5 Mac 2015

Selepas Kereta Dr.Hatta Cuba Dibakar, Kini Dr Dzul Dipukul -updated


Selepas insiden kereta AJK PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Raamli cuba dibakar oleh pihak tertentu, pagi ini, seorang lagi AJK PAS Pusat, Dr.Dzulkefli Ahmad pula menerima nasibnya apabila beliau telah dipukul dengan kayu oleh dua orang yang memakai helmet selepas solat Subuh.

Sahabat baiknya Datuk Kamarudin Jaffar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini.

Kesan kejadian itu, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.

Di dalam kejadian tersebut, Dr.Dzul dikatakan telah didatangi oleh lelaki berkenaan dan berkata "mengapa kurang ajar sangat?" lalu memukulnya di bahagian muka.

Dr Dzul kini berada di balai polis untuk membuat laporan. Beliau bagaimana pun meminta ahli-ahli PAS tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Serangan berkenaan dipercayai berlaku ekoran kenyataan di dalam sebuah portal di mana Dr Dzul menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam.

"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," katanya.

GB sebelum ini telah berulang-kali meminta supaya budaya samseng yang ada di dalam PAS segera ditangani tetapi nampaknya lansung tidak dihiraukan oleh PAS Pusat.

Bermula dengan kes seornag blogger, Aduka taruna dipukul oleh sekumpulan penyokong taksub Hj Hadi di Rusila, Marang, diikuti dengan "50 gagak hitam" yang keluar dewan semasa muktamar, kumpulan pro-ulama mengeboo ucapan Hanipa Maidin, beberapa pemuda PAS yang bertindak dan berlagak samseng menguugut untuk memukul Pengarah LENSA Sdr Safwan Anang, kumpulan ahli PAS Pahang yang turut disertai olej Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemo untuk menuduh Mat Sabu dan Dr.Hatta Ramli cuba menggulingkan Presiden PAS di Pejabat Agong PAS, percubaan membakar kereta Dr Hatta dan kini Dr Dzulkefly dipukul dan dicederakan.... adalah rentetan peristiwa hitam yang amat menyedihkan dan mencalarkan imej PAS.

Di dalam peristiwa kereta Dr.Hatta yang cuba dibakar ada pula mereka dari kumpulan pro-ulamak yang menuduh perbuatan itu cuba dilakukan oleh Dr Hatta sendiri untuk meraih simpati.

Cuma di dalam dua kes yang terakhir iaitu insiden percubaan membakar kereta Dr Hatta dan memukul Dr Dzul, kita tidak dapat mengenal pasti dengan sebenarnya siapa pelakunya. Mungkin saja agen-agen provokasi untuk memburukkan hubungan kedua-dua kumpulan di dalam PAS yang dilihat tidak sehaluan.

Walau apa pun kita berharap PAS Pusat tidak terus berdiam diri terhadap gejala samseng yang semakin menjadi-jadi ini.

Sifat-sifat buruk dengan akhlak yang keji dan jijik yang diaparkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka pro-ulamak terus dibiarkan. Malah di alam siber ini, "papagomo versi PAS-UG" seperti Tok Usin Ceroi dan El-haraki juga dibiarkan tanpa diambil apa-apa tindakan semata-mata kerana dikatakan mereka itu melakukan hal yang demikian kerana "menyokong ulama".

setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali yang sebelum ini menonjolkan diri untuk membawa beberapa kes ke Lembaga Disiplin nampaknya masih terus dengan sikap "biased"nya dan kini lebih sibuk untuk berpolitiking bagi mempastikan Presiden PAS, Haji Abd Hadi Awang tidak ditandiingi di dalam pemilihan muktamar akan datang ini.

Kita berharap para perwakilan muktamar akan membuka mata untuk menilai mana intan mana kaca di dalam perjuangan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Sesiapa juga yang bersalah PASTI akan terhukum, jika tidak di sini, akan dihukum di "sana".

Dr.Dzul sedang menerima rawatan di hospital

Dr Dzul sambut tumbukan dengan takbir

Ahli Jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad "menyambut" tumbukan oleh individu yang tidak dikenali dengan laungan takbir.

