8 Sep 2015

Mula-Mula Barua & Tolol, Kemudian Halau, Kini Pengkhianat & Perlu Dihapuskan...


Kau Ini Bagaimana?

Bila aku masih di situ
engkau bilang aku Jebon, aku parasit, aku barua, aku tolol

Kau ini bagaimana?

Bila aku masih di dalam parti itu
engkau bilang aku nyamuk, dan ingin halau aku keluar

Kau ini bagaimana?

Bila aku keluar engkau bilang
parti sudah bersih, ahli parti sudah ditapis

Kau ini bagaimana?

Bila aku bersama rakyat sertai BERSIH
engkau bersama UMNO tuduh aku ini balaci Cina, balaci DAP

Kau ini bagaimana?

Tapi aneh aku temui Sdra Idris di sana
Balaci jugakah dia itu?

Aku juga temui Tuan Ibrahim berbaju BERSIH
tapi sekadar menyertai BERSIH dari dalam rumahnya...

Kau ini bagaimana?

Sekarang kau bilang kononnya parti semakin kuat
kau bilang lebih ramai kini yang menyertai partimu

Bila aku bersama rakan tubuh parti baharu
Mula-mula kau bilang itu demokrasi
Kini kau tiba-tiba kau tuduh
aku ini pengkhianat dan perlu dihapuskan

Kau ini bagaimana?

Agama ini siapa yang empunya?
Tuhankah atau engkaukah?

Kau ini bagaimana?
Apakah kau bermaksud
menyamakan parti dengan agama?

Kau ini bagaimana?

Sedangkan agama itu satu, parti itu banyak
Seperti dulu-dulu, kau kafirkan orang yang tak menyertai partimu...

Kau ini bagaimana?

Dan kini engkau terus bersama orang yang kau kafirkan dulu
menghentam dan menuduh aku balaci Cina

Kau ini bagaimana?

Aku senyum sahaja
dan hanya dapat bersimpati sekolam rasa
kerana aku tahu ada tanda tekanan jiwa
dan ada penyakit sedang bernanah di hati sana...








ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




35 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Roh dan jiwa yang tidak aman..

Semoga dijauhkan dan mendapat petunjuk dari Allah SWT.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Golongan ulama yang berada dalam Pas adalah lulusan dalam bidang pengajian Islam. Mereka bukan pakar dalam semua bidang. Jauh sekali mereka mampu menguasai bidang-bidang disiplin keduniaannya yang lain. Seakan-akan golongan agamawan Pas mendapat autoriti untuk menakut-nakutkan golongan yang bukan agama. Golongan ini juga merasakan bahawa mereka sahaja yang betul dan mendapat keredhaan Allah. Golongan agamawan Pas sering membuat ancaman dengan menggunakan senjata (doktrin) "walaq" dan ugutan "dosa" jika melawan ulama Pas. Akibatnya, ahli-ahli bawahan yang kurang didikan agama telah dipasakkan dengan doktrin bahawa ulama Pas adalah "maksum" dan mempertikaikan mereka adalah berdosa besar.

Doktrin yang menyatakan Pas adalah Islam dan Islam itu adalah Pas, dan ulama-ulama Pas adalah "maksum" telah berjaya memerangkap ahli-ahli akar umbi dan bawahan Pas "berwalaq" secara membabi buta kepada pimpinan tertinggi Pas. Ketaatan yang mutlak dalam ajaran Islam hanyalaah kepada Allah dan Rasullullah sahaja, dan ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat. Kini masyarakat melihat Pas sebagai satu entiti yang kurang diyakini arah tuju perjuangan keislamannya. Pas kini merasa hebat kerana masih ramai ahli yang setia, dan masih ramai yang ingin menganggotainya. Itu semua tidak menghairankan, kerana "Ayah Pin" dan "Rasul Melayu Terakhir" yang terang-terangan aajaraannya bercanggah dengan Islam pun ada pengikut-pengikut masing-masing. Apatah lagi, Pas sebagai parti politik yang menjanjikan habuan kuasa dan pangkat semestinya ada pengikutnya yang tersendiri.

Tanpa Nama berkata...

Semoga hadi cepat sembuh dari penyakit yang meresap dalam jiwanya.Hampir semua kata2 yang diucapkan dia tidak ingat.wajahnya makin ego.bahasanya tak berubah,lengguk badanya semakin angkuh.kesian dia .dia tak melihat dirinya sendiri dan ramai orang menyaksikan kelainan pada dirinya.kita doakan dia agar sihat semula

Malaysiabaru berkata...

