18 Mac 2015

[BONGKAR] Cikgu Ishak Surin Kecewa Kerana Mustafa Ali Terus Bermaharajalela


Letak jawatan teguran, sedarkan kepimpinan PAS'

Perletakan jawatan kepimpinan PAS kawasan Batu sebagai "teguran dan menyedarkan" kepimpinan tertinggi parti itu supaya segera menyelesaikan masalah dalaman agar tidak berlarutan sehingga muktamar ke-61 Jun ini, kata Ishak Surin.

Beliau yang melepaskan jawatan yang dipertua PAS kawasan itu semalam, turut menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mohamad Sabu dan naib presiden berbincang pihak yang dianggapnya 'bertelagah' bagi menyelesaikan krisis dalaman parti.

"Jadi kalau tak ada satu tindakan yang menyedarkan semua, pihak kami bimbang parti nanti masalah, mungkin akan celaru, lemah tapi benda ini bergantung pada pucuk pimpinan.

"Tindakan kami nak sedarkan pucuk pimpinan bahawa kita perlu satu usaha bersungguh-sungguh supaya krisis tidak berlarutan.


"Saya mahu dia (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai presiden memanggil (pihak yang) bertelagah duduk semeja. Kita bincang mana salah, mana silap, yang salah kita minta maaf.

"Kami tak mahu jawatan apa-apa dah. Kami cuma mahu PAS selamat macam dulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ishak mengulas kenyataan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan MP Khalid Samad yang dilapor menyifatkan tindakan 17 pemimpin kawasan itu meletakkan jawatan dan 'mufarakah' kerana kecewa dengan Hadi sebagai "tindakan luar biasa" dan "janggal".

Sedangkan, kata kedua-dua pemimpin itu, PAS kawasan boleh itu boleh membincangkan segala masalah melalui mesyarat agung kawasan itu.

Mengulas lanjut, Ishak berkata pihaknya telahpun berbincang dan sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi ekoran tindakan mereka yang tidak bersetuju atau mengikut presiden.

Terkilan dengan sikap Hadi yang mendiamkan diri berkaitan kemelut dalaman parti, Ishak berkata pemimpin PAS antaranya Mohamad dan Tuan Ibrahim boleh memainkan peranan menyelesaikannya dengan memanggil pihak yang terlibat.

"Macam Tuan Ibrahim Tuan Man, dia ada tanggungjawab. Sepatutnya orang nombor dua dan tiga dalam parti (panggil mereka). Patutnya Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ulama, dia patut bertindak. Jumpa, tanya apa masalah dalaman. Ini bendanya.

"Siapa yang rasa tak kena, kita panggil. Itu kan sebaik-baiknya. Tak kan nak biarkan orang bawah dalam PAS termangu. Kan sudah rugi tu," kata Ishak yang menegaskan tidak memusihi Hadi.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan insiden yang berlaku terhadap Mohamad dan Ketua Biro Lajnah Undang-undang, Hanipa Maidin yang diejek pada muktamar di Johor berulang kembali, malah berlaku lebih teruk dalam muktamar di Kuala Selangor kelak.

"Itu sangat mengaibkan kita, rakyat nanti lihat kita bukan sebagai parti Islam. Secara peribadi, kalau tak selesai tangguh lah muktamar ni.

"(Apa yang) perlu (dilakukan) sekarang ini, sebelum mukamar selesaikan kemelut yang ada," kata Ishak sambil menepis dakwaan bahawa tindakan mereka itu dibuat disebabkan "tiada perpaduan". -mk

PENDEDAHAN SEBELUM INI

[PENDEDAHAN MENGEJUTKAN]: Harakah & Parti Dalam Bahaya

Kuala Lumpur: Salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau.

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.

“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,” katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya.

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.

Menurut beliau lagi, jika wang tersebut dikendalikan dengan cara betul, sudah banyak projek-projek yang boleh dilaksanakan untuk parti PAS, malangnya perkara tersebut tidak berlaku.

“Sekiranya wang daripada hasil jualan akhbar Harakah itu digunakan dan diurus secara baik, pastinya Harakah sudah setaraf dengan media rasmi kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), malah PAS sendiri juga pasti mampu untuk memiliki akademi wartawannya sendiri. Tetapi kini apa yang ada?” ujar beliau.

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

“Atas perkara itu, saya kini dalam usaha untuk menubuhkan satu kesatuan sekerja dalam kalangan kakitangan pekerja akhbar Harakah,”
ujarnya lagi.

Ishak secara lantang menyuarakan dan mendesak agar Mustafa meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu di dalam akhbar Harakah serta mengembalikan semula pentadbiran Harakah kepada pentadbiran asal.

“Saya mendesak supaya Mustafa Ali berundur dan saya juga yakin beliau akan berundur. Malah saya turut mengharapkan pentadbiran secara korporat dihentikan dan dikembalikan semula cara pentadbiran yang lama iaitu secara berjemaah.

