1 Mac 2015

Ust Ahmad Awang: Multaqa, Kempen Menjatuhkan Pihak Lain..


Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan’

ULASAN Bhgn 2 Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa’, neqad, ijtima’ dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.


Harapan ahli supaya Multaqa Ulama II bebas dari politiking yang sebegini dan persidangan ini akan mengeluarkan usul mengutuk tadbir urus kerajaan Umno-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna kuasa yang terang dan nyata.

Harapan ahli supaya multaqa ini menjadi pendorong untuk meningkatkan usaha menjatuhkan Umno-BN supaya Islam boleh bebas membangun. Dengan itu juga saf yang telah sengaja direnggangkan oleh golongan tak bertanggungjawab dapat dirapatkan kembali.

Tetapi tidak demikian. Agenda perubahan bagaikan hilang dengan tiupan bayu dan alunan lagu "perpaduan Melayu" yang di mainkan Umno dan konco-konconya terutama selepoas musibah "tsunami kecil" di Kelantan pada akhir tahun lalu.

Maka yang tinggal hanya perbalahan dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah golongan Ulama PAS sudah hilang fokusnya dan tidak mampu memimpin perubahan ke arah keadilan dan negara berkebajikan?

Ingatan buat golongan ulama

Saya sebagai mantan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) berbelas tahun merasa dukacita dan kesal ia tidak menzahirkan kehebatan dan kepimpinan ulama sepertimana yang saya harapkan.

Saya tertanya-tanya apakah tokoh multaqa yang lebih sepuluh orang pembentang dan pembahas itu terlupa pada perintah Allah seperti yang terkandung dalam firmannya yang bermaksud:

"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkan lah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal." ( Surah Ali Imran ayat 159)

Hadis Rasulullah SAW: "Al-Ulama' warasatul anbiayaa" atau ulama adalah pewaris para Nabi bukan merupakan tiket untuk mendapat pujian dan dokongan serta kedudukan dan jawatan.

Ia sebaliknya merupakan amanah dan wawasan yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh mereka yang digelar ulama. Supaya mereka akan ke depan memimpin masyarakat dengan ilmu dan ketaqwaan.

Kepimpinan ini pula bukan untuk dituntut atau ditagih atas alasan "saya ulama", tetapi sebaliknya diperolehi dan dimenangi melalui proses perjuangan bersama rakyat sehingga kelebihan seseorang ulama terserlah.

Itu jugalah proses yang dilalui Rasulullah SAW yang akan mampu menyerlahkan diri manakala ulama dunia, walau panjang mana senarai ijazahnya, akan terpinggir dan ditinggalkan. Ini kerana ilmunya tidak dihayati mencorakkan diri dan kehidupannya.

Pada masa yang sama, hendaklah sentiasa diingati bahawa ilmu dan kefahaman berhubung agama Allah ini ianya adalah milik Allah. Allah boleh memberi kefahaman mengenai agama kepada sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya.

Ilmu bukan pada sijil, ijazah

Ketahuilah oleh itu bahawa ramai yang telah bersama PAS, walaupun tidak mempunyai kelulusan rasmi dari institusi pendidikan agama, sememangnya berilmu dan bukan dari golongan juhala' (orang yang jahil).

Ilmu itu bukan semata-mata terletak pada sijil atau ijazah universiti, tetapi terletak pada hujah keilmuan dan intelektual. Oleh itu segala yang ingin diusahakan perlu dikemukakan dan dihujahkan dengan jelas dan tersusun.

Jangan dituntut ketaatan atau wala' dengan secara membuta tuli atau taqlid tetapi perjelaskan dan pertingkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Jangan perlekehkan mereka yang tidak berpendidikan agama secara rasmi, sedangkan mereka mungkin memahami banyak persoalan dengan lebih mantap. Didikan yang telah mereka perolehi adalah didikan amali haraki bersama perjuangan Islam yang dipimpin ulama' muktabar.

Adalah diharapkan bahawa golongan ulama akan membebaskan diri mereka dari amalan ‘politiking’ sempit dan sebaliknya membina imej mereka sebagai badan yang bebas dari kepentingan jawatan dan pangkat atau kepentingan duniawi.

Mereka perlu memperlihatkan ulama' sebagai kumpulan ilmuan yang memimpin arus perubahan dengan menentang kezaliman dan penyelewengan.

