24 Jan 2015

Momokan 13 Mei, Haji Hadi Kembalikan Perjuangan PAS Ke Era Dato Asri (?)


Yang tidak dimengerti Hadi tentang ‘undi ketiga’ – Izmil Amri

Salah tanggapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pilihan raya kerajaan tempatan amat disesalkan. Di saat Pakatan Rakyat (PR) berusaha menjauhi wacana politik perkauman, beliau pula gigih membangkitkan momok 13 Mei, dan mengaitkannya dengan pilihan raya kerajaan tempatan.

Tidak jauh beza dengan buah butir percakapan kumpulan-kumpulan ultra Melayu. Sikit-sikit 13 Mei, seolah-olah tidak ada hujah bernas lain selain hujah kaum dan politik ketakutan.

Lebih menyedihkan, modal pilihan raya kerajaan tempatan ini kini dijadikan modal perbandingan dengan cita-cita pelaksanaan hudud di Kelantan. PAS membandingkan urusan jenayah syariah berasaskan firman Tuhan, dengan isu pemilihan tukang urus longkang tersumbat dan lampu jalan tidak menyala. Ini amat memilukan hati.

Apa yang Hadi nampak barang kali, hanyalah kalau dibuat pilihan raya ini, yang akan jadi ahli majlis dan datuk bandar, semuanya Cina belaka. Geleng kepala.

Hadi gagal memandang pilihan raya kerajaan tempatan, atau ‘undi ketiga’ sebagai langkah penampan. Di saat PAS ketiadaan Kedah dan Terengganu, seharusnya Hadi memikirkan ‘undi ketiga’ patut dijadikan modal simpanan bagi memastikan PAS (dan juga PR, kalau masih sudi) dapat terus bekerja melayani rakyat di peringkat akar umbi.

Seharusnya juga PAS dan Hadi mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi kepada Iszuree Ibrahim di Pulau Pinang, yang digantung tugasnya dan kemudian tidak disambung kontraknya sebagai ahli Majlis MPPP lantaran komen melulunya terhadap kerajaan negeri.

Iszuree pasti masih lagi tidak digugurkan daripada menjadi ahli majlis sekiranya beliau dipilih melalui pilihan raya kerajaan tempatan, dan bukan melalui cara pelantikan.

Namun ternyata PAS gagal mencari apa peluang yang ada untuk terus berfungsi sebagai pelayan rakyat. Bukan itu sahaja, ia malah mengecam peluang tersebut dengan sentimen perkauman dan momok 13 Mei.

Kita sebenarnya harus mengerti apa fungsi dan peranan ahli majlis, dan kenapa mereka ini perlu dipilih oleh rakyat, dan bukannya dilantik pakai tangkap muat.

Wakil rakyat, fitrahnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya untuk menganggotai dewan-dewan pembuat dasar negeri dan negara. Wakil rakyat ini ada antaranya yang mempunyai ciri kepemimpinan.

Mudahnya disebut ciri orang politik. Suka bergambar, berucap, dan dilihat membuat sesuatu.

Sekumpulan wakil rakyat yang lain pula barangkali tidak mempunyai ciri-ciri sedemikian selain keinginan melayani dan berkhidmat untuk rakyat. Tetapi ini sebenarnya bukan kerja wakil rakyat. Bukan kerja wakil rakyat untuk urus longkang tersumbat, sampah tidak dipungut dan tiang lampu tidak menyala.

Itulah kerja ahli majlis. Mereka inilah yang sentiasa mendapat panggilan telefon daripada wakil rakyat apabila rakyat mengadu longkang depan rumah tersumbat, atau gerai cucur pisang ibu tunggal di simpang kampung perlukan lesen supaya mengelak daripada dirobohkan.

Ahli majlis adalah wakil kepada wakil rakyat. Yang penat dan letih melayan rakyat, selalunya mereka inilah. Yang berasa denyut nadi rakyat saban hari, ahli majlis.


Tetapi siapa yang melantik ahli majlis? Takkanlah rakyat tidak punya suara untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal runcit bandar dan pekan mereka. Dan bukankah ahli majlis juga yang meluluskan binaan infrastruktur setempat?

