27 Sep 2014

PAS Selangor Buat Onar Lagi, Cabar Perkenan Sultan


PAS Selangor tidak setuju Azmin kurangkan kuota exco

PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan ia bersetuju agar bilangan ahlinya yang menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikurangkan daripada 4 sebelum ini kepada 3.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau dimaklumkan yang PAS Pusat juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan yang diputuskan menteri besar baharu itu.

"Kami berasakan tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik. Bagaimanapun, PAS mahu melihat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat," katanya.

Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, sebelum ini, 4 exco PAS kekal di dalam kerajaan negeri walaupun yang lain dipecat oleh menteri besar terdahulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, mereka mengambil keputusan kekal demi memastikan kerajaan PR Selangor tidak tumbang walaupun rakan dalam PR lain mempertikaikan tindakan mereka.

"Oleh demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kehilangan itu di luar jangkaan tetapi menerimanya dengan hati terbuka kerana memahami kesukaran Azmin membuat pilihan, lapor Harakahdaily.

Manakala, Dr Ahmad Yunus Hairi, seorang daripada dua exco PAS yang dilantik semula berkata pihaknya terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Sebelum ini, 4 exco daripada PAS ialah Yunus, yang juga Adun Sijangkang, Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka), Sallehen Mukhyi (Adun Sabak) dan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang).

Bagaimanapun, di dalam exco baru diumumkan Azmin pagi tadi, Sallehen dan Dr Halimah digugurkan, digantikan dengan Adun Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.

Khairuddin berkata PAS Selangor juga berpandangan penguguran Dr Halimah dan Sallehen yang berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

Dalam sidang medianya pagi tadi, Azmin menjelaskan keputusan mengurangkan kuota exco PAS itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan dipersetujui pemimpin tertinggi PAS.

"Ini mengambil kira pandangan terbaru dan pandangan semua pihak, dan ia disampaikan kepada semua parti berkenaan, dan itu muafakat yang dicapai semalam," katanya.

Beliau menafikan keputusan dibuat kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar yang dikemukakan PKR dan DAP sebelum ini sehingga dianggap mengkhianati permuafakatan PR.

"Itu bukan isu. Kita mahu maju ke hadapan dan perkara itu sudah dibincangkan beberapa hari lalu," katanya.


Exco: Satu lagi pengorbanan yang PAS lakukan

KUALA LUMPUR: PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.

Pagi tadi, menteri besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Adun PAS terdiri daripada Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Zaidy adalah muka baru manakala exco yang tidak dikekalkan ialah Ustaz Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP.
-HD


ULASAN GB

Nampaknya PAS Selangor buat onar lagi, tak setuju dengan peruntukan jawatan exco sedangkan PAS Pusat melalui kenyataan Setiausaha Agongnya menyatakan "PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang ".

Semua orang tahu, Khairuddin adalah seorang anak didik Hassan Ali. Kini beliau menggunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor untuk menafikan kenyataan Setiausaha Agong PAS Pusat. Saya katakan begitu kerana jika PAS Selangor tidak bersetuju sudah tentu Iskandar Samad, Dr Ahmad Hairi Yunos dan Mohd Zaidy Abd Talib tidak menerima perlantikan jawatan exco. Tetapi ketiga-tiga telah bersetuju. Mengapa tiba-tiba sekarang PAS Selangor kata tidak bersetuju?

Apakah kerana Khairuddin kecewa kerana dirinya tidak dilantik? Samalah perangai Hassan Ali dulu.

Dr. Ahmad Yunos Hairi pula menyatakan "ada hikmah" di sebalik pengurangan jawatan exco yang diperuntukkan kepada PAS.

Sikap yang ditunjukkan oleh Khairuddin itu seperti mencabar dan tidak patuh kepada perkenan Sultan. Sedangkan golongan inilah juga yang meminta supaya semua pihak perlu menghormati Sultan di dalam pemilihan MB yang baru dulu. Saya bersetuju dengan saranan seorang sahabat, Khairuddin boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Sultan. Amacam?

