13 Mei 2015

Menabur Fitnah Sudah Menjadi Budaya Kumpulan Pro-Ulama...


Harapan tinggi kepada PAS terhempas oleh A Shukur Harun

Demikian ramai pendukung PAS melihat dengan penuh kekecewaan akan wajah PAS masa kini. Ada yang sangat bimbang, malah marah.

Wajah parti Islam yang sudah berumur 61 tahun itu kelihatannya, tidak ceria, kusut masai, murung bagaikan pesakit kronik yang sukar sembuh dan penuh masalah yang tidak terselesaikan,

Sepatutnya parti itu dilihat teguh, meyakinkan kerana sudah begitu berpengalaman serta menempuh pelbagai cabaran yang hebat sepanjang sejarahnya.

Pendukung PAS berhak merasakan bimbang, kecewa, malah marah atas apa yang berlaku di dalam PAS yang akan bermuktamar ke-61 awal tahun depan. Mereka selama ini menggantungkan harapan tinggi kepada PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang boleh membela ummah.

Malah golongan bukan Islam banyak memberi sokongan sejak Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13 kerana konsep “PAS For All” yang didukung oleh PAS.

Tetapi kini, semua harapan mereka terhempas, justeru PAS dilanda krisis berat yang hingga kini belum ada sebarang usaha untuk memulihkannya. Konsep “PAS For All’ entah ke mana.


Dari jurang krisis itu tercetuslah label melabel, kata-kata seperti barua, Islam sekular, munafik haraki, malah syaitan serta umpat keji dan kata-kata kesat yang dahsyat

Ada pula tuduhan kononnya wujud golongan di dalam PAS yang berusaha untuk menyelewengkan dasar Islam, lari dari perjuangan asal PAS, konon hendak menjadikan PAS sebagai parti sekular dan pelbagai lagi tuduhan, malah fitnah yang tidak pernah kita fikirkan boleh tercetus di dalam jemaah PAS di mana pendukungnya melalui tarbiah – usrah, tamrin, mukhayyam, pelbagai kuliah mengenai pembentukan akhlak sejak puluhan tahun.

Ramai yang bertanya di mana menghilangnya nilai ukhuwah, persaudaraan Islam yang dibina sekian lama di dalam jemaah PAS yang selama ini menjadi nilai paling mulia di dalam warga PAS. Kini semuanya musnah. Ada ahli yang jujur menitiskan air mata mengenangkan hal ini.

Ada pihak yang mengumpamakan krisis di dalam PAS ini seperti kapal raksasa “Titanic British”, yang musnah di lautan Atlantik kerana terlanggar batu salji yang sangat besar ketika belayar di lautan itu.

Pembuat kapal itu dengan angkuhnya memberitahu, kononnya tidak ada satu pun makhluk di bumi ini yang boleh memusnahkan kapal hebat itu kerana ia dibina sedemikian rupa.

Kapten kapal itu pula, ketika dalam pelayaran, dengan angkuh tidak mahu mendengar nasihat beberapa pakar lautan di dalam kapal Titanic itu sendiri yang menasihatinya supaya mengubah laluan disebabkan laluan yang hendak ditempuh banyak batu besar salji yang sangat merbahaya, yang boleh memusnahkan kapal itu jika melanggarnya.

Akhirnya Titanic itu melanggar batu besar itu dan tenggelam, semuanya tidak dapat diselamatkan, termasuk ahli orkestra yang menghiburkan penumpang kapal itu.

Kini kapal Titanic yang hebat itu hanya menjadi sejarah. Tenggelam bersama keangkuhan manusia, kaptennya tidak mendengar nasihat dan menentang kehendak alam.

Jika krisis di dalam PAS ini tidak ditangani segera maka parti itu akan kehilangan haibah dan izzahnya sebagai parti Islam tersohor.

Perlulah dikenal pasti segera akan masalah yang ada di dalam PAS, Iaitu perpecahan yang dicetuskan oleh perbuatan label melabel, kata-kata seperti barua, Islam sekular, munafik haraki, malah syaitan serta umpat keji dan kata-kata nista yang sangat buruk, ditambah sikap berpuak-puak yang merebak hingga di peringkat cawangan dan kawasan.