Berbanding PAS, DAP percaya rakyat mempunyai hak demokratik untuk memilih siapa yang mewakili mereka di Parlimen, Dewan Undangan Negeri, mahupun di majlis bandaran. Ini memastikan akauntabiliti wakil rakyat dan ahli majlis kepada rakyat yang meletakkan mereka di posisi itu, bukan tuan-tuan politik yang melantik mereka.

Kebertanggungjawaban kepada pembayar cukai, pembayar saman, pembayar meter petak letak kereta, pembayar lesen niaga, adalah elemen yang memastikan kecekapan, ketelusan dan integriti dalam menguruskan infrastruktur dan perancangan setempat.

Rasa bertanggungjawab inilah yang dimahukan rakyat terbanyak, yang hari demi hari bertanya ‘mana wakil rakyat kami, musim pilihan raya baru nampak muka’.

Memanglah tak nampak muka wakil rakyat, mereka kerja di Dewan Rakyat dan Dewan Negeri. Ahli majlislah yang kerjanya turun padang selalu, di zon dan autonom yang lebih kecil. Muka mereka ini nanti memanglah nampak selalu; tapi tak kenal, sebab bukan rakyat yang pilih.

Tidak sepatutnya timbul persoalan jurang kaum, tidak kiralah di bandar atau luar bandar. Penyakit mudah menimbulkan momok perkauman ini sepatutnya sudah tidak lagi diperbahaskan. Bukankah kita juga yang dahulu menyeru supaya pengundi memilih calon yang berkaliber dan tidak memilih berasaskan kaum dan keturunan?

Jika pendekatan garang Hadi terhadap DAP ini sekadar untuk menunjukkan beliau masih bergigi dalam mempertahankan kerusi presiden PAS menjelang muktamar nanti (seperti dianjurkan Utusan Malaysia) maka barang kali sudah tiba masanya untuk PAS mempertimbangkan calon presiden baru bagi mengemudi PAS menuju Pilihan Raya Umum ke-14. – TMI


Pilihan raya PBT boleh cetus 13 Mei, kata Hadi kepada DAP

Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Presiden PAS itu berkata, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.

"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hadi berkata, dalam aspek politik, perjuangan DAP itu silap kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar saja untuk menang pilihan raya dalam jangka yang sangat pendek.

"Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar majoriti kaum Cina yang sangat besar.

"Lihat sajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula majoriti satu kaum yang lain," katanya.

Sebelum ini berlaku perang mulut di antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Mustafa menyelar DAP kerana mempertikaikan hudud di Kelantan kerana membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) sedangkan dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan parti itu membelakangkan gabungan ditubuhkan pada 2008 itu.

Hadi berkata, DAP sepatutnya melihat masyarakat dari semua arah termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal di kawasan paling pedalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar.

Katanya, semua itu wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaaf-maafan dalam perkara yang berbeza, dan berlaku adil terhadap semua.

"Bandar wajib diurus bukan saja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah mengalir ke dalam jasadnya.

"Kalau perjalanannya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, aspek ekonomi pendekatan liberal kapitalisme didapati menzalimi orang miskin sehingga menimbulkan pertembungan kelas taraf kehidupan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam hidup bermasyarakat.

Pendekatan sosialis pula boleh menzalimi orang kaya yang menyumbang kemajuan ekonomi negara, manakala pendekatan komunis lebih radikal sehingga menolak agama menjadi lebih parah.

"Dunia sudah menyaksikan kegagalan semua pendekatan itu. Bandar yang menjadi pusat bergeraknya kegiatan ekonomi, politik dan sosial menerima padah awal daripada segala kesannya yang positif dan negatif," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu memutuskan kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, kerajaan pimpinan DAP itu tidak boleh secara sebelah pihak mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada seluruh Pulau Pinang.

Seksyen 15 memansuhkan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pemilihan kerajaan tempatan di negeri-negeri.

Raus berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang melampaui bidang kuasanya dalam membuat perintah pengecualian itu yang melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pemansuhan pilihan raya PBT ialah keputusan dasar yang diambil Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, oleh itu permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengecualikan keputusan dasar seperti itu perlu merujuk kepada majlis berkenaan terlebih dulu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 4 Mac 2010 menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon kebenaran untuk mengadakan pilihan raya PBT berdasarkan Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut, undang-undang persekutuan atau negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya selain daripada yang disebut dalam Fasal (1).

