21 Mac 2015

Inikah Balasan Najib Terhadap PAS?


Apakah Najib akan sekat RUU hudud?

Rang undang-undang hudud menjadi salah satu isu panas yang dibangkitkan semasa pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan pemimpin parti komponen BN di Parlimen semalam.

Para pemimpin terbabit telah mencapai kata sepakat bahawa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Najib juga mengakui kata sepakat itu bahawa hudud akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
, kata seorang pemimpin parti komponen BN kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, kata sepakat semata-mata masih mempunyai banyak ruang untuk pentafsiran seperti yang dilihat dalam perjanjian Pakatan Rakyat yang berkecai selepas PAS tetap mahu melaksanakan hukum jenayah syariah itu.

Malah pemimpin BN tersebut tidak mahu membuat sebarang tafsiran lanjut mengenainya, dengan menekankan bahawa parti komponen BN telah pun menyatakan dengan jelas bahawa kanun jenayah sivil sekarang sudah mencukupi.

Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin parti komponen BN, yang tidak mahu disebut namanya, melihat ini sebagai jaminan bahawa Najib tidak akan membenarkan ia menjadi kenyataan di Parlimen.

Mereka berkata perdana menteri juga bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi, bagi menyatakan pendiriannya.

Najib, yang juga pengerusi BN, bukan sahaja mesti mengimbangi rakan komponen tetapi juga Umno yang telah mengambil pendirian bertentangan dengan apa parti komponen BN mahu.

PAS telah pun mengemukakan notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung dengan hudud dalam sidang Dewan Rakyat sekarang.

Rang undang-undang ini bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang kini menghadkan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah syariah - penjara tidak lebih tiga tahun, denda sehingga RM5,000 dan enam sebatan bagi kesalahan tertentu.

Dengan menukar had tersebut, ia akan membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang hudud di Kelantan, yang antara lain, termasuk direjam sehingga mati dan sehingga 80 sebatan. -mk


Najib saman Harakahdaily berhubung isu 1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya berhubung isu dana 1MDB.

Najib memfailkan saman itu pada Rabu lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Writ saman itu diperoleh pemberita hari ini selepas peguam Fahmi Adilah yang mewakili Najib menyerahkan saman itu kepada Rosli dan Taufek di pejabat Harakah di Kuala Lumpur.

Najib menamakan Rosli dan Taufek sebagai defendan pertama dan kedua.

Saman itu berkaitan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari lalu bertajuk “Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?(Bhg 2)”.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib mendakwa artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang merujuk kepadanya dengan niat jahat bahawa beliau menyalah guna dana milik 1MDB.

Najib mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasinya terjejas dan dikecam dalam media sosial serta media massa dengan pelbagai tuduhan yang menghina dan mengaibkan.

Taufek pula, dakwanya, gagal mengamalkan prinsip 'responsible journalism' (kewartawanan bertanggugjawab) untuk mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulis dan gagal mengambil langkah mendapatkan sebarang penjelasan sebelum menerbitkan perkataan itu.

Najib juga mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda defendan sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti isu yang dibangkitkan.

Beliau juga mendakwa pada 26 Februari lalu peguam yang mewakilinya menghantar notis tuntutan supaya defendan berhenti membuat kenyataan berkenaan artikel fitnah itu dan membuat permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis serta penarikan balik kenyataan berkenaan.

Najib juga menuntut satu aku janji bahawa defendan tidak akan mengeluarkan kenyataan fitnah itu atau yang serupa dengannya serta membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi, kos dan perbelanjaan yang ditanggung olehnya.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak defendan enggan memberi sebarang jawapan bertulis berhubung notis tuntutan itu dan ia menunjukkan defendan tidak berasa kesal atas penerbitan artikel itu.

Dalam saman ini, Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta satu injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel berkenaan.

Turut dipohon ialah satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan dalam akhbar.
– Bernama


ULASAN GB

Baca betul-betul dua laporan di atas. GB tak perlu ulas panjang-panjang. Ia self-explanatory.

Hudud yang diperjuangkan tak dapat dilaksanakan, hubungan PAS dengan rakan PR pula yang jadi porak peranda. Sebabnya? Percaya sangat kepada UMNO konon UMNO jujur... Kini... ayam terlepas, tangan mahu tahi...


