2 Jul 2015

[VIDEO] Parti Baharu Diharap Terima Orang Bukan Islam Sebagai Ahli

Menuju ke arah parti baru Islam progresif'

Ekoran ketidaktentuan mengenai masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat, anak seorang bekas presiden parti itu berharap parti baru jika diwujudkan, akan menerima orang Islam dan bukan Islam sebagai ahlinya - selagi mereka menyokong dasar perjuangan Islam dan dibenarkan untuk mengundi dalam parti itu.

Harapan ini disuarakan oleh Faiz Fadzil, 38, anak kepada Allahyarham Datuk Fadzil Noor, yang menjadi presiden PAS sesi 1989-2002.

"Bagi saya, dasar perjuangan Islam mesti ada, dan ia lebih bersifat pragmatik, progresif dan inklusif semua kaum. Tidak ada paksaan untuk memeluk Islam tapi ada individu yang melihat kepada baiknya Islam dan dia boleh sertai (parti baru itu)," katanya.

Menurutnya, Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan harus melihatnya dalam konteks pentadbiran, keadilan, urus tadbir yang baik dan kebajikan rakyat dan bukan semata-mata hudud.

"Bagi ahli-ahlinya, ia mestilah inklusif dan buka keahlian kepada umat Islam, dan bukan Islam yang menyokong dasar perjuangan Islam. Sebelulm ini PAS pun buka DHPP, satu sayap yang menyokongnya (tapi), ia tak buka keahlian.

"Parti baru ini, saya berharap, akan membuka keahliannya kepada bukan Islam, yang juga harus dibenarkan untuk mengundi," kata Faiz dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.

Faiz, yang mengendalikan firma guamannya sendiri di Negeri Sembilan, berkata pada masa ini penyokong bukan Islam dalam PAS tidak dibenarkan untuk mengundi dan tidak diberi apa-apa jawatan dalam parti.

Katanya, ini kerana PAS tidak bersedia untuk membuka keahliannya kepada bukan Islam dan ini telah menyebabkan sayap penyokong PAS itu mempunyai peranan yang terhad.

"Bagaimanapun, dalam parti baru (saya cadangkan) orang bukan Islam diletakkan di dalam pentadbiran parti," kata Faiz, seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Faiz berkata beliau menyokong penubuhan parti baru oleh kumpulan progresif dalam PAS sekarang kerana kepimpinan PAS yang baru menunjukkan ia tidak mengubah pendirian tegas sejak mengambil alih kepimpinan parti itu bulan lepas.

Beliau berkata adalah menjadi satu kewajipan (bagi parti baru itu) untuk menampung jurang yang ditinggalkan oleh PAS dalam gabungan pembangkang.


Katanya, beliau menyokong penubuhan parti baru itu berdasarkan trend kepimpinan yang ada sekarang



14 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Semua:

THUMB UP!!Parti Baru Menarik, Islam yg pragmatik,inklusive dan progressive.BUKAN Conservative.Saya nak recommend Pada G-18,BILA PERASMIAN PARTI nanti sila jemput TMJ, ia menandakan ianya bermula di Johor,seperti umno bermula di Johor, Parti Baru bermuala di Johor untuk mengantikan umno.Sekarang ni TMJ sangat bengang dgn UMNO, inilah masanya untuk mendapat sokongan MASSA rakyat johor terutamanya orng2 melayu.JANGAN MISS OPPORTUNITY INI.

Berbalik pada pengalaman strategy Pilihanraya PR13; Sebagai pelajaran/tauladan tak mahu diulangi lagi.

Ada 2 kawasan Parlimen dan satu DUN di mana PKR bertanding , KEKALAHANNYA adalah kerana TAK CERDIKnya parti,umpama bermain bola, striker dan midfield bagai nak gile, drivel bola dari bawah ke atas, bila sampai di-depan gol, striker pergi "perkena teh tarik".Palimen di Johor dan parlimen di Wilayah. Sambutan rakyat hebat,jika ceramah collection mencecah >rm5k tapi bila result di umumkan mereka kalah <1000 undi kenapa tewas???Adalah di sebabkan benteng terakhir longar dan calon-calon yg bertanding hanyalah bidan terjun.Bayangkan pertugas-pertugas yg di lantik hanyalah 2 minggu sebelom mengundi.Di beritakan kebanyakkan di lantik ramai yg belot,dan menerima sogokkan dari umno bn, untuk meninggalkan peti-peti undi mereka.Ada 5 saloran peti undi di sekolah-sekolah pertugas-pertugas ponteng,jadi disinlah undi2 pkr di manupulate sehingga mereka kalah, di mana sepatutnya mereka menang,Lepastu pkr menyalahkan bla..bla..bla...yg sebenarnya mereka tiada ada palnning/pemantauan yg menyeluruh.Nak buat macamana nasi dah jadi bubur.

