12 Ogo 2015

Lebih Ramai Sertai GHB Dan Keluar PAS Menjelang Parti Baharu Ditubuhkan

Bekas Ketua Pemuda Pas Melaka keluar parti

MELAKA - Bekas Ketua Pemuda Pas Melaka Jauhar Mohd Dawi hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan telah menyertai Gerakan Harapan Baru.

Timbalan Koordinator Harapan Baru Negeri Melaka itu berkata tindakannya keluar daripada Pas kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dipilih pada muktamar lepas yang disifatkannya telah tersasar daripada perjuangan asal pakatan rakyat.

"Banyak isu (dalam Pas) tentang fitnah memfitnah dan melabel, serta dalam pemilihan baru-baru ini suatu pemilihan yang tidak begitu baik. Politik dibawa pimpinan baharu ini lari daripada muktamar untuk mengukuhkan pakatan rakyat.

"Saya rasa amat kecewa dan perlu pergi kepada Harapan Baru kerana mereka membawa satu model yang baik, ini suatu gerakan Islam juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jauhar, 40, menjadi Ketua Pemuda Pas Melaka antara 2013 hingga pemilihan Pas tahun ini dan Ketua Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil antara 2011 hingga 2013.

Beliau merupakan ahli Pas yang pertama di negeri ini yang mengumumkan keluar parti dan menyertai Harapan Baru.

Pada 4 Ogos lepas, bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka Adly Zahari mengumumkan telah menyertai Harapan Baru dan bertindak sebagai Koordinator Harapan Baru Negeri Melaka, bagaimanapun beliau tidak (belum) mengisytiharkan keluar Pas. - Bernama

Pemuda PAS Shah Alam hilang kemudi


Ibarat kereta api tanpa kepala.

Mungkin itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan keadaan sayap Pemuda PAS Shah Alam selepas separuh anggota jawatankuasanya meletakkan jawatan masing-masing.

Mereka menjadikan alasan kurang kerjasama dan perbezaan dengan pimpinan atasan – pusat dan negeri – yang sebagai alasan tindakan itu diambil.

Antara yang berundur ialah Ketua Pemuda PAS Shah Alam Helmi Radzuan, timbalannya Zainal Said, naibnya Abbas Salimmi Adzmi dan sepuluh lagi pengerusi lajnah dan jawatankuasa kerjanya.

Abbas, dalam sidang media hari ini membangkitkan beberapa insiden bagi menguatkan dakwaan mereka disisihkan.

“Ada satu dua benda yang ralat. Beberapa program negeri dibuat di Shah Alam tanpa memberitahu kami. Kami rasa seperti disisih. Sebelum ini tak jadi pula perkara macam ni.

“Untuk program akan bekerjasama dengan kami, tuan rumah," kata beliau dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Shah Alam dikenali sebagai kubu pemimpin lantang PAS Khalid Samad yang kini terlibat sebagai penggerak Gerakan Harapan Baru (GHB), ke arah pembentukan sebuah parti Islam baru.

Kumpulan itu digerakkan oleh bekas pemimpin kanan PAS yang tewas teruk dalam pemilihan parti itu sebelum ini di tangan 'chai' proulama.
-mk





Pemimpin akar umbi PAS tunggu dan lihat sebelum sertai parti baharu

Ketika PAS berpecah 2 dengan terbentuknya Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal menjadi sebuah parti politik Islam baharu, lebih 50% para pemimpin akar umbi khasnya di peringkat cawangan mengambil sikap tunggu dan lihat.

Mereka masih menunggu parti baharu dibentuk, apa perlembagaannya dan siapakah bakal pemimpin sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada kekal dalam PAS atau menyertainya.

Bagaimanapun, kebanyakan penggerak akar umbi PAS di peringkat pusat iaitu Unit Amal dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sudah menyatakan sikap masing-masing.

Bekas Ketua Pengarah Unit Amal, Juhari Osman serta ramai ahli jawatankuasanya mengambil sikap meninggalkan PAS dan aktif dalam GHB. Beliau sedang menubuhkan Unit Amal versi GHB yang dinamakan Amal Relief atau nama ringkasnya Arif.

Selain Juhari, turut bersama beliau ke dalam GHB adalah Timbalan Ketua Pengarah 1 Unit Amal, Jahid Zaini (Johor) dan Timbalan Ketua Pengarah 4 Azwan Ismail (Perak) dan Bendahari Mohamad Supian Ibrahim (Negeri Sembilan).


