10 Jul 2015

Parti Baharu Atau Ambil Alih Parti Sedia Ada, Tunggu Hari Raya...

Jenamakan semula parti sedia ada jika gagal daftar parti baharu, kata Mujahid

Sekumpulan pemimpin progresif PAS sedang mengkaji kemungkinan membuat "penjenamaan semula" sebuah parti politik sedia ada, jika parti baharu yang akan ditubuhkan berdepan masalah pendaftaran dengan Pendaftar Petubuhan (RoS), kata bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid berkata pendekatan sebenar adalah menubuhkan parti baharu tetapi jika RoS membuat keputusan untuk mengetatkan prosedur pendaftaran, kumpulan itu akan mencari jalan lain bagi mewujudkannya.

"Kita boleh mempertimbangkan untuk mengambil alih parti sedia ada, menghantar permohonan kepada RoS untuk menukar namanya, logo dan misi.

"Tetapi kita tidak menghadapi masalah (untuk mempunyai parti baharu berdaftar)," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parit Buntar, hari ini.

Langkah itu akan mencerminkan apa yang PKR lakukan apabila presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai masalah mendaftarkan Pergerakan Keadilan Sosial sebagai sebuah parti politik lewat 1990-an selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Pergerakan Reformasi mengambil alih sebuah parti kecil yang dikenali sebagai Ikatan Masyarakat Islam Malaysia dan dilancarkan sebagai PKR pada April 1999, tepat pada masanya untuk pilihan raya umum tahun itu.

Mujahid bersama sekumpulan pemimpin progresif PAS yang digulingkan daripada jawatan mereka dalam parti Islam itu, yang kini dikuasai puak ulama konservatif, sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan parti sebagai alternatif kepada PAS dan membina pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah runtuh.

Ketika ditanya mengapa mereka mahu berdepan masalah menubuhkan parti baharu berbanding menyertai DAP atau PKR, Mujahid berkata terdapat keperluan untuk melihat tujuan yang lebih besar dan bukan survival peribadi mereka dalam kancah politik.

"Ini bukan soal menyertai parti lain untuk kelangsungan politik tetapi untuk membawa politik baharu kepada negara ini. Kita mesti mempunyai jiwa yang lebih besar untuk membuka jalan ke arah agenda baharu.

"Kami melihat kepentingan ini biasa di parti yang lain. PR mungkin mati tetapi kita perlu mengekalkan semangat dan kesepakatan itu,” katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata parti baharu berkenaan belum ada nama kerana mereka masih mengumpul sokongan dan menggerakkan kekuatan badan bukan kerajaan yang berkongsi wawasan pemimpin progresif, tetapi ia bersahaja yang dirujuk sebagai "harapan baharu" atau "xin xi wang" dalam bahasa Mandarin.

"Kita mungkin tidak dapat menggelar diri kita sebagai Parti Islam Progresif kerana sudah ada sebuah parti Islam. Nama itu boleh menyebabkan kekeliruan. Kami mungkin menggunakan nama yang akan mencerminkan perjuangan dan prinsip kami seperti inklusif, progresif dan keadilan.

"Kami juga tidak mahu dikenali sebagai G18. Ia seperti panggilan nama kumpulan gengster terkenal di Pulau Pinang. Semasa saya kanak-kanak, G18 adalah kumpulan gengster yang menakutkan," katanya, merujuk kepada nama tidak rasmi yang diberikan kepadanya dan 17 pemimpin progresif PAS yang tewas pada pemilihan parti itu bulan lepas.

Mujahid berkata, "harapan baharu" pergerakan itu kini sudah berkembang lebih besar daripada hanya 18 kepada mereka yang datang daripada kumpulan serpihan PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang ditubuhkan tahun lepas.

Beliau berkata bersama mereka adalah NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia dan Pertubuhan Ikram Malaysia, institusi dan ahli masyarakat sivil yang berkongsi visi dan aspirasi mereka.


"Kami berada di seluruh tempat. PasMa bermula lebih awal tetapi kami mahu masuk dan melawan terlebih dulu (dalam pemilihan parti), sekurang-kurangnya sehingga kami pasti proses yang sistematik untuk menghapuskan progresif. Ia seolah-olah PAS tidak memerlukan lagi ahli progresif," katanya.