Dan yg paling CLASSIC pertandingan DUN Damansara, PKR diwakili oleh Dr. Nasir dr. parti sosialis, di Peringkat awal, kami dapati PAS tak menyokong PKR, PAS berkempen cara lain mengatakan jangan undi orng sosialist,orng liberal dan kominis di mana tak sekata untuk mengundi PR, apabila penamaan calon di umumkan PAS pun meletakkan calonnya, Dr Nasir dan penyokong2nya "caught red handed"tergamam sebab mereka tak ready, kami usulkan pada pimpinan PKR supaya berbuat sesuatu tetapi mereka buat tak tahu aja.Last-last dua-duat tak menang ,umno yg menang slim majority.

So "moral of the story": 1.Jika mana-mana calon nak bertanding di kawasan DUN/Parlimen hendaklah pastikan ,pertugas-pertugas benteng terakhir hendaklah dilantik/dikenal pasti minima 6 bulan sebelom pengundian.
2.Avoid/hindarkan calon-calon bidan terjun last minute SURE kalah.
3.Calon dan pertugas-pertugas mestilah macam isi dan kuku dan tahu pengundi-pengundi di kawasan mereka.(Ini adalah contoh yg clasicc di kawasan Lembah pantai: Di mana raja long chik telah all-out cuba menewaskan nurul,bayangkan setiap 10 markas BN ada satu saja markas PKR , jutaan duit utk rasuah pengundi, BN pergi rumah kerumah pengundi, sehingga semasa pengiraan pengundi pada pkl 11mlm ada lagi peti undi yg lewat sampai,tak ada banjir,tak ada hujan..Tetapi alhamdulillah pertugas2 tadi menjalankan tugas dgn penuh dedikasi dan ikhlas,dimana peti2 undi tadi tak dapat di bawa masuk.Cuba bayangkan jika calon dan pertugas tak sekapala apa akan jadi pada calon lembah pantai)

okay itu saja setakat ini(To be continuied)
Daulat sultan Johor, ianya bermula di johor parti baru mengantikan umno.
Please suhaizan, do it,please salehuddin do it, mengadap sultan...minta perkenan darinya untuk merasmikan, lagipun sultan adalah ketua agama, bertepatan parti baru adalah parti agama..."We're one step ahead"
SALAM RAMADHAN
WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN DARI ANAK NIK AZIZ

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa dasar konsisten PAS untuk menegakkan Islam menyebabkan terdapatnya konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, serangan tersebut dilakukan dengan melemahkan pimpinan dalaman kerana tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).

"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Tuan Guru (Hadi Awang) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab ya," kata Nik Abduh seperti disiarkan portal milik parti itu, Harakahdaily hari ini.

"PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR, mesti dilemahkan daripada dalam.

“Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam."

Anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu yang sebelum ini mengatakan PAS dibuli PKR dan DAP mendakwa, pihak Barat dan musuh Islam tidak mahu melihat parti itu menjadi parti tunjang yang Malaysia seperti Umno satu hari nanti.

"Ini merimaskan Barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan Barisan Nasional (BN) yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang cukup merimaskan," katanya.

Ahli Parlimen penggal pertama itu turut menyeru ahli PAS untuk sedar dengan kebenaran tersebut.

Katanya, serangan terhadap Majlis Syura Ulama kerana pihak musuh Islam mengetahui ia merupakan kekuatan sebenar PAS.

"Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai presiden PAS," katanya.

Beliau berkata, pihak Barat sebelum ini berjaya dilakukan di Mesir apabila bekas presiden negara itu Mohamed Morsi digulingkan kerana menggunakan demokrasi untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil..

"Mereka juga melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan fatwa para ulama Muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Assad mestilah disekat, kerana ia pasti berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.

"Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstremis terlarang seperti ISIS. Maka Syria hancur dan fitnah agama berterusan memporak-perandakan Syria, negara yang dipenuhi ulama besar," katanya.

adious berkata...

Bagi pandangan saya, parti G18 mesti orang Islam sahaja ahlinya...sebab PKR ahlinya bercampur dengan bukan islam selain Dap. Saya mau G18 ahlinya mesti islam dan boleh mempunyai penyokong non-muslim. Kalau nak terbuka jamgan sampai terngangga...itu bahaya!!!!

