PKR: Jika tak kenal, kenapa kata mengarut?
PKR menyifatkan kenyataan "mengarut" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini terhadap dakwaan baru bekas anggota polis khas Sirul Azhar Umar, sebagai "pramatang, mencurigakan dan wajib disiasat" polis.
Sirul sebelum ini mendakwa beliau bertindak membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu kerana "hanya mengikut arahan” dan pihak yang mempunyai motif masih bebas.
"Ini kerana Datuk Seri Najib sebelum ini pernah mengaku malah bersumpah tidak mengenali wanita bernama Altantuya Shaariibuu; jika benar beliau tidak mengenali dan tiada apa-apa kaitan, mengapa beliau memberi komen sebegini?
"Dan adakah beliau mempunyai maklumat lebih dari apa yang diketahui umum tentang perlakuan Sirul sehingga dapat memberi kesimpulan sebegitu?" kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil.
Dalam kenyataannya hari ini, Fahmi yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata ulasan Najib selaku menteri kewangan turut mencetuskan persepsi umum bahawa "ada sesuatu yang tidak kena" di dalam kes itu.
"Sama seperti rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya juga berharap pihak berkuasa tidak akan berlengah untuk menyiasat perkara ini," katanya.
Sementara itu, mengulas isu yang sama, MP Gelang Patah Lim Kit Siang berkata kenyataan Najib itu tidak boleh membersihkan namanya dan membayangkan beliau tahu keadaan yang membawa kepada pembunuhan Altantuya oleh Sirul dan rakannya Azilah Hadri.
"Adakah Najib bersetuju bahawa ia adalah kelemahan besar keadilan jika Sirul dan Azila dihantar ke tali gantung manakala dalang pembunuhan Altantuya yang mempunyai motif untuk membunuhnya dan memusnahkan bukti dengan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dibenarkan bebas begitu saja," katanya. -mk
Kes Altantuya: Siasat Dakwaan Sirul - Ramkarpal
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap kenyataan bekas komando polis Sirul Azhar Umar, yang mendakwa dia telah diarahkan untuk membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Ramkarpal berkata tidak ada had masa untuk siasatan diteruskan walaupun sabitan telah dilakukan.
“Walaupun Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman mati untuk kes tersebut, itu tidak bermaksud kes ini telah berakhir.
“Memandangkan Sirul mendedahkan ada individu lain dalam kes tersebut, maka siasatan harus diteruskan secara terperinci walaupun sabitan telah dijatuhkan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Dang Wangi di sini, pagi Khamis.
Dalam temuramah dengan Malaysiakini awal minggu ini, Sirul mendakwa dia telah diarahkan untuk membunuh Altantuya dan mereka yang terbabit dengan motif pembunuhan masih lagi bebas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula melahirkan kebimbangan terdapat pihak yang mempunyai kepentingan telah mempengaruhi Sirul untuk menyatakan perkara tidak benar.
Ramkarpal, bagaimanapun berkata tugas Khalid adalah menyiasat dan bukan membuat spekulasi mengenai perkara itu.
"Ini bukanlah pendedahan biasa yang boleh diabaikan. Rakyat ada hak untuk tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.
"Ini menunjukkan dengan jelas terdapat orang lain di sebalik pembunuhan Altantuya. Tugasnya bukan membuat spekulasi. Tugasnya adalah untuk menyiasat, " kata Ramkarpal yang merupakan peguam mewakili keluarga Altantuya.
Sirul dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh model Mongolia pada tahun 2006 dan disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul, berikutan rayuan dikemukakan.
Pada 13 Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.
Sirul tidak hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu. Dia dipercayai telah pergi ke Australia dengan visa pelancong dan pasport yang sah tahun lalu.
Dia bagaimanapun telah ditahan pada 20 Januari oleh pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney. -thestar
ULASAN GB
Tiba-tiba Najib menyatakan kenyataan Sirul itu mengarut. Kenapa mengarut? Bukankah kamu yang berkata kamu tak kenal Altantuya? Sekarang kamu mahu campurtangan dengan menempelak Sirul menyatakan dakwaan Sirul (mengenai pembunuhan Altantuya) itu mengarut.
Adakah kamu khuatir Sirul akan mendedahkan nama-mana VVIP yang terlibat yang mungkin ada diantaranya merupakan orang kanan kamu sendiri?
Jika tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah!
Hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan Allah itu Maha Adil. Di satu pihak kamu berjaya memenjarakan musuh politik kamu bernama Anwar. Namun di satu pihak yang lain pekung yang tersimpan lama di dalam kes p[embunuhan Altantuya akan pecah juga.
6 ulasan:
Ya Allah Rabbul Alamin, semuga Engkau menunjuk kan kebenaran dalam kes ini...amin
Najib bersedia jumpa dan mendengar cerita sifool yang tetek nya kena gentel tapi tak berminat mendengar pengakuan Sirul seorang anggota UTK yang bertindak atas arahan
Hubungan Sirul lebih rapat dengan Najib kerana hubungan kerja sampai ketahap jadi 'body shield' jika di bandingkan dengan budak buat kopi apa lah sangat
Ini semua KANGKONG !
sirul ni saja cari susah. takut spt kes amah indon. akhirnya yg buka cerita masuk penjara. amah tu kaya raya. selamat kah sirul jika dia buka mulut? takut tak sempat, dia pula kena c4
Biar si surul tu dihukum, dasar polis msia barua umno.
Peribahasa melayu, 'buka pekung didada. Bangsa lain berpolitik tak menjatuhkan pemimpin walaupun berlainan parti.Kita berpolitik menjatuhkan sesama sendiri. Menang sorak kampung tergadai.sepatutnya berpolitik majukan bangsa sendiri.Apa bangsa kita dapat?Semakin hari semakin hilang hak kita. Tak malu ker bangsaku yang islam lagi melayu. Kita fitnahkan agama, bangsa dan negara kita. malukan bangsa kita tak tau memimpin negara dan bangsa sendiri.
Peribahasa melayu, 'buka pekung didada. Bangsa lain berpolitik tak menjatuhkan pemimpin walaupun berlainan parti.Kita berpolitik menjatuhkan sesama sendiri. Menang sorak kampung tergadai.sepatutnya berpolitik majukan bangsa sendiri.Apa bangsa kita dapat?Semakin hari semakin hilang hak kita. Tak malu ker bangsaku yang islam lagi melayu. Kita fitnahkan agama, bangsa dan negara kita. malukan bangsa kita tak tau memimpin negara dan bangsa sendiri.
Catat Ulasan