10 Jan 2015

Kemelut Harakah: Bukti UG Itu Memang Kejam & Zalim


Pecat Pengarang Harakah tindakan kurang berakhlak - Paksi

KUALA LUMPUR: Tindakan memberhentikan secara serta-merta khidmat tiga Pengarang Harakah disifatkan langkah kurang berakhlak pengurusan akhbar itu kepada kakitangannya.

Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Rozan Azen Mat Rasip berkata, ia sekaligus menggambarkan sikap tidak beretika, zalim dan tidak berakhlak.

"Paksi merakamkan simpati kepada tiga orang rakan wartawan di Harakah yang diberhentikan tanpa mengikut etika kerja yang lazim apatah lagi akhlak Islam seperti yang selalu disyarahkan oleh pimpinan parti Islam PAS selama ini.

"Bermula dengan tindakan memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS.

"Seterusnya tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Dalam pada itu Paksi memohon penjelasan ulama PAS di atas tindakan tersebut.

"Sekiranya tindakan mereka itu menyalahi ajaran Islam, kami tuntut mereka memohon maaf dan menerima semula wartawan-wartawan berkenaan untuk bekerja seperti biasa.

"Kami juga menuntut agar pihak pengurusan Harakah membenarkan kakitangannya membentuk kesatuan sekerja, dan memperhatikan akhlak terutamanya prihatin terhadap kebajikan pekerja, dan kebaikan lain yang selalu disyarahkan pihak pimpinan PAS," ujarnya.

Katanya lagi, ia sekali gus tidak menggambarkan semangat PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) yang selalu mengkritik kerajaan Barisan Nasional.

"PAS kata BN tidak menghormati hak kebebasan bersuara, dengan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan namun tindakan pengurusan Harakah ini umpama 'meludah ke langit timpa batang hidung sendiri' dan 'mengata dulang paku serpih'.

"Sedangkan praktik mereka dalam sebuah syarikat mereka yang kecil tetapi sangat penting itu (Harakah adalah lidah rasmi PAS dan menjana pendapatan untuk PAS) pun mereka tidak laksanakan pengajaran mereka sendiri. Apakah ini tidak munafik?

"Begitu juga dengan pengajaran mengenai akhlak menjaga kebajikan pekerja (dan Negara Berkebajikan). Apakah tindakan memberhentikan pekerja dengan serta-merta dan tanpa notis itu sesuai dengan tuntutan Islam? Dan apakah memberhentikan pekerja yang sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor itu juga sesuai dengan ajaran Islam?," jelasnya.

Dalam pada itu portal Themalaysianinsider melaporkan, pengasas lidah rasmi PAS, Ishak Surin menggesa Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berundur daripada kedudukannya sebagai ‎Pengerusi Harakah kerana memecat tiga pengarangnya.

"‎Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim.

"Begitu mengejutkan sekali. Semuanya berlaku pada saat-saat PAS sedang bergolak hebat dengan krisis kepimpinan dan konflik antara golongan tertentu hingga mengakibatkan jualan akhbar Harakah jatuh merudum," katanya. -astroawani


Bekas pengurus gesa Mustafa Ali berundur ketuai Harakah

‎Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali digesa berundur daripada kedudukannya sebagai ‎Pengerusi Harakah kerana memecat tiga pengarangnya, kata Ishak Surin.

Pengasas lidah rasmi PAS itu berkata, ‎tindakan memecat Pengarang Harakah Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Ahmad itu bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara.

"‎Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketiga-tiga mereka pengarang Harakah itu dikatakan dipecat secara serta-merta kerana menyiarkan artikel yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Ishak pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada 1986.

Katanya, tindakan meminta Lutfi meletakkan jawatan sewaktu beliau masih cuti sakit adalah tindakan yang tidak beretika, biadap bahkan zalim.

"Begitu mengejutkan sekali. Semuanya berlaku pada saat-saat PAS sedang bergolak hebat dengan krisis kepimpinan dan konflik antara golongan tertentu hingga mengakibatkan jualan akhbar Harakah jatuh merudum," katanya.

Beliau turut mempersoalkan motif sebenar tindakan pemimpin PAS memberhentikan 3 kakitangan Harakah terbabit.