Dengan itu mereka akan diterima sebagai pemimpin ummah dan melayakkan diri ke status ‘warasatul anbiyaa’. Zahirkan ketajaman keilmuan dengan membedah permasalahan kontemporari dan mengemukakan penyelesaiannya sambil menjadi pihak yang berdiri teguh di pihak keadilan dan kebenaran.

Itulah proses yang dimulakan pada 1982 apabila konsep kepimpinan ulama mula-mula diutarakan dengan tertubuhnya Majlis Syura Ulama. Proses ini masih lagi dalam perlaksanaannya dan MSU itu sendiri perlu terus diperkasakan. Jangan golongan ulama’ hilang fokus.


Tidak ada ketaatan mutlak kepada ulama Oleh Mustaffa Fikri

Bersaing kuasa

Tanpa berselindung Ustaz Ahmad Awang, mantan naib presiden PAS dan mantan presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menzahirkan kekecewaannya terhadap Multaqa (Pertemuan) Ulama II yang diadakan baru-baru ini.

Pertemuan ulama PAS ini sepatutnya dimanfaatkan untuk membincangkan masalah “…tadbir urus kerajaan UMNO-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna kuasa yang terang dan nyata…”, malangnya bertukar menjadi medan “…untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri,” tegas Ahmad Awang merujuk kepada dua kumpulan yang bersaing kuasa di dalam PAS, iaitu kaum ulama dan profesional.

PAS memperkenalkan konsep kepimpinan ulama pada 1982 dengan melantik Yusuf Rawa sebagai mursyidul am yang pertama dan kemudiannya digantikan oleh Nik Aziz Nik Mat.

Di bawah Nik Aziz Nik Mat, PAS mengambil pendirian tegas menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan UMNO.

Pada masa sama sikap kesederhanaan dan keterbukaan Nik Aziz telah membuka ruang untuk golongan intelektual dan profesional terlibat dengan PAS dan sebahagiannya berjaya menduduki jawatan tertinggi dalam hiraki parti.


Ulama kehilangan arah?

Insiden pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno pada 1998 menyemarakkan lagi penyertaan golongan intelektual profesional di dalam PAS.

Golongan profesional dalam PAS dilihat bertegas untuk mempertahankan landasan politik untuk kekal bersama Pakatan dan menolak kerjasama politik dengan UMNO sepertimana yang telah digariskan oleh Nik Aziz.

Golongan ulama pula, menurut Ahmad Awang bagaikan kehilangan arah “…dengan tiupan bayu dan alunan lagu ‘perpaduan Melayu’ yang dimainkan UMNO dan konco-konconya terutama selepas musibah ‘tsunami kecil’ di Kelantan pada akhir tahun lalu”.


Beliau turut mempersoalkan usul pertemuan kali ini yang sama seperti usul pertemuan ulama dua tahun lepas yang meminta agar kerjasama politik ini dikaji semula.

Ulama tegur ulama

“Tetapi setelah ditegur dan dikritik, maka diperjelaskan bahawa ‘kajian semula’ itu bermaksud ‘kaji semula ke arah memperbaiki dan memperkukuhkan lagi!’ Kalau benar itulah yang dimaksudkan pada ketika itu, maka di mana hasil kajiannya?” soalnya.

Teguran Ahmad Awang selaku tokoh PAS yang disegani yang pernah menjadi ahli Majlis Syura Ulama selama belasan tahun dan memimpin Persatuan Ulama Malaysia ini dijangka akan membuka ruang perdebatan yang lebih luas, tajam dan sengit tentang hala tuju dan garis kepimpinan yang akan menerajui PAS.

Teguran terhadap golongan ulama daripada seorang yang juga bergelar ulama sudah tentu mengundang pelbagai persepsi dan pertanyaan tentang kedudukan dan peranan ulama dalam PAS dan Islam secara keseluruhannya.

Khalayak awam Muslim di Malaysia serta di negara-negara Muslim yang lain umumnya memandang dan menggelar para lulusan pengajian Islam dan bahasa Arab dari pusat-pusat pengajian Islam tradisional dan moden di dalam dan luar negara seperti di Indo-Pakistan dan Timur Tengah sebagai ulama.

