23 Dis 2014

ILHAM CENTER: PAS Bakal Kalah Teruk Dalam PRU14 Kecuali...


Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot

KUALA LUMPUR: Selepas krisis menteri besar Selangor, isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan yang mengandungi hukum hudud dan krisis dalaman parti yang semakin parah, PAS sehingga hari ini, dilihat bakal kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lebih memburukkan keadaan, PAS juga dilihat berpotensi besar untuk kehilangan beberapa kerusi parlimen di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar selain masalah dengan pengundi bukan Melayu, PAS juga berdepan krisis dalam parti yang paling teruk selepas PRU13.

Katanya, Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat September lepas memperlihatkan betapa krisis dalaman parti itu semakin meruncing dan membuatkan persepsi terhadap parti Islam itu bertambah buruk.

"Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyokong PAS cenderung untuk tidak lagi memberi undi kepada parti Islam itu dalam PRU14.

"PAS bukan hanya perlu ubah persepsi mereka di mata pengundi bukan Melayu tetapi perlu segera menyelesaikan masalah dalam parti yang paling teruk setakat ini.

"Namun ia bukan bermakna UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan mendapat manfaat daripada situasi ini, sebaliknya pertarungan kedua parti bertambah sengit," katanya dalam satu pertemuan bersama Astro AWANI.

UMNO, kata Hisomudin tidak boleh mengambil mudah situasi ini kerana pengundi melihat parti itu masih lagi tidak berubah.

Katanya, pengundi bukan Melayu mungkin tidak akan bersungguh-sungguh untuk keluar mengundi di kawasan yang mana berlakunya pertandingan melibatkan calon PAS dan UMNO.

"Kawasan yang mana terdapat pengundi bukan Melayu yang agak tinggi peratusannya, yang melibatkan pertandingan antara PAS dan UMNO akan menghadapi masalah penurunan sokongan bukan Melayu.

"Tidak seperti PRU13, pengundi bukan Melayu ketika itu bersunguh-sungguh mahu memastikan calon yang mewakili Pakatan Rakyat menang.

"Namun situasi sama dijangkakan tidak akan berlaku lagi pada PRU14 nanti, terutama melibatkan kawasan ditandingi PAS," katanya lagi.

Hisomudin berkata, krisis menteri besar Selangor menyebabkan pengundi bukan Melayu melihat PAS sebagai parti yang tidak mementingkan kesepakatan.

Katanya, desas-desus yang mengatakan PAS mahu bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Selangor membuatkan pengundi bukan Melayu hilang kepercayaan terhadap PAS.


"Situasi ketika itu ialah Pakatan Rakyat mahu menyingkirkan Tan Sri Khalid, tetapi perkara itu berlanjutan dan pengundi bukan Melayu melihat PAS mengambil keputusan untuk tidak sepakat.

"Dengan cerita kerjasama dengan UMNO itu membuatkan pengundi bukan Melayu merasakan bahawa PAS menikam rakan sendiri," jelas beliau.

Namun Hisomudin menjelaskan, situasi ini mungkin berlaku sebaliknya jika berlaku perubahan dalam kepimpinan PAS pada pemilihan parti itu tahun depan.

Selain itu, pemimpin PAS perlu bekerja keras untuk memulihkan sokongan pengundi bukan Melayu supaya dan mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. -astroawani

ULASAN GB

Mesti ramai dari kalangan puak UG melenting dengan kenyataan Pengarah Eksekutif Ilham Center di atas.

Sedangkan itulah hakikat sebenarnya. Itu pandangan orang di luar PAS. PAS akan kalah teruk di dalam PRU yang akan datang kecuali jika berlaku perubahan dalam kepimpinan PAS pada pemilihan parti itu tahun depan.

Maksudnya hapus dan turunkan semua yang berstatus UG dari barisan kepimpinan PAS di semua peringkat!

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku ahli pas dan mengundi pas pada PRU13..kalau hadi awang masih presiden aku tak akan bantu jentera pas, dan aku tak akan sokong pas dan bn. UG dan Umno takdak beza. satu undi untuk UG bermakna satu undi untuk BN.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ni aku sokong PAS dan amat berharap PAS jadi tunjang PR. Selalu pegi ceramah dan aktiviti PAS dan ada juga keluarkan sumbangan untuk PAS. Tapi lepas PAS buat hal dalam kes MB Selangor, boleh pegi mampos la dengan PAS. Memang aku takkan sokong PAS lagi, sampai la geng-geng UG dinyahkan dari PAS.