Namun permohonan itu ditolak SPR pada 23 Mac 2010.
-TMI


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan dengan sendirinya.... Presiden PAS telah mendedahkan "wajah sebenar" kumpulan yang dikatakan ulamak... ia ingin mengembalikan perjuangan PAS kepada perjuangan era Dato Asri yang bertunjangkan "nasionalisme" sebagai tunjang perjuangan parti, satu perjuangan yang telah sebati diperjuangkan oleh UMNO dan kumpulan NGO Melayu seperti PERKASA, PEKIDA, ISMA dan seumpamanya...

Menjadikan 13 Mei sebagai modal dan hujjah untuk membantah pilihanraya PBT... Bukankah "13 Mei" itu satu "rusuhan kaum"? PAS juga nampaknya terdesak terpaksa menggunakan modal "rusuhan kaum" untuk berhujjah dengan DAP semata-mata kerana DAP menolak hudud?

Apabila DAP (baca: kaum Cina) menolak hudud, itu bererti PAS masih belum berjaya dalam berdakwah. Jadi yang perlu sepatutnya ialah luaskan penernagan dan pertingkatkan kerja dakwah. Bukan mencari isu lain (dalam hal ini PBT) untuk menghentam mereka, apatah lagi menggunakan isu perkauman dan momokan 13 Mei.

Apakah PAS sudah tidak lagi menghargai dan tidak lagi undi kaum Cina (baca: bukan Melayu)di dalam pilihanraya akan datang?


Apakah semua Cina itu 100% kafir? Apakah kaum Cina itu cauvcinis belaka? Apakah tiada golongan Islam di kalangan mereka? Atau tiada lagi di kalangan mereka yang memperjuangkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan sejagat yang turut diperjuangkan PAS? Bukankah selama ini mereka juga turut sama memperjuangkan kebenaran dan keadilan di dalam PR disamping menentang kekejaman dan kezaliman kerajaan UMNO BN?

Apakah kerana mereka menolak hudud maka kita berpatah arang dan berat rotan untuk tidak lagi berbaik dengan mereka?

Apakah PAS hanya ingin mengharapkan undi kaum Melayu seperti UMNO? Apakah PAS sudah lupa sifat "fathanah" (kebijaksanaan) sebagai satu sifat yang perli dimiliki apatah lagi sebagai seorang yang bergelar ulamak?

Tidak malukah pemimpin-pemimpin PAS yang selama ini bergandingan dengan DAP dipentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat di setiap kali musim pilihanraya demi untuk menjatuhkan kerajaan korup UMNO BN itu?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan... kita tunggu dan lihat episod selanjutnya...

br>

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengarang dah lupa ke..negara kita ada beberapa sistem persekolahan...kebangsaan, aliran cina, aliran tamil dsb...itu pun dah menyuburkan perasaan perkauman dr kecik lagi.. lu paham cakap gua...gua tak paham cakap lu org...selagi tu gua x percaya sama lu

Tanpa Nama berkata...

Malanglah apabila sebenarnya PAS juga ditampilkan oleh tuan presiden sebagai parti yang sebenarnya bertunjangkan kepada KEMELAYUAN melebihi KEISLAMAN.

PAS sebagai wadah politik yang berteraskan ISlam perlu memperlihatkan dan terus mengekalkan citra jati dirinya dengan meletakkan ISLAM dalam menangani sebarang maslahat.

Malanglah apabila peperangan sudah terbuka di media yang sudah dimaklumi akan menggunakan isu ini untuk melihat perpecahan PR.

Apa pun biarlah PAS kekal sebagai parti pembangkang kerana hakikatnya PAS tidak layak pun untu menerajui kerajaan dan menjadi kerajaan yang baik. Terengganu dan Kedah sudah mengukir bukti kelemahan PAS dalam mentadbir negeri. Kelantan juga bakal hilang kerana selama ini aura TGNA yang menyelamatkan PAS di sana.

IbnAbdHalim berkata...

Perjuangan Hj Hadi diragui sejak dari mula lagi. Maduk politik tapi tak faham siasah.

Tanpa Nama berkata...