Kerana jawatan, kini golongan UG di Selangor berantakan. Mereka berantakan sesama sendiri. Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Mendedahkan wajah-wajah sebenar siapa mereka di dalam PAS yang Pesuruhjayanya dilantik oleh Tn Presiden PAS sendiri mengenepikan Dr.Abd Rani Osman dulu.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Politik...............tunggu p/raya 14

diod berkata...

GB kuat sangat berpolitik sampai lupa kelebihan 10 hari awal bulan zulhijah.

Tanpa Nama berkata...

PAS menyertai BN tahun 2015 semakin menjadi kenyataan. Dalam PRU14, Pakatan Rakyat hanya terdiri dari PKR dan DAP sahaja. Manakala PAS akan bertanding di bawah tiket BN. PAS akan diperuntukkan sebanyak 12 kerusi untuk berlawan satu sama satu dengan PKR atau DAP. Manakala 4 kerusi exco dan Speaker ditawarkan kepada PAS sebagai insentif. Tawaran lain termasuk ahli lembaga pengarah GLC.

Tanpa Nama berkata...

Ye laah tuu.....apapun hidup mesti terus...agama dan politik bersatu mesti terurus....berseliseh pendapat itu biasa...sedangkan lidah lagi tergigit...anak2 tidak suka dengan arahan ibu dan bapa....inikan pula politik....sekejap lagi sejuk laa ia......tak lama....
..........doakan...aamiin...wslm

Tanpa Nama berkata...

Dunia akhir zaman ni kita lihat orang yg duduk dalam jamaah Islam terdapat macam-macam species: ada talam 2 muka, lidah bercabang, bodoh sombong, sifat ego, sombong,tikam belakang, runding dalam gelap dan species bewak afrika pun ada. Jangan layan je mangkok hayun Pas ni...

IbnAbdHalim berkata...

PRU14 Pas akan hilang semua kerusi Selangor dan banyak kerusi DUN dan Parlimen ug ramai pengundi bukan Melayu. Jgn ingat kawasan Melayu juga akan selamat sbb UMNO masih ada. Ini adalah akibat politik buruk Pas.

air gunung berkata...

Aku rasa dia ni x lama lg kena sumpah daulat jd hard rock cafe.hari tu beria2 ikut titah soltan.hehehehe.lawak nak mampos.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...September 27, 2014 at 10:22 AM

WOW HEBAT ya ....tak sangka ya KEPIMPINAN PAS PUSAT boleh ketepikan AMANAH ahli parti & pengundi-pengundi...

kot jadi macam keretapi...HANYA kepala SAJA BERJALAN..Gerabak LINTANG PUKANG tak mau jalan ikut roda berkarat.

Unknown berkata...

Dalam Pas ada satu lagi badan yang teragong dn berkuasa (berkuAsa merosak)....Majlis Syura Senyap2 Ula(r)ma.

abuamir berkata...

Hari tu kata tak pelahap dgn jawatan, skg dok memekak nak jawatan pula. Apa nak jadi dgn spesis UG ni. Keluar aje dari PR kan senang nanti bukan setakat jadi MB, PM pun boleh lantik tengku Li. Presiden PAS nak jadi nelayan, jadi lebih baik PAS jadi pertubuhan nelayan aje kan ke mudah, tak payah nak sibuk dgn politik mesia.

Moh pemimpin PAS semua kita ke laut......tengganu kite.

abuamir berkata...

Hari tu kata tak pelahap dgn jawatan, skg dok memekak nak jawatan pula. Apa nak jadi dgn spesis UG ni. Keluar aje dari PR kan senang nanti bukan setakat jadi MB, PM pun boleh lantik tengku Li. Presiden PAS nak jadi nelayan, jadi lebih baik PAS jadi pertubuhan nelayan aje kan ke mudah, tak payah nak sibuk dgn politik mesia.

Moh pemimpin PAS semua kita ke laut......tengganu kite.

Amuraria berkata...

kah kah kah apa punya kolom depa dok buat ,sat setuju sat tak setuju,sat ikut perintah sultan sat pertikai pulak apa raa ,kalu macam ni pakai dengak la pru14 nanti ,ABU !