Ishak tidak menolak kemungkinan tindakan itu dibuat akibat krisis kepimpinan dan konflik antara golongan yang sedang bergolak dalam PAS.

Akibatnya, mereka menjadi mangsa yang tidak berdosa dan mangsa pentadbiran zalim dan tidak bertanggungjawab.

"Apakah ini sebagai permulaan semakin terdedahnya wajah sebenar manusia munafik yang selama ini memperalatkan Islam?" katanya.

Katanya, pemimpin PAS yang tidak betul dan zalim perlu ditentang terlebih dulu sebelum menentang Umno kerana ia merosakkan imej Islam.

Ishak yang juga yang dipertua PAS Kawasan Batu berkata, pihaknya sudah menghantar surat bantahan kepada Mustafa pada 2 Januari lalu, tetapi masih tiada jawapan.

Sementara itu, kolumnis Harakah Shamsudin Othman yang dikenali sebagai Dinsman berkata, ini bukan kali pertama beliau mengkritik pemimpin PAS, tetapi tidak pernah diambil tindakan.

Beliau yang mula menulis di Harakah sejak 2008 berkata, beliau difahamkan ia berkaitan artikelnya bulan lalu yang mengkritik ulama PAS.

"Saya mengkritik dengan tujuan jika selama ini ulama dianggap kebal, saya cuba menerobos kekebalan itu," katanya yang kolumnya kali terakhir diterbitkan di Harakah pada Disember lalu.

Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi) Rozan Azen Mat Rasip pula menuntut pengurusan Harakah membenarkan kakitangannya membentuk kesatuan sekerja, dan prihatin terhadap kebajikan pekerja.

"Kami mohon penjelasan ulama PAS dalam perkara tersebut. Sekiranya tindakan mereka itu menyalahi ajaran Islam, kami menuntut mereka memohon maaf dan menerima semula wartawan berkenaan untuk bekerja seperti biasa," katanya.

Gerakan Media Marah (Geramm) dalam kenyataannya bimbang isu permintaan supaya Lutfi meletak jawatan dibuat atas motif lain, bukan atas faktor kesihatan.

Penyelaras Geramm Fazallah Pit berkata pihaknya khuatir wujud unsur penindasan melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan lain termasuk faktor kesihatan.

"Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.

"Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.

"Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," katanya.

Beliau berharap kemelut itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya.
-TMI



Kes editor Harakah buat akar umbi PAS marah

Tindakan lidah rasmi PAS Harakah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya mencetuskan kemarahan akar umbi PAS.

Perkembangan itu mengundang PAS Batu mengadakan sidang media di Kuala Lumpur bagi menyatakan setiakawan mereka terhadap Lufti dan dua lagi bekas pengarang kanan Harakah – Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid.

Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin (kiri) juga melontarkan kemarahannya kepada Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali dan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan tidak mencerminkan amalan dalam sebuah parti Islam.

“Mereka ini diminta berhenti tanpa sebab munasabah. Tak tahu apa sebab pun. Saya rasa ini tindakan yang tidak wajar.

“Tak patut dia (Mustafa) buat begitu. Dia dakwa sebagai pemimpin Islam, PAS. Tetapi perbuatan itu boleh mengaibkan Islam itu sendiri.

“Jadi kerana itulah PAS (kawasan) Batu bersama (kumpulan budayawan) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) mengadakan sidang akhbar bersama tadi untuk mengutuk kerasnya tindakan yang dibuat Mustafa,” kata Ishak ketika dihubungi Malaysiakini.

Ishak yang juga antara pengasas Harakah juga mengambil langkah drastik menggesa supaya Mustafa (kanan) yang juga setiausaha agung PAS berundur daripada menjadi pengerusi Harakah.

“Saya minta dia berundur. Berundurlah. Dia (Mustafa) suka-suka saja nak berhentikan orang. Saya sebagai manusia saya rasa tak patut kita buang orang yang selama ini berkhidmat dengan Harakah bertahun-tahun.

“Saya sangat sedih. Saya merupakan pengurus Harakah yang pertama. Dulu duit pemimpin PAS pun satu sen pun kami tak ambil. Saya bukan nak ungkit.

