4 Dis 2014

[BONGKAR] Laporan Audit: Pampasan RM2.6 juta Tidak Ikut Proses Betul


Kerajaan Selangor semalam mendedahkan pembayaran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilakukan tidak mengikut terma dan syarat perkhidmatan surat tawaran pelantikan.

Laporan setebal 11 muka surat yang diedarkan hari ini dibuat lima panel penyiasat Perbendaharaan Negeri, diketuai Ketua Bendahari Azal Adzhar.

"Bayaran pampasan ini tidak dinyatakan di dalam terma dan syarat perkhidmatan pada Surat Tawaran Pelantikan lapan kakitangan/pegawai MBI tersebut," kata laporan yang diedarkan hari ini.

Laporan itu juga mendedahkan kelulusan yang dibuat bagi bayaran pampasan sebanyak 30% daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan sepanjang berkhidmat dan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diambil oleh 8 pembantu Khalid itu juga dilaksanakan tidak mengikut proses yang betul.

Khalid juga dikatakan tidak mendapatkan persetujuan ahli lembaga pengarah sebelum meluluskan pembayaran tersebut.

"Kelulusan pembayaran ini tidak dikemukakan kembali pada Lembaga Pengarah MBI (Menteri Besar Incorparated) untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan,"
kata laporan itu.

Sementara itu, laporan juga mengatakan semua ahli lembaga pengarah MBI tidak pernah memberi persetujuan secara bagi melaksanakan pembayaran pada 22 September 2014 tersebut.

"Ahli lembaga pengarah MBI tidak termasuk pengerusi MBI (Khalid) pada bila-bila masa selepas 25 Ogos 2014, tidak pernah memberi persetujuan secara muktamad bagi pelaksanaan yang sudah dibuat kepada 8 kakitangan yang terlibat seperti diputuskan oleh pengerusi MBI pada 22 September 2014," kata laporan itu.

Daripada laporan itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima bayaran tertinggi RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Bagaimanapun, laporan tersebut mendedahkan pembayaran kepada bekas setiausaha politik Khalid itu tidak mengikut perkiraan yang telus kerana tempoh Faekah berkhidmat dengan MBI hanya selama 12 bulan dan bukannya 51 bulan.

"Semakan mendapati CEO MBI Faekah Husin mula berkhidmat pada 1 September 2013.

"Sebelum itu beliau adalah setiausaha politik kepada Datuk Menteri Besar Selangor mulai Julai 2010 dan gaji beliau dibayar kerajaan negeri Selangor di bawah VOTB01 – Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM5,190 (gaji pokok). Justeru, jumlah bulan berkhidmat dengan MBI adalah selama 12 bulan 23 hari dan bukannya 51 bulan," kata laporan itu.

Jumlah pampasan yang sepatutnya diterima Faekah sepanjang berkhidmat dengan MBI sepatutnya RM136,800 jika 30% daripada gaji pokok RM38,000 didarabkan dengan 12 bulan.

Seorang lagi pembantu Khalid, Mustapha Mohd Talib juga menerima jumlah pampasan yang tidak mengikut perkiraan tepat kerana jumlah bulan beliau berkhidmat dengan MBI adalah 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Hannah Yeoh tidak menolak laporan audit dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), namun menegaskan laporan tersebut sudah lengkap.

"Laporan yang diberikan kepada umum hari ini sudah komprehensif," kata Hannah pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Kesemua pembayaran dibuat menerusi Surat Arahan Pembayaran kepada Affin Bank Berhad pada 22 September 2014.

Bayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar Selangor berkuatkuasa 23 September lepas, yang dilihat sebagai tidak munasabah.


PKR memecat Khalid pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

PKR mahu Khalid berundur dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

Kemelut itu berakhir apabila Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, dilantik Sultan Selangor sebagai menteri besar yang baharu pada September lalu. – TMI

ULASAN GB

Dimanakah yang dikatakan imej "bersih" TSKI jika terdedah kini beliau terlibat dengan skandal menggelapkan wang rakyat untuk beri pampasan kepada pembantu-pembantunya dengan jumlah RM2.6 juta?

Daripada pendedahan skandal tersebut juga terbongkar gaji sebenar Faekah Hussin iaitu RM38,000 sebulan. Lebih besar gajinya daripada Menteri Besar dan para exco negeri Selangor.

Dapat kerja itu kerana beliau seorang ahli PKR, parti yang dominan mentadbir kerajaan negeri Selangor. Tetapi selepas mengusahakan pampasan 1/2 juta ringgit untuk dirinya, beliau terus berkata "saya sudah hilang kepercayaan terhadap PKR."

Ini macam punya manusia pun ada atas dunia....

13 ulasan:

Awanama berkata...