Tanpa Nama berkata...

Tghh kena lepaskan jawatan dan beri pada abg Mat Sabu. Sbb abg mat Sabu boleh diterima oleh semua pihak dlm pakatan..dan disukai ramai

Tanpa Nama berkata...

Saya dan pengundj cina harap pas kalah kerana satu parti yang tipu pengundi dan Tikam rakan

Ada geng UG kata mereka tidak perlu undi cina dan mereka boleh buat pkr dap kalah.

Jawapan saya, Cina tidak kisah jika anwar tidak dapat ambil alih putrajaya dan LGE kalah Pulau Pinang, semua ini dah boleh terima banding dengan sokong parti pas yang nyata tidak boleh di percaya lagi,

Parti pas tipu rakyat dan Tikam rakan sepakat, siapa nak mereka? Unmo pun tidak akan bersama pas belum Kira parti bn bukan unmo di Sabah Sarawak yang mempunyai 40-50 kerusi.

Kesimpulan, parti pAs boleh pergi Mampus dalam Aliran politik, mereka akan tunduh cina "anti agama" sebagai Alasan kalah politik.

Pas ini jauh lebih teruk drpd unmo.

Tanpa Nama berkata...

JANJI TINGGAL JANJI SEMATA MATA ..
MUNAFIQ MAKNA NYA ..
JADILAH MATA LEBAH .. JANGAN JADI MATA LALAT ..

Tanpa Nama berkata...

ALLAH ada mnjlskan bhw..
"Tiada-PAKSAAN ddlm SYSTEM-ISLAM"

Dan..
ISLAM itu = sbnr7PASRAH

Kita WAJIB insaf & penoh SEDAR bhw makna-ERTI-definasi sbnr7ISLAM itu adalah mnyerahPASRAH sePASRAH7nya kpd seMUTLAK7 "NILAI2" drp ALLAH yg merupakan seTINGGI7-NILAI-UNIVRSAL AZALI yg maha7SUCI..

Nabi SAW itu..
Nabi SAW bnar7PASRAH kpd..
-sekudus7 nilai-AMANAH
-semutlak7 nilai-KBNARAN
-setinggi7 nilai-KEADILAN
-sesuci7 nilai-KEJUJURAN
-semurni7 nilai-KEIKHLASAN
-sebaik7 nilai-KASEH SAYANG
-seindah7 nilai-PENGORBANAN..

Itulah..
demikian itulah..
yg tlh mnjd benchMARK mercuTANDA tradeMARK @ lambang-SIBGHAH seindah7 SYSTEM-ISLAM yg dtg nya drp ALLAH..

Waktu itu..
pd waktu itu..
Nabi SAW bnar2 mnjd sbnr7HERO dipentas dunia yg mnjd IDOLA-GILAAN serta KEKAGUMAN-CONTOH-IKUTAN kpd sesiapa shj yg tlh mendengar berita & cerita tentang baginda SAW..

Tidak..
tidak hairanlah..
mengapa dan kenapa RAMAI yg brbondong2 ingin sgt2 berjumpa dan mengenali baginda "tanpa-PAKSAAN" dtg dr seluruh pelusok dunia..trmasuklah dr kalangan org2 biasa hatta kpd raja2 & pmbesar negara..

kita mmbaca sejarah bgmn Salman al-Farisi dtg dr Farsi..bgmn kesah Adi ibnu-Hatim dtg & brasal dr Rome trmasuk Hudzaifah yg berasal dr negeri Yaman serta ramai lg..

"Laa IKRAHA fidDEEN.."
..tiada-TANPA PAKSAAN ddlm SYSTEM ISLAM..

Demikianlah nabi SAW tlh mngHADIRkan nilai2-UNVRSAL-SUCI-azali yg trTIGGI sekali didunia ini pd wktu itu yg TIADA sesiapa pon dpt mnandinginya sbg BUKTI BUKTI BUKTI..BUKTI sbnr7 abdi kpd PENCIPTA-yg-maha7ESA..

Semuanya berjln dgn NATURAL-TANPA-PAKSAAN krn nabi SAW hadir..
-dgn spenuh7KASEH SAYANG
-dgn skudus7AMANAH
-dgn sesuci7KEJUJURAN
-dgn smurni7KEIKHLASAN
-dgn seindah7PENGORBANAN

Ddlm SYSTEM(sbnr7PASRAH) yg begitu ideal-KONDUSIF indah dan HARMONY..yg dibawa dan diPIMPIN oleh sbnr7ABDI yg TIADA TIADA TIADA..TIADA langsung sklumit pon kpntinganDIRI..tentulah ungkapan HUDUD dan prlaksanaannya TIDAK akan timbul mnjd isu sama sekali..