Sebagaimana PAS di peringkat cawangan, kata Johari kebanyakan anggota badan penggerak unit kebajikan dalam PAS ini mengambil sikap tunggu dan lihat.

Bekas ketua pengarah Pasti paling lama (1999 -2011) Azrin Majid juga mengambil sikap meninggalkan PAS dan menyertai GHB. Azrin kini adalah penyelaras GHB Jasin di Melaka dan sedang menyusun aktiviti pendidikan untuk GHB pusat.

PAS mengendalikan lebih 1,400 Pasti di seluruh negara dengan lebih 10,000 pelajar berumur 5-6 tahun menyertainya di samping lebih 3,000 guru terlibat dengannya.

Tunggu dan lihat

Di Selayang, Selangor, bekas yang dipertua PAS kawasan yang kini menyertai GHB Mohamad Abdul Rahman berkata, kebanyakan ahli di peringkat akar umbi takut untuk ke depan dan mengambil sikap tunggu dan lihat.

Beliau yang dilantik sebagai bendahari GHB Selangor berkata, pihaknya sedang menyenaraikan penyokong-penyokong di Selayang sendiri kerana kebanyakan mereka belum berani didedahkan lagi.

"Ramai antara mereka macam kepala kura-kura, sekejap keluar sekejap masuk balik. Jadi kita belum boleh dedahkan mereka lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 ketua cawangan di Selayang akan menyertai GHB termasuk ahli jawatankuasanya.

Kenyataan ini dibuat ketika Yang Dipertua PAS Selayang Zaidy Talib berkata, belum nampak sebarang gerakan GHB di Selayang.

Di sebuah cawangan di Selayang misalnya, 5 Ahli Jawatankuasa (AJK) sudah cenderung kepada GHB, 5 lagi akan kekal bersama PAS manakala 10 lagi AJK mengambil sikap tunggu dan lihat, kata Mohamad.

Di Kelantan, sokongan kepada GHB juga kuat namun mereka perlu berhati-hati kerana PAS menguasai kerajaan negeri dan akan mengawal pergerakan khasnya yang mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri.

"Di cawangan Kepala Jambatan yang saya ketuai, 7 daripada 14 AJK yang ada bersama saya, 6 ambil sikap tunggu dan lihat manakala hanya satu sahaja yang akan kekal bersama PAS kerana dia mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri," kata Che Ibrahim Mohamad, timbalan penyelaras GHB Kelantan.

Sokongan kepada GHB di kalangan pemimpin PAS sangat ketara di negeri-negeri selatan tanah air iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dengan kesemua pimpinan utama PAS negeri itu sebelum ini menyertai GHB.

Yang memeranjatkan adalah kesemua tiga bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang sebelum ini sukar untuk bekerjasama dengan kumpulan profesional kini memimpin GHB negeri itu.

Bekas pesuruhjaya PAS sesi lalu yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Taufek Abdul Ghani dan MK Ibrahim menyertai GHB dan menjadi timbalan penyelaras Negeri Sembilan di bawah penyelarasnya Zulkifli Mohd Omar.

Di Johor, bekas pesuruhjayanya sesi lalu Aminul Huda Hassan bersama barisan Kabinetnya kini menyertai GHB Johor.

Begitu juga di Melaka, bekas pesuruhjayanya sesi lalu Adly Zahari menyertai GHB. (Bekas Pesruhjaya PAS Melaka, ustaz Salleh Yusof dan timbalannya Azutdin Hassan turut menyertai GHB) - tambahan GB

Di Jasin, Melaka, hampir kesemua pemimpin dan AJK PAS di 6 cawangan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyertai GHB Jasin yang dipimpin Yuhaizad Abdullah.

Namun di cawangan Kampung Kelubi yang terletak di bawah DUN Rim, pemimpin akar umbi PAS berpecah kepada 2, separuh pergi ke GHB manakala separuh lagi kekal dalam parti, kata bekas naib ketua cawangannya, Azrin.
-TMI (8.8.2015)








IKLAN BERBAYAR







14 ulasan:

omar daud berkata...