Malah ada lagi fitnah besar yang menuduh konon ada golongan yang berpendapat bahawa ada pihak yang sanggup menggadaikan Isla demi “rakus” mengutamakan kemenangan terlebih dulu. Juga menuduh ada pihak yang berpendapat menang dulu, barulah kita fikir macam mana Islam. Ini sebuah kenyataan yang sangat naif.

Sejak bila golongan progresif di dalam PAS yang mereka musuhi ini hendak menyelewengkan dasar perjuangan PAS dan mengetepikan reda Allah. Ini tuduhan yang sangat dahsyat.

Apabila semua tuduhan ini hanya berdasarkan andaian, persepsi melulu dan tidak dapat dibuktikan maka ia menjadi fitnah dan inilah sumber utama yang menimbulkan krisis berat di dalam PAS.

Sikap golongan konservatif inilah yang menyebabkan tersingkirnya beberapa tokoh terbaik dalam PAS di mesyuarat PAS peringkat kawasan dan mungkin juga penyingkiran ini akan berlanjutan hingga ke pemilihan peringkat pusat di muktamar PAS awal Jun ini. Kemungkinan ini tidak mustahil.


Jika tokoh terbaik itu yang menunjukkan prestasi cemerlang mereka terhadap parti selama ini ditewaskan oleh golongan konservatif ini dalam pemilihan di muktamar nanti, maka apalah lagi yang tinggal di dalam PAS untuk melayari bahtera perjuangannya pada masa depan.

Yang tinggal di dalam PAS ketika itu hanya retorik, permusuhan, kebencian, mengumpul semakin ramai musuh, membuang kawan dan memandang sebelah mata akan golongan yang tidak sealiran dengan mereka dan mengucapkan selamat tinggal kepada Pakatan Rakyat. Berlegarlah PAS di sekitar kawasan Melayu dan kampung halamannya saja.

Kita ingin bertanya lagi sejak bila golongan yang dibenci ini menyeleweng dan tidak istiqamah dengan dasar perjuangan PAS. Pada hal terbukti dalam sejarahnya mereka yang dituduh inilah yang menabur bakti, berjuang dalam PAS dengan penuh istiqamah sejak zaman berzaman, pada ketika “ustaz muda” ini masih belajar di timur tengah.

Oleh itu, saya tertarik membaca buku “Melakar Agenda – Masa Depan Politik Islam di Malaysia” oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang menyebut mengenai simptom yang mencetuskan krisis berat di dalam PAS sekarang.

Antara lain, beliau menyebut bahawa kecelaruan sesetengah ahli PAS, khususnya yang baru mengenali erti organisasi dan perjuangan PAS, menimbulkan pelbagai kekecohan. Katanya, mereka mengangkat diri konon sebagai pejuang yang hendak mempertahankan PAS dari “unsur yang melarikan PAS jauh dari asalnya”.

Namun, katanya, selepas meneliti tindak tanduk mereka ini, khususnya yang pulang dari Mesir, serta menggelar diri mereka sebagai “ulama”, lebih banyak menimbulkan kekecohan dan kekeliruan daripada kejelasan.

Tindak tanduk mereka yang berlagak lebih tahu daripada kehendak roh dan semangat PAS itu sendiri, menyebabkan Dr Mujahid menulis buku tersebut untuk menjelaskan semula hasrat dan cita-cita PAS serta cuba memahamkan sikap dan kebijaksanaan parti terhadap pelbagai isu dalam kerangka negara berpandukan kepada semangat perlembagaan parti.

TERBARU: KAK LAH DIFITNAH


Inilah cerita sebenar, bukan Kak Lah saja-saja naik pentas

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusoff kesal terhadap sikap sesetengah pihak yang menuduhnya menentang hudud tanpa mendapatkan penjelasan beliau.

Beliau dituduh menolak hudud apabila gambarnya di ceramah yang dihadiri penasihat DAP, Lim Kit Siang disebarkan di media sosial.

"Saya sedih kehadiran saya di ceramah di Kota Bharu telah diviralkan. Merata-rata pihak tertentu menyebarkan gambar kehadiran saya yang didakwa menentang hudud," katanya.

Beliau sedih kerana tuduhan yang tidak benar itu telah dilakukan oleh orang yang mempunyai pegangan agama yang kuat tapi sanggup menyebarkan fitnah begitu.