Bukan GB tak sokong hudud tetapi, fiqh awaliyyat tidak meletakkan hudud sebagai keutamaan. Presiden PAS sendiri yang pernah berkata demikian.


33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas telah mencuba yang terbaik dan berusaha sebaik mungkin agar hudud terlaksana. Sekurang2nya terlepas apabila disoal di akhirat nanti. Bagi yang tidak menyokong mahupun yang menentangnya kerana politik, sediakanlah jawapan ketika anda berhadapan dengan Allah nanti.

ibn sabil berkata...

PAS tlh cuba yg terbaik? hahaha
Dgn kebahalolan berulangkali prcaya kpd umno yg munafik itu?
Allah telah byk kali suruh kita mengunakan akal, bukan nafsu melulu di dalam perjuangan.,... afala taqqiluun?

Tanpa Nama berkata...

Pas dah cuba terbaik supaya tidak nampak munafik....Sangat...

Parti yang suci mulia kononnya

Tanpa Nama berkata...

Ini entah kali ke berapa PAS jatuh dalam lubang taik yang sama Lepas ini kena lagi bila persempadanan semula

Kalau buat sekadar melepaskan batuk di tangga untuk lepas di akhirat UMNO Trengganu pun boleh buat Tapi UMNO Trengganu nampaknya tak main mainkan hudud Ada jugak rasa takut nak perguna kan hudud sesuka hati

Tapi apa pun matlamat UMNO dan pro Ulamak UG dah tercapai Mati katak pun saya tak percaya kompenen BN tak tahu yang hudud ini hanya helah UMNO

Bayangkan kita PR dan penyokong nya bermingu minggu berdebat dan naik angin pasal langkah Kerajaan PAS Kelantan tak berhati hati dalam hal ini BN UMNO cuma ambil se malam je dah selesai Bercanggah dengan Perlembangaan !!

Al habshi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Pada anon 1.16,lu tak baca ke artikel sebelum ni? Ini sedutannya -

Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.

Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam.

dalam hudud kelantan ini. Qardhawi pun tak sokong. hahahaaa

ini ungkapan blog yg catat almarhum TGNA pernah berkata:

ORANG YANG TULIS SURAT YANG HALANG DAN UGUT HUDUD KELANTAN BUKAN BERNAMA KARPAL SINGH!

hikmahtu berkata...

hudud bergantung pada sokongan penyangak dan perompak...takmalukah ularmak pas

hudud hanya sebahagian dari islam dan nabidah tunjuk macammana nak laksana

ahaaa... skg dah kene berak dgn penyangak

awak dimana
awak di mana
awak awak awak di mana

Unknown berkata...

Apa pulak PAS percaya kepada umno. PAS percaya kepada Allah. Ini hukum NYA, ALLAH jua yang menjaganya. Yang penting ada usaha melaksanakannya. Tak lama pun benda macam Ni. Pasti hilmah nya ALLAH akan tinjukkan. Dengan hukum hudud ni akan terbela merela yg trraniaya dan di zalimi. Tu, yg dlm sungai buluh, mgkn zaman ny x terbela nasib ny. Tapi dgn langkah pertama PAS ni akan menyelamatkan anak cucu beliau jugak nanti. Paandang jauh la sikit kawan. Ulama dalam PAS lbih faham afala ta'qilun tu dari kita yg mengaji x abis ni.

Tanpa Nama berkata...

Parul Sama, Yusof Al Qardhawi tu bukan ulama ke? Beliau menyuruh tegakkan dulu kehidupan Islam, bujan hudud. Baca artikel sblm ini.

Unknown berkata...

Nampaknya dah dua kali PAS kena dipermainkan. Fahamilah kerangka Pwrlembagaan Persekutuan jika mahu laksanakan Hudud. Walau pun Hudud adalah salah satu dari hak Allah swt ke atas manusia, kena faham kaedah dan cara berjuang di dalam Sistem Demokrasi. Jangan ikut nafsu, berfikirlah mengikut kerangka sistem demokrasi. Jika tidak, semua usaha akan gagal. Aspek nombor satu, berikan masa untuk semua rakyat faham Islam. Binalah kehidupan Islam. Nanti rakyat akan menerima Islam sepenuhnya.Di bawah sistem demokrasi, undi rakyat itu penting dalam mengujudkan kerajaan Islam. Tanpa penguasaan Parlimen, enekmen Negeri tiada nilai. Pinda dulu Perlembagaan Persekutuan trrutamanya Perkara 1, 3, 4,.7, 8 dan Jadual ke 9. Letakkan Islam bukan sahaja sebagai sumber kuasa tapi juga sebagai Ad Deen. Fikirkanlah....