Untuk sementara waktu sehingga muktamar pemilihan tidak lama lagi, biarkanlah Hj Hadi menghamburkan apa sahaja kenyataan. Lagi bodoh kenyataan itu lagi baik supaya mudah barisan kepimpinan Pas yang lain menunujkkan jalan keluar kepada beliau.

Kebetulan pula status kesihatan Mursidul Am Pas yang serius sekarang ini dan dijangka tidak lagi larat melaksanakan tugas jawatannya, akan memudahkan urusan mengalihkan Hj Hadi daripada jawatannya sekarang kepada mengambil alih jawatan Mursidul Am Pas dengan kaedah noormal dan terhormat. Hj Hadi pun tidak dimalukan kerana jawatan mursidul am pun mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hirarki organisasi Pas.

Biarlah dia nak mengamuk atau meraban dengan kenyataan bodoh. Lagi bodoh lagi bagus supaya mudah kempimpinan Pas lain dan ahli menguruskan beliau

Tanpa Nama berkata...

Hadi sudah gagal jadi orang.

Dari keyakinan teguh kepada Allah , Hadi sudah takut pada manusia dan setan setan kawanan nya.

Kenapa nak takut pada Cina ????

Di China ada 60Juta Cina Islam pun tak takut Cina.

Bahalol saja.

Tanpa Nama berkata...

Adakah orang cina rajin belajar banyak bahasa pengetahuan Kira salah?


Orang malas nak belajar senang jer nak salahkan orang lain?

Agama mana haramkan belajar pengetahuan bahasa?

Amuraria berkata...

turrnya seorang presideng ? ABU & lawan geng pro 'UG' sampai mati !

Tanpa Nama berkata...

TGHH tidak sesuai menjadi pemimpin. Menjadi pemimpin tidak sama dengan menjadi guru atau imam.

TGHH dan puaknya juga kelihatan mahu mencari pasal untuk menggagalkan Pakatan Rakyat.

Ini sebenarnya tanda-tanda PAS dan Pakatan Rakyat akan kecundang dalam PRU14. Pemenangnya ialah UMNO. UMNO akan kekal berkuasa. Pakatan Rakyat akan terus menjadi pembangkang. Rakyat akan terus menderita.

Musuh rakyat dan kawan UMNO sekarang sebenarnya bukan sahaja UMNO itu sendiri tetapi yang sebenarnya ialah golongan ulama.

Sekiranya golongan ulama tidak mampu menjuarai kepentingan rakyat, maka apa perlunya ulama?

Lebai Roger berkata...

Jelas pimpinan ostad2 Pas hari ni sama level dgn ostad kazim je.........melayu 1st. Elok juga tu kalau Pas join hamno, Tuang Presideng @ ulam' sedonie akan Jadi Menteri nikah dan kawin, dan ostad2 Pas jadi ketua penguat kuasa khalwat. Buat Hamno, Bila lagi nak hantar delegasi meminang........hantaran Rm600 jote Banjir kelantan dah dilapaz.!!!! jangan sampai tuang presideng jadi menteri andartu!

Tanpa Nama berkata...

presiden UG patut disingkirkan...kalau nak berjaya dan kehadapan

5sal berkata...

setuju biaq lah parti islam jadi pembangkang "forever".ni akhlak seorang ulama ramai yang terikut akhlak haji hadi bin awang ni ,tengok saja akhlak ustat sampol bahri bin mamat 'BONGKAK,SOMBONG bla bla...bagaimana pula ngan ketua dewan ulama pahang ustat mokhtar bin senik kalah dalam berhujah nak solat hajat biaq ALLAH TAA'LA turun bala pada yang 'menang' berhujah tu.yang kuat nak UG ni datang dari GANU taraf ulama UG/GU ni hamPAS!dalam bab hukum hakam tentang ISLAM aku tabik bab politaik hancuz.

Tanpa Nama berkata...

Jika TGHA dipilih lagi dlm pemilihan akan dtg, usah la harap PAS menambah kerusi di Parlimen..

Tanpa Nama berkata...