Maysallah ayoh hadi Ping Marang

Boh la wei !!!
Sudoh lah wei !!!

Bawak bertenang ingat mati
Taubat nasuha ayok chik wei..
Masyallah tabarakallah ...

Mung tu naib presideng ularmak dunio.kacek molek sikit !!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan senang menjadi pejuang islam.Syaitan akan sentiasa menghasut. Hanya yang kuat iman saja yang setia. Akan sentiasa ada ujian Allah.

asri adnan berkata...

Kau ini bagaimana? TERBAEEEEEK!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Abe Malaysiabaru...nok buak lagu mano weh...dale ati terbako doh tu..hehehe..

Abdul Said berkata...

Takde sesiapa ke yang boleh bawak tuan presiden berubat. Anak-anak ke atau menantu ke atau ostad-ostad yang ade disekeliling. Kesian ke dia, takut kalau dibiarkan lama-lama melarat. Tak sempat jumpa PRU akan datang......bukannya mati....tapi takut hilang ingatan!!

Tanpa Nama berkata...

Preside tolol nie cakap pong pang pong pang Al-Quran pertunjuk sepanjang zaman dan Nabi Muhammad s.a.w contoh kebijaksanaan pilihan Allah sampai berbuih mulut tapi dia sendiri tidak ikut Al-quran kata jangan buat fitnah ,kerana fitnah itu lebih teruk dari membunuh tapi itulah yang dia buat ,nabi kata jangan mungkir janji itulah juga yang dia lakukan ,dimanakah letaknya sebagai seorang yang mengaku ulama itu sifat-sifat Sidiq ,tabligh,Fathonah dan Amanah,bolehkah kita percaya dan yakin dengan yang diucapkan oleh tuan presiden PAS ini,fikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Hilang ingatan @ gila mereng

zamani berkata...

ulamak pagi jadi manusia dan petang menjadi anjing yang menjelirkan lidahnya.

omar daud berkata...

Salam

Sayang seribu kali sayang PAS mempunyai pemimpin begini,antara CAKAP dan PERBUATAN tidak seiring. Beliau selalu bercakap PAS mengunakan Dasar Islam yg syumul,Tapi perbuatanya tak menampakkan apa yg dicakapkannya.PAS adalah sebuah parti Politik sama sahaja dgn DAP,PKR,UMNO,AMANAH dan lain-lain lagi.Parti politik yg terikat dgn perlembagaan penjajah,yg mempunyai orginisasi demokrasi barat yg diperkenalkan di zaman Rom dahulu semasa julius Ceaser.Memilih pemimpin dgn cara pengundian dan majority terbanyak layak dipilih.Di dalam orginisasi ini ada President,timbalan,naib dan pelbagai lagi.PAS cuba nak bawa sistem politik dgn agama islam (ala Pas).Dgn memasukkan ulama-ulama dlm orginisasi politik secular ini.Disinilah percangahan bermula,politik barat dan agama islam dicampur adukkan.Bagaimana nak masukkan ayat-ayat al-quran/hadis2 dalam mainan politik barat ini.Tentu jangal bukan.Hukum-hukum Allah dan peraturan-peraturannya bertentangan apa yg ada dlm politik sekular ini.Yg paling BASIC ialah perantaraan MAKHLUK,meminta bantuan makhluk utk mereka berkuasa dgn suara majority sudah bercangah dgn al-quran, di mana Allah menyuruh makhluknya hanya meminta daripadanya.Kisah2 nabi2 terdahulu seperti mengembangkan islam,cuba BERDAKWAH,DAN BERDAKWAH,RAHMAT ALLAH SELURUH ALAM,Allah tak suruh nabi-nabi dan rasul-rasul ikut cara manusia,hanya ikut jalan lurus,cara Allah sahaja. Noh,lut,hud,shoib,ibrahim,yakob,musa,haron,isa,zakaria dan Muhammad.Hnya minta pada Allah.Allah menunjukkan jalan yg lurus, seperti dlm surah al-fatihah, dibaca minima 17x sehari.Kita disuruh beriman pada ayat-ayat al-quran, bagaimana aiik,bila ayat mengatakan tidak boleh meminta UPAH ,dgn keterangan,hukum-hukum allah,dan penerangan allah.Bagaimana nak ikut ayat allah supaya ikut iktibaq nabi,bawaan hidup nabi,aklaq nabi.Bagaimana nak ikut ayat allah,hanya ikut perintahnya sahaja bukan yahudi dan bukan nesarani.Ini adalah sedikit sahaja ,dari layman seperti saya.Kalau dapat penjelasan dari ulamak-ulamak yg bukan "cintakan dunia",banyak lagi penyelewengan PAS.Teringat saya pada zaman jahiliah dulu-dulu, Dimalaysia parti-parti politik kebanyakkan short form dari abzad-abzad huruf.Umpamanya UMNO: UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION,MCA :MALAYSIAN CHINESE ORGANISATION,MIC:MALAYSIAN INDIAN CONGRESS:PBB:PARTI BERSATU BUMIPUTERA,PBS:PARTI BERSATU SABAH:PKR:PARTI KEADILAN RAKYAT:DAP:DEMOCRATIC ACTION PARTY,PAN:PARTI AMANAH NEGARA