Salam

Alhamdulillah apa yg telah dijangkakan,terjadi mungkin ramai lagi akan menyusuli.Walaupun saya bukan ahli PAS,saya berkawan ramai dgn rakan-rakan PAS, di tempat saya sahaja di Selangor/wilayah banyak tempat dah muram dah tak ceria seperti duhulu.Yg paling lucu ada sepasang suami isteri,si hubby pengerak kuat GHB,manakala siisteri orng kuat wanita PAS.ha ha boleh bincang2 strategy.
Inilah akibatnya,sikap sombong,bongkak dan suka membanga diri,semua orang nak jadi KETUA,BOSS,mengarah orang,cekak pingggang at last, orang dah malas nak buat kerja, sebab dlm PAS ada BERKASTA,geng ulamak dapat tumpuan,orang2 biasa cuma jadi macai sahaja.Nak buat macamana "Nasi dan menjadi bubur"

Tahniah pada gerak-kerja GHB,yg bekerja bertungkus lumus dan menunjukkan akhlak yg cukup baik.Bijak mengunakan akal fikiran tanpa mendabik dada mengatakan GHB kuat dan GHB boleh bergerak sendirian.Bekerja sebagai satu pasukan, ada daily activities,masyarakat dan pelbagai lagi.GHB masih lagi dalam kandungan,tapi gerak-kerja, seolah2 sudah matang.Tak payah nak paksa-paksa orng lain nak join,ahklak ,gerak-kerja yg baik, cakap serupa bikin dah cukup membuat orang tertarik pada kita.

go GHB go
wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Jangan tinggal daku.aku makin kesunyian ni,memang dulu aku sombong tapi sekarng ni aku pun masih sombomng lagi,kah,kah,kah

Tanpa Nama berkata...

Nampak gayanya penyakit Pas buke setakat sakit kepala atau kudis gatal.Tapi Pas dah ngidap penyakit kronik {kanser,lemah jantung,darah tinggi,kencing manis dan penyakit hak berat sekali HIV]Tak cekat nak ..minum air jampi Aruun Deen memang tak sembuh dah.Pade Muka agah sangat.GHB koho sari koho gemuk Adios PAS Bravo GHB.

oranqtua berkata...

ramai ostaz ostaz pas dok gunakan cerita pemecatan khalid al walid sebagai contoh ketaatan kepada pemimpin. Aduhhh...alangkah malangnya dan rendah akhlak bagi mereka ini.dok sebut dlm masjid pulak tu.memang.tak ubah mcm umno dok kelentong org kampong saluran 1...

khalifah ada alasan untuk menurun pangkat khalid dan diutuskan surat. Khalifah bertanggung jawab sepenuhnya dgn tindakan itu dan Khalid redho serta patuh kepada arahan. Tapi ingat dlm kes hb, presiden dan ahli syura ada seribu alasan untuk memecat geng 18 yang mungkin tidak sependapat dgn mereka. Boleh saja dikeluarkan surat pemecatan. Tapi ini tidak berlaku. Sebaliknya disuruh perwakilan menyingkirkan geng 18 tu melalui cai undi. Jadi di mana pertanggungjawab dan wibawa presiden serta ahli syura. Mereka berlepas tangan. Inikah akhlah pemimpin islam.

sekiranya surat pemecatan geng 18 dibuat dan mereka tidak patuh..barulah kes khalid al walid boleh dijadikan sandaran...aduhai ostaz ostaz yg gunakan kuliah dimasjid untuk membantai hb..bagi aku kalau berani buat satu debat secara terbuka dgn geng 18, biar ahli parti dengar hujah hangpa dan hujah hb..

aku cukup meluat dgn perangai gunakan masjid untuk membelasah orang..sedangkan orang yg kena belasah tidak ada untuk menjawab..alangkah rendahnya akhlak kamu yg kononnya mempunyai ilmu islam yg tinggi tapi amal????. ketuk hati tanya iman...

Tanpa Nama berkata...

Pas hanya betul dizaman Nik Aziz dan Fadzil Nor sahaja, > PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Tanpa Nama berkata...

Bagus orang muda! teruskan perjuangan dengan GHB. Pedulikkan PAS. Dah kuat sangat tu...Kita bangunkan harapan baru untuk semua yang berpikiran progressive. Bukan jumud! bukan pemikiran kuno! Islam tak ajar semua tu!

My Kakak berkata...


Harapan rakyat kini agar GHB dapat menjadi pengganti PAs yg tersangat banyak onar dan konar.