Menceritakan kembali kejadian Dzulkefly dipukul, isterinya Azlin Hezri berkata, pada jam 6.30 pagi, pemimpin PAS itu dihampiri dua lelaki yang menunggang motosikal.

Ketika meletakkan kereta di kawasan rumah, Azlin berkata, salah seorang lelaki tersebut membuka pintu kereta Dzulkefly dan menumbuk di bahagian kanan muka Dzulkefly.

Selepas ditumbuk, Dzulkefly kemudian melawan kembali sambil bertakbir sekuat hati beberapa kali, kata Azlin.

"Sebenarnya semasa dia balik daripada masjid dan meletakkan kereta di perkarangan rumah, belum sempat pintu pagar ditutup, ada dua orang lelaki.

"Seorang daripadanya memakai topi keledar terus menuju ke kereta Dr (Dzulkefly) dan buka pintu kereta dan terus tumbuk muka Dr sebelah kanan.

"Kemudian Dr turun (kereta) dan lawan balik, dia takbir kuat-kuat banyak kali sehingga orang tersebut tergamam dan lepas itu dia (individu tersebut) pukul Dr dengan besi.

"Alhamdulillah, tiada jahitan yang dikenakan terhadap Dr," kata Azlin ketika dihubungi Malaysiakini.

Bibir bengkak, dahi luka

Ditanya mengenai kenyataan “kenapa kurang ajar sangat” yang ditujukan kepada pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu, Azlin berkata, Dzulkefly tidak sempat untuk berkata apa-apa.

Menurut Azlin lagi, Dzulkefly yang hanya mengalami luka di dahi dan bengkak di bibir dan kini baru selesai memberi kenyataan kepada pihak polis yang datang ke rumah berhubung kejadian itu.

"Dia OK. Cuma bibir bengkak, luka di dahi. Dr memang jenis yang tidak akan berdiam diri. Dia memang akan melawan balik.

"Ini baru selesai Dr buat laporan polis. Polis datang ke rumah. Dr sekarang berehat di rumah dan selepas ini tidak pasti sama ada dia akan ke Putrajaya jaya untuk urusannya atau tidak," tambahnya lagi.

Pagi tadi, Dzulkefly diserang oleh individu tidak dikenali di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam selepas selesai solat subuh.

Berikutan kejadian serangan itu, PAS Selangor akan mengarahkan kawalan keselamatan ke atas pemimpin PAS negeri itu dipertingkatkan agar cubaan pihak yang ingin mencetuskan provokasi dapat dihalang.
-mk


33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takpa kalau kita dilandas perjuangan rasulullah memang ada penetangan golongan munafik....sabar

Tanpa Nama berkata...

inilah akibatnya Tuang Presedeng yg lemah lantas gagal mengawal dan mendisiplinkan Ahli...terlampau banyak makan kopok lekor.

Tanpa Nama berkata...

Sabarlah Dr. Dzul, jalan ke syurga memang penuh onak dan duri. Saya doakan Dr. terus tabah. Kami akan terus menyokong Dr.

Saadun Sulaiman berkata...

Tak sangka bahawa di dalam PAS ada gangster. Siapakah agak nya yang melindunggi "PARA GANGSTER YANG TERHORMAT INI"?
Kalau tak di tanggani dengan segera sudah pasti budaya UMNO dan M.I.C akan berlaku di dalam PAS. Bara nya sudah mula membara, contoh nya apabila 50 orang yang terhormat dan budiman meninggalkan dewan semasa muktamar pemuda di Kota Tinggi dulu. Di kala itu bukan sahaja, maki hamun, bakar kereta dan memukul, mungkin pistol akan di juga kan.
Elok lah tuang presiden yang ada sekarang mencari jalan agar perkara sebegini tidak berulang lagi. Kalau boleh jangan lah minta buah fikiran dari "DIN AYAM" yang PASti akan lebih menyulit kan kaedaan.
Kepada mereka yang telah di maki hamun, kereta di bakar dan yang terbaru kena pukul elok lah bersabar. Serah kan diri kamu sepenuh nya kepada ALLAH.
Aku menanti dengan penuh debar Muktamar yang akan di adakan pada bulan Jun nanti.

Tanpa Nama berkata...

Akhlak sebahagian ahli-ahli Pas kini nampak semakin buruk dan bangsat, tak ada beza dengan UMNO...eloklah tu.