Faizal berkata...

nampaknya isu2 dan tips yang Tuan Omar ketengahkan patut kita 'bukukan' untuk rujukan dalam melaksanakan strategi bagi parti baru ini. kita rancang dari awal strategi ini. InsyaAllah, kita akan berjaya membentuk Malaysia yang kita impikan bersama-sama.

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlu gelojoh

Bukan Melayu bukan bangsa bodoh macam Melayu

Cuba didik orang orang Melayu dulu biar terima masok dalam Parti Baharu Ganti PAS ini

Jika ada Melayu masok jumlah besar baru lah buka pada Bukan Melayu

Parti Politik Melayu rata rata Tiada Nilai Ekonomi dan GAGAL tambah nilai pada kehidupan rakyat

Jika Parti Baharu Ganti PAS dapat bukti efektif setanfing DAP dan PKR , Bukan Melayu akan meminta Parti Baharu Ganti PAS buka pada Bukan Melayu

Jangan perasan Bagus.

Orang Melayu lah masalah besar di tanah melayu ini , tiada nilai ekonomi dan malas pulak tu.

Bukan Melayu memang kerja kuat dan di CUKAI bagi orang Mrlayu makan minum sampai KIOK

Didik dulu orang orang Melayu supaya BER FIKIR dan TIDAK EMOSI

Jatuh Bangun Melayu bergantung besar pada OTAK nya ; buat masa ini OTAK MELAYU hanya makan gaji buta dan ber harap.

Kena menipu makan rasuah saja boleh bagi Melayu Kaya Cepat

Usah risau Bukan Melayu ; mereka TIDAK BODOH dan TIDAK BER HARAP.

Bukan Melayu BANGSA BER FIKIR. Itu Fakta!

Awak pon belum ter bukti. Masok UNDI tengok sejauh mana boleh pergi.

Otak Bahalol tak de pengalaman boleh hancur kan negara macam Anak RAZAK.

Didik dan belajar serta banyak membaca baru boleh jadi BIJAK. Tengok Rafizi dan NURUL buat bandingan.

Orang Melayu BODOH ada JUTA JUTA. Tok sah risau Bukan Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Awak salah adious.

Ahli PKR memang bercampur, tetapi dasar parti itu tidak Silam.

Berbeza dengan parti baharu ini, dah tetapkan awal-awal dasarnya Islam. Yang bukan Islam jika nak join tak kisah asalkan sedia menerima dasar Islam.

air gunung berkata...

TMJ??
Kalo ikut kepala hotak aku memang aku tak suka.tp ini satu silat politic yg sgt bijak.
Kalau tak jgn berpolitik.biar jer la org yg jahil tamak berpolitik.janji soru x miss walau ubi kayu.apa lekeh beno islam sampai politik x ada dlm syariat??bior je sape mentadbir walau kaki temberang.

Steady bro OD.

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju dengan cadangan Faiz.

Orang bukan Islam yang pentingkan nilai-nilai murni pasti akan menyokong dasar perjuangan Islam kerana dari berbuat baik untuk tuntutan hidup semata mereka kini akan buat baik untuk tuntutan agama walaupun mereka bukan Islam. Insya allah. Mudah-mudahan mereka akan faham apabila kita berkata tentang roh Islam, roh perjuangan dan sebagainya. Kita akan malu sendiri bila mereka nanti yang kata mereka melaku kebaikan kerana ajaran Islam. Dan orang MELAYU tidak akan terkejut lagi bila ada cina seperti LGE mengambil pengajaran dari Saidina Omar. Dalam hal ini kita tekan kan seperti bila tanpa hudud pun selama ini hukuman berjalan dan begitu lah bila mereka berbuat baik mengikut Islam, mereka tetap berbuat baik juga.

Membenarkan mereka mengundi juga akan memberi satu kelebihan kerana mereka sendiri akan menilaikan siapa diantara pemimpin-pemimpin yang lebih baik mengikut prespektif Islam dan mengikut dasar parti iaitu Islam. Mereka lah penentu samada pemimpin kita berjaya melaksanakan tanggung-jawab sebagai seorang Islam. Bila kita adil pada orang lain, kita juga adil pada orang kita sendiri. Serban, jubah dan ucapan menguna perkataan arab yang keluar dari mulut bukan nya satu keutamaan kepada mereka.