Sebahagian lulusan agama ini pula dengan mudah akan membenarkan dan mengiyakan gelaran yang diberi, lantas menyandarkan ucapan dan pemikiran Islam serta diri mereka sebagai tergolong dalam hadis Rasulullah SAW, ‘al-‘ulama warasatul anbiayaa’ atau ‘ulama adalah pewaris para Nabi’, sekali gus memiliki autoriti agama yang tidak boleh dibantah.

Gelaran ulama bukan tiket

Gelaran “…ulama adalah pewaris para Nabi bukan merupakan tiket untuk mendapat pujian dan dokongan serta kedudukan dan jawatan”, dan “Kepimpinan ini pula bukan untuk dituntut atau ditagih atas alasan ‘saya ulama’ ”, tegas Ahmad Awang.

Jika kita menelusuri sejarah perjalanan Islam dan agama-agama Ilahi kita akan menemui bahawa cuma segolongan kecil atau segelintir insan pada setiap kurun yang benar-benar mampu memikul dan meraih gelaran ulama sejati ini, bukan secara en masse atau borong sepertimana yang didakwa oleh ribuan lulusan agama pada hari ini.

Mereka ini adalah insan-insan berjiwa kental yang telah diuji ilmu, iman dan amalnya sepertimana besi disepuh dengan api.

“Itu jugalah proses yang dilalui Rasulullah saw yang akan mampu menyerlahkan diri manakala ulama dunia, walau panjang mana senarai ijazahnya, akan terpinggir dan ditinggalkan. Ini kerana ilmunya tidak dihayati mencorakkan diri dan kehidupannya,” tulis beliau lagi.

Selain memberikan teguran pedas kepada golongan ulama, Ahmad Awang juga secara jujur mengingatkan, “…hendaklah sentiasa diingati bahawa ilmu dan kefahaman berhubung agama Allah ini ianya adalah milik Allah.

Autoriti mutlak

Allah boleh memberi kefahaman mengenai agama kepada sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya. Ketahuilah oleh itu bahawa ramai yang telah bersama PAS, walaupun tidak mempunyai kelulusan rasmi dari institusi pendidikan agama, sememangnya berilmu dan bukan dari golongan juhala’ (orang yang jahil)”.

“Ilmu itu bukan semata-mata terletak pada sijil atau ijazah universiti, tetapi terletak pada hujah keilmuan dan intelektual. Jangan dituntut ketaatan atau wala’ dengan secara membuta tuli atau taqlid tetapi perjelaskan dan pertingkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat”.


Tidak dapat dinafikan salah satu hambatan terbesar bagi pencerahan dan pemecahan kebuntuan pemikiran umat Muslim pada hari ini adalah budaya taqlid dan mengikut kata-kata ulama secara mutlak dan membuta tuli di kalangan orang awam.

Malahan akal seorang Muslim profesional yang berilmu dan berpendidikan yang telah diasuh untuk mencerap pemikiran dan hujah logikal, kritikal dan saintifik akan lesu dan longlai apabila berdepan dengan dogma dan fatwa ulama, sedangkan mereka ini juga tidak mempunyai sebarang jaminan untuk terlepas dari berdepan dengan pengadilan Ilahi di Akhirat nanti.

Apa yang sepatutnya dinilai dan dipertimbangkan adalah hujah-hujah keilmuan dan kefahaman baik dari golongan yang bergelar ulama, ilmuan, sarjana, intelektual dan profesional berdasarkan nas-nas Quran dan Rasulallah SAW yang memiliki autoriti mutlak di atas agama Ilahi ini.

Selain Baginda SAW adakah insan-insan lain yang memiliki autoriti yang setara?
-FMT


Laporan sebelum ini: Ust Ahmad Awang: Multaqa Nak Kukuh Atau Nak Pecahkan Pakatan Rakyat?