Ia juga secara terbuka difahamkan ahli progresif akan menjelajah seluruh Malaysia bagi mengajak individu terkenal seperti bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sama ada mereka mengajak mana-mana tokoh penting, Mujahid berkata mereka akan menjelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan orang yang berkongsi cita-cita dan aspirasi bagi mendapatkan pandangan mereka.

"Meminta seseorang seperti Dr Mahathir menyertai kami? Kami terlalu kecil," katanya sambil menambah mesyuarat awal minggu ini antara pemimpin progresif PAS Mazlan Aliman dan Dr Mahathir secara khusus mengenai isu Felda.

Sejauh mana harapan baharu yang diambil mereka, Mujahid berkata pergerakan itu menuju ke depan dan mungkin hasil usaha mereka akan dapat dilihat selepas sambutan Aidilfitri.

"Pada masa ini, bulan Ramadan kita bertemu ramai orang secara persendirian. Kami bergerak di semua negeri supaya parti itu apabila ia dibentuk kelak akan hadir di peringkat negeri juga. Kita tidak mahu menjadi sebagai sebuah parti yang 'syok sendiri'.

"Selepas Aidilfitri, kami akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara bermula dari Perlis pada 19 Julai. Kami akan berada di Perak pada 26 Julai. Kami akan memberitahu media mengenai program kami sejurus rancangan dimuktamadkan," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP Nibong Tebal Teoh Seang Hooi berkata DAP sentiasa menghargai kepimpinan prinsip dan usaha Mujahid bagi merapatkan kaum dan agama yang berbeza dengan dialog dengan gereja.

Beliau berkata apa yang Mujahid lakukan untuk menggalakkan keharmonian dan perpaduan antara agama adalah teladan, bukan saja di rumah tetapi di luar negara, dan prinsip beliau adalah sama dengan impian DAP untuk menjadikan Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. –TMI

ULASAN GB

Kita sedia maklum bahawa RoS akan cuba untuk melengah-lengah pendaftaran parti-parti baharu dari kalangan yang tidak mesra-BN.

Malah "Pakatan Rakyat" sendiri sehingga sekarang tidak lagi diluluskan pendaftarannya oleh RoS.

Jadi mengambil alih parti yang sedia ada, menghantar permohonan kepada RoS untuk menukar namanya, logo dan misi itu adalah alternatif jika parti baharu yang betul-betul baharu tidak diterima oleh RoS.

Jika itupun ada banyak ranjaunya, maka tiada pilihan kecuali gerakkan Jawatankuasa Undang-undang di bawah Hanipa dan Asmuni untuk mengheret RoS ke mahkamah.

Kita memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan pendaftaran parti baharu, parti alternatif kepada PAS yang telah membuang kumpulan professional di dalam muktamarnya yang lepas.



17 ulasan:

Si Delima Merah berkata...

Harun Din dan Hj Hadi BUKAN ULAMA? Mereka cuma ada ilmu TAPI AKHLAK ISLAM MEREKA HANCUS!

Tanpa Nama berkata...

allahhuakbar

Tanpa Nama berkata...

Pelik juga kenapa smpi sekarang hadi malu2 kambing.ckp terus terang je nk gabung umno....kan senang,xyah malu2 lg setelah halau semua progresif pas...kawin je terus

Tanpa Nama berkata...

Nama pun ros..kak ros...kikikiki...mmg bijak ahli progresif, belum.apa2 dh stdbt alternative lain jika berlaku halangan....mcmnie la pemimpin yg kita mau...jgn ikut emosi terus putuskan hubungan dgn dap pastu xnk letak jawatan.malu laaaaa ulamak mana nk letak muka....opssss....ulamak mana reti Malu2 kan...ulamak2 punya komen senang je,semua dlm ilmu Allah....hahahahaha

Mr Oren berkata...

Maaf ye sahabat2 pengomen.. Saya rasa ini masanya kita berhenti menyerang pimpinan PAS. Betul kita tak puas hati, kecewa, geram, marah tapi sampai bila. Biarkan mereka. Move forward. Dr Mujahid dan pimpinan progresif lain sudah mula bercakap mengenai masa depan dan hala tuju parti baru.