Tanpa Nama berkata...

dr hatta dituduh bakar kereta sendiri , nanti dr zul di tuduh pukul diri sendiri pulak...

Tanpa Nama berkata...


Geng ostad ni nak hujah dgn lisan tak pandai dan tak berani. Takut nampak kebodohan dan bangang.

Hujah pakai gedebe.

Dia ingat Allah tak nampak.

Dulu gedebe, belajar dulu pun tak pandai. So jadilah geng ostad. Itu aja yg boleh.

Tanpa Nama berkata...

itu satu nasihat.

Harry Rahim berkata...

Ana rasa ini kerja provokasi
Tlg berhati hati..tp apa pun pas pusat mesti keluarkan statament.jng diam mmbisu supaya tdk di tuduh sbgai pelaku
Umno hari ini menunggu masa utk memecah belahkan pas dan pr..
Nampaknya mereka semakin berjaya fan kita semakin leka dng strategi mereka

5sal berkata...

adakah 'broker'yang membawa 'barua' dan diberikan 'pil kuda' untuk menglaloqkan 'barua'tu lalu pi pukoi dr yang berani mencabaq ulama yang fakeh agama untuk berdebat.tapi syaiton bertopengkan ulama tak berani untuk bersemuka. lalu diupah 'babi dan 'anjing' untuk menjadi 'barua'berwajah manusia melaku tugaih tu.dan kambing mana pula akan 'dihitamkam'?

Tanpa Nama berkata...

Apa nak pelik...ada dikalangan gang2 ostad ni yg terhegeh2 bergambar serta menyantuni group PERKOSA & P*KIDA!

Tanpa Nama berkata...

Geng Ustad dah jadi Gengster Ustad - GU

Kalau pukul sebab kurang ajar GU lagi ramai yang kurang ajar

Bagi sesiapa yang berpihak kepada Ulamak Ostad UG dan yakin mereka pihak yang benar sepatutnya mereka lah yang lebih banyak bersabar Ya lah kan Ulamak jaga lah imej Ulamak

Kalau tak hormat pada ulamak dah ramai yang dah tak hormat pada Ulamak Dah tak tahu mana satu Ulamak palsu dan mana satu Ulamak menipu Semua dah sama

Nak cari wali Allah lah pulak

Tanpa Nama berkata...

Dua orang musibat tu solat ke atau datang ke mesjid se mata mata nak pukul Dr Dzul Atau solat dulu baru datang niat untuk pukul Atau Kalau tak solat .. marah pulak orang kurang ajar

Samada Ulamak adalah gelaran kerana ilmu nya banyak sangat atau Ulamak adalah pangkat kerana jawatan nya memberi nasihat dan pandangan pada ketua negeri negeri Jabatan Agama perlu lah keluarkan sijil tauliyah Kalau tak senang senang orang mengaku Ulamak apa lagi kalau di lantik sebagai MSU

Baru senang kita nak beri hormat dan tidak kurang ajar pada Ulamak

TGNA lebih senang di kenali sebagai Tuan Guru dari se orang Ulamak Tu sebab boleh duduk terpesok di mesjid Boleh makan nasi bungkus Boleh beli air di tepi jalan Boleh solat di tempat terbuka Kalau dah ngaku Ulamak sanggup ke buat macam TGNA

Syaril berkata...

Kalau TGNA ada lagi, mesti dia kecewa...

sb dehlawi berkata...

tali barut geng ustaz pas lebih jahat, bengis drp prg unmo

Tanpa Nama berkata...

Harus disiasat provokasi dari siapa jangan cepat menuding..musuh sentiasa mencari kesempatan untuk kasi pecah..dikhuatiri dari gang dulu kini selamanya..

Tanpa Nama berkata...

Kita jangan tuduh menuduh dan berburuk sangka..

Yang pasti ULAMAK tak amik tindakan...
Tak cover langsung anak buah...

Mengarut betul ulama PAS nie..
Bagus sangat ke....

Tanpa Nama berkata...


Hebat para profesional dalam PAS tidak "gabra" dan melatah.

Tanpa Nama berkata...

