24 Feb 2015

[TERBUKTI] Grup Pro-Ulamak Mahu PAS Bentuk Kerajaan Bersama UMNO BN


Pemimpin PAS cadang Hadi bentuk kerajaan dengan Umno, laksana hudud

Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.

Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.

"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.

Roslan membuat cadangan itu selepas kematian allahyarham Nik Aziz yang menjadi penentang utama kerjasama politik antara PAS dengan Umno.

Roslan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau membuat tulisan itu di Facebooknya.

Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud.

Roslan sebelum ini menulis dengan marah membantah kenyataan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang berkata PAS bukan lagi sebahagian komponen Pakatan Rakyat (PR) jika bertegas bentang rang undang-undang pindaan hudud di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac ini.

"Kenapa DAP bersungguh sangat menghalang PAS melaksanakan syariat Islam? Jika PR berjaya tumbangkan BN, adakah kerajaan baru itu akan memberi ruang kepada PAS melaksanakan hudud?

"Bagi sesetengah kalangan, pelaksanaan hudud perlu kepada ruang masa untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat, tetapi, dengan pendirian DAP yang sebegini keras dan konsisten, saya tidak nampak PR akan mengizinkan PAS melaksanakan hudud walaupun berjaya menguasai kerajaan pusat," tulis Roslan.

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sebelum ini berkata, terdapat kecenderungan yang jelas di kalangan pimpinan PAS untuk bersama dengan Umno walaupun sentiasa dinafikan oleh mereka.

Tulis Roslan, ketika PAS kecil dan baru merangkak, tiada siapa pun yang nampak.

"Malah ketika bertahalluf siyasi dengan Perikatan pun, PAS ditendang begitu saja," katanya.

Hari ini, katanya, PAS sudah subur mekar, semua pihak mula nampak kepentingan dan peranannya dalam mencerna hala tuju politik negara.

Roslan seterusnya menulis:"Bukankah perjuangan kita di dalam PR pun kerana ingin melaksanakan perintah Allah ini?

"Soal integriti, ketelusan, rasuah dan kepincangan boleh ditangani dengan memperkuatkan SPRM dan lain-lain jabatan yang berkaitan," katanya.

Beliau berkata, soal Umno dan BN akan mengkhianati PAS lagi selepas ini ketentuan Allah dan "kita tidak boleh meneka kebijaksanaan Allah di dalam mengatur urusan-Nya".

"Ketika itu, saya boleh pejam mata dengan penuh kepuasan," katanya.

Tulisan Roslan disambut baik aktivis Umno Dungun, Jame Taib yang menyifatkan pandangan itu sangat baik.

"Alhamdulillah.... insya-Allah dipermudah oleh Allah jika kedua-dua parti politik yang berdaftar ini dapat bersatu. Atas dasar Islam, kita cuba satukan perbezaan yang ada," tulis Jame.

"Jazakallah ustaz atas lontaran pandangan yang tulus dan berani. Pandangan ini sebenarnya mewakili ramai pemerhati politik di luar sana." -TMI


PAS leaders now more inclined towards Umno, says veteran member


The top leadership of PAS is becoming more inclined towards working with Umno, claimed a veteran leader, raising concerns that the Islamist party is inching closer towards leaving its partners in Pakatan Rakyat.

Former vice-president Ahmad Awang said there was a strong perception among the grassroots of this trend despite repeated assurances from party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang that PAS was committed to PR.

Ahmad’s claims come amid heated internal debate and infighting in country’s largest opposition party, which is poised to hold its party elections in June.

In previous reports, PAS leaders have admitted that the elections would see a final showdown between pro-PR and Umno-friendly factions for control of the party.

The winning faction will determine the party’s direction from this year until the next general election, including whether they will still be in PR.

There is also strong external pressure for PAS and Umno to unite, the latest being from former chief justice Tun Abdul Hamid Mohamad, who wrote a piece in Umno mouthpiece Utusan Malaysia yesterday in which he urged both parties to set aside their differences and “focus their efforts into saving the Malays and the position of Islam".

Ahmad said the perception among party members was based on the behaviour and attitude of PAS leaders, including Hadi himself, who recently made headlines by playing the race card to justify opposing local government elections.