..demikian itulah nabi sbnr7PASRAH ddlm SYSTEM-ISLAM(nilai2-PASRAH) mendirikan nilai2-UNVRSAL-azali yg maha7SUCI mengikut KEUTAMAAN atau sbg priority..





-

Tanpa Nama berkata...

Aku tak tahu samada nak menangis atau ketawa melihat sesetengah watak dlm PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan profesional mesti mengambil alih menjadi jurucakap pas. Jangan biarkan geng ug sahaja yang beri pendapat.

Tanpa Nama berkata...

Ya la tuuu 10.38

IbnAbdHalim berkata...

Kalau puak UG bertakhta ramalan tersebut akan menjadi kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan, bukan Ramalan kerana memang betul UG berkuasa besar di parti tipu/Tikam ini, dan mereka tetap akan jauh kurusi nanti.

Tanpa Nama berkata...

Pru yg lalu ramai Dayak mengundi Pas. Tetapi pru yg akan datang keadaan tidak lagi seperti itu. Kami akan memastikan saudara2 kami tidak mamangkah pas. Ini kerana pas tidak konsisten dengan apa yg mereka luah dulu. Trrima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Puak UG bodoh dlm politik. Org cina dan india sikapnya sekali kena tipu, mrk tak akan tertipu utk kali ke dua.Mereka tidak akan percaya lagi kpd PAS. Tatkala itu, PAS pula ditipu oleh UMNO passal rancangan Hudud mereka. Akhirnya, PAS akan kesorangan dan jadilah parti kampungan mcm tahun 70an dulu. Maka, tercapai lah matlamat umno utk kuburkan pengaruh pas dan lemahkan PR...Bodoh punya pemimpin PAS.

Amuraria berkata...

terbaik dari ilham & kebenaran 100% tapi puak 'ug' pasti lebih daripada melenting kah kah kah ! mana boleh terima kenyataan & kebenaran oleh puak-puak pengkhianat yang menikam kawan sendiri ? ABU & tentang gerombolan lahanat ro 'ug' habis-habisan untuk kelangungan parti islam atau terima hakikat kehancuran seperti yang dinyatakan !

Tanpa Nama berkata...

GB..
ramai yg tlh mmbaca sejarah nabi SAW

Mrk tlh mmbaca bhw..
nabi SAW kuat
nabi SAW hebat
MENANG dlm perang
menakluk kawasan musuh
mndpt banyak hasil GHONIMAH

Nabi SAW sprt sbnr7HERO yg pasti akan MENANG dan TIDAK sesekali akan kalah

BENAR..
sbnr7BENAR..
memang sbnr7BNAR nabi SAW pasti dan GERENTI insyALLAH akan menang..dan TIDAK sesekali akan kalah..

TETAPI..
tetapi dgn syarat..
dgn syarat ISLAM = sbnr7PASRAH

..dgn syarat sbnr7PASRAH kpd NILAI NILAI NILAI suci-UNIVRSAL-azali drp yg maha7KUDUS itu..
Nota:
lihatlah sejarah UHUD & HUNAIN apb "NILAI"-azali dicemari?

Percaya..
PERCAYAlah..
Bnar7PERCAYAlah bhw apb kita bnar7 ingin bnar7HIDUP-dan-MATI dgn sbnr7 NILAI-UNIVRSAL-AZALI yg maha7SUCI lg maha7TINGGI..
-kita akan ditolong
-sentiasa akan MENANG
-keajaiban/MIRACLE hadir
-penoh cinta-KASEH-SAYANG
-LENYAP dengki-KESUMAT-haloba
-TAK wujud mungkirTIPU-belit-FITNAH

Krn..
Krn sbnr7NILAI-UNIVRSAL-SUCI-azali dr NYA itu mmbawa kita kpd persada CINTA luarBIASA "anugrah" drp'NYA krn itulah BUKTI BUKTI BUKTI BUKTI sbnr7ABDI yg bnar7mnCINTAI-NYA..

..sbnr7NILAI-UNIVRSAL-SUCI-azali itu mnjd kan kita sgt rapat dgn keajaiban MIRACLE malaikat..malaikat yg mnjd TENTERA dilangit & dibumi..