Slogan PAS ganti UMNO memang betul, bukan ganti cara pentadbiran yang betul tetapi ganti cara samseng yang dilakukan macai2 UMNO.
PAS semakin hanyut dibawah kepimpinan ulama yang berkepentingan duniawi.

sizzly7761 berkata...

Tuan Saadun Sulaiman...janganla taktahu..bapa borek, anak rintek! Ustaz2 penakut ni dah mula pakai body guard...sementelahan pulak perangai buruk ni seolah dapat restu dari 'ulamak' yg syumul lagi suci @ maksum! Kebiasaanya orang yg menggunakan fizikal utk selesaikan kemelut selalunya mereka ini kurang dari segi IQ dan kurang yakin pada diri sendiri. Golongan ini hanya berkopiah dan berjubah sebagai kosmetik! Bila ketua IQ lemah maka gurkha yg buat kerja lahanat @ tumbuk orang ni pun pastinya kutu berahak yg taksub bodo atau lembu...

Tanpa Nama berkata...

Orang Orang PAS rata rata tak cerdik , otak gred 3 malas lagi bahalol pulak.

Nak hidup kaya ber gaya tapi malas kerja kuat.

Jaja jaja Agama mana boleh hidup kaya ber gaya pun.

Pope Vatican pun tak kaya walhal penganut lebih banyak kaya raya.

Orang orang PAS mesti hidup dalam realiti bukan balut otak kepala dengan kopiah serban boleh tetiba jadi kaya ber gaya.

Cukup lah membodoh kan diri sendiri taksub dengan ulamak bahalol tahap hadi,

Malu lah dengan bangsa Cina dan India.

bat8 berkata...

Anon 2:32

Komen yang paling sesuai kepada hujah hang nak cover line ialah........KAHKAHKAHKAHKAH......

bat8 berkata...

Anon 2:25

Itulah sebaik-baiknya. Kita hendak mula siasat kat pihak yang paling kita syak dulu. Dalam kes ini suspek utama ialah kerja pewalak2 taksub.

Siasat sini dulu. Kalau clear baru kita siasat suspek no.2, no.3 dan seterusnya.

Jika kerja pewalak taksub, takde untungnya PAS nak cover. Ambil tindakan keatas pelaku dan ketua-ketua yang dok hasut pewalak2 ni, kepala yang dok tabur fitnah dsn menghuruharakan PAS tak kira kedudukan dalam parti, ulamak ke bukan ulamak. PAS tak perlu ulamak atau profesional macam ni. Pecat mereka kerana pe4l3mbagaan PAS ada pelbagai peruntukan untuk pecat mereka.

Tanpa Nama berkata...

Susah nak terima tindakan memukul Dr Dzul adalah provokasi dari pihak luar sebab PAS dalam keadaan dah memang teruk

Tidak ada tanda tanda dua dua pihak bersetuju menyelesaikan dengan berdamai malah pihak satu lagi asyik dengan wala dan gulingkan Presiden Ini betul betul nak golongan professioanal bukan setakat kalah tapi lenyap terus

Mereka hanya buat provokasi jika PAS mula bersatu

Dua orang yang memukul Dr Dzul mesti ada tak banyak sikit pengetahuan agama dan mencari duit dengan memberi ceramah tapi bila orang dah serong dengan ostad ostad mereka terasa macam dah susah nak cari makan

Satu lagi tak mungkin pihak luar sebab jika pihak sana mereka akan datang sekurang kurang nya lima atau enam buah motorsikal Dan jarang mereka menyerang waktu subuh ia itu time sedap tidur

Apa pun berlaku ada lah hasil cara MSU buat keputusan dan kemudian tidak dapat memberi hujah yang baik

Tanpa Nama berkata...

UMNO sentiasa menjadi dalang dalam keadaan ulamak Pas yang tidak bijak, TGNA contoh ulama bijak

Tanpa Nama berkata...

aliran pemikiran Ulamak TGNA, tak disukai TGHH dan ulamak UG.....

Tanpa Nama berkata...

Terbaik

Tanpa Nama berkata...

Teringat video geng yang ugut safuan anang.