“Sudah terlalu lama Mustafa berada di dalam Harakah, dan dia ingat akhbar Harakah adalah bapa dia yang punya,” ujar beliau lagi. Tidak terhenti di situ, Ishak turut menggesa agar kewangan akhbar Harakah diaudit kerana menurutnya, ia akan membolehkan akar umbi mengetahui pengaliran wang hasil jualan akhbar tersebut.

“Tetapi sehingga kini, kita tidak mengetahuinya. Macam mana nak tahu, kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS,” tambah beliau.

Menurutnya, walaupun persoalan itu dibangkitkan setiap kali muktamar berlangsung, ia hanya sampai di peringkat pertanyaan sahaja kerana tidak pernah terjawab.

Jelas Ishak lagi, beliau akan menegur mana-mana pemimpin PAS yang disifatkannya sudah lari daripada perjuangan asal PAS iaitu untuk memartabatkan Islam dan membentuk sebuah negara berkebajikan.

“Kalau Mustafa sanggup menjadi pemimpin, maka dia mesti sanggup kena tegur. Ini kerana, sebagai ahli PAS, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur pemimpin, “ tegasnya.

Beliau seterusnya mengingatkan ahli PAS mengenai dua perkara yang akan disoal dan dihitung iaitu sewaktu di dunia dan di akhirat kelak.

“Sewaktu di akhirat kelak, akan ditanya jika ahli-ahli PAS menegur pemimpinnya dan jika tidak ditegur, mengapakah tidak ditegur. Adakah takut jawatan akan diturunkan,” tegasnya.

Ishak yang pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada tahun 1986 turut menyifatkan kemelut dalam pengurusan akhbar Harakah amat mencemaskan dan ia berpunca oleh perlakuan individu seperti Mustafa.

“Selagi Harakah tidak dibetulkan, kita akan terus menegur kerana kita sayang akhbar Harakah ini,” ujarnya.

Sebelum ini, pihak pengurusan Harakah telah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya iaitu Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid.
-FMT


ULASAN GB

Itu isu sebenarnya mengapa PAS KAwasan Batu bermufarakah.

Ada orang kata tunggulah sehingga muktamar, dedahkan dalam muktamar. Namun Cikgu Ishak sudah menyatakan: "kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS.”

Selain dari itu, gejala "samseng" di kalangan kumpulan pro-ulama lansung tidak di indahkan. perbuatan meninggalkan dewan muktamar semasa Timbalan presiden berucap, mengeboo masa AJK PAS Pusat berhujjah, memerangkap muktamirin dengan membaca doa laknat oleh kumpulan ulamak, mengugut Pengarah LENSA, isu pembakaran kereta Dr. Hatta, isu Dr.Dzulkefli ditumbuk di pagi Suboh, isu "papagomo PAS" yang terdiri dari El-Haraki, Tok Usin Ceroi, Al-Bangi, Huzir Sulaiman dan lain-lain yang menyebar fitnah di alam siber, kes Mokhtar Senik dan Ketua Pemuda PAS Pahang yang berdemonstrasi di pejabat Agung PAS.... kesemua mereka tidak dikenakan tindakan.... kerana mereka kononnya pro-ulama walaupun berperangai syaitaniah.

Tetapi yang dikenakan tindakan kesemuanya golongan professional yang ingin memperkukuhkan Pakatan Rakyat seperti Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin digantung, kenyataan untuk siasatan hendak dilakukan ke atas Mohamad Sabu dan Dr Hatta oleh Mustafa Ali kononnya hendak menggulingkan Presiden dan seumpamanya.

Ternyata tindakan Presiden PAS yang berdiam diri menunjukkan beliau berpihak ke satu pihak iaitu pihak pro-ulamak yang berperangai syaitaniah itu.

Malah Haji Hadi mengambil sikap paling teruk dalam sejarah kepmimpinan PAS, menghalau mereka yang tak bersetuju dengan kepimpinannya supaya keluar dari parti, sesuatu sikap yang bertentangan sekali dengan sikap almarhum TG Fadzil Noor yang menyatakan pemimpin PAS boleh dan sedia dikritik.


Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Oleh kerana kita tidak mampu berbuat apa-apa, kita serah dan bertawakkal kepada Allah terhadap kumpulan pro-ulamak termasuk Presiden, Setiausaha Agong, MSU yang melampau batas itu kerana Allah terlah berfirman berkali-kali di dalam Al-Quran: "sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampau batas."