..adakah lg yg mnjd masaalah utk MENANG apb TENTERA dilangit & dibumi sudah mnjd shbt yg sejati..

DAN..
dan sbnr7NILAI-UNIVRSAL-SUCI-azali itulah juga yg mnjd sbesar7KETAKUTAN kpd,,,
-Firaun
-Haman n Qarun
-Abu Jahal Abu Lahab
-AhlulKitab/Yahudi & Nasrani
-Penindas ZALIM songlap RASUAH
-kaki-BELIT-khianat-tipu-pmFITNAH

GB..
smoga kita SENTIASA bersama sama dgn TENTERA-NYA yg brada dilangit dan dibumi ini..dgn istiqomah kpd sbnar7 nilai-UNIVRSAL-SUCI-azali


Tanpa Nama berkata...

Jemaah islam Allah SWT jaga...
Setakat hangpa tak mau undi... Biar pi kat hangpa la..
Tujuan utama PAS bukan nk menang pilihanraya semata-mata
Tujuan PAS utk menegakkan Islam... Sokong PAS utk mendapat redha Allah SWT. Dapat redha Allah itu lah kemenangan yg sebenar-benarnya.

Tanpa Nama berkata...

Cina akan belajat drpd tuan presideng pas, sudi kalah pru kerana kebenaran bahawa parti ini putar balik tipu cina Tikam rakan

Umur panjang boleh tunggu 3-4 pru lagi sebelum kalahkan unmo, tapi cina TIDAK AKAN sokong pas yang sifat tipu Tikam

Tanpa Nama berkata...

GB..
ramai yg tlh mmbaca sejarah nabi SAW

Mrk tlh mmbaca bhw..
nabi SAW kuat
nabi SAW hebat
MENANG dlm perang
menakluk kawasan musuh
mndpt banyak hasil GHONIMAH

Nabi SAW sprt sbnr7HERO yg pasti akan MENANG dan TIDAK sesekali akan kalah

BENAR..
sbnr7BENAR..
memang sbnr7BNAR nabi SAW pasti dan GERENTI insyALLAH akan menang..dan TIDAK sesekali akan kalah..

TETAPI..
tetapi dgn syarat..
dgn syarat ISLAM = sbnr7PASRAH

..dgn syarat sbnr7PASRAH kpd NILAI NILAI NILAI suci-UNIVRSAL-azali drp yg maha7KUDUS itu..
Nota:
lihatlah sejarah UHUD & HUNAIN apb "NILAI"-azali dicemari?

Percaya..
PERCAYAlah..
Bnar7PERCAYAlah bhw apb kita bnar7 ingin bnar7HIDUP-dan-MATI dgn sbnr7 NILAI-UNIVRSAL-AZALI yg maha7SUCI lg maha7TINGGI..
-kita akan ditolong
-sentiasa akan MENANG
-keajaiban/MIRACLE hadir
-penoh cinta-KASEH-SAYANG
-LENYAP dengki-KESUMAT-haloba
-TAK wujud mungkirTIPU-belit-FITNAH

Krn..
Krn sbnr7NILAI-UNIVRSAL-SUCI-azali dr NYA itu mmbawa kita kpd persada CINTA luarBIASA "anugrah" drp'NYA krn itulah BUKTI BUKTI BUKTI BUKTI sbnr7ABDI yg bnar7mnCINTAI-NYA..

..sbnr7NILAI-UNIVRSAL-SUCI-azali itu mnjd kan kita sgt rapat dgn keajaiban MIRACLE malaikat..malaikat yg mnjd TENTERA dilangit & dibumi..

..adakah lg yg mnjd masaalah utk MENANG apb TENTERA dilangit & dibumi sudah mnjd shbt yg sejati..

DAN..
dan sbnr7NILAI-UNIVRSAL-SUCI-azali itulah juga yg mnjd sbesar7KETAKUTAN kpd,,,
-Firaun
-Haman n Qarun
-Abu Jahal Abu Lahab
-AhlulKitab/Yahudi & Nasrani
-Penindas ZALIM songlap RASUAH
-kaki-BELIT-khianat-tipu-pmFITNAH

GB..
smoga kita SENTIASA bersama sama dgn TENTERA-NYA yg brada dilangit dan dibumi ini..dgn istiqomah kpd sbnar7 nilai-UNIVRSAL-SUCI-azali

GB..
dan..dan akhirnya sebutan ungkapan DESAKkan utk HUDUD itu pon TIDAK perlu samaskali..krn insyALLAH prlaksanaan prsetujuan HUDUD secara
NATURAL akan trcapai..dan TIADA lg sebarang keSANGSIan mahupon PAKSAAN yg mnurigakan..