Tanpa Nama berkata...

Selagi perlembagaan tidak dipinda, sampai kiamat hudud tidak dapat dijalankan, Pas kena ambil alih Putrajaya dengan mejoriti penuh dalam pilihanraya dahulu, baru perlembagaan dapat dipinda, ingat umno akan sokong usul hudud ini diparlimen, mereka akan mengelak dengan berlindung dengan perlembagaan negara, mana Zòol Nordin, mana Perkasa, senyep je, sokong le orang nak tegakkan Islam

Tanpa Nama berkata...

Di dlm perjuangan Fokus kepada matlamat adalah diutamakan. Apabila kita hendak rawan Putrajaya, fokuslah ke situ. Perkukuhkan PR. Jangan layan yg lain walaupun hudud, walaupun nama2 Islam.. umno akan menjadi penghalang utama PR ke Putrajaya, mereka akan gunakan segala cara utk menghalangnya walaupun terpaksa menggunakan isu hudud utk memperdayakan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Dalam hal hudud, Tahniah PAS. Kami orang muda Islam lagi melayu bumiputera amat menyokongnya. Cuma UMNo yang ... Juga mungkin penyokongnya. Apaapa pun yang islam tapi menentangnya cuba lihat sedalam-dalamnya. Ini suruhan Allah, Bukan suruhan pemimpin. Dalam tahun 80an dulu macam-macam alasan. Waktu tu puak yang menentang ini tak selicik dan sekeras seperti sekarang. Alasan demi alasan akhirnya terjerut didalam bubu.Sukar untuk keluar. Kan sendiri yang terkena.fikirlah sayang, Solatlah dengan rukun dan hukumnya.

Tanpa Nama berkata...

pas kelantan kurang pintar.
agama islam adalah dibawah bidang kuasa sultan. nak mengajar agama pun perlu tauliah ni pula nak buat hudud. bila pas yg buat hudud ia jadi isu politik.

jika sultan mahu hudud semua orang tak berani kata apa. mufti, majlis agama islam dan adat resam melayu kelantan, jabatan agama islam kelantan punya tanggungjawab laksanak hudud bukan parti politik macam pas.

contoh mudah. sultan johor tukar semula cuti mingguan johor kepada hari jumaat. semua pihak terpaksa setuju. puak2 yg mencanangkan kelebihan cuti mingguan ahad zaman muhyidin dulu terdiam tak berani kata apa.

Tanpa Nama berkata...

PAS oh PAS, tak serik2 kena tipu dgn UMNO . Bubar aje la parti PAS. Concentrate jadi badan Dakwah aje. Atau boleh join Tabligh.

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju sepenuhnya pandangan GB. Sepatutnya ulama PAS tidak jatuh dlm lubang biawak 2 kali.

Tanpa Nama berkata...

Hudud hanye le salah satu undang2 Islam yg ALLAH set tetapkan dlm AlQuran.kita sebagai Hamba diperintah melaksanakan undang2 itu.contoh Solat Fardu itu wajib tapi manusia yg agamanye Islam masih ada yg Lalai Dan tak Serious.mcm tu me. Hudud hanye salah Satu Undang2 ALLAH swt.Perbetulkan Kehidupan Islam seharian kits duly.

Tanpa Nama berkata...

Best nya, semua orang dah lupa gst 1 April. Terima kasih pas dan ulama ulama suci mulia pas

Tanpa Nama berkata...

Inilah lebai malang ada otak tak ada akal macam lembu tapi lembu ada otak pandai juga pada lubang yang sama.

Unknown berkata...