Malang sekali tambah beliau, tidak ada seorang pun yang menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan sebenar tentang apa yang berlaku dalam ceramah tersebut.

Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, beliau hadir ke ceramah tersebut kerana menemani suaminya yang mahu mendengar ceramah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

"Kebetulan, Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Hasimah Abd Rahman melihat saya di padang dan menjemput saya naik ke pentas. Saya menolak jemputan itu kerana saya hendak bertemu rakyat dan menemankan suami yang hendak dengar ceramah Rafizi.

"Pengerusi majlis ketika itu berulang kali memanggil saya naik ke pentas. Hadirin yang saya temui juga berulang kali meminta saya naik ke pentas," katanya.

"Kebetulan pula, ada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, jadi saya rasa tidak elok jika saya menolak permintaan penganjur. Inilah cerita sebenar, bukan Kak Lah saja-saja datang untuk naik ke pentas," jelasnya.

Beliau menegaskan, sebagai anak jati Kelantan yang sudah lebih 30 tahun bersama PAS, beliau memang sudah serasi dengan kepimpinan ulama.

"Jadi kenapa fitnah saya dan DMPP menentang kepimpinan ulama dan menentang hudud?" soalnya. -
-HD


ULASAN GB

Mereka mendakwa mereka mempertahankan ulama. Apabila mereka gagal berhujjah, mereka mengambil jalan singkat mereka melakukan fitnah dan menyerang peribadi lawan. Itu kaedah haiwaniah Machievellism - matlamat menghalalkan cara.

Nampaknya mereka yang menamakan diri mereka pro-ulama (baca: pro-UMNO) rupa-rupanya menggunakan istilah-istilah yang pernah satu ketika dipopularkan oleh Hassan Ali dan Zulkifli Noordin apabila melabelkan golongan progresif dalam PAS dengan istilah-istilah Barua, Anwarinas, Parasit, Libaral, Jebon dan seumpamanya seperti yang diungkapkan oleh Pak Shukur di atas.

Pergilah ke facebook-facebook kumpulan UG - label-label itulah yang akan anda temui.

Seperti yang GB ungkapkan berkali-kali, perbuatan-perbuatan mereka itu seperti mendapat restu dari pimpinan PAS PUsat terutama Presiden dan Setiausaha Agungnya. Tiada sebarang tindakan dan kenyataan dikeluarkan untuk menghentikan perbuatan mereka itu. Jika ada pun kenyataan ialah dari Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta "facebooker hantu" seperti Tok Usin Ceroi, ElHaraki dan Keli Laut untuk menutup akaun-akaun mereka. Walaupun arahan itu dikeluarkan dan damage has been done, namun tiada tanda-tanda permintaan itu dipatuhi, malah wujud pula lebih ramai geng UG ini menggunakan nama seperti Nur Muhammad, Nurul Islam, Nurul Mohamad Yusof dan lain-lain.

Tujuan mereka untuk mempengaruhi ahli PAS supaya menyokong Haji Hadi sebagai presiden dan menolak kumpulan progresif dari saf kepimpinan PAS Pusat menjelang pemilhan nanti.

Berjayakah mereka Setakat ini mereka berjaya. Beberapa YDP kawasan termasuk DS Nizar tewas dan beberapa orang yang menjadi pilihan mereka diangkat dikawasan-kawasan termasuk menantu Haji Hadi di Subang.

TETAPI, berkatkah tindakan mereka. Itu persoalan penting. Soal berkat - sama seperti persoalan "ikhlas", "niat" dan seumpamanya adalah urusan Allah dan Allah melalui hukum kebenaran dan keadilanNya memberikan jawapannya dengan terang dan jelas. Sebab taaluq sifat ilmu Allah itu "inkisyaf" (tersingkap, terang & jelas).

Kemenangan yang diperolehi dengan fitnah itu adalah kemenangan yang rapuh dan tiada keberkatannya dan akan tumbang pada bila-bila masa walaupun mereka telah berjaya menghasut dan mempengaruhi seluruh ahli PAS di peringkat cawangan dan kawasan.