GB..
Pd hakikat yg sbnr7nya mngHAYATI sbnr7NILAI-UNIVRSAL-SUCI-azali itu sndiri merupakan "core-VALUE" atau "tunjang-HUDUD" palingUTAMA kukuh & menyeluruh..sblum HUDUD-syariat aka RANTING-RANTINGnya dpt brjln dan dilaksanakan..


bat8 berkata...

Aku keliru tentang Islam yang ditunjukkan olh ustaz-ustaz PAS sekarang. Islam yang menakutkan.Islam yang kuno. Islam yang boleh fitnah orang tanpa bukti. Islam yang menikam sesama rakan. Islam yang dah jadi macam kristian, ustaz boleh menghukum,melabel orang yang xsependapat dengan label kafir sama dengan paderi kristian.

Aku hargai usaha Anon 2:32 untuk mempertahankan ustaz-ustaz ini. Tapi sdra juga mempertahankan sesuatu yang tidak menepati kehendak Islam secara borong. Masih ramai ustaz-ustaz didalam PAS yang berjuang untuk mencari keredhaan Allah. Tetapi ada segelintir kecil yang berpetangai lebih terok dari orang UMNO. Terok sebab mereka memileki pengetahuan yang dalam pasai Islam. Ini yang saya kesalkan.

Tanpa Nama berkata...

Betul2 perjuangan untuk mendapat keredahaan bukan untuk menang..ulamak ug kata biar kalah biar umno terus berkuasa bila negara hancur janji prinsip kita pertahankan..

Tanpa Nama berkata...

ulama dan profesional kena bergabung. tidak cukup dengan memberi ceramah tetapi dalam urusan pentadbiran adalah gagal. sudah tiba masanya mereka duduk semeja dan berfikir bagaimana hendak menunjukkan gaya kepimpinan dan hala kerja yang bagus supaya mengundi yakin untuk mengundi. perlu ingat pengundi sekarang ni bukan pengundi dahulu. mereka lebih suka melihat result daripada bercakap sahaja.aku pun pengundi pas tetapi jika konsep biar kalah asalkan mendapat keredhaan ALLAH lebih baik PAS keluar daripada bidang politik. Bila alim ulama tak boleh ditegur, maka sama sahaja Pas dan UMNO.Sedangkan Umar Al-Khatab lagi boleh ditegur.Layakkah Pas di gelar 'HAMAS Malaysia' ?? Perlu diingatkan Perjuangan kita bukan di MALAYSIA sahaja tetapi di mata dunia BARAT

Tanpa Nama berkata...

Ini common sense

Mana ada rakyat waras nak kan pemimpin PAS yang bahalol tiada nilai ekonomi ???

PAS hanya tuk mskan gaji buta saja , tapi tuk jana ekonomi masih gagal.

Jaja jaja Quran Sunnah boleh kaya jana ekonomi ke ???

Tanpa Nama berkata...

Hanya satu jalan sahaja jika PAS nak kembali dpt sokongan spt sediakala iaitu "HAJI HADI PERLU TURUN DAN GANTIKAN DGN CALON YG BUKAN CAP UG SBG PRESIDEN PAS BARU"

1Crony berkata...

Anon 2:32 PM

100% Geng UG berpendapat seperti kamu. PAS bertanding PRU bukan mahu menang tapi mahu menegakkan Hukum Allah di muka bumi. Habis? Dok usung Tin Milo minta sumbangan di setiap ceramah tu mereka tu nak buat apa? Jangan masuk PRU-lah, buat habis duit sumbangan rakyat sahaja menyokong pemimpin PAS yang tidak mahu kemenangan. Bagi mengisi kepala kamu dengan otak manusia bagi menggantikan otak "burung kakatua" biar kamu tahu bahawa setiap sesuatu yang mahu diperjuangkan mestilah di dahului dengan "kuasa", tak kiralah kuasa kerajaan atau kuasa rakyat. Sedangkan Nabi Allah Musa pun diberi tongkat Kuasa (mukjizat) bagi menewaskan Ahli Sihir Firaun di zamannya.

Tanpa Nama berkata...