Tanpa Nama berkata...

MANA AZMIN?

siri jelajah Mencari Azmin...

Omar Daud berkata...

Salam semua:

Mneyambut baik gerak-kerja, lakukanlah apa2 yg patut, Yg penting biar lambat asalkan kerja-kerja dilakukakan dgn cermat,selamat,efficient supaya tiada orng kata rumah dah siap,pahat masih berbunyi.

Dipilihanraya UMUM, PAS gunakkan DAP nak dapatkan undi Cina.
Pemilihan Muktamar: PAS gunakan DAP nak dapatkan undi ahli -melayu.

sekarang PAS di persimpangan:Nak DAP ka Tak nak. Halal atau Haram.
PAS putuskan DAP sebabkan HUDUD,tapi PAS masih lagi kawan DAP.
sebab MSU, sedang nak cari Ayat2 al-quran & hadith tak jumpa2 lagi.
HUDUD yg di taja oleh PAS, Berpilih-pilh, Bila Hudud bertembung dgn "SYURUU" Yg ni buat mereka Pening....walaubagaimanpun "syuruu" dulu biarlah muka tebal...kalau boleh haron din lama2 sikit mesyuarat "Syuru Ulamak"



Harapan & Impian Baru: PARTI ISLAM DEMOKRAT.
salam ramadhan utk semua
wassalam


Tanpa Nama berkata...

TAJUK PAKATAN BER-4
Elok tubuh parti baru dan Pakatan Rakyat jd pakatan berempat. Pas nak bersama boleh keluar pun boleh. Jadi kuasa tawar menawar akan seimbang. Selangor contoh adun Pas yg dibaruakan tak akan dipilih semula dlm PRU akan dtg jd join parti baru yg bergabung maka pasti kuasa tawar menawar dan status quo mereka kekal boleh bertanding semua atas tiket parti baru. Pas terpaksa terima kerana ini pakatan ber-4. Kerana pas berkurangan ADUN maka satu exco perlu diberi pada Parti Baru jd Pas wajar dpt 2 exco sahaja.
Jawatan-jawatan utama spt di GLC negeri di selangor yg asal milik PAS perlu diberi 1/3 kepada Parti baru. Pas kekal 2/3 sebagai menghormati gabungan.
Begitu juga lain-lain ahli parlimen boleh terus kekal bertanding dlm next PRU atas kapasiti pemuafakatan Pakatan ber-4.
Pas ada pilihan untuk keluar tapi semua tahu PAS akan terus kusam jika sendirian dan Kelantan pun boleh terlepas. Jika bergabung dengan UMNO lagi hancur kerana mungkin pimpinan sahaja yg berminat tapi grass-root tidak dapat terima.

Pas tiada pilihan selain bersama Pakatan ber-4 untuk survival, Tapi agihan dan kuasa rundingan cuma tinggal 2/3. Status Quo PKR dan DAP kekal cuma Pas yg perlu berkongsi agihan dgn Parti Baru. Memang parti baru tidak kuat jika sendirian tetapi bersama tongkat dari PKR dan DAP pasti ia kuat dan ada kuasa tawar menawar terutamanya di pantai barat. InsyaAllah

Membangun Bersama Kepimpinan Cai

Duvid-duvid

Abdul Said berkata...

Memandangkan PAS sebuah parti yang tiada sifat setiakawan dibawah presiden semasa maka eloklah dibiarkan saja dia sorang-sorang macam kera sumbang. Lagi pun tok-tok ketuanya pun cintakan ameno. Buatlah pakatan baru. Mula dari bawah. Isyaallah jangan ada yang belot atau mungkir janji mesti boleh berjaya. Kalau PAS hendak masuk juga pakatan baru, kali ni yang lain mesti tegas dan jangan bagi muka. Kita tak tahu apa muslihat yang ada dibawah serban dan kopiah!! Tak pasal-pasal teringat cerita Penyamun Tarbus!!

Tanpa Nama berkata...

akap terus terang ajela.......sejak haron jin jadi timbalan mursyidul am dulu pun aku dah tak sedap hati.

Tanpa Nama berkata...