“Tetapi, oleh kerana perkara ini sangat menyedihkan. Tak sepatutnya benda ini jadi begini,” katanya lagi sambil menangis.

Ishak berkata, tindakan PAS itu, terutamanya kepada Lutfi “tidak berperi kemanusiaan” memandangkan keadaan kesihatannya.

Malaysiakini kelmarin melaporkan Harakah sebagai meminta Lutfi, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan dan ditawar pencen illat dengan bayaran separuh gaji Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Lutfi bagaimanapun masih berminat untuk terus memberi khidmatnya kepada akhbar itu sebagai "sumbangan kepada parti".

Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Aktivis media khuatir motif lain

Sementara itu, kumpulan aktivis media bebas Gerakan Media Marah (GERAMM) pula khuatir terdapat motif lain di sebalik tekanan terhadap Lutfi itu dan bukan semata-mata atas alasan kesihatan.

Dalam kenyataannya hari ini, GERAMM turut bimbang terhadap kemungkinan wujud unsur penindasan terhadap tiga pengarang tersebut.

"Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.

"Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.

"Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," kata GERAMM.

Justeru, GERAMM berharap agar kemelut pemecatan itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya.
-mk




ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang. Apa yang ahli-ahli PAS lihat pertamanya ialah tindak-tanduk Mustapha Ali sebagai Setiausaha Agong parti telah banyak menyebabkan "perpecahan" di dalam PAS bertambah melebar.

Kedua, telah menjadi semacam satu sikap golongan UG atau pro-ulamak, mereka bersikap dan bertindak kejam dan zalim. Lihat sahaja apa yang telah mereka lakukan ke atas kedua-dua ADUN Selangor yang hendak perkukuh dan perkuatkan Pakatan Rakyat di Selangor? Mereka gantung keahlian kedua-dua ADUN berkenaan, tetapi mereka (kumpulan UG ini) tanpa segan silu untuk menjawat jawatan-jawatan exco dan speaker di negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Alasan yang dikemukakan oleh Lambaga Pengarah Harakah kononnya mereka menjaga kebajikan Ahmad Lutfi Othman tidak masuk akal. begitu juga dengan pemberhentian Roslan Hamid kononnya untuk mengecilkan operasi serta tindakan memberhentikan secara serta-merta Datuk Tarmizi Md Jam kerana dikatakan tamat kontrak. Alasan-alasan diberikan hanyalah untuk menutup kezaliman dan kekejaman mereka untuk "menekan" supaya mereka bertiga berundur.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai golongan ulamak ini sebenarnya golongan yang sikap dan sifatnya lebih kurang dengan UMNO. Kita lihat bukti-bukti ini:


Bukan itu saja, mereka sanggup menyumpah, memaki, berkahak tuii malah memfitnah. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Kezaliman dan kekejaman UG akan tetap terdedah. Dan hukuman ke atas mereka tetap berjalan... sepertimana banjir berlumpur yang melanda di situ... amat kesian rakyat di negeri itu...

17 ulasan:

Sabtu Awab berkata...

Walaupon saya penyokong PAS, tapi saya dah lama tak beli Harakah kerana kepincangan Lembaga Pengarahnya. Nampaknya tak jauh beza dengan Utusan .

Tanpa Nama berkata...

apa nak jadi ni.lepas satu ...satu masalah apa hal ni...

Tanpa Nama berkata...

Kalau 8 orang di bayar 2.6 juta Berapa pulak Harakah nak bayar 3 orang yg memang sah layak menerima nya

Sekarang Harakah dah macam Utusan Rugi tiap tiap tahun Kena bayar saman beratus ribu Tapi Utusan tak tutup dan masih mampu oprasi Kita tahu mana Utusan dapat duit Tapi Harakah dah rugi dan kalau terus rugi selepas ini dari mana Harakah dapat duit???? Silap haribulan penganti yang baru akan dapat gajj dan elaun lebih dari mereka

UG gagal membawa PAS bersama UMNO Jadi mereka guna cara lain iaitu mereka UG kan Utusan-Harakah Sebab dua dua pun rugi Sehaluan dan sealiran dalam semua berita dan artikal/kolum

Pemikiran ini terbentuk kerana saya banyak membaca tulisan Ahmad Lufti sejak sebelum majalah Detik lagi

Tanpa Nama berkata...