Tuang president seorang sahaja???? UG dah majority di pas rata rata suara mereka

Tanpa Nama berkata...

Dipendekkan cerita... haji hadi sebenarnya BODOH... kbai

Tanpa Nama berkata...

Pas tak kisah menang atau kalah ye...bagussss. nak tegak islam baguass. Pas tanding lawan sape? Klu pas kalah sape menang? Klu umngok menang banyak ..mampus la pas kena buli mcm yg lepas2. Guna la akai...tuhan bg akal suruh guna ...bukan utk dikasi!!!

Tanpa Nama berkata...

sekarang apa yang perlu di lakukan untuk kembalikan semula sokongan pengundi Pengundi cina memang lah satu hal Pengundi melayu pun dah berat hati sebab kebanyakan undi melayu berpendapat PAS perlu kan Presiden baru

Kita mengambil masa yang lama untuk mendapat kan sokongan yang kuat sebelum ini Dan untuk mendapatkan nya semula kita kena lalui balik segala galanya dari awal

Bukan nak minta DAP dan PKR masuk campur tetapi Presiden PAS yang baru mestilah yang di sukai oleh PKR dan DAP tanpa Presiden baru mengadaikan perjuangan PAS dan melupakan hudud

Imej dan individu tersebut mestilah di potraikan depan khalayak ramai mulai sekarang untuk menguji penerimaan pengundi Samada menang atua kalah semasa pemilihan parti adalah cerita lain

Jika tidak untuk mendapat semula sokongan pengundi cina dan melayu PAS kena bermula dari penubuhan PR sebab Presiden PAS baru bukan pilihan PKR dan DAP kena bermula dari peringkat suai kenal dan yakin tak yakin

Sudah tentu pilihan PKR dan DAP Presiden yang bijak berpolitik dan Pilihan Ahli pula yang boleh menjaga perjuangan PAS yang tak semestinya dari kalangan ulama

Melainkan jika Ahli PAS dapat memilih Presiden dari kalangan Ulama yang bijak berpolitik adalah lebih baik dari pilihan diatas

bat8 berkata...

Anon 11:38

Kalau UG dah majoriti di dalam PAS sekarang baguslah. Buat EGM untuk luluskan 2 perkara: pertama batalkan keputusan muktamar Ipoh 2008 dan usulkan agar kerjasama dengan UMNO menjadi dasar baru PAS. Kedua, jadikan usul melaksanakan hudud di Kelantan dan mana-mana negeri yang dikuasai PAS sebagai agenda paling utama PAS tidak kira apa halangan.

PAS perlu keluar dari PR jika hendak laksanakan hudud. PAS juga perlu bergerak sendiri jika hendak melaksanakan hudud.....tapi tunggu sat!.....bagaimana PAS hendak laksanakan hudud jika masuk PRU bukan nak menang dan mendapat kuasa supaya hudud boleh dilaksanskan!

Adooi.......ini menipu dan membohong namanya!

Tanpa Nama berkata...

PAS jadi ayam tua yang kokok nya putus terputus di hening pagi

PAS akan keluar dari PR Dan menafikan bersama UMNO Memang pun sebab MCA akan bertegas pasal hudud Kerjasama PAS UMNO bukan ke arah Islam atau hudud tapi ke arah hidup melayu (ekonomi melayu) Lebih kurang tak ubah macam sekarang

Sekarang kita lihat peluang PAS memperjuangkan Islam se cara bersendirian dengan bersama PR PAS ganti UMNO hanya dapat tercapai bila PAS ada lah satu satu nya parti melayu yang kuat Dan PAS mula menampak kan kejayaan demi kejayaan kerana UMNO banyak melakukan kesilapan Dengan kekuatan yang PAS ada tak mustahil PAS dapat perhatian MP UMNO yang semakin parah

Sekarang siapa yang membawa hudud ke hulu ke hilir Ke hilir ke hulu Lepas tu salahkan orang lain

Tanpa Nama berkata...

Is too late, myself and all my Chinese friends will never vote for parti that lie and full with extremist.

If no choice we will wait another 30 years to bring down unmo while we will all support pkr/dap.

Pas? Parti bodoh politik boleh pergis Mampus lar

Tanpa Nama berkata...

If UG not majority, why they are free to come out stupid racist extremist speech everyday? Members are silent meaning member supported them.

Tanpa Nama berkata...

hallo kawan 1.49 am, members are silent , depa takut nanti presideng marah...wala mesti wala.