15 ulasan:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Utusan pernah dilabelkan sebagai lidah syaitan oleh TGNA Musyidul Am PAS tetapi sekarang utusan menjadi suara kepada ulama PAS. Adakah ini satu tanda utusan sudah bertaubat atau ada agenda tertentu untuk memastikan PAS berpecah? Sedangkan tiada sebarang kenyataan ataupun ulasan dari Timbalan Presiden PAS dalam kemelut yang berlaku tetapi utusan nampaknya begitu beria-ia untuk mengwujudkan polimik-polimik baru agar ahli-ahli PAS bercelaru. Semoga semua ahli-ahli PAS dapat terus mengharungi fitnah-fitnah yang di arus perdanakan sekarang. Kita juga berharap agar para pemimpin PAS terus istiqamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka sekadar mendapat publisiti murahan dari media musuh. Janganlah kerana merebutkan jawatan dan pangkat PAS menjadi mangsa. Kami ahli-ahli PAS sangat berharap agar semua pemimpin duduk semeja dan mencari jalan untuk menyelesaikan polimik ini. Kami juga sangat berharap agar dikalangan pemimpin PAS tidak menjadi api dalam serkam dan menjadi tali barut pada musuh. Besar harapan kami agar PAS tidak dijadikan landasan untuk memiliki jawatan ataupun pangkat untuk duniawi. Seperti semua sedia maklum mantan Timbalan Presiden PAS yang lepas mendapat jawatan kerajaan selepas beliau kalah dalam pertandingan merebut jawatan. Sedangkan dalam ucapan beliau semasa merasmikan muktamar pemuda PAS, beliau beri-ia tidak akan bersama dengan Umno, malangnya selepas tewas beliau menjadi jurucakap kepada Umno yang sememangnya musuh PAS. Semoga semua ini menjadi itibar kepada pemimpin PAS.

Tanpa Nama berkata...

Utusan Malaysia, Ulama Muda UMNO, Ulama UMNO dalam Pas, Ulama UG, pada landasan yang sama....boleh bekerjasama

Tanpa Nama berkata...

Dulu-dulu ulama Pas sentiasa menolak jawatan, berbeza Ulama Pas sekarang kemaruk jawatan...

Tanpa Nama berkata...

Ulama Pas dulu suka mengajar agama, ulama Pas sekarang menjual agama untuk vellfire dan jawatan

Tanpa Nama berkata...

UMNO menjadi dalang utama mempengaruhi ulama untuk menghancurkan kekuatan Pas?

suparjo@blogspot.com berkata...

semua media ada dasarnya termasuk harakah dan utusan. Semua ada misi atau agendanya. Tanya diri sendiri: Mengapa ceritakan perkara yang pasti akan disebut oleh media tertentu?

Anti Fitnah berkata...

Ulama PAS dok kelam kabut nak menegakkan Hukum Hudud. Depa dok hentam siapa sahaja yang kononnya menghalang kehendak depa.
Menegakkan Hukum Hudud semata-mata kerana kita inginkan keADILan ditegakkan di atas bumi Allah swt. Bagaimana kita beriya-iya nak menegakkan Hukum Hudud sedangkan diri kita tidak adil atau tidak dapat menghayati keadilan atau kita tidak menolak kezaliman?
Kalaulah PAS (Nik Amar and the geng) begitu bersungguh-sungguh ingin menegakkan Hukum Hudud, kenapa depa tidak mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan ke atas DS Anwar Ibrahim sedangkan kita tahu bahawa tuduhan itu merupakan satu kezaliman, satu keTIDAKADILan, satu fitnah, ... Kenapa PAS sanggup berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa? Mungkinkah PAS dapat berlaku ADIL dalam menegakkan Hukum Hudud ni? Aku setuju kalau DAP menolak perlaksanaan Hukum Hudud oleh PAS sebab sifat kemunafikan begitu terserlah dalam pemimpin PAS. Sikap pemimpin PAS ni umpama peribahasa Melayu iaitu "Kuman di seberang nampak jelas tetapi bangkai gajah di depan mata, depa tak nampak". Mungkin pemimpin PAS la ni dah sangat tua sebab orang tua sahaja akan terkena rabun dekat. Terbalik kan sebab yang kita tahu ialah orang tua ni berpandangan jauh dalam semua urusan dunia mahupun akhirat.
Maafkan aku kalau terkasar bahasa. Yang baik datang daripada Allah swt dan yang jahat tu diri aku sendiri.

Tanpa Nama berkata...

umno hampir berjaya memcahkan Pakatan hampir berjaya memusnah Pas.Selagi oarang seperti dr Zuhdi dan kuncu2nya masih bergiat terus dalam Pas,Tunggu masa Pas akan hancur mungkin tak lama,.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS bukan maksom , dan bukan juga malaikat....