“All this Malay this and Malay that, it is very Umno. Our principle has always been to emphasise on Islam. And we had a slogan called ‘Islam for all’. So why are we going back to talking about race?” said Ahmad in an interview with The Malaysian Insider.

Another sign of this trend was seen in how its former deputy president Nasharudin Mat Isa was able to continue to promote the idea of a unity government between PAS and the ruling party without censure from the party’s leadership, he said.


The death of PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat could strengthen this trend given how Nik Aziz was fervently opposed to PAS working together with Umno, added Ahmad.

“The leadership, including the syura must deal with this perception, which is strong among PAS members,” said Ahmad, referring to the powerful council of elder Muslim scholars who steer the party’s direction.

“They must come out with a statement that they are either opposed or acknowledge this.

“If the syura can these days come out with statements all the time, why not come out with a statement on this critical issue?” said Ahmad, who is also a former syura council member.

PR architect

Ahmad, 79, was a former party information chief and Perak PAS commissioner.

He was instrumental in bridging the ideological gulf between PAS, PKR and DAP in Perak after the 12th general election in 2008 to form the Perak Pakatan Rakyat government.

During the election, DAP was not part of the Barisan Alternatif coalition which included PAS and PKR.

As Perak PAS commissioner then, Ahmad could have accepted Perak Umno’s overtures and gotten the party’s assemblymen to support Umno and form a government with them.

Instead, he chose to work with DAP, a party which he knew opposed PAS’S struggle to implement hudud or the Shariah criminal code.

Until today, he said it was the right decision despite the strained ties of late between PAS and DAP over Kelantan’s intentions to implement hudud law.

For him, the DAP is a more trustworthy partner than Umno. He believes that given time, both parties could work out their differences over hudud.

“Umno does not believe in hudud. They are just trying to dupe us into thinking that they are,” said Ahmad of Umno’s offer to back a bill in Parliament last year which would have allowed Kelantan to enforce hudud.

The bill, which was staunchly opposed by DAP and non-Muslim BN component parties, was supposed to have been brought by a PAS MP from Kelantan.

In the end, PAS abandoned its plans but it may be brought back this year.

Ahmad said only one Umno minister, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, had come out to say that Umno would support the bill.

“Jamil Khir’s support was not backed up by the prime minister. So if we had tabled the bill, there was no guarantee we would get it through Parliament.

“Then Umno would say that they supported the bill but Parliament defeated it,” said Ahmad.

But the consequences were that Umno would have been successful in persuading some PAS members that it was a better partner than DAP and strengthened the unity government sentiment in PAS.

Umno, Ahmad said, was only interested in being nice to PAS because it was weak. He drew parallels between Umno’s gestures now and in 1969, when it brought PAS into Perikatan (Alliance Party), the precursor to BN.

Ahmad was active in PAS then and even joined the government and became an officer in Pusat Islam (Centre for Islam).

“But when Umno saw PAS’s influence increasing in the villages and in Felda schemes, they felt threatened by us. So they kicked us out.”

PAS was eventually booted out in 1977. Ahmad was transferred from Pusat Islam to the education department.

“I was effectively put in cold storage,” said Ahmad.

Special treatment?

When he was vice-president, Ahmad said he was one of the few ulama (religious scholars) who would consistently speak up against any attempts to cooperate with Umno.

The perception that the leadership was open to the idea of working with Umno, Ahmad said was also fuelled by the party’s reluctance to act against Nasharudin.

Ahmad asked why disciplinary action has not been taken against Nasharudin even though he was now known to have close relations with Umno leaders, such as president Datuk Seri Najib Razak.

During his time as deputy president, Nasharudin had consistently advocated for the party to work with Umno.

Nasharudin was defeated in the 2011 PAS elections by Mohamad Sabu, a long-time party activist known for his strong ties with PR and like Ahmad, his hostility towards Umno.

After Nasharudin was no longer active in PAS, photographs began surfacing of him and Najib together at religious functions. He, however, remains a PAS member.

Though he may be missing from PAS functions, Ahmad said Nasharudin still wielded some influence among the senior leadership. In comparison, another Umno-friendly leader Datuk Hassan Ali was sacked from the party in 2012.

“So why has no action been taken against Nasharudin?”

