mereka telah menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Saudara Salahuddin Ayub dan kedua-duanya mengisytiharkan menyertai Parti Amanah di hadapan kira-kira 300 hadirin pada Majlis Ceramah Pelancaran Amanah Kawasan Batu malam kelmarin di Padang Bola, Kg Padang Balang, Kuala Lumpur.

Meraikan penyertaannya, Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan YB Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi DAP yang juga MP Seputih YB Teresa Kok, MP PKR Wangsa Maju Dato Dr Tan Kee Kwong, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Pusat YB Dr Mariah Mahmud serta Ketua Awan Batu Aishah Ariffin.

Yassin Salleh selain terkenal dengan puisinya “ikan-ikan di kaca”, dan juga melalui filem arahannya – Dia Ibuku, Potret Maria dan Ali Setan 2.

 Sdra Yassin Salleh juga turut menghadiahkan buku antologi puisinya ‪#‎Simfoni_Sepi‬ kepada def-def yang hadir.

Sementara Dato Sabtu Awab pula ialah seorang pesara kerajaan dan merupakan bekas Penolong Setiausaha Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Kini lebih dari 35,000 orang yang teridiri dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyerahkan borang sebagai ahli Parti Amanah Negara dan AMANAH mensasarkan untuk mencapai 100,000 menjelang hujung tahun ini.

12 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

lihat bagaimana pas hancur sedikit demi sedikit


gara gara tantawi hellfire nik apandai ding ayam

tiga mahkluk perosak alam yg extremist dalam agama dan celaru

kesian ayoh hdi ping marang turut di jerebu otaknya oleh tigaserangkai nih


menggunakan prngaruh bapa dan mertua utk hancurkan pas...

inalilahieailaihirajiun... kubur pas di hiasi buku naskah amalan sesat mereka ini... dan jgn pula amanah ikuti

Tanpa Nama berkata...

syukur nya mereka masuk Amanah

Amanah disokong bukan saja org muda...

yg veteran pun rasa muda bila masuk Amanah

kalau Amanah parti cebisan dan tkkan bertahan lama
takkan laaa pas begitu ambil berat mengenai Amanah

Tanpa Nama berkata...

Bekas pemimpin PAS masuk Amanah adalah perkara biasa walaupun yang masuk itu ialah Tuan Ibrahim.

Bekas pemimpin UMNO masuk Amanah pun perkara biasa sekiranya yang masuk itu ialah Muhyidin.

Sebab dulu mereka berparti cuma sekarang tukar parti.

Kedua-dua ahli Amanah ini tidak menyebut mereka dari parti mana jadi dikira mereka sebelum ini tidak berparti. Bermakna setelah sekian lama mereka pun berparti dan mereka memilih Amanah !

Tentu ada sesuatu yang sangat menarik pada Amanah sehingga mereka yang menjadi tokoh dan pernah menyandang jawatan yang di sanjung tinggi memilih Amanah. Mengapa dan apa cerita masing-masing memilih Amanah dan bukannya Hj Hadi ?

Amanah sayang semua. Saya sayang Amanah.

Admin berkata...

Nk join amanah macam mane cara..

Unknown berkata...

Terbaik..

nana berkata...

Sempena 1 tahun Azmin Ali menjadi menteri besar, beliau telah menghadiahkan rakyat selangor satu hadiah yang sangat berharga.

Lebuhraya EKVE sepanjang 24.16km , lebuhraya bertol bermula dari Bandar Sungai Long ke Ukay Perdana, membelah satu-satunya hutan simpan kawasan tadahan di Selangor, diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan beliau.

Selain itu juga, lebuhraya ini dianugerahkan kepada syarikat kroni Umno-BN, AZRB, adakah Azmin bersekongkol dengan UMNO? Bagaimana dengan perjanjian konsensi tol tersebut? Berapa tahun? Berapakah bayaran tol yang dikenakan?

Terdapat lima persimpangan bertol iaitu di Ampang, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras, Ukay Perdana dan Sungai Long, ini bertentangan dengan polisi Pakatan yang tercatit dalam buku jingga yang tidak menyokong tol.

Projek ini sudahpun bermula, apa lagi yang boleh rakyat lakukan? Dahulunya rakyat bergantung harap pada pakatan, nampaknya harapan itu cuma janji-janji kosong. Mereka membatalkan Kidex, tetapi meluluskan EKVE pada masa yang sama. Kesan EKVE lebih 10 kali teruknya dari KIDEX kerana lebuhraya ini merosakkan ekosistem dan hutan simpan yang berusia jutaan tahun!

Yang paling pelik, MP Pakatan yang paling banyak bising mengenai Kidex: Tony Pua dan Rafizi Ramli tidak langsung berbunyi pasal EKVE ini!

Jajaran terbaru dari website EKVE : http://www.ekve.com.my/map.html

alignment EKVE di google map : https://www.google.com/maps/d/viewer…

WWF Malaysia berang dengan kerajaan Selangor : http://www.wwf.org.my/…#

gambar azmin diambil dr FB beliau ketika main flying fox : https://www.facebook.com/MohamedAzminAli/photos/pcb.976882285709451/976882075709472/?type=3&theater

Apa kata anda?