Eluk dan adil sekali jika presiden jugak dinasihatkan letak jawatan kerana selalu tak hadir mesyuarat di sebabkan uzur

PAS boleh hidup tanpa Ulama Tapi Ulama yang tak boleh hidup tanpa PAS

UG membawa PAS untuk bersama UMNO bukan membawa ahli untuk bersama UMNO Sebab itu mereka yang pro Ulama mengatakan akan memantau kumpulan satu lagi kerana perkara ini di bangkitkan oleh kumpulan PĂ„SMA sedangkan mereka hanya menyekat usaha usaha PASMA untuk mendekati ahli

PAS tunggu masa untuk berderai seperti mana Tok Adi terpegun memandang Fazura dalam Maharaja Lawak

Amuraria berkata...

gerombolan UG akan lingkupkan parti Islam tidak seperti Allahyarham Dr Burhanuddin,Ust Fazil Nur & lain2 pejuang Islam sejati tapi kini puak tembolok & kuasa sudah maree ! ABU & lawan geng UG !

Tanpa Nama berkata...

Seluruh suku sakat saya dah lama tak beli harakah sejak puak UG ni dok melabel mengutuk macam-macam siapa saja yang komen ustaz-ustaz yang perasan ulama dan dah macam maksum lagi suci lak tu. Baru kini tau yang jualannya kurang...ingatkan saya dan suku sakat je yang naik meluat, rupanya ramai gak. Stopa Ali tu dan UG tu kan ramai dari Terengganu. Alahai jari telunjuk kelengking berkait, cakap belit-belit bersilang-silang kata, cakap lain lain buat lain sahlah UG dan Ganu. Mana berani berhujah. Melabel..baling batu sembunyi tangan. Saya dan suku sakat semua tak de dapat untung dari PAS. Klau puak ni ada lagi dalam PAS, jangan harap satu undi suku sakat saya dan sesen pun gi kat PAS. Banjir tu tak nak sebut ke pasal ustaz dan kroni yang mentadarah balak. Seciput buat rakyat, banyaknya masyyuk poket gaknya. Pak cik saya kerja gaji besar pun payah nak beli kereta mahal-mahal...isteri satu je dan anak 7 je. Sebab tu Allah bagi banjir. Jawablah ustaz-ustaz macam mana dapat itu fulus. Orang sakit kerja kuat, komen sikit dah tunjuk kuasa dan buat zalim. Maksum sangat dan suci sangat ke. Berlakun dan cakap belit-belit sampai bila.....

Hati Muda berkata...

nak bersama umno mesti perangai macam umno... kalau tak sama , mana boleh ngam... wakaka

abrarmujahideen berkata...

Dah xbeli harakah sbb tulisan subky latif pun xmcm dlu hahaha..

rosli hassan berkata...

Saya cadangkan siapa yang nak pecat orang sila buat satu lagi surat khabar ikut selera sendiri bersama dengan puak-puak yang suka pecat golongan yang tidak sewaktu dengannya,kitapun nak tengok sejauh mana mereka mampu bertahan dengan buah fikiran mereka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Senang je...ni semua salah umno dan bn...mcm biasa letakkan salah pd diorg...padahal perangai sama je lebih kurang...ckp mcm bagus bagai tapi sama je dua kali lima...phuii politik sampah

Tanpa Nama berkata...

muka dia orang pun dah macam muka umno
muka dah tak ada malu Buat perkara tak betul terang terang boleh buat selamba Muka pun dah jadi sama jenis dengan muka e-coli

Alasan ini lah politik Tapi mana Islam nya Menyembur air liur dulu kata dalam Islam pun ada politik

mereka ug memang takut kehilangan pengaruh Kalau mereka rasa hebat mereka berhadapan dengan pro pr Dengan pro pr mereka boleh lemah apalagi dengan kumpulan kumpulan dalam umno

Tanpa Nama berkata...

kalau peminpin Pas lain tak sedar apa yang diuat oleh puak-puak UG dan masih percaya ini fitnah,tunggulah padahnya akan tiba bila pilihanraya nanti.Kalau di Selangor peminpin pas yang bertahan dengan Khalid dulu sepatutnya malu unutk menerima jawatan exco,sebab kita dulu tenguk tindakam mereka,muka takda maruah,kalau mereka ada maruah mereka tak terima apa juga jawatan yang diberi.benci akau lihat mereka ni.lidah sama je dengan wajah hipokrit

Anti Fitnah berkata...