Ulamak ada nafsu juga.

Tanpa jawatan dan kedudukan , agak sukar juga Ulamak Ulamak PAS hendak memenuhi tuntutan nafsu duniawi.


Biasa lah

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Muktahir ini pelbagai polimik mula dimainkan, ada gerakkan menjatuhkan Presiden PAS dan polimik wala' pada pemimpin. Adakah pemimpin ini bermaksud Presiden sahaja? Maka dalam satu forum seorang pemimpin PAS menyatakan bahawa gerakkan menjatuhkan Presiden ini berlaku pada 1998. Jika diamati penjelasan ini dalam forum itu ternyata gerakkan itu berlaku setiap kali musim pemilihan. Dan ketika itu Presiden PAS adalah Almarhum Ust.Fadhil Nor. Bagaimanapun gerakkan itu gagal dan akhirnya TGHH memegang jawatan Presiden sehingga sekarang. Tetapi sejak kebelakangan ini sekali lagi muncul gerakkan tersebut. Adakah gerakkan ini muncul dari golongan atau individu yang sama? Kalau dilihat dari sedut lain individu-individu yang telah tewas pada pemilihan yang lepas begitu lantang mempromosikan isu wala' dan akhirnya terkeluarlah polimik gerakkan menjatuhkan Presiden. Sedangkan Presiden dan SU Pas Pusat juga telah menafikannya. Tetapi ada kelompok yang mempunyai pengaruh di dalam dewan-dewan telah menggunakan dewan sebagai platfom untuk terus menjaja perkara ini. Adakah individu tidak wala' pada pemimpin? Sepatutnya dewan-dewan di dalam PAS menunjukkan wala' kepada pemimpin terlebih dahulu dan menegur pemimpin secara berhikmah. Semoga semua pemimpin PAS berlapang dada dan menerima segala teguran. Buang sifat ego dan kepentingan diri demi perjuangan pasti ini. PAS bukan sekadar sebuah parti politik PAS adalah medium dakwah, maka tunjukkanlah sifat yang terpuji bukan sifat memburukkan rakan dan sahabat.

Tanpa Nama berkata...

GB..
Ddlm surah ke-26 @ surah Assyuara'..

Dlm surah Assyuara' itu tlh diulang2

Ayat(26:109)
ayat(26:127)
Ayat(26:145)
Ayat(26:164)
Ayat(26:180)
..juga ddlm surah Saba'(34:47)
dan bnyk lg ddlm surah2 yg lain..

Demikianlah nabi Noah..26: 109
begitu juga Hud as..127
juga Soleh as..145
juga Lut as..164
Shuib as..180

Itulah pnjelasan ALLAH kpd nabi SAW tentang tugas sbnr7 sbnr7 sbnr7 nabi2 as diatas muka bumi ini..

bhw.."Aku(nabi2 itu) tidak diutus kpd umat utk minta upah/GANJARAN/balasan krn GANJARAN ku hanya & HANYA total mutlak disisi-ALLAH shj"!

GB..
apakah yg disebut "GANJARAN" itu?
apakah skecil2 upah/BALASAN itu??

Bukankah GANJARAN itu-HARTA/duit?
bukankah balasan/upah itu-pangkat??
bukankah GANJARAN itu-glamor/dpuja2?

-Klu bukan GANJARAN/balasan perlukah disebut @ dipanggil-Ustaz?

-Klu bukan GANJARAN/balasan perlu apa minta dikenali/dpuja sbg ULAMAK??

-Klu bukan balasan/GANJARAN utk apa mintak diWALAQ???

Nabi2 as hadir ibarat CAHAYA
CAHAYA-mentari yg TERANG bnderang
CAHAYA-mentari PUNCA harapan/jwpan

CAHAYA-mentari itu-FREE/prcuma
CAHAYAnya tak minta dipuja2
CAHAYAnya tak minta GANJARAN apa2
CAHAYAnya LURUS mnerang sgl2nya
CAHAYAnya mnerang MAKNA yg hakiki
CAHAYAnya mnyuloh kdasar HATI
CAHAYAnya itu lansung & LANSUNG tiada w.pon sklumit kpntinganDIRI!

