25 Dis 2014

Putrajaya Mahu Undang Bala Lagi, Batalkan Segera Konsert Tahun Baru 2015!


RRata-rata pengguna media sosial hari ini mempersoalkan tindakan Perbadanan Putrajaya yang masih belum membuat sebarang keputusan pembatalan Konsert Ambang Tahun Baru 2015 yang ditaja oleh AMBANK ,bertempat di hadapan bangunan Kementerian Kewangan pada 31 Disember ini.

Mereka mendesak Perbadanan yang dipengerusikan oleh Ybhg Tan Sri Aseh Che Mat, dapat membuat keputusan segera untuk membatalkan acara berkenaan, memandangkan hampir 60 ribu mangsa banjir diseluruh negara masih dalam keadaan yang tidak menentu.

Keadaan banjir yang masih tidak nampak akan surutnya khususnya di negeri pantai timur mengundang rasa simpati keseluruhan rakyat Malaysia dari didalam dan luar negara.

Walaupun konsert berkenaan tidak mengunakan duit kerajaan, memandangkan ia ditaja sepenuhnya oleh AMBANK, akan tetapi pihak penganjur serta Perbadanan Putrajaya harus menjaga sensitiviti mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam banjir buruk yang luar biasa kali ini.

Difahamkan konsert AMBANK Ambang Tahun Baru 2015 jika diteruskan akan menelan belanja RM3 Juta ia peningkatan dari tahun pertama yang berjumlah RM1.5 juta.

Penganjur turut menyasarkan 500,000 ribu pengunjung akan hadir di malam 31 Disember berkenaan dimana 100,000 adalah penduduk Putrajaya manakala selebihnya hadir daripada penduduk sekitar . - Orangmuda.tv


RM3 juta kos sambutan Ambang 2015 di Putrajaya

PUTRAJAYA 15 Disember: Kira-kira 500,000 pengunjung disasarkan menghadiri sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di Putrajaya yang dianggar akan menelan kos mencecah RM3 juta pada malam 31 Disember nanti.

Kebanyakan pengunjung yang akan hadir dijangka adalah pengunjung dari luar Putrajaya dengan pertanyaan mengenai sambutan berkenaan semakin popular diajukan, kata Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, hari ini.

“Seakan sudah menjadi satu trend di Putrajaya semua orang berminat nak tanya pasal program ini.

“Di Putrajaya dianggarkan ada 100,000 penduduk selebihnya yang mungkin akan datang memeriahkan Ambang 2015 nanti adalah penduduk sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

Antara tarikan utama ialah pertunjukan bunga api selama kira-kira 10 minit selepas kiraan detik 12 malam dan sebelum itu konsert Ambang 2015 Putrajaya yang membabitkan persembahan seramai 10 artis tersohor tempatan.

Antara yang akan tampil mengegarkan pentas Ambang 2015 Putrajaya ialah Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah, Datuk David Arumugam, Amy Search, kumpulan Sweet Charity, Hafiz, Adira, Suki dan Goldkartz.

Pada 31 Disember tahun lalu, ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka disambut tanpa percikan bunga api, malah konsert yang sedang berlangsung ditamatkan lebih awal sebelum detik 12 malam apabila peserta demonstrasi yang menggelarkan diri mereka Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (TURUN) merempuh masuk ke padang dataran dan mengganggu perjalanan majlis.

Ditanya mengenai sama ada kos kira-kira RM3 juta agak mahal untuk sambutan detik ambang tahun baru yang hanya beberapa jam, Aseh berkata ia tidak sepatutnya menjadi isu.

“Kepuasan manusia tidak terbatas. Tahun pertama RM1.5 juta tahun kedua RM2 juta dan tahun ketiga kemungkinan RM3 juta.

“Kita mahu persembahan yang menarik dan dalam situasi semua naik harga, tiap tahun takkan kurang perbelanjaan yang ditanggung,” ujarnya dalam sidang media sempena pra-Pelancaran Ambang 2015 Putrajaya di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Isnin.

Untuk tahun ke-10 sejak 2003, Kumpulan AmBank terus menjadi penaja utama sambutan ambang tahun baru, termasuk kali ketiga yang bakal diadakan di Putrajaya hujung tahun ini.

Turut hadir pada sidang media pada Isnin ialah Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim yang berkata, beliau berharap konsert Ambang 2015 Putrajaya kali ini dapat memupuk semangat perpaduan dan muhibbah di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Objektif utama Ambang 2015 Putrajaya ini bagi menyokong semangat muhibah antara rakyat sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya tanpa mengira bangsa dan agama.

“Matlamat lebih besar bagi mempersembahkan konsert untuk menggalakkan keharmonian dan semangat muhibah melalui muzik selain menarik kehadiran lebih ramai pelancong dan warga asing yang menetap di negara ini,” ujarnya.

Konsert Ambang 2015 Putrajaya nanti juga merupakan cara kumpulan AMBANK mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggannya, serta sebagai satu daripada tanggungjawab sosial kepada masyarakat daripada pihak pengurusan Kumpulan AMBANK.

“Saya dan pengurusan AMBANK baru semalam balik dari Penjara Pokok Sena untuk tujuan CSR (Corporate Sosial Responsibility) dan konsert Ambang 2015 ini adalah salah satu tanggungjawab sosial kami dengan hasrat untuk jalinan muhibah antara semua kaum melalui seni hiburan,” ujarnya.
-therakyatpost



Adakan solat hajat, batalkan acara hiburan, titah Sultan Perak

KUALA LUMPUR: Susulan keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke sesi taklimat situasi banjir di negeri Perak dan lawatan Baginda berdua ke pusat-pusat pemindahan mangsa banjir, Baginda telah menitahkan tiga perkara untuk diambil tindakan.

Baginda bertitah agar kesemua masjid di negeri Perak mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat pada 26 Disember 2014 bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk meringankan tanggungan dan ujian agar situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sedia kala

Selain itu, sebarang acara konsert atau acara berunsur hiburan sekiranya ada dirancang menjelang sambutan tahun baru, termasuk acara-acara seumpamanya yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi Kerajaan Negeri, hendaklah dibatalkan.


Baginda juga memberi perkenan untuk Yayasan Sultan Azlan Shah mengurniakan dua pasang pakaian dan kasut sekolah kepada setiap pelajar dari kalangan mangsa banjir.

Kenyataan media dari Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Kuala Kangsar itu dikeluarkan dengan titah perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melalui Setiausaha Sulit Baginda, Toh Demang Perwira Mohd Rasid Hussin Shah.
-astro awani










4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sabar dulu..kata Najib. Bila dia balik Malaysia nnti, dia umumkan sambutan tahun baru di putrajaya dibatalkan. Masa tu..hilanglah kemarahan rakyat kat dia sebab masih sempat main golf saat negara ditimpa bencana banjir. Nampak tak permainan dia.

Tanpa Nama berkata...

perkasa pon dh tegur si najib muka mcm telo ayam ni kurangkan ke oversea. besar belanjanya, guna duit rakyat pulak. mmg degil si muka telo ayam ni, semmgnya x peduli hal rakyat! anak2 dia pon 2x5..

Tanpa Nama berkata...

Terjerit jerit 1 Malaysia

Entah tang mana nya yang 1 entah lah

Dari Sabah hingg ke Perlis minta sumbangan masuk ke akaun untuk bantu mangsa banjir

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah semoga bantuan banjir terus disalurkan bukan sahaja dari segi material tetapi juga daripada segi emosi/spritual.