Sekalipun mereka berjaya merebut jawatan-jawatan di dalam parti (malah kumpulan mereka pernah mendakwa mereka tidak pelahap jawatan), namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Apabila kemenangan diperolehi dengan cara yang kotor, yang kotor itulah juga yang bakal menimpa mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengata-ngata (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”

Juga di dalam satu hadith lagi, Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya seorang hamba apabila memfitnah dan mencerca seseorang nescaya fitnah dan cercaan itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dicercanya dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang memfitnah dan mencercanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

oRANG YANG DIFTNAH AKAN SENTIASA TENANG TETAPI MEREKA YANG MEMFITNAH ITU AKAN SENTIASA HIDUP DI DALAM KEADAAN GUNDAH GULANA DAN MENUNGGU BALASAN BERAT DARI ALLAH SWT.

GB ingin mengingatkan tentang firmanullah s.w.t:


Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.... Kebalikan@ketulahan ..sebab terlalu banyak mengumpat dan mengkeji orang lain.... ingat...menuduh org lain sesat jika orang yg dituduh tidak sesat maka sesat itu berbalik kepada yg menuduh.... mereka menuduh org ni sesat org tu sesat dah berapa kali.... jika tidak minta maaf kepada org yg dituduh dan bertaubat.. sesatlah sampai bila2.... taubat mudah.... nak mengaku salah dan minta maaf bukan mudah.

Tanpa Nama berkata...

Telah berlaku. Zaman tabii tabiin pun ulama fitnah ulama...

Tanpa Nama berkata...

Pas kena ingat pengacau yang mengaku ulama dan selalu membuat onak denagan memfitnah itu dan ini adalah kader-kader UMNO yang telah dilateh semenjak mereka berada dipusat pengajian tinggi ditimur tengah lagi tapi PAS terlalu taksub dengan orang alim yang mudah mengaku ulama maka terperangkaplah semuanya termasuk presiden yang bengap ,dulu bukan main lantang denagn wasiat Hadi tapi sekarang kecut dengan pengikut sendiri hinggakan sangup mengeluarkan ungkapan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut orang yang mengaku bergelar ulama dan pemimpin yang suatu ketika dulu cukup digeruni oleh musuh iaituUMNO.

Tanpa Nama berkata...

Viagra Palsu Daripada Haji Hadi
Selepas mendakwa disokong oleh Ahli-Ahli MT UMNO pada Isnin lalu, Perdana Menteri Najib Razak mendapat khabar yang mungkin paling menggembirakannya selepas itu apabila Presiden Pas, Haji Hadi Awang memberi sokongan kepadanya untuk terus kekal sehingga PRU akan datang.

Berdepan serangan berterusan daripada Tun Mahathir Mohamad yang mahukannya segera berundur untuk mengelakkan BN hilang kuasa, sokongan yang diterima Najib daripada MT UMNO dan disusuli oleh Haji Hadi pula kemudiannya, ia adalah umpama "lelaki murung yang tiba-tiba mendapat sekotak viagra".
Kata Haji Hadi, Najib perlu meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga PRU 14 diadakan kerana beliau dipilih melalui sistem yang adil dan tidak harus tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang memintanya berundur.
Beliau harus diberi peluang menyelesaikan masalah yang dihadapinya, tambah beliau lagi.
Walaupun pandangan Haji Hadi ini seharusnya diragui kerana ia jelas bertujuan agar memudahkan PR menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang berikutan Najib secara realitinya terlalu banyak masalah dan isu yang melingkarinya, tetapi berita ini mungkin membuatkan hatinya lebih berbunga-bunga kegembiraan.
lanjut shahbudindotcom.blogspot.com

Malaysiabaru berkata...

Masyaallah

Sudahlah ularmak 'atartuk' muda PAS!

Tontontvi.... Hellfire... Muntadara pemuda umno

Nik aBodohwi. Telan duit skim cepat kaya

Din Ayam ..... Rembat duit Selangor lebih dari kelatakan kerana bapa mertua kawtim sama Khalid gagap

INILAH ULARRRMAK MUDA PARTI AJARAN SESAT PASS

malu sikit 1juta ahli pas pis pus?