Ultimately, Ahmad said Nasharudin’s case reflected a big undercurrent in PAS and a sign that there could be a tectonic shift in store for the party in the next few years.
-TMI


ULASAN GB

Bila bukti sudah ada diakui sendiri oleh tubuh badan yang menulis iaiatu Roslan Ismail, bekas ADUN Bukit Besi bahawa beliau berhasrat untuk mencadangkan Kerajaan Perpaduan PAS - UMNO, ia amat bertentangan dengan keputusan Muktamar PAS bertahun-tahun yang membuat resolusi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Tindakan beliau jelas satu pengkhianatan terhadap amanah ahli-ahli PAS.

Justeru itu, Muktamar akan datang perlu hapuskan golongan UG ini.

44 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pro ulama sudah mula menampakkan kegilaan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak yang sebenar yang tinggal dalam Pas selepas Tok Guru Nik Aziz hanaylah Ustaz Ahmad awang,yang selebeihnya dalam Pas adalah ulamrmak SUK.Apa lagi Hj Hadi tunggu.Sila bawa keluar Pas dari Pakatan dan terus bergabung dengan Umno.Kalau masih mengelit itu menunjukan kebanyakan ulamk dalam Pas takda telur asin.

Tanpa Nama berkata...

Mereka lupa bahawa dalam BN berpuluh lagi parti yang bergabung dengan umno.nak kata cerdik tapi bodoh,nak kata bodoh tapi bangang,jawapan bodoh bangang.Otak di kepala lutut ,yang ada atas kepala hanya kopiah atau serban,

Tanpa Nama berkata...

Baru Kelantan boleh maju..

Ulsmak PAS mana tahu buat kerja pun.

http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=464901:d-day-for-najib-we-cannot-‘tahan’-anymore&Itemid=2#axzz3SZ017Kxb

Tanpa Nama berkata...

Kenapa x buat di terangganu dulu...tgk ape kata umno

sb dehlawi berkata...

tunggu lah kecelakaan menimpa pss

Tanpa Nama berkata...

Sila kan

Tapi apa yang boleh kita harap kan golongan yang nak bergabong dengan UMNO ini akan hidup senang macam UMNO
Orang kuat PAS Nakahie pun tinggalkan UMNO Kalau setakat masuk jadi macam Nasha berbangga jadi ekur

Kalau bergabung nak laksana hudud boleh dipakai lagi tapi kalau integriti, ketelusan, rasuah dan kepincangan untuk perkuatkan SPRM tak payah ada PAS pun BN boleh buat Sebenarnya semua institusi dah kuat dengan akta masing masing yang menjadikan mereka lemah sebab tak bebas

Kalau ya pun nak bergabong tunggu lah ekonomi bagus dan hutang selesai Atau tunggu lah orang lain jadi PM

Tapi rasanya ahli PAS tak berani dengan UMNO Renungkan lah apa yang di buat oleh UMNO dari dulu sampai sekarang

Malaysiabaru berkata...

Nik aziz kata jgn masuk lubang sama dua kali.
hadi pakar main kayu tiga sebab ada 2 bini. Umum dia kata pas bsama pakatan, belakang main dgn umno. Hadi ping marang.
umno syg pakar kayu tiga ..

tapi bila kn kencing mana hadi nak lari... naiklah mat sabu.. habis cerita

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi ditunggu bergabunglah dengan puak umno
Yang menpunyai agenda yang tersembunyi bagi menjahanamkan org islam dan melayu yang mana kuasanya hampir lupus ibarat melepaskan anjing tersepit eloklah tu boleh dibahamkanya puak2 ug

Tanpa Nama berkata...

Silakan, Cepat buat. Siapa nak bersama penikam rakan dan Penipu pengundi? Umno pun bukan bodoh. Itu belum Tanya parti bn di Sabah Sarawak

Tanpa Nama berkata...

gua setuju PAS bergabung dgn UMNO. Satu penjual bangsa satu penjual agama. X lama lagi HAdi Awang boleh di lantik sebagai Presiden BN. emmmm...Tapi dlm PRU, setiap tmpt PAS bertanding UMNO adalah lawannya jadi....emmmmm sape yg beralah?.

Tanpa Nama berkata...

UMNO bersedia nak laksanakan hudud dengan PAS? Lawak ...lawak ..

