16 Jul 2015

Angan-angan Mustafa Ali, Mahu Letak Calon Bukan Islam ....

PAS akan letak calon bukan Islam bertanding kerusi DAP

Calon bukan Islam PAS bakal menentang calon DAP dalam pilihan raya akan datang, kata pemimpin parti Islam itu susulan terdapatnya perpecahan dalam parti tersebut.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, itu persediaan yang akan mereka hadapi dan mereka bersedia untuk kehilangan personaliti serta ahli berpengaruh.

Pecahan pemimpin progresif dalam PAS membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan rancangan menjadi parti politik tahun ini.

Jangkaan melihat mereka akan menyertai DAP dan PKR untuk membentuk pakatan pembangkang baharu yang mana kelihatan tanpa penyertaan PAS, susulan pergeseran antara DAP dan PAS yang menamatkan Pakatan Rakyat.

PAS bersedia untuk bergerak sendiri, kata Mustafa yang juga bekas setiausaha agung parti itu, kepada The Malaysian Insider.

Beliau menegaskan, PAS juga tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun timbul khabar angin sedemikian.

"Sekarang ini rasanya PAS akan bersendiri. Kita akan mengukuhkan sayap penyokong. Jadi Malaysia akan melihat lebih ramai calon bukan Islam diketengahkan PAS dalam pilihan raya.

"Kita tiada halangan, jadi kita bebas tanding semua kerusi, termasuk kerusi DAP," kata Mustafa.

Dewan Himpunan Penyokong PAS, (DHPP) dibentuk keanggotaan daripada bukan Islam dalam Pilihan Raya 2013, dan parti itu meletakkan tiga calon bukan Islam mereka dari sayap berkenaan.

Meskipun dengan calon bukan Islam, adakah PAS boleh dipercayai?

Mustafa mengakui sukar bagi PAS meyakinkan bukan Islam untuk mengundi mereka, namun mengatakan tidak mustahil ianya berlaku, lebih-lebih lagi pilihan raya akan datang masih jauh.

Pilihan raya umum akan datang dijangka sekitar pertengahan 2018.

"Tidak semua bukan Islam bersama DAP atau MCA. Kita tidak tahu senarionya. Pada 2016 kita akan melihat gambaran jelas," katanya.

Kumpulan progresif tidak melihat diri mereka sebagai "parti serpihan".

Namun Mustafa dan timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana anggota PAS yang menyertai parti lain akan terlucut keahlian mereka secara automatik.

GHB dilancarkan pada 13 Julai dan antara anggota mereka adalah pemimpin PAS yang paling berpengaruh dan ahli Parlimen veteran yang dikenali dengan sikap bersederhana oleh pertubuhan sivil.

Mereka termasuklah bekas presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas naib presiden Salahuddin Ayub. Selain itu, mereka termasuk ahli Parlimen Khalid Samad, Hanipa Maidin, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Dr Hatta Ramli.

Mereka semua tewas dalam pemilihan parti di mana kumpulan konservatif menguasai pemilihan PAS kali ini.

Meskipun PAS bersedia untuk bergerak sendiri, Mustafa tidak melihat PKR akan mengabaikan mereka, terutamanya kedua-dua parti masih lagi bersama dalam kerajaan Selangor.

"PKR tidak akan gugurkan PAS. Kita ada 'anak' dalam kerajaan Selangor. Dan saya sedar tidak semua pemimpin PKR selesa menolak PKR semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP."

Sehingga hari ini, PKR masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada akan menamatkan hubungan dengan PAS, seperti mana dilakukan DAP.

Mustafa berkata, DAP turut melakukan perkara sama pada 2001, apabila keluar daripada Barisan Alternatif. Tetapi PKR masih lagi mengekalkan hubungan dengan PAS.

Beliau juga menegaskan, dalam wawancara eksklusif selama 2 jam itu, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno seperti dispekulasikan banyak pihak.

Ketika ini, cakap-cakap untuk bekerjasama dengan Umno muncul apabila PKR dan DAP mengumumkan tamatnya PR.

Ketika siasatan dijalankan bagi menyiasat sama ada dana disalurkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, melalui akaun peribadinya, dua pemimpin tertinggi PAS mempertahankan perdana menteri itu.

Pemimpin PAS bagaimanapun menafikan kenyataan itu dikeluarkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din untuk menyokong Najib atau Umno.

"Mereka yang berprinsip tidak akan bersekongkol dengan perkara yang tidak betul, tidak kiralah siapa pun yang dituduh," kata Mustafa, kepada kenyataan-kenyataan Haron dan Hadi.

"Kenyataan mereka disalah tafsir dan kami mengesahkan dengan mereka. Tiada asas untuk kerjasama bersama Umno."

