9 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] Memalukan Negara: Insiden Penyokong Harimau Malaya Pukul Rakyat Vietnam


Hooligan’ kena cekup

Shah Alam: Enam penyokong Malaysia ditahan polis dalam dalam perlawanan separuh akhir Harimau Malaya menentang Vietnam pada Piala AFF di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, lima orang ditahan atas kesalahan membakar suar manakala seorang lagi terbabit dalam pergaduhan dengan seorang penyokong Vietnam.

“Lima lelaki yang ditahan kerana membakar suar di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung walaupun arahan untuk tidak berbuat demikian sudah dikeluarkan.

“Seorang lagi ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Vietnam itu berlaku pada minit terakhir perlawanan susulan provokasi yang dimulakan penyokong Malaysia.

"Pergaduhan itu dapat dileraikan dengan tindakan pantas polis yang bertugas namun penyokong Vietnam yang cedera enggan membuat laporan polis walaupun sudah dinasihatkan berbuat demikian," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, semua lelaki berusia 20-an yang ditahan sudah dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Facebook (FB), menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam.

“Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia,” tegasnya.

Menurutnya, beliau masih menunggu laporan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung perkara itu. -HM


Pergaduhan Penyokong Malaysia Pukul Vietnam AFF Suzuki 2014

Insiden kes pergaduhan penyokong Malaysia pukul penyokong Vietnam pada Semi Final AFF Suzuki 7 Disember 2014.

Insiden separuh akhir pertama AFF Suzuki amatlah memalukan Malaysia sebagai tuan rumah apabila diakhiri dengan kes penyokong Harimau Malaya memukul penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam.

Punca pergaduhan itu disebabkan penyokong Malaysia tidak berpuas hati apabila Malaysia tewas kepada Vietnam dengan gol 1-2.

Seperti sedia maklum, kalah dan menang adalah adat pertandingan.

Namun, sikap segelintir penyokong Malaysia yang terlibat dalam pergaduhan tersebut adalah amatlah memalukan negara.

Selepas ini, perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Hanoi Vietnam pada 11 Disember 2014. Apakah nasib penyokong Malaysia ketika di Stadium Hanoi nanti?
-melvister.com







ULASAN GB

Like minister like supporter?

11 ulasan:

Awanama berkata...

Setuju dgn GB, kalau dah menterinya berperangai samseng, fanatik sukan pun ikut jadi samsenglah juga.

Awanama berkata...

Bila ketua sudah bahalol tahsp gangster , anak anak melayu pun ikut sama lah.

Bahslol nya Melayu ; Melayu boleh kluar dari kampong tetapi Bahalol Melayu Kampong tak boleh kluar dari Melayu.

1Bahalol bah...

air gunung berkata...

Betul.aku pon pelik dgn penyokong bola kat negara neh.makin langit makin kelabu asap kepala hotak.dulu2 org krg pelajarn x der plak nak merembat bab bola neh.kalo merembat pon geng bola kampung jer.yer...ia makin menjadi2 bila yg jadi menterinya kaki provoke time kempen pilihanraya.kira samseng laa.tergelak plak bila teringt kepala dia kena botol air yg dipunggai geng seniri.kah kah kah..lps tu meroyan mcm nenek nyanyuk.kih kih.
oercaya tak kalo kita kata penyokong2 sukan n bola kat negara neh makin bengong sejak KJ jafi menteri.makin menjadi2.tak kira la jdt kaa phang kaaa klate kaa serawak kaaa...neh dah tahap negara plak.pasal mat samseng dah jadi menteri.org tua2 kata
BAPAK BOREK ANAK RINTEK.Tp dasar muka tak malu...x der hal punya...kita tgok plak time main kat vietnam..keh keh keh.ada berani kaaa geng x melayu hilang di dunia neh.ingattt.Fakta yg x dpt dinafikan.tercatat dgb tinta emas.
AMERIKA TERGOLEK DOG DGN RAKYAT VIETNAM.
KALAH N CABUT LARI.
Malaysia ada apaa...cincin n beg rgn jer kah kah kah kah

Awanama berkata...

lagak mcm m'sia ni biasa masuk world cup. fanatik x bertempat. sukan asia pon x layak bro. jagalah etika, berdisplin mcm korea n jepun..

Awanama berkata...

Keputusan perlawanan bola sepak Malaysia lwn Vietnam membuktikan bahawa pasukan negara ini bukannya jaguh kampung!!!

Awanama berkata...

Selalunya golongan yg x de quality mula lah nak jadi hero. Bila dlm kumpulan sendiri wah bukan main perkasa lagi. Hantar saje ke enam2 penyokong tu ke Vietnam bila Mesia bertemu Vietnam disana. Nanti boleh kita lihat kejantanan mereka. Abih diamoknya org Vietnam.

mat d'gunung berkata...

Kalau dah samseng sangat, haa nanti ikut ler team Malaysia ke Vietnam. Tunjuk kau punya samseng kat sana, baru kau tahu langit putih ke kelabu, jangan nerani depan rumah kau jer.....Bodoh punya penyokong !

obat pelangsing perut berkata...

skill tak ada mendingan penonton vs penonton

agen resmi pelangsing wsc biolo berkata...

tonjok terus ,piala dunia tak akan di raih

Awanama berkata...

Ini semua bangang, memalukan..bg gua sekor2, mmg tumbang drg ni..apa lg nk ke vietnam..amerika pun susah payah berperang dgn vietnam..apa pulak malaysia ni yg melayu pun dah bangang mcm ni..

Awanama berkata...

Malaysia kalau nak selamat masa lawan vietnam nanti bagi menang free je kat vt6 tu 4-0 tak ada lah penyokong vt6 naik angin maka selamat pergi dan selamat lah pula kembali pemain pemain Malaysia