Tanpa Nama berkata...

aku ahli PAS tegar, aku cadangkan semua
puak puak PAS pro UMNO bergabunglah supaya boleh masuk dalam tong taik najis UMNO yang ada saham judi dan arak bergelumanglah dengan mereka.
Ahli Pas biasa yang bukan gulungan ulama dan ustaz bolehlah di pecat atau di singkirkan dari PAS kerana mereka hanya ahli biasa PAS dan tidak berhak bersuara.

Tanpa Nama berkata...

jgn panggil puak2 ini sbg grup ulamak. memalukan title ulamak sj. panggil je grup pro umno. jgn cemarkan nama ulama.

sila buat laporan pd kesatuan ulama sedunia supaya mereka tau apa yg hadi nak buat kat malaysia.

Anti Fitnah berkata...

Orang yang mukmin tidak akan memasuki perangkap musuh buat kali keduanya.

Kesimpulannya ialah manusia yang diberi gelaran USTAZ dan ULAMA tu mukminkah orangnya? atau mukmin pada pakaiannya?

Sudahkah tuan-tuan memberi keterangan yang jelas dan informatif kepada DAP? Atau tuan-tuan sengaja menerbitkan isu untuk mengIYAkan isu tuan-tuan? Kalau tuan-tuan belum memberi maklumat tentang HUDUD kepada DAP, jangan salahkan DAP. Yang salah ialah tuan-tuan. DAP tentang sebab depa tak faham dan tak erti tentang hukum hakam Islam sebab depa bukan semuanya Islam. Yang UMNO itu Islam dari lahir pun tak pernah mahu menegakkan hukum Allah swt. Cuba lihat lidah dan mat depa waktu depa berjanji ....

Tanpa Nama berkata...

Rakyat perlu sedar , ulamak juga ada nafsu dan bukan maksom.

Dengan gabungan sama UMNO dapat jawatan TPM terus boleh kaya ber gaya denhan pangkat kedudukan juga bini muda serta Bentley Range Rover Mercedes.

Zaman ada nya Nik Axiz , ulamak tak ter fikir boleh jadi kaya ber gaya...

Ulamak itu kan orang orang Melayu sudah jadi standard hidup kaya ber gaya dengan mentedarah harta rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Kerja yang Terbaik dari Ulama Muda UMNO, mempengaruhi dan meyerap dalam Pas

Faqirulkhoir berkata...

Dgn pemergian Allahyarham Tok Guru, nampaknya tak sabar2 sesetengah pimpinan Pas mau bergabung dgn Umno. MasyaAllah. Apakah selama ini mereka ini hanya berpurapura atau membisu memendam perasaan apabila Tok Guru berkalikali bertegas menolak gagasan ini. Baru saja lagi Dewan Undangan (DUN) Trengganu menolak perlaksanaan undang2 syari'ah. Siapakah yg menguasai DUN Trengganu ? Tidakkah puak2 ini mau ambil iktibar ? Allahuakbar.

Saiful berkata...

Pas tlg ambik htg beratusbbillion tu..pakatnkutip dana..lps tu byq utang yg ummpno buat..ada lebih bg bik mama buat warna kan rambut..tak pa janji UG..

Tanpa Nama berkata...

Pas ni klu amanah almahrum tgna brkaitan hudud kemain diprtahankan tapi larangan beliau brgabung dgn umno langsung tak peduli. Talam dua muka

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah berikan hidayah dan kemenangan kepada pemimpin pemimpin kami yang ikhlas berjuang untuk kejayaan jemaah, singkirkanlah dan hapuskanlah semua parasit dalam jemaah tanpa mengira dari gulungan mana mereka berada.

Tanpa Nama berkata...

saja nak ulang kot abang abang lebai UG dah lupa....

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'

BUKAN MANGKUK berkata...

Mangkuk hayun yg nak pas gabung bersama umno dan laksana hudud ni ingat mca,mic, gelakan dan semua parti sabah sarawak mau hudud ke? alahai kesian juga dengan otak mereka. kalau mereka bergabung sebab nak memecahbelahkan umno dan bn baguslah.

Tanpa Nama berkata...