BaDiN berkata...

ok kali ini org PAS undi PAS,org PKR undi PKR,org DAP undi DAP bila masing2 menang,perintahlah di DUN masing2 ,jgn nak mimpi nak perintah negara jika asik nak berkelahi je..Aku pada PRU 14 ni Konform tak undi sapa sapa.kalau pergi pun aku bawa balik kertas undi tu buat Kenangan kalau beginilah keadaannya berterusan berbalah sesama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Tok sah dok peduli lah mb ooiii...hg buat keja dulu kita nk tgok...dok lyan depa ni bole mmpoihh...hg ingat berani ka nk boikot...mau makan pa...nk byaq range rover lagi...keh3

BaDiN berkata...

kemelut MB sdh berakhir tapi kemelut sesama sendiri tidaj berkesudahan,ok kali ini org PAS undi PAS,org PKR undi PKR,org DAP undi DAP bila masing2 menang,perintahlah di DUN masing2 ,jgn nak mimpi nak perintah negara jika asik nak berkelahi je..Aku pada PRU 14 ni Konform tak undi sapa sapa.kalau pergi pun aku bawa balik kertas undi tu buat Kenangan kalau beginilah keadaannya berterusan berbalah sesama sendiri.Tapi nak undi dacing tidak sekali kali..Adakah semangat ini mahu dibawa ke medan PRU14 nanti.NOKTAH...

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah
geli melihat puak ni!
semua kerana pengaruh dan nama!
siapa kebih kuat?
siapa mesti jadi ketua?
siapa mesti perintah?
siapa mesti perintah?
siapa mesti diperintah?
semua ini telah menjahanamkan ukhuwah!
semua telah membatalkan ikatan!
semua ini telah mengocangkan pakatan.

yang nak keluar PR, biarlah ikhlas keluar, secara baik.
yang nak dalam PR bercakap benar.
yang nak bersama, pergi mampus, kami tak mahu tengok.

Tanpa Nama berkata...

Baiknya BARANG naik baik hanya 12 kerusi bagi parti barua drpd 56. Memang selari dengan status parti barua

Tanpa Nama berkata...

Ahli2 perlu tindak Cepat buang tuang president barua dan ular semak UG yang khianat. Kalau tidak sila keluar PR sekarang

Tanpa Nama berkata...

Dia dah jadi tukang tuang minyak sekarang ni. Jgn seluruh Dungun jadi abu dah lah.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Ambe rasa masanya telah tiba utk golongan prefesional keluar dari Pas. Kini setiap hari blogger dan rakyat melaysia mempertikaikan Pas dalam PR. Imej golongan profesional dalam pas juga turut terpalit keburukkan dari perbuatan pemimpin atasan wahal mereka sebanarnya juga tidak berpuas hati dgn kepimpinan namun mengambil sikap berdiam diri. Tapi jangan sampai kami penyokong PR menganggap golongan profesional tiada tel*r dan takut kehilangan kuasa dan pangkat dalam parti. Sudah la wahai golongan profesional tik kira pasma ke atau apa-apa pun, masanya telah tiba untuk keluar dari Pas dan bersatu dalam PR untuk PRU14. GB kalau golongan profesional ini tak mau keluar dari Pas, mohon dikurangkan berita yang menguntungkan BN. PRU14 tak kira pas ke atau pasma, BN mesti dikuburkan... Maaf pada semua, ambe bukan tak suka ulama tapi ulama perlu tunjukkan role model yg baik bdan tetap dalam pendirian dan budi bicara..

Tanpa Nama berkata...

Kita tgk prestasi pkr kawasan majoriti melayu.

in response to ok kali ini org PAS undi PAS,org PKR undi PKR,org DAP undi DAP bila masing2 menang,perintahlah di DUN masing2 ,jgn nak mimpi nak perintah negara jika asik nak berkelahi je..Aku pada PRU 14 ni Konform tak undi sapa sapa.kalau pergi pun aku bawa balik kertas undi tu buat Kenangan kalau beginilah keadaannya berterusan berbalah sesama sendiri., by BaDiN.

Anti Fitnah berkata...

Kan Allah swt dan Nabi daha berpesan, "munafikun ni memang cakap tak serupa bikin. kerja berbelit, berbelit, berbelit lidah bila berkata. Kalau boleh buat fitnah, pasti akan dibuat semata-mata untuk merai kelebihan."

Tanpa Nama berkata...

Ngata diri sendiri nampak