Hadi dah tahap kahsyaf

Masa peniaga melayu keluar dari klcc kerana tak mampu bayar sewa tak pulak dia jadikan huru hara

Hadi takut monopoli lesen dan permit macam tiap tiap tahun ada je masalah peniaga peniaga baazar ramadhan Selain peniaga asal tak dapat tapak ada juga yang jual dan sewa tapak

Peniaga cina bergantung pada orang melayu untuk membeli Kalau tak nak peniaga cina untung pemimpin melayu kena lahirkan ramai peniaga melayu Maka pemimpin melayu kena berhenti terlibat rasuah dan mementingkan diri

Nak lawan cina berniaga kita mesti ada sistem tapi bukan tak ada tapi dah rosak Kita buka tak ada Badan Badan dan Persatuan ...

Biar rakyat pilih ada buat salah SPRM ambil tindakan tapi kalau lantik macam DBKL lah dan sewaktu dengan nya

Tanpa Nama berkata...

Jangan - jangan nanti puak UG mencadangkan hj hadi sebagai presiden, merangkap mursyidul Am, merangkap ahli parlimen marang, merangkap adun ru rhendang, merangkap menteri besar terengganu, merangkap pm malaysia... sebab dalam pas hj hadi sahaja yang layak untuk semua jawatan tu.

Tanpa Nama berkata...

Sapa kata anom di atas..mengharamkan pengetahuan bahasa..ko ni jenis yg suka jatuhkan hukum ke? Paham betul2...

mia iefa berkata...

Lmbtnya respon..tggu maklumat ke??
Realiti m'sia msh blm blh d lakukan slgi umno perintah.. Tghh tahu melayu umno pinang yg akan bt hal.. Realiti di penang mcm tu slgi mamak pinang igt dia melayu..dh byk siri kekecohan oleh mereka.. Apa pon hudud vs pilihanraya tmpatan = 1-1
Bila dh bnci tgk bayang pon marah..haha

Tanpa Nama berkata...

Pimpinan Pas kalau nak lihat Pas maju dan berjaya pada Pru ke 14 nanti, tidak dpt tidak haji hadi perlu diundurkan drp kerusi presiden dan calon2 Pas pada pru akan dtg mestilah bukan dari kem geng UG...Kalau calon akan dtg spt Nik Amar, Hasan Tantawi, Nik Abduh, Haron Din, Mat Yakob dan yg sewaktu dgnnya...maka alamatnya...selamat tinggallah buat Pas dlm arena politik negara...

Tanpa Nama berkata...

Terbalik! Tapi tuan lupa bahawa tuan presideng pas tuan guru haji hadi juga berkualiti seperti presideng unmo layak sebagaj PM.

Tanpa Nama berkata...

Kerisauan Hadi ada asasnya, kebimbangan tentang polarisasi kaum.. tapi cara menyatakan kebimbangan dia tu yang nampak agak kasar dan separuh masak...
Cara khalid samad lebih dilihat bijak dengan menyertakan sekali cadangan mengatasi isu ini..

Tanpa Nama berkata...

Nampak nya TGHA tdk mampu lg memimpin PAS dlm dwi fungsi....dakwah islamiah dan hizbi islamiyah...elok shj beliau diundurkan secara sukarela atau undi.....in sya Allah ramai lagi ulamak dan pemimpin pemimpin PAS yg sudah layak. PAS mesti bagi peluang tokoh tokoh lain buat pahala jgk...TGHA boleh tumpukan islam peringkat dunia....bo la dgn politik kampungan melayu tu....

mohd shahran berkata...

Anonymous said...
JANUARY 24, 2015 AT 11:00 AM
OTAK NAIF HUJAH TAK ADA OTAK

Tanpa Nama berkata...

Tu la... Ada mesyuarat tak nak pegi. Lepas tu bagi statement kontroversi dan menunjukkan sifat ketidakbijsksanaan@bodoh! Kalo hang taraf alim ulamak yg bijak, hang akan bincang dlm meeting PR. Aku nmpk pas dah gone case! Bersedialah utk kalah..tmasuklah golongan professional sbb anda adalah sebahagian dari pas!

Tanpa Nama berkata...

Komen Hadi tak ubah spt komen pemimpin2 umno. Selagi Hadi presiden PAS, apa bezanya PAS dgn umno?

bat8 berkata...

Hujah mana yang takde otak mohd shahran. Ramai juga hendak tahu. Lepas hang bagi la pulak hujah yang yang ada otak. Boleh juga kita s3mua belajar.