Tuan tuan,

Dah ada Vellfire, Cooper dan BMW, maintenance tinggi. Duduk dalam Pas mne boleh kaya, nk kena jadi menteri baru masyuk. Akhlak kalau dah terbarai, tkdenye aku nak percaya lagi. Najib boleh sedar MB mamai, mmg terbaiklah. Itu pun tak sedar lagi. Kalau boleh menang free mcm kes Dun Senggarang dulu, tk payah usaha. Masuk pilihanraya tapi taknak menang, ceh, buang duit aku blk mengundi PAS. Tapi diorang ni merapu no 1, sama2lah tgk wayang UG ni, nak cari borang masuk Pasma. Hihi... Kalau Presideng tak turun jugak, sayonara Pas, malulah sikit fitnah pil kuda tu.

Tanpa Nama berkata...

Ustad jenis apa yang cakap macam ini Kita tak boleh meneka kebijaksanaan Allah adalah semata mata nak menyedap kan teliga

Jika tak boleh meneka kebijaksanaan Allah kita gunakan lah petunjuk petunjuk yang ada pada kita ketika ini untuk membuat keputusan

Tak terfikir ke semua ini di atur oleh APCO penasihat UMNO

Tanpa Nama berkata...

setuju. ramai kepala besar ug dari t'ganu. ketuanya presideng

Tanpa Nama berkata...

Ambo bersama arwah tok guru.

Tanpa Nama berkata...

Gila sangat dengan UMNO.

Ustaz ini sedar atu buat-buat 'buta' kerana UMNO hakikatnya sekadar memerlukan PAS untuk enarik sokongan Meayu kepada BN. UMNO mampukah bekerjasama dengan PAS sedangkan MCA,MIC,Gerakan dan pelbagai parti lain menyumbang kepada kedudukan UMNO yang tinggal nyawa ikan sekarang.

Jangan ingat PAS kedudukan PAS sekarang benar-benar kuat tanpa PR. Congak kembali apa yang berlaku di Terengganu dan Kedah. Pengundi boleh buat apa saja, jika tidak pandai mentadbir. Begitulah yang akan menimpa PAS jika meninggalkan PR dan bersikap seperti sekarang yang hampir-hampir menyamai perangai UMNO.

Sedangkan dengan PR pun PAS tidak berupaya berdakwah dan menjelaskan Hudud, apakah dengan UMNO dapat dilaksanakan Hudud. Apa jadi apda JK Hudud Kelantan. Apa sikap UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Perhatikan dan telitikan bahawa semua yang terjadi merupakan satu grand design menyelamatkan rejim zalim dengan mainan isu perkauman dan agama. Perlaksanaan hudud akan menjadi "percursor" kepada berbagai kemelut terhadap PR dan rakyat jelata dan kestabilan antara kaum dan akan subur isu kafir mengkafir. Jarum sudah berjalan dengan gerakan ostad-ostad "sampul" dan "selebriti" yang akan memulakan ceramah-ceramah mesti patuh dan menerima perlaksanaan hudud dengan dimulai isi ceramah mesti ikut sunnah Rasul dan mereka yang tidak menyokong akan jatuh kafir. Sudah ada ostad di surau-surau yang mengancam akan berkempen kepada masyarakat jangan hadir kenduri dan mengurus jenazah mereka-mreka yang tidak menyokong perlaksanaan yang kononnya sunnah Rasul walau umum mengerti perlaksanaan hudud ada khilafnya seperti pendapat Sheikh Yusof Qardawi kerana maslahat-maslahat umum dan suasana semasa. Perhatikan tindakan ostad-ostad "sampul" dan "selebriti" ini yang akan kuat promosi mesti menerima dan menyokong perlaksanaan "sunnah Rasul" bukan perlaksanaan "hukum dan syariat Allah". Tindakan subtle kerana kemudian akan di promosi "ulama tu pewaris nabi-nabi" yang wajib dipatuhi dan tidak boleh disanggah. Berikutnya yang tidak menyokong "ulama tu pewaris nabi-nabi" adalah bughah dan halal darahnya. PERHATIKAN dan TELITIKANLAH ostad-ostad sedemikian di kawasan anda.

Tanpa Nama berkata...