Demikian itulah jiwa-NAFAS semua nabi2 dan...begitulah juga yg mnjd jiwa-NAFAS "pewaris" aka ULAMAK yg mnjd PEWARIS nabi2 as..

GB..
Bdasarkan Nas2 Quran diatas itu..
Perlukah mmiliki MA @ PhD utk mnjd sejiwa-seNAFAS dgn nabi2 as?

GB..
Perlukah diiktiraf dipuja2 dipanggil ostaz lebai & ulamak utk layak mnjd sbg ulamak PEWARIS2 nabi??

GB..
Sape kah yg nampaknya sprt BUDAK2 hingusan yg BUTA erti/MAKNA/definasi hakiki "ULAMAK" sbg pewaris-nabi2 ddlm kemelut ulamak-WALAQ ini???

Tanpa Nama berkata...

sokong anti fitnah...
sangat sedih melihat DSWA dan anak2nya bermati2an membela DSAI..sungguh keji mereka memfitnah dan menghumbankn DSAI ke penjara..puak PAS pun tahu ia satu fitnah..tetapi bial berbuat baik dgn umno seolah2 spt bersetuju hukuman itu..sedihnya

Tanpa Nama berkata...

Ulama yang Pro UMNO dan UMNO bekerjasama nak jatuhkan Pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

Ulama Pas dulu sentiasa tolak menolak jawatan, Ulama Pas sekarang buat fitnah pula teringin jawatan?

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Sambungan kpd surah ke-26
Ayat2 Surah Assyuara' ddlm Quran..

Org2 yg betul2 HEBAT, biasanya dia sgt takut dan tidak bodoh utk PROMO serta mmuja2 dirinya bhw dia tu sbg HEBAT/ulamak

Org yg betul2 HEBAT/ulamak akan pasti dihargai dan pasti akan diCARI2

Sprt nabi Khidir as, tak sesiapa yg KENAL kecuali bg yg benar2 ingin mnCARInya..ddlm kesah Musa as

Org yg betul2 HEBAT/ulamak memang ada CAHAYA, dia nampak JALAN, jln utk "selesaikan" masaalah2 dr punca akar UMBInya!

Org yg betul2 HEBAT/ulamak dia cuma dan cuma hanya & HANYA hadir utk "selesaikan" masaalah2 umat shj semata2..tujuannya BUKAN utk promo atau utk GLAMOR dpuja2..dia cuma sulohkan CAHAYA, itu shj

Org yg betul2 HEBAT/ulamak itu, sgt arif bhw sesuatu yg mahaINDAH itu adalah FREE@percuma..sprt CAHAYA yg hadir dgn percuma..sprt juga NAFAS yg dianugrahi"NYA dgn percuma

Org yg betul2 HEBAT/ulamak tak tak & TAK perlu TAKUT apa2..tak perlu promo tak perlu mminta2 dglamor dpuja2

-Klu sudah NAFAS yg maha'BERHARGA itu pon FREE-prcuma

-Klu CAHAYA-mentari yg maha'TERANG itu pon FREE-prcuma juga

-Klu IDEA-ilham'WAHYU sbg CAHAYA maha7TERANG itu juga FREE-prcuma dtg drp"NYA

Sbb itu org2 yg betul2 HEBAT/ulamak tidak & TIDAK pernah pon merasa sklumit pon keHEBATan..& sprt nabi2 as mrk TIDAK hinginkan sebarang upah GANJARAN/balasan..dipuja2 diGLAMOR dan didewa2kan

LANTAS..

-CINTA..hadir & mengalir tanpa dgoda PAKSA brsemi mekar mewangi dengan sndiri secara azali

-KASEH SAYANG..krn CAHAYA yg terang bukan momokan solekan EMOSI provokasi krn bangkai-SAMPAH balasan/GANJARAN upah2 duniawi

-TAAT..ksetiaan tumbuh dr dasar HATI krn CAHAYA itu bnar2 jls KUDUS suci TERANG mnyinari

-WALAQ..tidak & TIDAK perlu sama skali diminta2 krn HATI yg bnar2 mndpt CAHAYA azali tulus hadir utk MENYERAHkan diri

Itulah sbnr2 jiwa-NAFAS nabi2 as..

Begitu jugalah jiwa-NAFAS pewaris nabi2 yg perlu kita kenal-CARI serta hayati swkt hidup ddunia ini..