17 Feb 2015

[VIDEO] Terbongkar: Projek UG Itu Memang Wujud Tanpa Pengetahuan & Restu TGNA


Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG

Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah.

Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.

Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.

Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.

Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.

Kemarahan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas. "Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham.

Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan.

Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.


Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan.

Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU.

Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri kabinet.


Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.

Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.

Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan. Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. PasMa kini menjadi pemantau kepada usaha membaiki pulih projek terbangkalai itu. Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek perdana yang terbangkalai.

Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban atau penjelasan bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci Pasma. Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka.

Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada agama dan bangsa. Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan agama dan menyalamatkan Melayu.

Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang. Tetapi soalnya apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha bekerjasama dengan Umno.

Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP bersama Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara maufakat bersama. Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat perjuangan masing-masing. Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013 adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas.

Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor kepada perlunya Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar.

Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini. Benarlah bidalan kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan. -msomelayu


ULASAN GB

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan hal yang benar itu tersingkap juga..

Isu UG yang dinafikan oleh sesetengah kelompok di dalam PAS akhirnya kini diakui tentang kewujudannya oleh bekas Timbalan presiden PAS dan bekas ahli MSU sendiri, Nasharuddin Mat Isa.

kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Nasharuddin yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU dan ia berlaku di luar pengetahuan TG Nik Aziz Nik Mat.

Lihatlah betapa jahatnya MSU yang bertindak membelakangi Mursyidul Am PAS sendiri, malah membelakangi resolusi-resolusi muktamar PAS yang berkali-kali memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan tertinggi di dalam parti.

Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Anggota-anggota MSU yang berdosa itu bakal dihukum.

PAS perlu jujur untuk bersama Pakatan Rakyat. Tanpa kejujuran, PAS jugalah yang akan ditimpa nasib malang dan tercicir di dalam perjalanan menuju ke Putrajaya. Jangan salahkan orang lain.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MSU memperlekeh TGNA sikit pun tak terkejut Berapa kerat dikalangan MSU yang mampu menjalani kehidupan seperti TGNA

MSU ada juga ke luar negara untuk menikmati kehidupan dunia ini

Bila wakil wakil umno gagal memujuk TGNA itu yang Nash jadi macai Gkau orang baik baik pulak panggil Nash tu konsultan Piraaah

Suparman berkata...

Hari INI dalam sejarah

Tanpa Nama berkata...

Kamu betul Tn GB. Hukuman berjalan.

Tim Mursyidul Am diberitakan hari ini telah jatuh tangga, patah tulang pinggul, wallahu alam.

Anti Fitnah berkata...

Inilah bezanya antara Ulama Akhirat dan Ulama Dunia. Nak banding dengan TGNA, tak mungkin sedangkan Presiden PAS sendiri juga juga Timbalan Ulama Dunia sanggupkah menjalani kehidupan sederhana seperti TGNA?
Betul kata GB. Allah swt akan tunjukkan KEBENARAN satu per satu kepada manusia. Allah swt selalu cuba melindungi aib manusia tapi manusia shj yang suka bukan sahaja suka membuka aib orang lain malahan sampai tahap membuat fitnah walaupun titlenya USTAZ. Hanya manusia "pekak", "tuli" dan "buta" serta mangkuk saja yang tak nampak kehendak atau isyarat daripada Allah swt. Allah swt tak tunjuk dan Dia buat pelakunya bercerita sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan GB,

"Whoever finishes a revolution only halfway, digs his own grave" - Georg Buchner

Benar, kebenaran akan terus mengatasi kebatilan. Allah telah terbalikkan hati-hati puak UG ni. Mungkin UG adalah cara Allah menapis hati-hati yang jahat dalam PAS. Percayalah, semua yang berlaku ada hikmahnya.

-RSM-

Tanpa Nama berkata...

Mana lebih baik UG dengan DAP atau UG dengan umno. Atau 2-2 tak payah.

DAP memang terang-terang anti-Islam. Manakala umno bermuka-muka dengan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Pas sebenar adalah akar umbinya. Sekiranya jadi UG maka tiada lagi kekuatan PAs yang asli. Pas akan terus terpecah dan dipecah. Puak atasan UG sahaja lah yang merelakan . Akar umbi hanya mahukan ulama sejati.Ulama Pas profesional. Ulama dan ahli biasa yang menghidupkan Jamaah. Ingat wahai UG sekalian, Pokok yang tinggi pasti tegak oleh cebisan akar-akar yang paling kecil. Zikir dan binalah amal untuk Islam yang tulin bukan untuk kepentingan UG .

Tanpa Nama berkata...

Anon 9 09 AM

Baik dengan DAP tindakan bijak DAP bukan anti Islam sebab dalam DAP ada ahli yang beragama Islam Bagi DAP tak perlu kaitkan pentadbiran negara dengan agama Tapi jika kita bijak memilih pemimpin Islam yang berwibawa dan tak diragui Islam nya tak ada masalah

Baik dengan UMNO satu tindakan yang bodoh Jangan kita lupa apa kata TGNA mengenai hal ini 'Pahitnya masih terasa di hujung lidah'

Jeffry berkata...

Tahaluf siyasi adalah alat. bukannya mutlak boleh dibubarkan pakatan. Bagi aku biarlah berdiri dengan sendiri walaupun dengan satu kerusi. Asalkan dasar perjuangan tidak dinodai. Umno bermuka2 dengan islam. DAP bukan islam. JAdi teruskanlah dengan ISLAM yg diyakini. tidak perlu simpati orang yang penting ALLAH reda

Tanpa Nama berkata...

Jeffry,
Allah reda ke kalu pemimpin zalim, rasuah, menindas...
Kalu macam ni punya mentaliti, umno boleh steady lg 50 tahun.. bukan setakat steady tapi boleh tambah bobrok.. macam untouchable la gitu..

kaum muda berkata...

Sebenarnya msu memang perjuang utk kebaikan islam tapi termakan muslihat umno, ini menunjukkan kebijaksanaan politik mrk lemah kecuali dlm bidang agama, sebab itu peranan msu sdh termaktub dlm perlembagaan bkn utk membuat keputusan dlm politik yg sebenarnya tanggungjawab ajk pusat. Akhirnya msu yg menyebabkan perpecahan krn melangkaui tugas ttp menggunakan title ulamak utk memburukkan pihak lain, utk penyelesaian kembali kpd perlembagaan dan ingat keputusan muktamar adalah yg tertinggi dlm pas.

kaum muda berkata...

Sebenarnya msu memang perjuang utk kebaikan islam tapi termakan muslihat umno, ini menunjukkan kebijaksanaan politik mrk lemah kecuali dlm bidang agama, sebab itu peranan msu sdh termaktub dlm perlembagaan bkn utk membuat keputusan dlm politik yg sebenarnya tanggungjawab ajk pusat. Akhirnya msu yg menyebabkan perpecahan krn melangkaui tugas ttp menggunakan title ulamak utk memburukkan pihak lain, utk penyelesaian kembali kpd perlembagaan dan ingat keputusan muktamar adalah yg tertinggi dlm pas.

Tanpa Nama berkata...

Ilmu agama yg ada bukan tiket utk mengelak dari mencari dunia.. Berapa ramai yg tewas iman dik ilmu... Ilmu bukan jaminan kejayaan di dunia... Lebai merasa ilmu mereka hebat mengawal nafsu serakah yg cintakan dunia dan mencari jalan cepat utk menjadi menteri... Ni le geng ug.. Pas rosak bukan sbb DAP tetapi rosak dik diri dan tok ketuanya sendiri... Xheran anuwar xpilih pas dlm perjuangannnya...