PAS Untuk Ulama Sahaja berkata...

sapa merasakan dirinya Kapir tak perlulah mendekati Islam

sapa yg merasakan dirinya bukan Ulamak masuk lah PKR atau DAP

PAS hanya untuk golongan yg belajar di MEsir dan Jordan yg hanya untuk Ustaz2 sahaja

maka betul jugak kata Rosly @ Abu Nawas.. kalau PAS merintah Malaysia.. ahli2 PAS kene MENGUCAP SKALI lAGI

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Aku dah kata...PAS ok...yg tak ok nya Hj Hadi dan Geng UG nya...nak selesai masalah senang jea... pada muktamar Jun nanti semua perwakilan jgn undi Hj Hadi dan geng UG.... sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Dari segi taktik politik bagus utk pembangkang jika najib terus sbg pm hingga pru 14...
tapi tang kenyataan "najib dipilih oleh sistem yg adil dan demokrasi" tu yg aku rasa nak termuntah...hahahaaa....

Tanpa Nama berkata...

Sepanjang yang saya kenal ahli-ahli Pas, golongan ustazlah yang banyak menabur fitnah terhadap parti-parti lawan. Tetapi kini, bila mereka mahu menyingkirkan golongan profesional, mereka inilah juga terus menabur fitnah. Pada hakikatnya, mereka ini hanya ustaz "jadi-jadian". Kelulusan mereka dalam bidang agama tak tinggi mana pun. Sekadar mengambil SPM aliran agama.

Tanpa Nama berkata...

.

Ada yang menyokong ulamak kerana bagi penyokong ini hanya orang yang hati nya bersih dan terang dapat membawa ilmu agama. Dan apa juga yang ulamak lakukan tidak boleh di persoalkan. Bagi mereka tak mungkin ulamak masuk neraka. Bagi mereka walaupun tindakan ulamak nampak tak betuk tapi harapan dan niat nya ia lah untuk kebaikan. Jika tidak ilmu yang ada pada ulamak itu akan di tarik balik.

Ada yang menyokong ulamak sebab mempunyai ilmu agama tetapi bukan tahap ulamak. Kita sebut ustad. Penyokong ini berfikiran jika dia tak sokong ulamak ada kemungkinan title ustad dia akan di perkecil kan satu hari nanti. Bagi mereka title (untuk cari makan) penting dari kebenaran.

Ada yang menyokong kerana nak jadi ulamak. Golongan ini yang dikatakan anak muda. Mereka perlu sokong demi masa depan mereka.

Dulu kita dalam kumpulan yang pertama. Semasa sekolah kita tak takut dengan cik gu cik gu. Kita cuma takut dengan Ustad. Kena tempeleng dengan orang sabar dengan orang yang kurang sabar tak sama.

Kita bertahan lama menghormati kedudukan ulamak tapi bila ada ulamak yang mungkir khianat berdolak dalil kita mula meragui kehebatan ulamak. Begitu juga pada Ustad Ahmad Awang dan MAZA di antara dua yang terbaik kerana Ustad Ahmad Awang dan MAZA pun boleh berubah jadi seperti Hj Hadi

Pernah kita sama sama berfikir hal ini? Berkat kah tindakan mereka? Ilmu agama bukan barang jual beli. Orang beli atau tidak tak jadi masalah. Orang mcam kita ini mesti di beri keyakinan semula. Ini tanggung jawab ulamak, yang nak jadi ulamak dan ustad ustazah.

Kerana itu..
Kepada Allah kita kembalikan.

bat8 berkata...

Adakah sdra cuba membela TGHH? Bila UAA atau Dr MAZA berubah menjadi TGHH sekarang, perkara sama yg dibuat keatas TGHH berulang. UAA akan diturunkan dari jawatan sebagai mana TGHH perlu diundurkan. Dr Maza akan mengalami nasib spt Mufti Perak, pendapatnya mula dipertikaikan. Orang tidak akan menghormatinya lagi.

Jadi apa point yg sdra nak sampaikn? Kekalkn TGHH?

Tanpa Nama berkata...

Rasa sayu melihat lambang PAS, seolah-olah parti itu sudah bersama atau akan bersama almarhum TUan Guru Nik Aziz meninggalkan kita. Hadi takboleh di harap. Semakin hari semakin Allah membuka aibnya.
Terkini Hadi sokong Naji. Itu sudah membuktikan segala-galanya tentang Hadi dan menantunya. Dulu cuba tenggek kat Khalid.....pergghhh da.