Taoi sayang, hang kata hujah mamat tu hujah xde otak. Aku tengok hujahnya lebih panjang dari hujah nko. Agak2 hujah nko ni tidak ke lebih terok standardnya dari hujah mamat yg nko kritik?

bat8 berkata...

Anon 1:48

Jangan pesimis. Percayalah PR tidak akan kecundang dalam PRU 14. PAS akan tetap berada didalam PR sebagaimana sebelum bergolak sekarang. Yang akan kecundang ialah puak UG. Pemain-pemain utama UG yang sudah dikenali akan kecundang. Tetapi casualty yang paling parah ialah TGHH. TGHH bukan pemimpin utama UG.Beliau telah diperdaya untuk menjadi watak utama oleh mastermind UG kerana jawatan Presiden PAS dan pengaruhnya sebagai ulamak. Saya percaya TGHH tidak sedar dia dipergunakan lantaran sikap konservatifnya dan naif dalam memahami realiti politik kontemporari. TGHH adalah pilihan paling layak untuk diletak didepan untuk melakukan kerja-kerja sabotaj bagi puak UG dalam PAS dan PR.

Pemimpin tertinggi PR samada dari PKR atau DAP memang sedar permainan puak UG ini yang menggunakan TGHH dan PAS untuk memporakperandakan PR. Mereka juga sedar puak UG tidak mampu mendapatkan sokongan muktamar PAS untuk membawa PAS keluar dari PR. Kalau tak, dah lama mereka buat. Dah berkali2 pemimpin UG sebut nak kaji tahaluf siyasi dengan PR tetapi tak berani hendak membuat usul rasmi didalam mana-mana muktamar PAS.

Kekecohan didalam PR sekarang yang kita nampak datang dari PAS sebenarnya adalah sabotaj yang digerakkan oleh puak UG, pertamanya, mereka mahu PR menendang PAS keluar dari PR. Kita tahu mereka tak berdaya membawa PAS keluar dari PR secara dalaman melalui Muktamar - jadi inilah cara alternatif mereka.Bila dah kena tendang keluar dari PR, kerja mereka untuk mempegaruhi perwakilan mereka untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO menjadi lebih mudah!....bijakkan strategi mereka!...tetapi mereka tak tahu, orang lain pun bijak juga untuk mematikan langkah mereka...

Keduanya, untuk menguntungkan UMNO. Dengan sabotaj-sabotaj ini mereka juga akan mencipta perbalahan media terutamanya dengan DAP dalam sebanyak isu yang mungkin. Mereka ciptalah isu seperti local council election di penang, contohnya. Tujuannya untuk disuap kepada akar umbi PAS bahawa DAP adalah musuh Islam dan PAS tidak boleh bersongkol dengan musuh Islam. Maka muktamar PAS perlu memberi mandat untuk mereka membawa PAS keluar dari PR....dan bekerjasama dengan UMNO atas dasar melayu dan Islam.

Pemimpin2 tertinggi PR sedar dan amat memahami kemelut yang berlaku didAlam PAS sekarang dan sabotaj-sabotaj didalam PR yang digerakkan oleh puak UG ini yang menggunakan nama PAS.Tindakan meteka untuk tidak menen dang PAS sekarang adalah tepat.

Kemelut atau angkara puak UG ini adalah masaalah dalaman PAS. Puak UG ini amat kecil walaupun dibarisi oleh beberapa orang pemimpin utama dan yang berpegaruh didalam PAS. Majoriti masih menyokong dasar semasa PAS untuk bersama PR. Masaalah ini biarlah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS selesaikan sesama mereka. Kita harap masaalah ini dapat mereka selesaikan didalam muktamar tahunan mereka bulan jun 2015 nanti.

Jangan pesimis. Sabotaj-sabotaj puak UG ini dalam PR sebenar memetangkap diri mereka sendiri setiap kali. Hari-hari terakhir meteka sudah hampir. Pemimpin2 PR setakat ini agak arif dalam menangani sabotaj ini.

Tanpa Nama berkata...

Di saat umngok bn dah nak karam, hj hadi dtg sbg penyelamat sejati...tahniah buat hj hadi...tak sia2 perjuangan yg berabad abad lamanya ini.. hihihiii...