Bila parti islam sa Malysia sepatutnya :PIS.kENAPA PAS pula.
Mungkin parti axxxx sxxxx kot.
Parti politik seperti PKR,DAP dan AMANAH tidak hipokrit dgn :PKR :dgn good governace dan masyarakat madaninya,DAP:dgn good governancenya,Manakala AMANAH :good governance,masyarakat madani,amanah,peduli,penerapan nilai-nilai islam.Manakala PAS cuba nak bawa masyarakat malaysia membabitkan agama islam kadalam politik secular.Dgn kata erti lain nak mengajar Allah inilah cara terbaik islam untuk disebarkan.PAS itu Islam dan islam itu PAS.Sesiapa yg pernah bersamanya dan mengingkarinya, kena "BERTAUBAT" atau "DIHAPUSKAN"bukankah ajaran islam baru namanya.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

mintak di video kan aje ucapan nya dr dulu sampai skarang....baru org nmpk kot... tu pun nnt ada yg kata CG plak

Tanpa Nama berkata...

KAU nih Bagaimana?..Soalan BERTANNYO??
ITU "rahsia"...Ambe yg PUNYO
LONDON Turki...Romantik BERGAYO
TAK dok "JUTA2"...TOK seh nok CITO


Auta FITNAH...Songlap RASUAH
SINETRON "rahsia"...Sejarah ZAMAN
Kaya BERGAYA...Songlap mem FITNAH
SEMUA 'walaon'..Ter TIPU Tak 'PERASAN'?


Kalau nak TAHU..."Rahsia" Ambe
"AUDIT-Hisab" lah...Segala BELANJA
Projek PROXY...Kat luar NEGARA?
Baru lah TERBELIAK...Hai bijik MATA!??


Jubah SORBAN...Trendy' BERKESAN
Title NOBAT...TOLOL Meng ASYIK kan
Walaon Ku BANGANG kan..Ketahap GABAN
Ku Putar KLENTONG...Sirah & QURAN


NIAT di Hati...TAK sape yg TAHU
Cahaya TUHAN...TERANG ben DERANG
Iblis ber TAKHTA...Gelap lah KALBU
Pe Nyonglap FITNAH..Kemaruk dJULANG


KAU nih Bgmn?..Soalan BERTANYO??
AMANAH dah HILANG...Kat DADA Ambo..???
Parti 'AMANAH' tu...Sangat BAHAYO
Klu Tak di HAPUS...Ter buka lah "RAHSIO"


"Integrity-AMANAH"...To d Highest ORDER
"AUDIT-Hisab"...TEMBUS dan TELUS
KASEH dan Sayang...INDAH nya CINTA
Meng GEMA kan Lagu...TASBIH yg KUDUS

Tanpa Nama berkata...




KAU nih Bagaimana?..Soalan BERTANNYO??
ITU "rahsia"...Ambe yg PUNYO
LONDON Turki...Romantik BERGAYO
TAK dok "JUTA2"...TOK seh nok CITO


Auta FITNAH...Songlap RASUAH
SINETRON "rahsia"...Sejarah ZAMAN
Kaya BERGAYA...Songlap mem FITNAH
SEMUA 'walaon'..Ter TIPU Tak 'PERASAN'?


Kalau nak TAHU..."Rahsia" Ambe
"AUDIT-Hisab" lah...Segala BELANJA
Projek PROXY...Kat luar NEGARA?
Baru lah TERBELIAK...Hai bijik MATA!??


