8 Dis 2014

UMNO-BN Malu Lihat Urustadbir Kewangan Yang Cekap & Bersih Di Selangor?


Ketua pembangkang Selangor letak jawatan

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Shamsuddin Mohd Lias meletakkan jawatannya ha‎ri ini selepas menolak jawatan sebagai pengerusi Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri.

Shamsuddin berkata, jawatan ketua pembangkang yang mewajibkannya menjadi pengerusi PAC itu tidak lebih seperti menjadikannya sebagai boneka kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tiada pilihan melainkan sama ada saya mempertahankaan prinsip yang menjadi asas integriti saya atau menerima tawaran di mana kuasa hanya pada nama.

"Tetapi tangan saya terikat rapi serta terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi pengerusi PAC kelak," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini. -TMI

ULASAN GB

Di negeri-negeri dimana UMNO BN memerintah termasuk kerajaan Pusat, jawatan Pengerusi PAC tidak pernah dapat disandang oleh Ketua Pembangkang. Hanya di negeri Pakatan Rakyat, pembangkang iaitu UMNO BN diberi peluang untuk menjadi pengerusi PAC.

Apakah kerana UMNO BN terasa "malu" dan "pilu" untuk melihat kebersihan pentadbiran kerajaan PR Selangor berbanding dengan kerajaan-kerajaan yang diperintah UMNO BN sehingga tidak sanggup untuk menjadi pengerusi PAC?

Alasan bahawa tangannya nanti terikat rapi serta terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi pengerusi PAC kelak hanyalah alasan semata-mata untuk menutup "kemaluan" apabila dibandingkan dengan urustadbir kewangan di zaman UMNO BN memerintah.

Sementelah lagi, sama dengan penolakan peruntukan RM200,000 kepada ADUN-ADUN pembangkang di Selangor, penolakan menjadi Pengerusi PAC dapat dibaca sebagai ada arahan dari pucuk pimpinan partinya agar tidak menjadi contoh untuk kerajaan-kerajaan UMNO BN yang terpaksa mengikut langkah kerajaan PR Selangor untuk memberikan pengiktirafan yang saka kepada Ketua pembangkang di negeri-negeri yang diperintah UMNO BN.

Rakyat tidak bodoh untuk membaca semuanya itu.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia ni beriya suruh anwar letak jawtan, last2 dia letak jawatan dengan alasan bodoh..muka tak hensem tak per.. Jangan bodoh sudah..

Tanpa Nama berkata...

tangan terikat?hahahahah lawak bodoh makcik pakcik kampung felda miskin pecaya.Bukan suruh kebas duit pun,suruh kira duit je.kalo tak cukup duit,ada org bawak lari duit maka report la kat TV umno tv3 atau RTM tu,,abis crita..

Tanpa Nama berkata...

Ketua Pembangkang takut soal2 kawanan nya mentedarah harta rakyat siang malam , itu buat pencen.

Bahalol saja

Amuraria berkata...

kulit babi pun tak setebal daaa ! ABU !

Mat dGunung berkata...

Simple....senang jer faham. Kalau dia terima maka negeri BN perlu ikut contoh bagi boss PAC kat pmbagkang so mereka akan telus, berkata benar, memang tak ada kuada pun. PAC negara pun sama, tapi faham2 la kalau telus ni, takut berselerak ! Mat di gunung yang tak sekolah pun faham !

Tanpa Nama berkata...

Apa yang tun kata betul LA tu.

Tanpa Nama berkata...

BADAN AJE BESAR TAPI HATIKECIK

Tanpa Nama berkata...

Pemalas nak buat kerja tu

Tanpa Nama berkata...

Mcm dia sendiri pun ada skandal je...., takut terbongkar le tu....

IbnAbdHalim berkata...

Kalau tak mahu berkhidmat kepada rakyat eloklah letak jawatan sbg ADUN.

air gunung berkata...

Apa lagi ada dgn united malay national organisation.
Nak kata kartun kang kena mcm zunar.
Nak kata gila duit diorg tau guna
nak kata waras dah jelas nmpk ader fius terbakar n wayar putuih.
Gelak ajer laa
kah kah kah kah kkah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah.
Umngok.makhlok paling pelik
kah kah kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

azming lupa beritau dia ke yg elaun kehadiran ialah rm100000 sekali mesyuarat dan kereta Bentley cam adik timbalan menteri sbg kete rasmi?

cili pedas berkata...

Sudin..ooo sudin ngko di mana..ngko di mana..sudah la tangan terikat konon,nak menipu pun patut2 la..

Ammy Hassan berkata...

Inikalilah... Innalillah, ada harapan pilihanraya kecil sg burung. Adunnya diserang sakit jantung kerana tekanan kiri, kanan, atas, bawah...

Tanpa Nama berkata...

Hari Hari Minta Rakyat Keturunan Felda Berubah Tapi UMNO Yang Takut Pada Perubahan

Tanpa Nama berkata...

ADUN yang pengecut, tak mahu pikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Sila letak jawatan, beri peluang kepada orang lain. Gaji dan elaun sanggup terima dengan senang hati. Inilah standard pemimpin UMNO di Selangor.

bat8 berkata...

Tuan,

Dato Lias baru perasan dia k3na mainkan oleh pemimpin2 UMNO Selangor yang cerdik. Depa saja pedajal Dato Lias untuk jadi badut bagi pihak mereka. Yang patut jadi ketua p3mbangkang DUN S3langor ialah YB Dato Shukur Idrus. Tapi dia cerdik, dia tahu dia tak mampu nak lawan, jadi depa suruh Dato Lias yang serba blur dok depan jadi kartun!