10 Dis 2014

Sahabat Baik Si Itik Dan Si Monyet Ini Kini Sudah Tiada Lagi...


Masihkah anda ingat akan gambar monyet dan itik ini? Gambar mesra antara dua ekor spesies yang berbeza ini pernah mendapat perhatian ramai di media sosial Facebook pada satu ketika dahulu. Kini mereka berdua telah terbunuh dalam satu kebakaran yang berlaku pada 1 Disember lalu ( Isnin).

Kebakaran yang berlaku di alamat No 495 Moo 1. Plutaluang. Sattahip, Chonburi, Thailand itu, telah menjadi titik pengakhiran antara mereka dua ekor. Persahabatan dan hubungan intim mereka hingga hujung nyawa.

Trailer Jualan, 44 tahun, pemilik rumah kayu papan itu berkata, " kebakaran itu berlaku dengan pantas sekali apabila api besar mula merebak." Namun, dia memberitahu sempat putuskan wayar eletrik bagi menghalang api daripada terus merebak lagi besar.

Si Itik dikatakan sedang mandi di dalam bilik air ketika kebakaran itu berlaku. Si itik tidak dapat meloloskan diri kerana terperangkap dengan nyalaan api. Lantas, sahabat baiknya Si Monyet yang ketika itu sedang memanjat pokok kelapa, bertindak nekad masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkannya. Tapi malangnya, mereka gagal keluar bersama.


Keadaan Michael dan Cotton yang kaku selepas menemui ajal.

Tuhan lebih menyayanginya apabila mereka berdua ditemui mati bersama di dalam bilik air akibat lemas dengan asap kebakaran.

Pihak Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk memadamkan api yang marak itu. Bagaimanapun, jasad Si Monyet dan Si Itik itu tidak dijilat api kerana mereka berada di kedudukan yang strategik.

Selepas itu, hujan gerimis mulai turun seakan menangisi pemergian mereka berdua.

 

Orang ramai juga kelihatan sebak melihat tragedi yang menyayat hati itu

Lebih sebak lagi, tuan kepada dua ekor bintang itu yang memelihara sejak mereka lahir lagi.

Jasad mereka dikebumikan bersama-sama di bawah pohon kelapa.

5 ulasan:

Awanama berkata...

Binatang pun tahu saling menyayangi dan akrab walau berbeza spesis, begitu juga tuan mereka. Dlm masyarakat binatang tiada yg bersifat manusia tetapi dlm masyarakat manusia ada yg bersifat binatang malahan yg lebih teruk lagi pun ada.

Awanama berkata...

begitu lah luasnya kasih sayang Allah

kalau kita ada rasa benci pada seseorang maka kita sepatutnya ada rasa keciwa kerana kita tidak mendapat kasih sayang dari Allah seperti mana telah di beri kepada Michael dan Cotton

Awanama berkata...

Sedih lah

Mereka lebih aman dari Mahathir , Najib , Hadi & Anwar Ivrahim

Awanama berkata...

8 53 am

mereka aman kerana mereka berdua tetapi jika ada monyet lain merampas keamanan monyet tersebut Apakah yang akan berlaku ? Apakah yang perlu anon lakukan ?

Awanama berkata...

Kalau tak salah saya, gambar 1 dan 2 ada perbezaan pada jenis itik. Gambar 1 macam itik nila. Dan gambar ke 2 macam itik angsa. Boleh bezakan itik nila & itik angsa melalui paruh & kaki itik. Paruh itik nila panjang sikit dari itik angsa. Dan kaki itik angsa lebih panjang dari itik nila