Jubah SORBAN...Trendy' BERKESAN
Title NOBAT...TOLOL Meng ASYIK kan
Walaon Ku BANGANG kan..Ketahap GABAN
Ku Putar KLENTONG...Sirah & QURAN


NIAT di Hati...TAK sape yg TAHU
Cahaya TUHAN...TERANG ben DERANG
Iblis ber TAKHTA...Gelap lah KALBU
Pe Nyonglap FITNAH..Kemaruk dJULANG


KAU nih Bgmn?..Soalan BERTANYO??
AMANAH dah HILANG...Kat DADA Ambo..???
Parti 'AMANAH' tu...Sangat BAHAYO
Klu Tak di HAPUS...Ter buka lah "RAHSIO"


"Integrity-AMANAH"...To d Highest ORDER
"AUDIT-Hisab"...TEMBUS dan TELUS
KASEH dan Sayang...INDAH nya CINTA
Meng GEMA kan Lagu...TASBIH yg KUDUS









Tanpa Nama berkata...

Kisah seorang insan yang terlampau.......... TERLAMPAU??? YA TERLAMPAU! terlampau sombong nya, terlampau angkuhnya, terlampau bongkak nya, terlampau panas baran nya, terlampau maki-caci nya, terlampau riak nya, terlampau kepura2an nya, terlampau perasan hebat nya, terlampau perasan kuat nya, kalau nak di teruskan tak habis2 column ni..... Kesimpulannya, inilah kisah "tok guru" akhir zaman..... yg penuh dgn terlampau........... renung2kan ;)

P/s.. Buat Parti Amanah Negara, teruskan perjuangan ikhlas utk menentang kerajaan yg zalim serta membela nasib rakyat tanpa mengira ras & agama, kami menyokong anda...KITA LAWAN SAMPAI MENANG ! Jgn di layan si "terlampau" itu wahai comrad sekalian... Ayuh kita tentang BN/Umno habis2an!

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua pembaca

Suatu ketika hal ehwal Dajjal dibicarakan di hadapan Rasulullah saw. Kemudian beliau bersabda: "Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal). Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil mahupun besar) kecuali dalam rangka menyongsong kedatangan fitnah Dajjal." (HR Ahmad)

Demikian pula sebaliknya, barangsiapa ketika rangkaian fitnah dalam berbagai dimensi kehidupan manusia sedang menjadi gejala kemudian ia terjebak ke dalamnya, maka dikhuatiri pada ketika puncak fitnah muncul ia akan terjebak pula untuk menjadi pengikut bahkan hamba Dajjal,

Na'udzubillahi min dzaalik.

Malaysiabaru berkata...

Kalau boleh bagi bungkus PKR sekali sebab sekongkol dgn Pas

Takde confiden nak pru 14 tanpa. Pas..maklumlah dun bukit antarabngasa byk sekolah islam... Dan parlimen Gombak byk org melayu....

Amanah yg terbuka utk cina tlg kasi bungkus PKR sekali...

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya Tuang Presideng ini sudah tidak berapa siuman lagi.Dah nyanyok kut sebab banyak berkawan dengan orang yg berdampingan denan jin iaitu chief jinnakologist Harun DIN

Tanpa Nama berkata...

Fikiran yg tak siuman 4.25 pm

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB mohon pencerahan knp Azmin beria2 nk PAS bsama gabungan 2.0...pas jelas khianat pr lagi mau pas masuk ke.Atau azmin ni pun sama mcm hadi.Mohon pencerahan. Kalau x ok,sila tukan mb.Azmin seolah.mengganggu hasrat PR ke putrajaya

Tanpa Nama berkata...

Dajjal berserban bagaimana plak?

Tanpa Nama berkata...

Memang dah banyak makan pil kuda orang tua ni, dalam ertikata lain dia sudah mengaku yang Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Esok akan keluar fatwa baru lagi.Sebab itu dia mengaku orang yang keluar Pas sudah lari dari perjuangan Islam dan perlu dihapuskan,, tetapi tidak termasuk Umno pula. Memang orang bukan Islam jadi pening kalau mereka percaya Pas itu Islam sebab pemimpin Pas dah mereng.......

Tanpa Nama berkata...

Betul kita tak puas hati dengan kenyataan wan Azizah dan Azmin yang mahu bersama Pas .sepatutnya kita biarkan Pas bersendirian dulu ,tenguk sejauhmana Pa smahu pergi dengan sikap sombong presdieng nya.kalau Hadi letak jawatan dalam Pas baru kita jemput Pas semula.