Sngat bahaya k/sama dgn UMNO, selagi fitnah dan rasuah d pemimpin yg sedia ada masih d dlm UMNO,hasrat hudud sukar utk di laksana. Pemimpin UMNO X ikhlas dlm perjuangan, melainkan rebut kuasa utk terus berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Apa pro UG ingat selama ini dia orang saja yang berjuang sebab tu boleh buat ikut suka dia orang Mengaku dulu PAS kena tendang begitu begitu saja Masa tu bukan kelompok kelompok pro UG saja yang ditendang semua dalam PAS tapi mereka semua bertahan Mereka telah merasa pahit perjuangan dan suara mereka di ambilkira dalam muktamar

Sedihnya yang merendahkan suara mereka ialah pro UG

Dalam UMNO tak ada erti perjuangan yang ada hanya untuk mengisi tempolok Buat sikit yang hak dia lebih

Kita nak bawa politik bermaruah tapi pro UG nak ikut politik UMNO

Tanpa Nama berkata...

Kita sering membaca qunut nazilah supaya pihak musuh berpecah belah nampaknya doa kita memakan diri. Hormatilah pesanan TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Kalau umno tukar dasar parti kepada dasar Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadith, dan buang semua dasar karut marut sekularisme, kita bubar Pas dan masuk belaka ke dalam umno. Beginilah lebih kurang kata-kata hikmat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Tapi takdir Allah swt hingga ke saat ini umno tetap tidak bersedia tukar dasar kepada Islam sebaliknya mengekalkan dasar sekularisme dan sebab itulah Almarhum tetap dengan pendiriannya. Hanya orang yang benar-benar beriman teguh dengan pendiriannya dan bukan kepada orang munafiq. Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

aku xpaham peel org ganu nih. dulu masa pas menang pru 1998 xsilap, duit royalti petronas ditukar kpd duit ehsan & tujuannya adalah utk tidak diberi kpd kerajaan negeri yg memerintah, kena kencing oleh kutty paria. hanya sepenggal perintah lepastu kalah terus hingga kini.
malas aku nak ulas panjang² sbb aku xpaham peel perangai org ganu nih !

Tanpa Nama berkata...

Semua kasi cakap. Cakap betul2.

Senang pejuang Islam sebenar nak tendang mereka keluar.

Tanpa Nama berkata...

Perang Siffin UMNO julang Quran? Perang Pakatan Rakyat UMNO julang Hudud? mudahnya nak tipu ulama Pas?

opisboi berkata...

sejak bila umno nak hudud? kalau benar umno percaya hukum hudud buat sekali kat negeri yg 100% umno perentah terengganu, disini dah nampak permainan umno tapi tok lebai lebih berminat jadi umno.ana sampai bila pon tak percaya umno nak hudud kecuali nak hancurkan pas secara halus.

Tanpa Nama berkata...

Meh nak royat perangai sesetengah org ganu....bak bercakap dialah paling hebat. Semua dio pandai. Kalau dlm kumpulan dia je nak jadi ketua. Bila time nak kena buat kerja....bayang pun xnampak. Ramai jugok jenis ni yg aku terkena. Yang hebat pun ramai tetapi yg hebat ni perangai dia lain. Normal mcm org kain.

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu adalah pejuang sebenar dalam PAS dapat menyatu kan kepimpinan dan sokongan anak muda kepada PAS. Tapi kalau Abg Mat tersingkir dan gulongan profesional juga di singkirkan dalam jemaah bersedia lah PAS untuk undur ke belakang seperti dimasa masa yg lalu. Sepatutnya kepimpinan PAS berusaha menyingkirkan gulungan UG dalam PAS yg beria ia sangat mahu bergabong dengan UMNO. Apa kah pemimpin2 tertinggi PAS tak nampak permainan UMNO kami yg hanya ahli dan orang bawahan yg hanya bertindak sebagai penyokong PAS nampak mainan UMNO ini kan.pula kepimpinan tertinggi dalam PAS tak nampak atau buat tak nampak kerana ada kepentingan. Org cina dan India sudah tawar hati dengan kewibawaan PAS sekarang tidak spt ditahun tahun 2008 hingga 2013. Apa guna menyokong PAS kalau PAS telah berhati UMNO lebih baik sokong PKR atai DAP

Tanpa Nama berkata...