Renungan untuk kita semua:

Kenapa Allah swt tidak membenarkan PAS memerintah Malaysia tapi hanya di Kelantan? Tidakkah Allah swt menyayangi PAS berjuang atas agamaNya? ...
Nampaknya Kalau PAS memerintah Malaysia, apakah mungkin ianya lebih teruk daripada UMNO? Apakah PAS lebih bersifat munafik daripada UMNO?
Kalau UMNO tidak berjuang sepenuhnya untuk Islam, kita tak mampu menyalahkannya kerana UMNO memang parti KEBANGSAAN. Ini PAS, perlembagaannya berpaksikan agama iaitu sunnah dan Al-Quran tetapi masih ada sifat KEBANGSAAN yang amat dilarang oleh agama. Siapa yang lebih bahaya?
Seperti yang saya selalu menyatakan iaitu kalau DAP tidak menyokong HUDUD, kenapa kita nak marah sedangkan kita tahu majoriti ahli (99%) adalah bukan Islam dan perlembagaannya ialah pun bukan mesra Islam? UMNO yang ahlinya Islam (99%) pun tak sokong, siapa yang lebih jahat dan lebih ditakuti? Ingat peribahasa kita, gunting dalam lipatan tu UMNO, Gunting luar lipatan itu DAP. Selalunya yang dok marah DAP tu bersifat KEBANGSAAN dab bukannya bersifat keISLAMan walaupun depa tu duduk dalam PAS.
Cuba kita renungkan Allah swt marah pada siapa? Yang Beriman tapi bersifat munafikun atau yang tidak beriman .... Adakah kita akan membenarkan ISTERI TERCINTA berlaku curang pada kita tanpa perasaan marah atau kita marah dengan kecurangan yang dilakukan oleh ISTERI TERSAYANG orang lain?
Renung-renunglah wahai saudaraku yang beriman atas kalimah Allah swt.

Tanpa Nama berkata...


Kalau di Selangor pemimpin pas yang bertahan dengan Khalid dulu sepatutnya malu unutk menerima jawatan

in respond to January 10, 2015 at 10:38 AM

Teruk teruk cina MCA dia orang pun tak nak terima jawatan kabinet bukan sebab keciwa saja tapi sebab MCA ada maruah dan malu Walaupun akhirnya mereka menerima jawatan teraebut

Orang yang bekerja dengan akhbar seperti Harakah terutama mereka bertiga bukan sikit pengorbanan dan jasa mereka Jangan dibandingkan mereka dengan orang di utusan dengan keadilan pun belum tentu Bukan calang calang orang boleh letak Harakah satu ketika dulu jadi pilihan ramai termasuk saya dan kaum cina Bukan nak salahkan mereka bertiga tetapi suasana politik PAS dah tak menentu

Kita beli Harakah dulu bukan sebab hal politik semata mata tetapi kandungannya berjiwa Islam Selepas ini Harakah akan hilang roh Islam Itu yang di mahukanoleh UMNO Mereka memang bersabar dalam hal ini dan sanggup menunggu selama ini


Tanpa Nama berkata...

Hehehe tuan mesti bukan orang pas. Kerana ikut logik orang atasan pas suci mulia, yang salah semua cina dap.

Pellk juga, masa pru minta cina sokong, lepas tu cina komen sikit pula tunduh cina Hina agama . Sifat Penipu penikam.

Pas ini parti politik ker?

Tanpa Nama berkata...

Rasa Msu pas kata tuan komen ulama sebegini adalah sesalahan besar.

Tanpa Nama berkata...

Apa kah Islam mengajar kita bertindak demikian dan berlaku zholim sesama insan?

Tanda-tanda kehancuran PAS akibat pemimpin yang gelojoh dan tak boleh ditegur.