Tanpa Nama berkata...

memang dajjal akn berimej ulamak wali besar. sbb itu penipuan terhebat. sihir dilhat seperti karomah.

klu dajjal kluar mcm monster....org kapir pun xnk ikut dajjal.

Tanpa Nama berkata...

ahli bawahan terpaksa d aktifkan kesetiaan pada presiden dgn menghidangkan gamnbar2 TGHH di rumah berkain pelikat duduk d rumah papan yg usang...perang saraf yg serupa dgn perang saraf BTN...dah kurang dah gambar d london...gambar dgn ust nasharudin dan lain lain...sejak mustapa ali dah tak dekat dgn presiden ni nampak mcm gopoh dan angkoh sikit tuan presiden nie..(mustapa ali pon bukan A+ la sgt..tapi bole gagah la..) semenjak mempunyai tuan penasihat baru ni semacam nampak ego tu tinggi sikit la ...maaf la sekadar nak mengomen...

Tanpa Nama berkata...

Wan Azizah ok lg tp Azmin beria2 nampaknye.suruh die masuk pas aje lah.

Sham TM berkata...

Aku pon sangat-sangat tidak setuju Parti Gadai Bini ni ada dalam PR 2.0.

Tapi aku yakin PKR hanya ajak-ajak ayam je tu sebab orang Malaysia ni pandai berbahasa.

Tak mungkin PGB akan join PR 2.0 sebab didalamnya ada seteru utama PGB aitu.DAP dan PAN.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Aku xfahamla kalau pkr masih mahu dikhianati.akhirnya pr xkemana.pimai pimai tang tu jgk,kalau mcmni baik undi umno balik...

Tanpa Nama berkata...

Pkr memang tadak benda pun.Selama ni banyak tumpang Pas.Contoh tempat aku nak cari jong pasang poster pun susah.Sek Pas yang tolong pasang.Tu sebab dia takut sangat ko Pas.Dok rasa kalu Parti Amanah bergerak daftar ahli .Ahli parti amanah akan mengatasi ahli Pkr.Lagipun Cara Politiking PKr amat membosankan.Ada ciri2 umno.Azmin nampak sangat politik capuah nya.

Tanpa Nama berkata...

Pas di bawah Hadi adalah parti sesat.Parti yang mengamalkan indoktrin syiah.Kena wala pada pemimpin.Kepala bana.dia ingat dia nabi ka.Memang sesat hadi ni."Amanat haji Hadi" dia pun tak boleh settle sampai sekarang, sudah 35 tahun.Memang haramjadah mamat ni bila dah berkawan dengan parti kapir,umno.

air gunung berkata...

Sedaa.x yah laa kafir2kan org.tu perangai org berpenyakit hati dan kepalahotak.selagi bersyahadah org tu masih islam.aku pon bnyk x setuju dgn pndekatan HH.umngok lg laa aku x setuju.x de laa akU nak kapir2kan diaorg.bg kat syiah Isis or wahabi jer la kerja kapir n bidaah neh.

Tanpa Nama berkata...

Kau masih bertanya, 'Aku Ini Bagaimana?'

Aku ini ikut suka hati, hati ku suka begini
Tidak hadir mesyuarat, ponteng parlimen berkali-kali
Cuma aku tetap Islam sebab berserban dan mengaji

Kau masih bertanya, 'Aku Ini Bagaimana?'
DSAI itu pun aku maki
Bini dia pun aku keji
Mat Sabu, Khalid, Hatta pun kena maki
Berani kau bertanya, 'Aku Ini Bagaimana?'

'Aku Ini Bagaimana?'
Aku ini suci dipandang tinggi
Gambar aku dipijak buat kenyataan je berkali-kali
Gambar Orang berkepala anjing pun tak sehebat aku yang begini

Kau bertanya, 'Aku Ini Bagaimana?'
Aku ini ikut suka hati
Amanat Hadi, Hudud pun Hadi
Pendirian Islam aku hukum sebelum kaji
Jadi kemegahan setiap cai dan ahli

'Aku Ini Bagaimana?'
Aku ini sama macam kau
Aku mati kau pun mati
Aku di soal kau pun di soal
Kau jawab lah sendiri
Tapi aku jawab 'suka hati lah'

mohd zin berkata...

Kak wan ngn azmin ajak2 ayam jekk..

pak maun berkata...

Tepat sekali