Teruskan perjuangan mu anak muda berjiwa Islam.

Majoriti yang di atas pagar melihat dan menanti dan memerhati.

Aturkan strategi, gunakan teknologi, bersatu hati, berakhlak tinggi.
Rakyat akan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

In syaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Masa tak lama pun ,selepas kumpulan 18 dihina.dicerca.diherdik,didokan zalim dalam majlis.Di CAI kan dalam muktamar,dhambat agar keluar,di Baiahkan,di munafiqkan ,macam2. KINI bahana virus sakit jiwa dan mental peminpin Pas dah nampak kesanya.Hari2 mereka merapu.merayu,mengugut .sekali kata bolih 2x kata nanti dulu,3x kata tak bolih ,Baru mereka tahu balasan yang mereka terima,Sekarang kemana Hudud mereka yang merka jajakan selama ini,hukum Allah dipermainkan untuk politik ,HA sekarang bagaimana? makan diri.TERUSKAN wahai peminpin GHB untuk menguatkan ISLAM dan membela rakyat berbilang kaum.Ambilah contoh yang ditinggalkan TGNA janagn guna pakai ilmu yang di ajar Hadi dan Haron.

dhoif berkata...

Sy setuju tu,komen ni elok foward pd us fawaz blh2 utara nun,biak us tau..

Tanpa Nama berkata...



PASCAI tidak langsung mengambil usaha-usaha memulihkan hubungan ahli dalam parti. Maka betul dan tepat lah G18 membuat keputusan menubuh parti baru. Ahli-ahli PAS yang ingin melihat perubahan positif dalam PAS, diminta melupakan sahaja hajat mereka. Dan berhenti lah menuduh G18 adalah kumpulan yang keciwa.


Belum pernah dalam sejarah PAS, ahli keluar beramai-ramai. Apabila se orang dua yang keluar dari PAS sebelum ini, pasti kerana ditawar jawatan dan di beri keistimewaan. Itu pun susah untuk terjadi pada ahli PAS sebelum ini. Ada nilai harga kalau keluar dari PAS, bukan keluar begitu sahaja.

Berbeza dengan keluar beramai-ramai kali ini, di mana seperti yang telah dijangkakan ini akan terjadi. Mereka yang meninggalkan parti bukan kerana di tawar apa-apa habuan, mana mungkin, kerana jumlah nya ramai. Harga mereka keluar dari parti PAS ialah harga sebuah perjuangan yang perlu di teruskan. Mereka akan mendapat laba sekiranya mereka membuat keputusan keluar dari parti ketika PRU.

Ini menunjukkan PAS telah lemah. Kekuatan PAS satu masa dulu ialah kerana ahli nya memilih untuk kekal sepanjang hayat sekalipun terpaksa menghadapi rintangan yang memerlukan pengorbanan.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Semangat ini yg dperlukan dlm ghb.xgila jawatn mcm ulamakcai masih xletak jawatan d pp

Tanpa Nama berkata...

Pas mesra umno tp bmusuh dgn DAP / PKR....apa maknanya tu?Geng2 jebon dah ditendang,cepat2la kawin dgn umno....hadi dh puji najib,najib pun puji hadi....apa lagi tunggu... Kawin la cpt...jgn buang masa....org umno sendiri xpcy najob tp hadi/haron din pcaya...Apa punya ulamak2cai lah diorg nih



Abdul Said berkata...

Terpulanglah kepada individu atau kumpulan masing-masing. Sama ada hendak keluar atau tidak. Kalau kena buang pun elok juga. Dapat juga surat cenderamata dari PAS. Itu pun kalau cekap, kalau tidak surat berhenti tu dapatlah dalam masa 2 tahun lagi!! Kalau tak keluar boleh juga hadir program parti. Itu pun kalau dijemput. Ataupun surat jemputan dihantar sebulan selepas program tamat!! Walau apa pun kalau belum keluar lagi mereka dah sisihkan, kenalah buat keputusan sendiri mengikut keadaan. Semoga berjaya!!

Tanpa Nama berkata...

Berani ke nak berdebat.....mereka ni bak kata DUPP sentiasa menang ketika berhujah......siap dengan fakta.....persideng pun kalah......tu salah satu sebab mereka ni disingkir........selalu mengagalkan cita2 persideng....