Gaji faekah 38k!!wow!!pampasan pegawai mbi beratus2 ribu..pampasan korang amik tanah rakyat utk buat pmbangunan x smpi 10 sorang sdngkn tanah tu terang2 hak rkyat.ni lah yg jadik apabila nafsu serakah manusia yg jadik panduan tp otak & iman letakkan dlm loji najis.

Awanama berkata...

Kita tak boleh samakan gaji Pegawai perbadanan atau syarikat swasta dengan gaji untuk jawatan politik Maaf kalau saya tersalah

Tahniah PR cepat bertindak tak macam kes sialfol dan kes NFC !!

Awanama berkata...

Hey..hey..hey..TSKI adalah seorg yg amanah tau. Tak caya tanya tuang presideng..

Awanama berkata...

Dari se orang anak kampung berjaya menjadi tokoh koperat dan menjadi Menteri Besar di negeri Selangor yang menjadi rebutan ramai akhir nya gagal dia menjadi Khalid

PR kena ambil ikhtibar supaya jangan perkara ini berulang sehingga terlepas keluar surat arahan bank tanpa pengetahuan ahli lembaga pengarah Pelik jugak tak kan Khalid sorang yang menanda tangani surat arahan bank

Khalid tak sebegitu bodoh dan bertindak berani untuk membuat tindakan yang terang terang seperti ini kerana Khalid begitu yakin tindakan tidak akan di ambil keatas kesalahan nya Lantak lah dengan imej bersih

Amuraria berkata...

jangan jadi macam parti gerombolan penyangak yang menyauk sakan macam anak toyol ! ABU !

Awanama berkata...

Tindakan TSKI tak melanggar Syara' kut

Awanama berkata...

spt halimah kata khlaid tu kedekut. nak minta seringgit pun utk aktiviti pun susah.

bygkan kalau kahlid tak kedekut. mungkin rm2.6 juta utk sorang!!!

kasim... kasim...

Awanama berkata...

Dapat ratus ribu sorang ye... geng nor azli musa dapat banyak tu juga ke?

bat8 berkata...

GB

Mana TGHH sekarang? Awat tak buat sidang akhbar pertahan tindakan TSKI bayar pampasan RM 2.6 juta.

Kita jangan lupa TSKI boleh buat begitu kerana dia berjaya kekal sebagai MB Selangor bebas dengan sokongan serta kehendak TGHH. Kalau TGHH tak berkeras menyokong TSKI selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat ( JKPP) pada 17 ogos 2014, TSKI tak punya kesempatan untuk buat kerja ini.

Kuat tak kuat sokongan TGHH kepada TSKI, dia kata beliau sendiri dan PAS akan pantau setiap keputusan yang akan dibuat oleh TSKI. Habis TGHH dan PAS ( melalui 4 exco ) pantau apa sambil ini terjadi. Ingat TGHH itu ulamak besar. Mana ja ji ulamak besat???

Jadi, TGHH kena bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat Selangor dalam kes ini bersama-sama TSKI. Jika apa2 tindakan diambil terhadap TSKI, tindakan lebih berat perlu dikenakan kepada TGHH sebabnya kedegilan beliaulah membolehkan TSKI boleh buat kerja ini!

Ini isu pokok dalam isu bayaran pampasan RM 2.6 juta ini.

Awanama berkata...

Sedaea bat8.sedara ckp mcm tu seolah2 semua tindakan khalid betul semuanya.& seolah2 azmin akan sempurna selamanya.atau seolah2nya slps ni kalau azizah yg jd MB segala tndakan beliau juga adalah sempurna selama2nya kn?akal ade kan?pikir dlm2,msk2,matang2.tski ada salah ada betul.isu 2.6 juta jd isu hanya slpd die dah jd ex mb.owh dia seorang yg sign & brsetuju pasal pampasan?owh gaji faekah 38k hanya skrg baru smua org tahu seolah2 sblm ni gaji faekah 3.8k?pikir!!jgn ckp guna emosi!!tghh x bodoh.kalau btul tski salah dlm hal ni & dia akan salah & dhukum.isu mb n isu 2.6 juta berlainan!pikir!!

Awanama berkata...

Kenapa adun adun bahalol PAS senyap saja biar 3-7 kerat buat duit dari harta rakyat senyap2,.. PAS dah jadi lahanat ke ?

bat8 berkata...

Anon 11:17

Sdra tersasar dari apa yang saya tulis. Baca s3kali lagi. Baca betul-betul.

Sdra mempunyai masaalah membaca dan masaalah k3fahaman. Lain yang ditulis lain yang sdra paham. Baca sekali lagi satu perkataan d3mi perkataan.

Baru komen.

Awanama berkata...

Gua rasa lu yg emosi anon 11:17 PM. Berterabur content lu..