ULASAN GB

Demikian dendam kesumat Mustafa Ali setelah rancangannya "mengatur" barisan kepimpinan PAS pasca-pemilihan gagal. Beliau menjangkakan kumpulan professional tidak akan berbuat apa-apa jika kalah. tetapi apa yang berlaku kumpulan professional bergerak ke depan membentuk Gerakan Harapan Baharu.

Kini beliau cuba mensabotaj Pakatan 2.0 dengan hendak meletakkan calon bukan Islam menentang DAP. Kita alu-alukan. Tetapi yang jelas dan nyata calon bukan Islam akan menemui kegagalan malah akan kehilangan depositnya.

Bukan Islam mana lagi yang hendak sokong PAS apabila PAS sendiri sudah berkerat arang berpatah rotan memutus hubungan dengan mereka?

Mustafa Ali terlupa bahawa Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam di dalam muktamar yang lepas menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

"Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.

"Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya.

Ulama PAS perlu jawab dulu persoalan yang dibangkitkan oleh DHPP di atas. Kini ramai DHPP yang menyatakan akan bersama GHB.

Selama ini ulamak membisu dengan pelbagai fitnah, cacian dan makian yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap ahli kumpulan profesyena. Malah sesetengah ulamak termasuk presiden parti sendiri mengeluarkan kata-kata cacian seperti BROKER, BARUA & TOLOL.

DHPP sendiri telah mempersoalkan apakah di dalam Al-Quran tiada larangan seseorang itu tertutama pemimpinnya melakukan fitnah, cacian dan makian seperti itu? Apatah lagi cacian seperti ungkapa-ungkapa JEBON, Anwarinas, Liberal dan seumpamanya yang begitu mudah dihamburkan mengikut rentak dan tari syaitaniah?

Sekalipun kumpulan ulamak dikatakan telah menang besar di dalam pemilihan yang baru lalu, namun semua dapat menyaksikan kemenangan itu adalah hasil dari fitnah, cacian dan makian yang dilakukan ke atas kumpulan profesyenal. Ulamak PAS perlu bertanggungjawab dan perlu memikul beban dosa para penyokongnya yang melampaui batas itu.

Ada juga sesetengah pemimpin menyatakan bahawa kita tak perlu DAP lagi, kita ada NGO seperti DHPP. Kini DHPP pun meragui kredibiliti ulamak PAS. Tinggal siapa lagi di kalangan bukan-Islam yang menyokong PAS?

Sebelum ini GB sudah mengulas, petikan:

Itulah hukum alam, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Itu sunnatullah!

Haji Hadi sebagai Presiden dan Mustafa Ali sebelum ini sebagai Setiausaha Agung membiarkan fenomena buruk dan jahiliyah itu berlaku di dalam parti untuk memberi kemenangan kepada golongan ulama. Oleh itu kemenangan golongan ulama adalah dengan cara yang begitu keji dan hina, yang mana sudah pasti tiada keredhaan dan keberkatan dariNya.

Jika bukan Islam sudah tidak sokong PAS lagi, hendak diharap daripada siapa lagi yang menyokong PAS? Malah separuh dari akar umbi PAS pun sudah tidak akan menyokong PAS lagi. Mereka bersimpati dengan golongan profesional yang disingkirkan di dalam muktamar lalu sedangkan golongan profesional inilah yang telah mengangkat martabat PAS ke aras yang ada sekarang ini.

Dengan ketiadaan sokongan bukan Islam, ketiadaan separuh akar umbi PAS, kat siapa lagi PAS nak raih undi? Raih daripada UMNO... mungkin... tetapi mahukah UMNO memberi undi kepada mereka sedangkan dalam UMNO sendiri sudah ramai calon yang perlu mereka fikirkan?

Siapa yang mahu sokong PAS di bawah ulama yang suka maki hamun?

Sebagai seorang Islam, kita dilarang mengambil pemimpin yang tidak berakhlak Islam seperti memaki-hamun dan memfitnah walaupun ia seorang ulama. Akhlak sedemikian tidak selaras dengan hukum hudud yang diperjuangkan. Kelak kita akan ditanya oleh Allah swt mengapa kalian memilih pemimpin yang tidak mempunyai akhlak Islam? Nak jawab apa?

Sebenarnya ulama PAS inilah yang sedang menghantar PAS ke liang lahad.



20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BODOH NYA PAS TANPA BATASAN

Ada lagi ke Bukan Melayu dalam PAS????

Berapa Ringgit di Gaji nya....

Kawasan tang mana dalam negara yang bukan Melayu masih percaya pada PAS dan geng TOLOL mereka.

PAS sudah lah GAGAL tetapi tak oerlu per Bodoh kan Rakyat.

Mungkin PAS noleh belajar dari Perjuangan ROHINGYA DI LAUT

RIHINGYA sanggup ambil RISIKO untuk UBAH nasib nya , apakah PAS sudi UBAH PEMIKIRAN DARI TOLOL KE BER FIKIR ?