Benar.. saya antara yg menyokong G18.. tapi sekiranya G18 & penyokong masih lagi mengamalkan budaya PAS - caci/cerca/hina mereka yg tak disukai, sokongan terhadap G18 tidak akan bertambah.. terdapat ramai bijak pandai dlm G18.. amalkan budaya politik sihat, berilmu, berhemah & budiman.. kita mahu wadah baharu yg lebih baik dari PAS, bukan setara atau lebih teruk dr PAS.. tolonglah fikirkan nasib Islam, dan rakyat kebanyakan mcm kami ni.. cukuplah politik caci maki yang tak menyelesaikan masalah rakyat..

Mr Oren berkata...

Tuan GB pon kena tegas la dengan komen, bukankah tuan juga telah syaratkan jangan guna kata2 kesat.. ni ada yg tulis haron jin lah, ularmak lah..
Ke arah politik baru tanpa caci maki..

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Ana stuju,slagi xmsuk parti bru keahlian blum gugur scara otomatik..mlainkan d pecat..rmai anak2 muda d kg ana (Baling) mnunggu wadah baru..yg mjuarai isu2 rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Skg fokus g18 adalah menyerang ubn..lawan g18 adalah ubn..harap maklum..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kita perlu mendahului keadaan. Parti baru tidak nampak adanya keperluan untuk menawarkan kuota 2/3 kepada pas dalam pru akan datang. Parti pas kan ada pernah meletakkan calon mereka menentang calon pkr di pru 13 dulu di suatu tempat..kalau mereka boleh berbuat begitu kepada rakannya maka tidak ada sebab mengapa parti baru ini tidak boleh berbuat demikian. Tindakan ini bukan berdendam dengan parti pas cuma mendidik mereka khususnya presiden pas agar mereka mempunyai meruah diri dan mengkaji semula dirinya betapa perlunya seseorang itu mempunyai kekayaan budipekerti yang tinggi nilainya berbanding nampak wala tetapi hati dan perangainya busuk dan tidak wala?

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak boleh letak 'Islam' pada nama parti baharu, ganti lah dengan menguna perkataan ala-ala arab yang ada bunyi-bunyi Islam.

Jika terpaksa menjenamakan semula parti yang sedia-ada di harap taukeh parti tersebut tidak meletakkan syarat-syarat yang menguntungkan dia. Buat permulaan, biar lah semua usaha dan kerja di jalankan sepenuhnya oleh G18.

Nama-nama seperti Zaid Ibrahim dan Saifuddin Abdullah memberi satu indikator yang positif kepada usaha-usaha penubuhan Gerakan Harapan Baru. Yang bagusnya kumpulan progresif telah mula kan kerja apabila Mazlan Aliman mengadakan mesyuarat dengan Dr Mahathir. Kumpulan progresif selangkah ke hadapan dari PAS/Ulamak yang hanya membela Najib dalam isu akaun Najib.

Tanpa Nama berkata...

Balas
Mr Oren.

Pimpinan progresif memang bercakap mengenai masa depan dan hala turu parti baru. Itu sebab pihak sana terkedu baik pemimpinnya atau bukan.

Sebaliknya pemimpin belah sana tidak. Selain memandang rendah usaha progresif, kata-kata mereka mengundang kemarahan dan kekecewaan pengomen seperti pecat ahli dan sehingga sekarang PAS tidak membuat keputusan untuk putuskan hubungan dengan DAP.

Pandangan saudara berhubung tulis nama Haron Jin dan Ularmak tu ada betul nya tapi itulah yang susah nya apabila ianya di mulakan oleh seorang ulamak. Mereka belajart dan ambil perangai ini dari Ulamak tersebut dan selagi Ulamak tersebut buat tak kisah akan keceluparan nya selagi itu kita susah hendak menghentikan kata-kata ejekan tersebut.

Komen mereka pulak tak ada kena mengena dengan entry ini tetapi berkaitan dengan entry yang lepas-lepas. Seperti Nakhaei sindir Hadi, Saifuddin dedahkan Anwar di aibkan dan di hina. Bila masuk sini tu yang terkeluar Harun Jin dan Ularmak !

Saudara boleh menasihati mereka selepas Hadi sendiri benar-benar sudah berhenti mencela orang dan memandang rendah orang lain.