Jika benar ada keikhlasan pada Kerajaan BN dalam mengizinkan PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan, sepatutnya BN melalui Jabatan Peguam Negara membantu PAS dalam menggubal Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan. Jelasnya JPN mempunyai ramai pakar perundangan yang boleh membantu PAS dalam menasihat apakah yang terbaik untuk membolehkan Hudud dilaksanakan di Kelantan tanpa halangan dan sdkatan oleh Kerajaan BN. Aspek pelaksanaan Hudud memerlukan banyak perubahan dalam kerangka hukum penal sivil. Ia melibatkan perubahan besar kepada Sistem Perundangan Malaysia. Implikasi sangat besar.... Adakah PAS telah memikirkan semua ini atau hanya berkisarkan Enekmen Jenayah Syariah Kelantan. Selain dari Perlembagaan Persekutuan, terdapat beberapa pindaan ke atas undang-undang yang lain seperti Kanun Kesiksaan, Kanun Tatacara Jenayah, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan banyak lagi... Terfikirkah PAS akan semua undang-undang tersebut? Berlaku adillah wahai pemimpin utama PAS....

Unknown berkata...

Apa yang dilihat sekarang, mungkin PAS dipergunakan isu Hudud ini untuk mengalih perhatian rakyat untuk tidak melihat isu sebenar yang dilalui rakyat Malaysia iaitu GST.

Tanpa Nama berkata...

Hudud gn gst aku pilih hudud lg.. Gst aku xkisah.. Hudud byak kbaikan dlm khdpn tmsuk mcri pkara yg halal... Ekonomi umat islam akan bkembg.. Gst kena 50% pn aku xkisah janji duit 2 dipulangkn pd rkyat.. Xplng? Khianat? Hududkan ada.. Tp 2 lh bru d kelantan..

Tanpa Nama berkata...

Kata-kata kunci = "janji duit 2 dipulangkn pd rkyat"

Ada otak? Pikir lar sendiri

Tanpa Nama berkata...

Hendak laksana hudud mesti ada kuasa peringkat kerajaan persekutuan dulu,pas ni tahu sistem politik malaysia ke tak..org islam wajib mengakui bahawa hudud adalah undang2 dari allah,menjadi tanggung jawab pemerintah utk melaksanakannya..kalau dah tak ada kuasa fokus macamana dah dapat kuasa,bukan bertindak kurang cedik dan merugikan semua pihak bahkan menghancurkan harapan rakyat..ayuh nyahkan golongan UG yg merupakan musuh2 dlm selimut yg akan menjadi talian hayat bn disaat2 yg amat dipetlukan.Pru14 BN akan mencapai kejayaan yg lebih besar lagi sepertimana harapan golangan ini..

Tanpa Nama berkata...

skrg dap xmau hudud...org nak putrajaya pun setuju...kalau dh pegang putrajaya...dap nk ke?..nnti dia xmau...org yg nak putrajaya pun kompom xmau sbb takut trlepas putrajaya...xtau la kalau lepas dpt putrajaya Malaysia dh xde pilihanraya...pusing2 tang tu juga..

Tanpa Nama berkata...

nampak gayanya umno bn mcm nak terselamat dari maut kali ini dgn sikap Pas. Maka perjuangan mengegakkan keadilan dan kebenaran melalui PR akan dikesampingkan kerana PAS sudah terjebak lagi.

Kalau umno bn ikhlas nak laksana EKJS ni mereka mempunyai segala sumber dan masa sejak 60 tahun dulu....

tapi kenapa sekarang?....tentulah kerana nak membantutkan usaha rakyat bersatu menentang kezaliman umno bn

Pas takkan tak boleh fikir benda ni?, mana DUN terengganu tak buat apa apa tentang EKJS nya?

Tanpa Nama berkata...

Dalam suasanan sekarang semua orang berpendapat tindakan Umno menyokong hudud sebagai helah Umno untuk pecahkan pakatan Rakyat.

Mungkin pendapat itu betul.

Sekarang mari tengok sebelah belakang Umno pula. Rakan kongsinya MCA dan Gerakan sangat lantang menentang hudud yang disokong Umno Kelantan. Gerakan sudah pun memfailkan saman terhadap hudud. DAP walau pun lantang, tidaklah sampai menggunakan flatform mahkamah.

Bagaimana Umno akan menangani tentangan MCA dan Gerakan? Adakah Umno akan menasihati Gerakan menarik balik samannya?

Adakah Gerakan sanggup menarik balik saman itu?