Kepala Otak !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Setakat ni yg yg keluar drp mulut pemimpin PASCAI 'Hebat Hebat' belaka. Ternganga le mulut aku dekat setengah setelah membaca komen, idea, amaran, ugutan, dll.dr puak ni.

Tanpa Nama berkata...

SAYA lebih menghormati mereka sekalipun dituduh kecewa dari kabilah PAS yg mulutnya Isle isle, jubbah, jubbah TAPI kelaku
1. Berpolitik dalam mutamar mengunakan Cai ( mengalah cara Israel)
2. Mulut lonkang Membaruakan Jemaah parti sendiri
3. Menjebon, mentololkan Jemaah saudara seagama
4. Menuduh tanpa saksi pengedar pil kuda dan MENGHUKUM dengan meletakkan calon Pas
5. Mulut isle isle tapi PONTENG dewan Rakyat sedangkan ada isu penting dibahas
6. Memutus hubungan tetapi sebok nak elaun jawatan di Pulau Pinang. Ada telur kalu letak jawatan Ostad oii.
KESIMPULAN
1.Anggota harapan baru lebih bermaruah dari Jemaah Pas yg mendokong Kepimpinan Cai. kerana duit dan jawatan di Penang dan Selangor mcm alas an nak kekal pegang jawatan.
2.Team Harapan baru anda lebih bermaruah dan Parti anda memang sedikit lemah TAPI dengan sokongan PKR dan DAP maka Harapan baru tetap akan kuat serta ada kuasa tawar menawar PAS dlm Pakatan 2.0 tinggal 2/3 sahaja lagi dan lg 1/3 diambil oleh harapan Baru. 3.Terserah PAS nak bersama atau keluar PR, Realitinya ialah jd PAKATAN BER-4
4.Jika ada adun Pas Selangor menyertai Harapan Baru wajar diberi jawatan Exco atas kapasiti Pakatan Ber-4. Maka 1 exco Pas perlu dikurangkan diserah pada Harapan Baru. Jika pas tak setuju kena keluar dari Pakatan 2.0 . Kerajaan negeri tetap teguh kerana 2 adun Pas ke pasukan Harapan Baru ( PKR. DAP dan Harapan Baru tetap ada Majoriti Mudah)

Sam Sung berkata...

Pas is past..move forward GHB..

Tanpa Nama berkata...

melalut dh ...hi..hii....nk kerobek cina kt mne...MCA?, GERAKAN?...DHHHP?..selamat mncuba

Omar Daud berkata...

Salam Semua:
Biarlah PAS ,dgn strategy mereka hendak meletakkan kaum non-muslim di kawasan DAP.Ya tuan Mustafa hebat anta, Saya cadangkan PAS bertanding di semua kerusi PARLIMEN dan DUN ,disabah & Serawak, supaya PAS dapat berdakwah di sana.PAS Tiada masalah kan ,lepasni keewangan PAS datang mencurah-curah dari dermawan-dermawan hebat2.

Pengajaran pada kita gerakkan Harapan baru:kita kena FOCUS pada >50% pengundi atas pagar melayu.merekalah DECIDER,untuk kemenangan pakatan rakyat 2.0.

selamat hariraya maaf zahir dan bathin
WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...


Stopa, mu tanya TMB kelantan. Dia nak cari redha Allah ke atau nak tawan putrajaya.

Klau tak nak menang putrajaya, tak payah letak calon bukan islam. Buat habih boreh aje. Dulu letak calon d kawasan pkr. lepas ni nak letak calon kawasan dap. Siapa yg tak setia pd pakatan ?

Org ramai tak nak bg sumbangan pd pas lg. Nak cari redha Allah, tak nak tawan putrajaya. Biar gang ostad kumpul sampul utk dana pilihanraya.

Penyokong GHB ambil balik markas dan segala kemudahan dari pas utk kegunaan GHB. Biar gang ostad cari maskas sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Babi dh halal ke..?? Hahaha..

Timnajib Jomfikir berkata...

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri kepada Ulamak dan Ustaz PAS.

Dengan ucapan, selepas Hari Raya nanti..
Kalau rasa kecewa yang amat sangat dengan GHB, makanlah biskut raya byk-byk ya..

Maaf zahir & batin.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Ada telor jantan, cakap buat.

Tapi memang ular tiada telor, otak kecil dan tamak!

Tanpa Nama berkata...

tektik baru digunakkan utk menampakkan ramai penyokong, baru-baru ni mengunakan bus bawa penyokong,sekarang mereka gunakkan ahli PAS dah meningkat ribu2 dalam masa tak berapa bulan.....woooow macam kenal jerr tektik nii..

buatlah labu asalkan kau senang...

Tanpa Nama berkata...