Dan yang paling penting, negara kita akan menjadi sebuah negara Islam sebagaimana mereka menerima parti baharu yang dasarnya ialah Islam.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Bagus tu buka pada seluruh kaum dan semua ugama. Inilah yang saya nanti-nantikan selama ini. Aku bukan nak mengata tapi antara Umno dengan PAS, Umno lebih baik Islamn dari PAS.Aku memang dah meluat dengan PAS.

Dasar parti kita nanti hendaklah presiden tidak semesti Islam atau melayu walaupun parti ini dasarnya Islam. Kita sama pada semua. Hatta tok sami atau tok Buddha atau pope pun boleh jadi presiden kita. Apa-apa keutamaan hendaklah dirujuk kepada DAP supaya mereka dapat memutuskan apakah yang terbaik pada PR 2.0. DAP adalah parti yang jelas dan kosisten perjuangan nya.

Parti baru ini mestilah berwawasan Putrajaya. DAP yang akan memandu kita kesana. Selepas itu kita boleh hancurkan parti umno dan Pas.Percayalah walau pun DAP itu cina tapi mereka lebih baik dari PAS. Mereka lebih dari Umno. Mereka boleh memberi kesamarataan pada semua. Tadbir!!!. Yadbir!!!.

Tanpa Nama berkata...

Kita perlu gadingkan orang melayu dengan kaum lain. Melayu jadi macam ini, lemah dalam serba serbi, perlukan sokongan dari kaum lain. Semangat dan kegigihan orang cina sebagai contoh akan dapat di serapkan bila mereka sama-sama berjuang dalam politik. Kita telah melihat bagaimana UMNO yang kesemua nya melayu gagal mendidik ahli nya, lagi pun kita perlu kan satu identiti dari awal penubuhan parti dan bukan nya setelah parti berkembang baru kita buka keahlian kepada kaum lain. Ketika itu bagi semua orang, parti baharu ini tetap parti untuk Islam macam PAS dan parti melayu macam UMNO.

Kita sedia maklum, pihak Istana tidak boleh terlibat secara langsrung dengan mana-mana parti politik, Mereka juga ada tanggung-jawab mengimbangkan keadaan politik demi kebaikan kepada semua rakyat. Cukup sekadar pemimpin kita bertemu dan bergambar berbuka puasa dengan TMJ. Selain dalam sukan bola sepak, baginda boleh menguna penglibatan beliau secara tak langsung dalam penubuhan politik ini untuk persedian baginda untuk menganti ayahanda nya mentadbir negeri. Ingat lah, kita cuma perlu limpah kurniaan nya supaya parti ini maju dan berjaya dan bukan untuk mendapat kan sumber kewangan dari baginda.

Kepada Allah kita kembalikan.

Unknown berkata...

Gelak. Kalau amir PAS mcm Rasulullah saw punya sifat dan akhlaq barulah pening puak orientalis. Tapi kalau amir maki hamin makmum. Mereka tenhok pun x nak. Khalid al walid rela tak berbaju krn menyelimuti makmumnya yg kesejukan.

Tanpa Nama berkata...

Ish ish ish .....gila meroyan betoi. Inilah dia kalau mursyidung ang kaki ketum tuang presideng mabuk pul kuda ularrmak serban bertanduk syaitan pemuda dah jadi barua...pingjang cakak tuang presideng. Tumpang tanya...boleh samak ka tangan yang dah terpangkah dulu. Geeeliii.

Tanpa Nama berkata...

Ini pendapat saya, berkaitan dengan cadangan untuk melibatkan TMJ merasmikan parti baru. Saya kurang bersetuju dengan cadangan ini kerana ia akan melibatkan raja secara langsung kedalam politik dan satu tindakan yang tidak sihat.

Walaubagaimana pun saya bersetuju jika sekiranya jawatankuasa penaja sahaja yang berjumpa kepada TMJ hanya untuk meminta perkenan beliau, untuk membenarkan bumi johor digunakan bagi melancarkan parti baru bermula di Johor sebagai menghormati baginda sebagai pewaris tahta kerajaan Johor. Apabila ada perkenan baginda ini bermakna, pada persepsi orang ramai, kita bukan menubuhkan parti baru untuk membuat onar, tetapi hanya memenuhi kehendak demokrasi dimana semua orang berpeluang untuk berorganisasi dan berpolitik mengikut selera pemikiran mereka.

Tanpa Nama berkata...

Tengok secara realiti pun tahu nik abduh ni kuat berfantasi.beza sungguh dengan dengan arwah ayahanda nya dan adik beradik nya.nik omar pun tahu cerita politik cah keting dalaman PAS sejak ayahandanya sakit.