Semalam kami telah menyiar sebuah video rakaman audio mengenai Pengarah Eksekutif LENSA yang telah menerima ugutan sebelum beliau menyerahkan memo ke pejabat PAS. [RAKAMAN] Ada "Samseng" Dalam PAS Ugut Anak Muda LENSA

Antara ugutan yang diterima Safwan termasuklah beliau diugut akan dipukul sekiranya meneruskan perancangan untuk menyerahkan surat kepada PAS. Individu yang dipercayai dari kumpulan pro-ulama itu juga seolah mengancam akan mengganggu keluarga Safwan dengan mengatakan beliau tahu mengenai Isteri Safwan, dan alamat rumah Safwan.

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJP PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Sebuah video lain kini telah menjadi viral di media sosial mendedahkan tentang sekumpulan pemuda berbadan besar yang telah mengepung Safwan dipercayai berhampiran bangunan pejabat PAS dan telah mengugut Safwan.

Melihat kepada rakaman video berkenaan, ternyata ia ada kaitan dengan rakaman audio perbualan yang diedarkan semalam. Sekumpulan pemuda terdiri dari tujuh orang berbadan besar yang diketahui identitinya dengan cara samseng dan menjelekkan, menunjukkan lagak yang agak kurang ajar sehingga berlaku pertengkaran mulut di antara Safwan dengan individu-individu yang mengepung beliau.

Salah seorang daripada mereka (Orang yang sama membuat panggilan ugutan) memaksa Safwan mengaku bahawa tindakan LENSA menyerahkan surat kepada PAS itu dibuat atas arahan pihak tertentu.

Mereka memaksa Safwan untuk mengaku bahawa tindakan LENSA itu dibuat atas arahan pihak-pihak tertentu yang mereka sebutkan sebagai PASMA dan Anwarinas.


https://www.youtube.com/watch?v=bH2w3LD9Fxg

Tanpa Nama berkata...

Memang ulama pas suci mulia betul segala cakapan mereka, taraf ulama tu dah terbukti mereka adalah benar segala, yang Silap mesti orang lain.

Tanpa Nama berkata...

"Di dalam peristiwa kereta Dr.Hatta yang cuba dibakar ada pula mereka dari kumpulan pro-ulamak yang menuduh perbuatan itu cuba dilakukan oleh Dr Hatta sendiri untuk meraih simpati."

Kenyataan di atas mengingatkan aku satu peristiwa pada 1998 dahulu dimana seorang Perdana Menteri telah menuduh ex-Timbalan Perdana Menterinya menumbuk dirinya sendiri di dalam penjara sehingga menyebabkan matanya lebam ketika pergi untuk menghadiri prosiding mahkamah terhadapnya.

Akhirnya, apabila diselidik, rupa-rupanya Ketua Polis Negara yang telah menumbuknya sehingga lebam seperti yang telah disyaki oleh ex-TPM tersebut.

Bila dilihat, peristiwa Dr. Hatta dan peristiwa 1998 (Anwar) dahulu lebih kurang sama dari segi tuduhan ke atas mereka iaitu dituduh melakukannya sendiri untuk meraih simpati.

Jika dulu, orang melihat ini kerja UMNO yang bersekongkol dengan PM tetapi sekarang dalam peristiwa Dr. Hatta, orang melihat ini kerja puak UG PAS yang bersekongkol dengan Presiden parti.

Jadi sekarang, apa bezanya puak UG PAS ini dengan samseng UMNO? Pada saya, tak ada bezanya. Mereka sama-sama memiliki akhlak yang teruk dan sepatutnya disingkirkan.

Wallahu A'lam.

Tanpa Nama berkata...

Adakah ini usaha utk divert dari 1MDB fiasco

Tanpa Nama berkata...

Selepas ini mungkin tidak ramai profesional muda dan tua mahu menjadi ahli PAS kerana tidak ada beza PAS dengan UMNO. Maka kembalilah PAS menjadi parti ustaz. Kenalah pak ustaz dan abang ustaz belajar ilmu profesional untuk mentadbir negeri. Mulakanlah di Parlimen dan ambil bahagian aktif dalam perbahasan bidang ekonomi dan kewangan. Jangan hanya harapkan PKR dan DAP sahaja yang berbahas sementara ahli-ahli Parlimen PAS berehat di kafetaria.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah kecewa dgn PAS....tubuhkan parti baru seeloknya