Sebenarnya Umno pun huru hara memikirkan jalan mana yag patut dipilih dalam isu hudud di Kelantan ini.

Jika dia menurut kemahuan MCA dan Gerakan, maka Umno terpaksa menolak hudud di parlimen. Tetapi apakah status dan tanggapan Adun Umno Kelantan? Dalam situasi ini Umno sudah jadi talam dua muka. Talam dua muka layakkah dipercayai?

Sebaliknya jika Umno terima hudud adakah Gerakan dan MCA masih lagi percaya kepada Umno yang dahulu beria-ia menolak hudud tapi sekarang boleh menerima?

Pada hemat saya isu hudud ini lebih menyakitkan Umno berbanding PR.

Kita tengok siapa yang berpecah, BN atau PR atau kedua-duanya berporak peranda.

Tanpa Nama berkata...

Bahalol

UMNO itu kan munafik

Kalau ikut ajaran Quran Sunnah tak mungkin wujud Firaoun di kalangan UMNO

Melayu dan PAS sudah bahalol , tak nampak hutan di sebalik pokok.

Dengan si Lahanat di buat kawan , PAS sudah di noda setan setan duniawi


Sapa tak nak duit bini muda Bentley Mercedes Jaguar dan umrah tiap tiap tahun


Ulamak PAS hanya menipu diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

1MDB dan sirul, isu yg dihadapi najib!

Tanpa Nama berkata...

Ini lah masalah nya Bila ada hudud baru anak cucu Anwar selamat Bermakna Anwar masuk penjara sebab tak ada hudud jadi semua ulamak biarkan Anwar di penjarakan Itu yang Yusuf Qaradhawi cakap maksudnya dibentuk rasa tanggung jawab keperimanusiaan persaudaraan benci pada kezaliman dan seterusnya

Sekarang ini orang tak ambil berat dan tak campur hal orang Kau kau punya pasal Aku aku punya pasal sedangkan hudud memerlukan kerjasama dan penglibatan semua orang

Jika begini sikap kita jika ada hudud pun Anwar kena penjara jugak Kerana sebelum hudud sifat murni dan Islam yang suci mesti ujud dalam masyarakat

Tanpa Nama berkata...

March 21, 2015 at 7:58 AM

Dalam tahun 80an dulu macam-macam alasan. Waktu tu puak yang menentang ini tak selicik dan sekeras seperti sekarang. Alasan demi alasan akhirnya terjerut didalam bubu.Sukar untuk keluar. Kan sendiri yang terkena.fikirlah sayang, Solatlah dengan rukun dan hukumnya.


Ulasan BH

Bunyi 'tak selicik dan sekeras sekarang' seperti yang di maksudkan anon ialah DAP? Padahal 80an dulu yang keras menentang ialah UMNO dan sekarang tiba-tiba UMNO yang berlembut Bila DAP berkeras sekarang DAP pulak yang semakin berkeras dibandingkan 80an

Tak ada sesiapa yang menafikan ia nya suruhan Allah Perintah solat samada sempurna atau tidak betul atau tidak baik atau tidak berilmu atau tidak khusyuk atau tidak sebagai orang Islam tetap kena solat Begitulah samada yang sokong hudud atau yang tak sokong hudud mesti solat

Sebalik nya hudud seperti komen terawal di atas masyarakat Islam mesti saling mengambil berat tolak dan benci apa jua kezaliman kecil besar dsb nya Cubit peha kanan sakit peha kiri Kalau kita solat jadi imam dan kita berserban tapi tak melahirkan masyarakat Islam 'hati gajah sama di lapah hati nyamuk sama dicicah' hudud bukan keutamaan GST membebankan rakyat GST rakyat miskin tertindas ada mereka terasa

Adakah 0.0001 jumlah di antara perintah-perintah Tuhan yang lain ? Adakah 0.0001 nilai berat ringan nya wajib nya hudud ? Ada kah 0.0001 itu adalah hudud itu sendiri 'menghukum' atau hudud itu 'ketaqwaan' kita pada Allah ?


Tanpa Nama berkata...

mudahnya nak tipu lebai dalam Pas?

Tanpa Nama berkata...

kenapa Presiden Pas Hadi hanya bentang RUU hudud untuk Kelantan tapi tidak untuk Malaysia?