DEMI ALLAH, Jangan takut dengan mereka walaupun mereka kononnya bergelar ulamak dan kononnya menyokong ulamak.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Ketua Ulama Sedunia, Yusuf al-Qaradhawi sendiri di dalam Fiqh al-Ikhtilaf, ms. 192. berkata:

"Telah diketahui dengan pasti bahawa tidak ada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak mewajibkan kita mentaati orang-orang tertentu sekalipun memiliki ilmu yang luas... Tindakan itu bererti menempatkan mereka sebagai pembuat syari‘at atau menganggap pendapat mereka sebagai dalil syari‘at yang tidak boleh dibantah.. sehingga menyerupai perbuatan para Ahli Kitab yang menjadikan rahib-rahib dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan selain Allah."

Di dalam soal mazhab juga kita tidak dibenarkan untuk taksub dan taqlid, inikan pula di dalam berorganisasi seperti PAS. Kita disuruh wala, bukan taksub. Dan kita hanya wala kepada pemimpin yang tidak melampau batas.

Golongan yang melampau batas itu akan tetap menerima hukuman tak kiralah samada dia seorang Mursyidul Am sekalipun kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas sepertimana peringatanNya berkali-kali di dalam Al-Quran:

Innallaha la yuhibbul musrifiin
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ALLAHU AKBAR!!!!

Tanpa Nama berkata...

Seramai 17 dari 25 AJK Pas Kawasan Batu dah letak jawatan termasuk jawatan-jawatan utama seperti YDP, Timbalan, Naib, S/Usaha, Bendahari dan Ketua Penerangan.."CANTIK". Jadi camna nak adakan mesyuarat agung bulan depan?. Nak sediakan notis mesyuarat, minit mesyuarat tahun lepas dan laporan tahunan siapa nak buat - S/Usaha dah letak jawatan. Bendahari pulak yang nak siapkan penyata kira-kira pun dah letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Hukum keadilan pasti akan terlaksana..

Tanpa Nama berkata...

Ke dua dua pihak dah tak boleh di bawa berbincang Dan bukan nya tak berbincang sebelum ini tapi sudah nya yang tak Ulamak yang kena keluar Ada Hj Hadi peduli atau resah bila Batu mufakarah ? Berani Hj Hadi jumpa Kawasan Batu menjawab beberapa persoalan mereka ?

Kalau dalam muktamar kena boo dengan doa laknat sampai meninggalkan dewan apa yang kita nak harapkan jika mereka berbincang Semasa muktamar tersebut lah yang Ulamak kena berbincang dan berhujah Kalau cuma yang terlibat langsung sahaja yang berbincang ia itu Hj Hadi Mat Sabu Tuan Ibrahim Mustafa Hatta meraka tidak akan dapat jalan penyelesaian Dan itu lah keadaan sekarang bakar pukul dan membaruakan

Apa yang tak kena semua dah tahu ia itu wala dan UG Di tambah secukup rasa oleh Hj Hadi dengan sikap nya yang berat sebelah Bila yang tak Ulamak di tuduh atau buat seperti PASMA Hj Hadi boleh keluarkan suara Tapi bila yang Ulamak bertindak atau membuat komen bukan cara Islam peti suara Hj Hadi terkunci

Penyelesaian nya ialah terserah pada siapa yang akan Kawasan calunkan dan muktamar Jun inilah cara penyelesaian nya

Anggap lah 'teguran dan menyedarkan' Ishak Surin ialah 'menegur' Hj Hadi dan Mustafa Ali dan 'menyedarkan' ahli ahli PAS perlukan kepimpinan baru

Marah marah jugak tapi sedih PAS jadi macam ini

Ridd berkata...

1 juta ahli hanya atas kertas. Belum tentu semua menyokong tapi yg pasti dlm 1 juta ahli, 30% tggu waktu dan lagi 20% dah hilang kepercayaan dan putar belit pemimpin PAS bersama UG.PAS TAK PERLU BERLAGAK DAN BANGGA DGN 1 JUTA AHLI.Tahniah

Tanpa Nama berkata...

ikang buruk bermula di kepala. .....

Tanpa Nama berkata...

Anak muda dan mula naik loya.dgn peragai pro ulamak.apatah lg pykg pakatan kaum cina dan india. Pkr dan Dap tgh sebok berjuang mengenai gst.akta hasutan .1mdb.jet.kebebasn bsuara.Pas sebok doh bmadu ksih dgn ungok..berseteru dgn rakan .myerang jemaah sendiri..kami pyokong pktan bermtian berjuang untuk kemenangan pakatan. Pro ulamak kata .. putra jaya bkn mtlamat utama.tak pyahlah pru. Duduk kat pondok .surau .masjid. pastu berkokok sampai kiamat nak bt hudud pasti krjaan ungok sokong.hello ustad nak blk tahun 60an kah?????????(?

Unknown berkata...

Orang ramailihat PAS macam MIC.

Unknown berkata...

wahai pemimpin PAS yg pro UG tengoklah pada pru 14 kami golongan muda bertekad x akan undi dan bersedialah kamu untuk menjadi golongan marhain mcm kami dan sedar diri dgn sedikit dugaan DUNIAWI

Asrul Sani berkata...