Calon bukan Islam nanti kena baiah jugalah kan. Dan semestinya boleh menjelaskan tentang hukum hudud kepada pengundi.

Dalam situasi PAS macam ini, Ibrahim Ali pun tak nak guna tiket PAS. Biar lah atas tiket bebas.

PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO. Nak bekerjasama apalagi, PAS dah berpecah dua. Pemimpin yang hebat telah di tendang begitu saja. Pemimpin UMNO pun dah tak dengar suara minta UMNO bergabung dengan PAS untuk selamatkan melayu.

Sebenarnya kaki Mustafa bengkak kebiruan ..

Unknown berkata...

Ini soalan guna kepala lutut atau siku.

Unknown berkata...

Pascai lahir dari hati busuk dan rasa dengki golongan ostak. Dulu masa pas daif dicanang slogan pas for all. Apabila disertai oleh para ilmuan profesional termasuk para doktor ( berkorban melepas jawatan disektor awam) puak ostak ni merasa kedudukan meraka terancang. Makanya mereka merancang membunuh golongan pro ini di muktamar lalu dgn cara cai. Maka lahirlah pascai. Benarlah.. golongan ularmak ini hati busuk dan mula menjadi haloba apabila melihat jawatan dan harta di depan mata.

Tanpa Nama berkata...

Pertama kali nak jadi ahli parti selepas bersara dari TENTERA....GHB pilihanku

lagu tu laa berkata...

jangan duk perasaan sangat tok pa oii,ingat sikit tertubuhnya dhpp tu hasil air tangan siapa? tok pa oii? yang hangpa caci maki tu tak lain tak bukan hasil kerja golongan progesif iaitu hasil kerja kuat dato' mujahid yusuff rawa.sedar diri sikit.sedang golongan progesif tak pernah pun ungkit perkara2 yang mana semasa golongan progesif bersama parti pas.adakah hati hangpa terasa sakit bila tak ada respon dari golongan progesif ni.jangan jadi maharajalawaklah.jangan buat sesuatu statement ikut hati yang berdendam.dalam hati dah jadi keliru dan celaru.

Tanpa Nama berkata...

Kata PAS boleh bersendirian tapi kenapa nak letak calun bukan Islam dan sanggup ketepi kan pemimpin PAS yang berpengaruh?

Sila tunjukkan sahabat baik bukan Islam yang rapat dengan ulamak seperti Mat Sabu dengan LGE.

Bila dah cakap tak logik dan perlukan saksi makna nya tak percaya lah yang Najib buat perkara tidak betul. Sepatutnya minta Najib bercuti lah. UMNO pun tak lah sejahat firaun, apa tafsiran pulak?

Tanpa Nama berkata...

Cerdik tak boleh diikut dan bodoh tak boleh diajar. Itulah keadan saf kepimpinan PAS masakini. Jauhkan diri anda dari mereka agar kesihatan mental anda terpelihara!!

Tanpa Nama berkata...

B.d.h tahap gaban pemimpin baru pas.
Yg tahu hormat president dan buat kenyataan yg Akan men alumna diri sendiri,
Pemimpin terkini Pas tidak dilindungi akal pikiran mereka oleh Allah kerna sikap yg tidak menonjol kan ciri2 Islam terutamanya dlm kepimpinan ,
Fitnah,caci cerca,kata dusta dan confirm tidak pikul amanah seihklasnya yg penting hanya pangkat ,
Ulamak Pas hanya mengundang Myrna Allah ,

Tanpa Nama berkata...

Nakal-nakal Mat Rempit setakat berlumba dan buat bising je. Tak pernah Mat Rempit kata jaga syariat kemudian malam-malam berlumba tempah maut. Jahat-jahat kaki dadah kena sebalut relax aje. Kalau takde duit barulah huruhara. Bila ada sen baru duduk senyap tak kisah ke dunia. Baik-baik ustad=ustad PAS la nilagi teruk. Dalam ceramah depan kita cerita rasuah berdosa, salah guna kuasa berdosa, kawan orang zalim masuk neraka tapi dibelakang kita, diorang buat projek gelap dengan segala penipu, penyamun dan pengkhianat. Inilah contoh klasik ulamak zaman ini yang gilakan harta dan daki dunia. Cakap dan tindakan dua perkara yang jauh berbea!! Lu orang ajar budak-budak pondok bolehla. Tapi nak jadi pemimpin dan contoh kepada masyarakat sorila. Lain negeri bolehla tapi buan di Malaysia. PRU akan datang, UNDI UMNO = UNDI PAS. UNDI PAS = UNDI UMNO. Siapa sangka ustad-ustad PAS menipu Ahli-ahli. Janganlah terpedaya. Pakai kopiah, pakai serban, pakai tengkolok, pakai topi keledar, pakai topi sudu semua sama taraf. Yang membezakan ialah tindakan seseorang dan buah fikirannya!!