Setelah pemimpin Cina DAP berasa selesa melihat bagaimana orang-orang melayu bolih berpecah menjadi UMNO, PAS, PKR dan sekarang PASMA sudah tentu mereka jadi gerun sekiranya hudud terlaksana. DAP bersungguh-sungguh menghalang perlaksanaan hudud bukan sebab mereka khuatirkan hukum Islam itu yang sebenarnya. Mereka tahu bahawa PAS tidak akan mampu untuk berseorangan membawa usul hudud jika tidak melibatkan majoriti umat melayu Islam. Dengan terlaksananya hukum hudud maka itu adalah manifestasi penyatuan bangsa Melayu yang berugama Islam yang mampu untuk melepasi perbezaan politik masing-masing. Hal inilah yang sangat di geruni olih orang-orang bukan islam seperti Ambiga, Guan Eng dan kit siang. Orang Melayu memang mudah lupa dan kita seharusnya sudah belajar macamana orang Cina berfikir apabila tiba-tiba MCA bolih jadi sependapat dengan DAP (musuh Islam Malaysia) apabila melibatkan peniaga Cina yang kurang ajar. Orang-orang Melayu sepatutnya mengambil iktibar untuk melupakan perbezaan politik masing-masing dan bersatu di dalam tindakan apabila melibatkan isu yang sangat penting seperti ugama Islam.

Kita tidak bolih menyalahkan pemimpin politik DAP sebab tenyata perpecahan bangsa Melayu itulah matlamat utama mereka. Perpecahan bangsa melayu lah yang akan memudahkan agenda mereka. Bangsa Melayu berpecah sebab kita sarat dengan sifat dendam dan buruk sangka sesama bangsa sendiri. Adalah menjadi tanggung jawab pemimpin Melayu itu sendiri yang kita pilih untuk memelihara kesejahteraan ini dengan cara bermuhasabah sesame ugama dan bangsa sekiranya terdapat kekeliruan. Kita seharusnya bijak untuk mengenal pasti dan mengenepikan mana-mana pemimpin Melayu yang menolak untuk bermuhasabah sesame bangsa dan ugama. Sebab ternyata mereka lebih rela untuk menjadi alat kepada si kafir lahanat pemimpin Cina DAP sahabat mereka.

Sebagai orang Islam kita jangan lupa pada hadith dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat At-Tabrani).

Pemimpin DAP tahu bahawa musuh utama mereka adalah ugama Islam itu sendiri, dan mereka juga sedar bahawa hanya Islam sahaja yang mampu untuk menyatupadukan umat melayu Negara ini. Sebab itulah kita lihat orang bukan Islam yang berkepentingan seperti AMBIGA telah pun menubuhkan badan NGO seperti IFC untuk menyerang Islam secara perundangan bagi membuat pindaan yang sangat kurang ajar supaya mereka bebas untuk menghina ugama islam itu sendiri. Manakala sekutu politik mereka DAP memainkan sentimen kalimah ALLAH bagi memporak perandakan dan modified minda orang-orang melayu itu sendiri supaya menjadi sama seperti mereka. Sedarlah wahai bangsaku.

Tanpa Nama berkata...

Yalar Yalar semua salah dapig, pasal kawan dengan cina komunist, boneka America SKULAR dan beragenda yahudi

Semua salah cina. Komen. UG ni dah Memang parti suci mulia Tak terhingga.

Tanpa Nama berkata...

PAS JADI BESAR PUN SETELAH BERGABUNG DALAM PAKATAN, KALAU TIDAK JGN HARAPLAH

Tanpa Nama berkata...

pimpinan PAS perlu berhati2 dan mesti ingat, PAS bukan milik mereka, mereka diberi amanah mentadbir sahaja. jika ingin membuat perubahan dlm parti perlu dapatkan mandat kawasan (ahli2) melalui perwakilan dlm muktamar.
Kiranya usaha menubuhkan UG diteruskan, saya menjangkakan 40% dari ahli PAS (tertuma golongan muda) akan meninggalkan parti.

Kalau pimpinan boleh buat apa dia suka, ahli juga boleh buat apa yang pimpinan tak suka dgn mengenepikan walak, siqah. TGNA sdh pergi tapi roh perjuangannya masih hidup dan sihat dikalangan sebagian besar ahli2.

Tanpa Nama berkata...

Saya ahli PAS jika PAS bergabung dgn UMNO inshaallah munkin 70% peratus akan xjadi ahli sehingga .... UMNO assobiyah yang susah untuk dicerdikan...............