Saya belum pernah melihat seorang Presiden parti yang langsung TAK AMBIL POT (tak ambil kisah) terhadap apa yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin bawahan beliau.

Sebesar manakah EGO sosok Haji Hadi ini...atau memang sudah hilang kecerdasan akal untuk memimpin. Eloklah mengundurkan diri sebelum mendapat malu dan dilaknati Allah.

Tanpa Nama berkata...

Bare wayang belako .. yang jadi MANGSA ahli Marhaen ... mana mana parti 2 x 5 saja..

Unknown berkata...

Dengan pendedahan yang di kira begitu jelas, saya mencadangkan agar Muktamar yang bakal berlangsung di tangguh kan sehingga ke semua kemelut diselesai kan.
Presiden nak lah tegas dan segera bertemu dengan mereka yang tidak menyakini kepimpinan beliau lagi. Dalam hal ini saya beranggapan ada lagi kawasan lain yang serupa dengan PAS kawasan Batu, tetapi tidak "BERANI" untuk berterus terang.
Begitu juga dengan SU. Andaikan telahan yang di lempar kan keatas diri kamu, elok lah kamu mengundurkan diri. Kalau tidak sudah pasti kemelut yang sedia ada akan berterusan saperti mana "TERTANGGAL" nya Negeri Trengganu dari genggaman PAS. Di kala itu siapa kah agak nya yang memainkan peranan sebagai MB!!!

Tanpa Nama berkata...

Kita hairan mengapa peminpin Pas terutama ularmak tidak langgsung perihati dengan keadaan semasa.cuba baca komen dalam blog2 .cuba teliti penjualan Harakah setiap minggu yang terus merudum.Bagi akau buka sahaja ta bolih tenguk wajah hj Hadi.haron din dan ularmak yang sewaktu denganya.sekang ni bukan nak beli Harakah ,nak jeling pun tak nak.menyampah aku.Ularmak yang menunjukan contoh tak baik dari segi kata2,gerkabadan malah sikap yang menunjukkan sombong dan anggkuhhhhh

Tanpa Nama berkata...

apakah golongan ulama ini merasakan diri mereka diberikan kekebalan di hari akhirat? mereka tidak akan dihisab di padang masyar? mereka tidak lalu titian? sehingga mmereka boleh berperangai seperti iblis di atas mukabumi ini?

Tanpa Nama berkata...

Bukan PAS isunya. Kpimpinan yg hilang fokus dan lupa sasaran serta kenyataan yg rendah akhlak oleh Presiden cukup menghiris rasa dan merobek penghormatan dan kepercayaan ramai. Kalangan ahli rata2 terkejut dan tidak dapat menerima ungkapan sebegitu boleh keluar dpd seorang pemimpin gerakan Islam? Suka menghukum berbanding merukuni. Gemar melihat dari sisi yg sinis dan bias berbanding berlapang dada dan menyantuni dan meraikan kepelbagaian dan perbezaan sebagai nikmat dan rahmat. Kurang mencermin diri dan selesa dgn apa yg dimiliki tanpa menjenguk keluar bahawa kedudukan sekarang atas asas kepercayaan. Malang, yg umpunya diri sedang menghakis kepercayaan itu sedikit demi sedikit dan telah melewati batasan ahli dan menerjah keluar dlm marhaen yg semasa PU13 berputik memberi tekanan kuat kpd BN. Apakah akan berulang? Kalian akan kembali umpama ponggok rindukan bulan ...
..

Anti Syiah Anti UG berkata...

hj hadi ajar menggunakan ayat Quran .. Jgn kamu cenderung kpd org zalim nanti kamu disentuh api neraka...

apabila hjhadi menyokong iran dan hezbosyaitan walaupun kejahatan mereka telah jelas dlm perang syria, demi kerana ego beliau.. maka ketika itu aku sudah merasakan hadi akan di'ajar' oleh Allah.

hadi tidak pernah sekali pun meraikan ulamak2 sham yg melawat Malaysia sedangkan TGNA mencium tgn Sheikh Ali Assoubuni ulamak besar sham.

hadi sgt ego kerana dipuja oleh iran dan menganggap mujahideen syria boneka US. sehingga beliau memecat ust lotfi yg syahid di syria walaupun beliau telah meletak smeua jawatan dlm PAS.

begitulah cintanya hadi pada iran dan hezbosyaitan sedangkan syiah laknat itulah yg merogol membunuh umat islam syria.

Sheikh Assoubuni kata, sesiapa yg sygkan iran maka bersedialah utk bersama mereka dan bashar di akhirat kelak.

sesiapa yg cendrung kpd org zalim seperti syiah iran hezbosyaitan dan bashar, maka bersedialah utk disentuh api neraka.

Wallahualam