Arafas Borjuis Kecil:
"Baru aku tau awat Klang Valley manyak sangat highway bertoll. Sebab pentadbiran negeri toya juga macam bn"

Azrul Azwar Ahmad Tajudin:
"EKVE is not a tolled expressway project mehh? Jadi apa beza EKVE dengan KIDEX? Para panglima "Say No To KIDEX" dah jadi tikus ker?"

Ronasina Fandi:
"Punai punai yang protes pembinaan lebuhraya KIDEX dulu mati pucuk hari ini bila diam dengan pembinaan lebuhraya EKVE. Jelaslah dalam politik bukan soal betul atau salah, tetapi kem mana yang buat..Kem lain buat itu salah, kem kita buat benda yang sama tak apa.
Punai punai yang pengecut dan diperbudakkan!"

Siti Kasim :
"dia orang politikus ni semuanya sama ajer... menyampah!!"

Lai Chee Seng:
"Pakatan got rid of Khalid so that they could do stuff like this?"

Asiah Abd Jalil :
"Dah macam taikkk dah bila tengok muka MB sekarang.

Hazlan Abd Hamil :
"Lepas siap lebuh raya ni.. hutan keliling confirm akan ditebang lagi utk bangunkan perumahan"

Siti El Houda :
"Hahahahaha..
2x5 je mana mana"

Dhani Ahmad :
"BN buat tol. PKR pun buat tol jugak.
PUNDAK!"

Eric Law:
"Siapa cakap Pakatan tak makan???"

Zodinho Pernambucano:
"Salah satu sbb knp aku nk Pas mnjadi pembangkang dkt slgr supaya benda2 mengarut mcm ni mndpt perhatian. Antara sbb knp kita x perlukan highway ekve ini:
1. Ada 5 biji tol.
2. Merosakkan satu2nya kaw tadahan hujan di lembah klang.
3. Apabila ekve siap, lbh bnyk kawa htn yg akn dikorbankan atas nama pembangunan sprt kaw perumahan baru, industrial dsb.
4. Banjir kilat di lembah klang akn mnjd lbh buruk. Mgkn kn buat next smart tunnel?"

Davis Tan:
" EKVE most serious issue is water catchment area will be damage

Unknown berkata...

Syabas Amanah, Kesihan saya lihat PKR, sepatutnya mereka-mereka di atas join PKR kenapa ya!!!sebabnya PKR terlalu lembab mereka hanya meriah bila pilihanraya sahaja,itupun yg ramai menolong PKR adalah orng2 yg tak berparti.Tapi sejak ada Amanah ini nampaknya PKR tergugat,nampak gayanya ahli-ahli PKR cUMA 500K SAHAJA,sampai bila-bila.

Kamaruddin jaafar dan mat taib join PKR cuma ehsan sahaja.Walaubagaimanapun sebagai semangat setiakawan kita tetap bantu-membantu.Jangan diulangi pilihanraya-pilihanraya lepas-lepas di mana pertugas-pertugas berdidikasi tak dapat dicari,last-minute baru nak menyembah2 orng minta tolong.Bila dah berkuasa di selangor dah lupa daratan.

teruskan usaha amanah menambahkan ahli.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

tuan GB tolong la buat satu entry hari ini juga pasal perangai orang PAS yang terbaru ni.. semalam ada sidang media NGO2 pasal isu masjid al-aqsa.. dah setuju dah semua NGO dan parti politik kumpul kat Masjid Tabung Haji.. poster pon dah buat contohnya;
https://www.facebook.com/palestinecentreofexcellence/photos/a.546080835427001.1073741827.540409889327429/925210487514032/?type=3
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10207764118723470&set=p.10207764118723470&type=3

bila PAS dengar Amanah pon nak kumpul kat Masjid Tabung Haji, mereka boleh tuduh Amanah hijack dan ajak orang kumpul di Masjid Jamek pula..
kepala perhimpunan ini ialah NGO seperti Aqsa Syarif dan lain-lain, patutnya ikutlah arahan ketua.. Adakah mereka takut Amanah dapat political mileage? Nak dapat redha Allah atau political mileage? Punyalah benci sangat dengan Amanah sampai hal Palestin pon tak boleh bersatu...

Tanpa Nama berkata...

Setuju Sangat, yang geng hellfire dan geng presideng mulut fitnah telah rosakan parti dan juga Nama baik agama

Lepas tu salahkan "cina kafir" bag I segala kegagalan mereka.


Sebelum isu mb selangor saya terfiikir cari peluang tapi saya nak dekati agama pun dah Tak berani lepas tegok muka muka dengan bahasa bahasa mereka ni


Saya cina

Tanpa Nama berkata...

Sebab Kedua dua pas dan unmo Tak berguna dan mereka dah bersatu

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya nya pas syg amanah tu sbb selalu ambil berat ttg amanah..Harap Amanah jgnla bersedih,pas kutuk2 amanah tu ambil je positif anggap shj sbg teguran krn pas sygkn amanah.Cth org tua menegur org muda mengenaikn Internet... Dh tau mmg org tua tu xpandai internet tp sbr jela ambil positive teguran..jgn cepat melatah nt sama mcm pas pula...Amanah kene tonjolkan kelainan keunikan dan kebijaksanaan dlm berparti berlandaskan Islam... Pasti Amanah yg akan mnjadi parti paling popular dikalangan pakatan harapan.. ALLAHUAKBAR...

Abdul Said berkata...

Alhamdulillah.