11 Mac 2015

Petisyen Bebaskan Anwar Dinaikkan Semula, Berjaya Capai Sasaran!


Petisyen pada White House menggesa pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah dinaikkan semula di talian sejurus sebelum tengah malam, dan berjaya mencapai sasaran mengutip 100,000 tandatangan awal pagi ini



Sehingga jam 8 pagi ini, jumlah tandatangan yang diperolehi untuk petisyen tersebut ialah 106,419 - sehari menjelang tarikh akhir pada 12 Mac, lapor malaysiakini.

Petisyen Pro-Anwar itu diusahakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott, dikeluar dari lamanweb White House semalam kerana "melanggar terma peserta".

Ia telah digantung selama 14 jam ketika ia memerlukan kira-kira 4,000 lagi tandatangan untuk mencapai sasarannya.

Tarikh akhir bagi petisyen itu adalah esok, 12 Mac. Ia memerlukan 100,000 tandatangan untuk mewajarkan tindak balas daripada Presiden Amerika Syarikat.

Petisyen yang dibuat beberapa selepas penghakiman itu turut mendakwa Anwar telah disabit dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka dan menambah bahawa kenyataan daripada Rumah Putih yang menyatakan kekecewaan negara Amerika itu sahaja tidak memadai.

Petisyen itu telah dibuat di petitions.whitehouse.gov, sebuah laman web yang membolehkan rakyat Amerika untuk membuat petisyen mendesak kerajaan AS dalam pelbagai isu.

Kenyataan di laman web itu menyebut: "Petisyen ini diwujudkan kerana kerajaan mahu mendengar daripada rakyat Amerika.

"Jika petisyen mendapat sokongan yang cukup, kakitangan White House akan menyemaknya, memastikan ia dihantar kepada pakar-pakar dasar yang sesuai, dan diberikan respon rasmi."

Malott memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak menerima sebarang pemberitahuan dari Rumah Putih mengenai penggantungan petisyennya.

Manakala petisyen balas yang menggesa pentadbiran Obama supaya tidak campur tangan dalam badan kehakiman Malaysia telah digantung awal pagi ini oleh laman web White House.

Malott berkata beliau tidak meminta petisyen itu diturunkan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu petisyen tapi ada 106,419 permohonan/rayuan

Hantar kan satu salinan petisyen yang sama kepada YDP Agung supaya Baginda rasa terlalu berat untuk menolak permohonan 106,419 orang yang merayu supaya Anwar di bebaskan

Atau mungkin Istana suka kita beramai ramai berarak ke Istana

Tanpa Nama berkata...

Jika Anwar dizalimi, semoga allah hancurkan penzalim berkenaan

Tanpa Nama berkata...

Insya'allah kalau betol DSAI dianayai doa beliau kepada Allah akan Allah makbulkan itu janji Allah kerana Allah akan memakbulkan doa orang yang dianayai.Doa dari ahli keluarga DSAI juga akan Allah makbulkan kerana mereka juga tergulong dalam ketogerikan orang yg dianayai. Kita tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul...kalau betul...kalau betul apa ?
Anwar MEMANG dizalimi dan difitnah !
Dari kes FITNAH 1 sampai FITNAH 2... semuanya RUBBISH !
Aku bukan TAKSUB sangat kat ANWAR IBRAHIM...tapi akal fikiran aku yang waras ni tak boleh dipaksa untuk menerima CERITA BODOH ni !
Banyak sangat berlaku PERLANGGARAN FAKTA dan BUKTI !
UMNO/BN MEMANG LICIK dan PAKAR bab2 FITNAH ni !
In Shaa Allah...DOA DARI INSAN YANG diZALIMI TIADA HIJABnya !

Anwar Difitnah berkata...

LOGIK MUDAH IALAH :

jika anwar ibrahim itu seorang peniaga kedai borong dan seorg Ketua Cawangan UMNO team najib dan dituduh liwat, sudah tentu kes akan dimenanginya dengan mudah jika fakta2 kes sama seperti kes anwar.

dgn itu amat jelas kes fitnah liwat adalah KONSPIRASI UMNO terhadap PEJUANG RAKYAT YG ULUNG.

dan semua yg terlibat konspirasi insyaallah akan menerima balasan di dunia ini lagi.

kita tunggu 'otak geliga' shafee dollah. apakah peristiwa 'otak mokhtar dollah' akan berulang?

amin